Kelantan Anjur Kuliah, Solat Hajat Khas Kecam Israel

Sumber MalaysianInsider


KOTA BARU, 2 Jun — Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai kuliah Jumaat dan solat hajat khas di Stadium Sultan Mohamed Keempat, Jumaat ini berhubung tindakan kejam Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.







Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kuliah khas itu sebagai menggantikan kuliah Jumaat yang kebiasaannya diadakan setiap minggu di Dataran Ilmu, di sini.

“Selaku Menteri Besar, saya akan menganjurkan satu kuliah kuliah pagi Jumaat lusa khusus berhubung isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV,,” katanya.



Sehubungan itu, Nik Aziz juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah serta menyediakan khutbah khusus mengutuk Israel dan Yahudi untuk para khatib menyampaikan khutbahnya kepada semua anggota jemaah solat Jumaat terdekat ini.



“Saya juga menyeru para ulama seluruh dunia dapat bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.



Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim Israel sambil menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Islam turut menyertai bantahan bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.



Sementara itu, Ketua Sekretariat Missi Cakna Palestin Nazri Deraman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, menggesa kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk serangan Israel itu.



“Kami juga menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan sifat kasih sayang dengan memberi bantuan sumbangan derma dalam apa jua bentuk dan cara untuk rakyat Palestin,” katanya ketika kira-kira 50 orang anggota jawatankuasanya mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pintu masuk utama pejabat Exco negeri, hari ini. — Bernama



Kelantan anjur kuliah, solat hajat khas kecam Israel

Syeikh Wajdi (Mesir) Menyeru Jihad Menentang Israel



19 Jamadil Akhir 1431 H

Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com



Mengenakan seragam militer dan syal khas Palestina, seorang da'i asal Mesir, Syaikh Wajdy Ghanaim menyerukan jihad untuk melawan Israel dalam menanggapi pembantaian yang di lakukan Israel terhadap aktivis kemanusiaan pro-Palestina yang berada di armada kebebasan yang menuju ke Gaza.



Seruan jihad tersebut disampaikan oleh Syaikh Ghanaim sewaktu di wawancarai oleh saluran televisi Al-Jazeera.



Syaikh Ghanaim mengatakan bahwa seruan Jihadnya itu merupakan reaksi langsung dalam menanggapi aksi brutal Israel.

Ia juga mengecam Mesir dan Aljazair, yang lebih memilih ribut gara-gara sepak bola dan tidak memperdulikan kekejaman aksi Israel terhadap relawan kemanusiaan.



Syaikh Ghanaim juga mengkritik Ban Ki-moon, Sekretaris Jenderal Perserikatan Bangsa-Bangsa, dan berkata:



"Saya bersumpah demi Allah Yang Mahakuasa, jika ada mayat kucing atau anjing yang mati, PBB akan lebih banyak bergerak daripada yang mereka lakukan terhadap korban pembantaian Israel di kapal armada kebebasan,



dan ia juga bertanya-tanya di mana kepedulian masyarakat internasional terhadap warga Gaza yang telah terperangkap selama hampir empat tahun yang tidak bergerak bersatu untuk memberikan dukungan kepada mereka.(fq/imo)



Sumber (link)



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Isu Sensasi: Rombakan Baru Kabinet, Bukti Jelas Bahawa PM Najib Razak Menghina Pemuda UMNO Pimpinan Khairy Menantu Pak Lah Sebenarnya !!




Apa sudah jadi dengan Pemuda UMNO Malaysia agaknya. Sudahlah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (foto) tidak dilantik ke jawatan dalam kabinet Najib sebelum ini. Kini tamparan yang lebih besar terjadi apabila namanya juga tidak tersenarai dalam rombakan baru yang dibuat oleh PM itu. Dalam pengumuman mengejut yang dibuat semalam, Najib dilihat begitu terdesak untuk menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Mungkin dek kerana beliau tercabar dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II kepada pemimpin kaum Cina maka Najib terpaksa melakukan demikian. Semalam, Najib mengumumkan rombakan terbaru kabinetnya dengan melantik lebih ramai "bukan wakil rakyat" mendapat tempat. Malah, apa yang lebih menarik lapan daripada yang dilantik itu adalah pemimpin kaum Cina dan hanya satu sahaja pemimpin Melayu yang mendapat tempat iaitu Datuk Rohani Abdul Karim. Itu pun beliau bukanlah muka baru, cuma dipindahkan dari portfolio lamanya selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Maknanya, beliau bukanlah muka baru pemimpin Melayu yang diangkat oleh Najib. Soalnya sekarang, kenapa Najib terdesak menarik "bukan wakil rakyat" dan "bukan Melayu" menganggotai kabinetnya kali ini?. Apakah salah dan dosa pemimpin Melayu dalam UMNO sehingga individu seperti Khairy Jamaluddin itu sendiri pun telah dihalang menyertai kabinetnya?. Bukankah ini satu penghinaan buat Pemuda UMNO Malaysia sebenarnya.



Tindakan Najib ini jelas sekali beliau bukan lagi berhasrat untuk membela Melayu seperti yang dicanang-canangkan selama ini. Apa yang penting adalah untuk mengekalkan kuasa yang sudah menghampiri penghujungnya itu. Belum pernah ada dalam sejarah seorang Ketua Pemuda UMNO yang mewakili 60% suara dalam parti itu dinafikan haknya. Bayangkan, Ketua Pemuda tidak ada suara dalam kabinet Malaysia. Apakah maknanya semua ini?. Ia jelas merupakan satu tindakan "biadap" untuk menjatuhkan maruah dan imej Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin. Sebelum ini, ramai yang menyebut bahawa Khairy kemungkinan diangkat sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Namun, spekulasi itu langsung tidak menarik minat Najib untuk membawa menantu Pak Lah ke dalam kabinetnya. Apakah Khairy sedar akan senario ini. Jika beliau sedar, kenapa harus berdiam diri dan tidak melakukan tindakan. Mana perginya pemimpin Pemuda UMNO yang beriya-iya benar mahu membela Melayu dan Islam itu. Apakah mereka tergamak merelakan pemimpin utama mereka dipinggirkan.



[Anehnya, dalam keadaan Najib menghina Khairy Jamaluddin ini beliau pula mengangkat bekas pemimpin pemuda keadilan sebagai Senator iaitu Ezam Md Noor. Ini bermakna, Najib lebih mengutamakan orang luar daripada pemimpin Pemuda UMNO itu sendiri. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya, malah ramai yang melihat Ezam berupaya untuk mencabar Khairy dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada masa akan datang. Najib sebenarnya sudah tidak yakin lagi kepada Pemuda UMNO, Wakil Rakyat UMNO dan semua pemimpin utama parti untuk bersamanya dalam kabinet baru beliau itu. Apa yang jelas, beliau lebih berselera untuk menagih simpati kaum Cina agar kembali menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang].

Aktivis Gaza digari ke bilik air



SEBAHAGIAN aktivis misi bantuan ke Gaza yang dibebaskan Israel menaiki sebuah bas ke Jordan semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





BANDAR KUWAIT - Seramai 18 orang aktivis warga Kuwait yang dibebaskan semalam selepas ditangkap pihak berkuasa Israel pada Isnin lalu dalam serangan di sebuah kapal bantuan ke Gaza mendakwa pasukan komando rejim Zionis melepaskan tembakan tanpa memberi sebarang amaran.



Aktivis-aktivis itu termasuk seorang Ahli Parlimen Kuwait, Waleed al-Tabtabai dan enam orang wanita diterbangkan menggunakan sebuah pesawat kerajaan Kuwait dari Jordan selepas mereka keluar dari Israel dengan menaiki bas semalam.



Beliau memberitahu, sekurang-kurangnya dua aktivis bantuan kemanusiaan mati akibat ditembak komando Israel dari bot dan helikopter.



"Komando Israel naik ke atas bot selepas berlakunya pembunuhan. Kami melawan dengan menggunakan tangan untuk mempertahankan diri kerana tidak mempunyai senjata. Ini adalah jenayah seperti lanun," katanya.



Sementara itu, seorang peguam, Mubarak al-Mutawa yang turut berada di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara berkata: "Komando-komando Israel mula melepaskan tembakan tanpa memberi amaran. Mereka (komando-komando itu) telah membunuh beberapa orang sukarelawan sebelum beberapa komando lagi mendarat di atas kapal," kata seorang peguam, Mubarak al-Mutawa yang turut berada di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.



Seorang aktivis muda, Ali Buhamd mendakwa dia melihat seorang askar Israel menembak kepala seorang warga Turki yang cedera.



Askar itu juga membiarkan seorang lagi warga Turki yang cedera mati akibat pendarahan.



Namun, Israel menyalahkan aktivis-aktivis di atas kapal Mavi Marmara ekoran insiden serbuan di perairan antarabangsa itu dengan menyatakan anggota-anggota tentera diserang terlebih dahulu.



Pihak Israel mendakwa anggota-anggota tentera diserang sebaik sahaja mendarat di kapal yang menyebabkan seramai sembilan orang terbunuh.



"Saya boleh pastikan bahawa tiada siapa pun daripada sukarelawan ini memiliki senjata api.



"Kami tidak bersenjata selain daripada peralatan dapur. Sukarelawan tidak memulakan sebarang tentangan," kata Mubarak.



Dua orang aktivis wanita, al-Abduljader dan Senan al-Ahmad memberitahu mereka telah digari dan dilayan dengan buruk oleh pihak berkuasa Israel selain terpaksa ke bilik air dengan tangan masih bergari di sebuah penjara.



Insiden yang berlaku pada awal pagi itu di Laut Mediterranean telah mencetuskan kritikan antarabangsa terhadap Israel.



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tunduk pada tekanan antarabangsa apabila 680 aktivis dari pelbagai negara asing yang ditahan selepas serangan ke atas enam buah kapal bantuan Gaza pada Isnin lalu dibebaskan dan diusir dari negara berkenaan semalam.



Sebelum dibebaskan, mereka ditahan di sebuah penjara di selatan Israel.



Keputusan untuk membebaskan aktivis-aktivis asing itu dibuat oleh Perdana Menteri Israel pada malam kelmarin. - Agensi

Maradona mahu ‘simpan kuku’



MARADONA (kanan) belum membuat keputusan mengenai kesebelasan pemain utamanya pada Piala Dunia 2010.



--------------------------------------------------------------------------------





PRETORIA – Jurulatih Argentina, Diego Maradona masih belum membuat keputusan mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.



Gergasi Amerika Selatan itu yang telah tiba di Afrika Selatan Sabtu lalu, diundi dalam Kumpulan B dan bakal memulakan aksi pada kempen kali ini menentang Nigeria pada 12 Jun.



“Keputusan mengenai siapa yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama tidak perlu dibuat secara terburu-buru.



“Apa yang lebih penting adalah kami melakukan kerja masing-masing dan dengan itu saya percaya Argentina bakal tampil dengan barisan terkuat bagi menghadapi perlawanan pertama serta seterusnya.



“Saya dapat lihat pemain-pemain semua sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika sesi latihan dan diharapkan Argentina dapat mengharungi Piala Dunia kali ini dengan jayanya,” jelas Maradona.



Maradona turut menambah, skuad bimbingannya itu kini berada dalam prestasi terbaik dan kesemua pemain sudah tidak sabar untuk turun beraksi.



Ketika ditanya adakah dia tidak bimbang selepas Argentina dikatakan tidak mengatur sebarang perlawanan persahabatan menjelang kempen Piala Dunia, Maradona berkata: “Saya tidak bimbang.



“Saya yakin latihan yang kami lakukan sudah mampu untuk mencapai tahap seperti kami beraksi dalam perlawanan persahabatan yang mana risiko untuk pemain-pemain mengalami masalah kecederaan tinggi.



“Pemain-pemain muda yang disenaraikan telah mempamerkan kualiti sebenar mereka manakala tonggak berpengalaman pula berada pada prestasi terbaik mereka.



“Saya percaya Argentina pastinya akan mencapai satu tahap di mana pasukan-pasukan lain perlu berfikir panjang untuk berdepan dengan kami,” kata Maradona. – Agensi

‘Kami dilayan seperti penjenayah’



KAPAL Rachel Corrie kini meneruskan pelayaran dan dijangka tiba ke Gaza hari ini biarpun menghadapi halangan pihak berkuasa Israel.



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR – “Kami ditahan seperti penjenayah perang selama 28 jam di penjara Israel.” Itu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ‘Mavi Marmara’ diserang tentera Israel di perairan antarabangsa tiga hari lepas.



Menurut Ketua Misi Sukarelawan Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin, mereka tidak boleh bergerak bebas sehinggakan hendak membuang air pun tidak dibenarkan.



“Bayangkanlah betapa azabnya keadaan kami pada ketika itu menghadapi kekejaman rejim Zionis,” katanya.



Wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang menyertai misi bantuan tersebut juga turut menceritakan bagaimana dia cemas selepas terpisah dengan jurukamera, Samsulkamal Abdul Latip selepas serangan komando Yahudi tersebut.



Katanya, kedua-dua mereka terpisah selepas ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan semalam.



“Layanan diterima dalam tempoh 28 jam itu menggambarkan konflik enam dekad dialami rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.

Mai pakat ramai-ramai pegi Himpunan Rakyat Membantah judi!!!!!

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.