Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan (apa dah jadi umno bn bukti agenda islam dipinggirkan)

Jimadie Shah Othman

Jun 14, 10

1:36pm



Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.



"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.



"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.



Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.



"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.



"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.



Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.



'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'



"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.



"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.



Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"



"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.



"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.



Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu.



"Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya.



NGO tak yakin pada Umno semata-mata



Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA.



"Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama.



"Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya.



Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata.



"Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya.



"Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."

Bola Piala Dunia: Jerman Tewaskan Australia 4-0


DURBAN 14 Jun [7.03 am] - Jerman menunjukkan persembahan terbaik dalam Piala Dunia setakat ini apabila membelasah Australia 4-0 untuk mengungguli Kumpulan D sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain. Dua gol pada setiap separuh masa hasil jaringan Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan pemain gantian Cacau hasil asakan sepanjang 90 minit memaksa Socceroos bertahan sepanjang perlawanan berlangsung. Australia terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Tim Cahill dibuang padang pada minit ke-56 setelah mengasari Bastian Schweinsteiger ketika kedudukan 2-0. Ini merupakan kad merah keempat daripada lapan perlawanan dan merupakan kad merah secara terus yang pertama dilayangkan. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D sebelumnya, Ghana menewaskan Serbia 1-0 di Pretoria.



[Biar pun banyak pasukan pilihan yang dilihat bakal menjuarai pertandingan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan kali ini, namun kemenangan yang dicapai oleh Ghana dan terdahulu oleh Korea Selatan terhadap Greece. Kemenangan pasukan dari Asia dan Afrika itu sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk pasukan lain lebih cemerlang selepas ini. Cuma apa yang merungsingkan kita ialah perlawanan pertama bolasepak Piala Dunia yang bermula jam 7.00 malam menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia meninggalkan solat Maghrib terutamanya bagi mereka yang menyaksikannya di luar rumah (skrin besar). Bukan sahaja Maghrib hanyut, malah dek kerana sayang untuk tinggal tempat duduk terkadang Isyak pun boleh hanyut dibuatnya. Oleh itu, pastikan keluarga anda tidak lalai dengan menonton bola hendaknya!].

Panas: Israel Ganas ! Serang Aktivis Kemanusiaan Gaza Tanpa Senjata

Panas: Israel Ganas ! Serang Aktivis Kemanusiaan Gaza Tanpa Senjata, Apa Bezanya Pihak Polis Kita Yang Sanggup Menggempur Rakyat Tanpa Senjata


Kita terkejut mendengar tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan tentera Israel menggempur dua buah kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Tindakan ganas rejim Zionis itu bukan sahaja menyebabkan manusia di seluruh dunia mengutuk Israel, malah terbaru kerajaan Mesir pula bersedia membuka sempadannya untuk dijadikan laluan penghantaran bekalan bantuan kemanusiaan. Itu pun selepas sekian lama dilihat bersekongkol dengan Israel sebelum ini. Ramai yang kecewa dan mengganggap tindakan tentera Israel menyerang dan menawan aktivis keamanan yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza itu. Malah tidak kurang juga yang mengutuk dan mendakwa, tindakan Israel itu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang benar, keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel itu amatlah tidak masuk akal dan boleh dimaafkan sama sekali. Tambahan pula, kesemua aktivis terbabit sebenarnya melakukan tugas yang luhur dan murni, mahu memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang kini dibelenggu dengan berbagai masalah dan kesengsaraan. Makanya, tidak wajar Israel menghalang misi tersebut. Halangan yang dibuat itu bermakna, Israel sengaja mahu memastikan rakyat Gaza terus tersiksa dan tertekan akibat kekurangan segalanya. Tambah mengejutkan lagi apabila tentera Israel yang menyerang kapal yang membawa aktivis terbabit iaitu Mavi Marmara dan Rachel Corrie, langsung tidak dapat membezakan antara misi bantuan atau ingin berperang. Aktivis yang tidak bersenjata itu telah diberi pelbagai tekanan malah ada juga yang ditembak sesuka hati oleh mereka. Alasan yang diberikan, kononnya kapal terbabit turut membawa beberapa orang pengganas yang akan menyerang Israel.



Apa Bezanya FRU Serang Rakyat Tanpa Senjata



Jika itulah alasannya, maka kenapa kerajaan Malaysia dan rakyat terutamanya puak-puak UMNO BN tidak membuat bantahan yang sama terhadap keganasan dan tindakan yang dilakukan oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terhadap rakyat negara ini sendiri. Bukankah mereka melakukan "misi kemanusiaan" yang sama seperti "Misi Ke Gaza". Cuma bezanya, misi rakyat adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara terhadap beberapa isu besar yang dipercayai menindas mereka seperti isu manusuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kembalikan kedaulatan bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik (PPMSI) serta kembalikan erti demokrasi dalam sebuah pilihanraya yang adil dan telus (BERSIH). Perhimpunan aman yang disertai ribuan rakyat itu bukan sahaja diharamkan, malah mereka juga diperlakukan seperti binatang. Tidak cukup dengan tendang, terajang, pukul malah lebih dasyat lagi mereka menyembur gas pemedih mata dan water canon untuk menghalang kemaraan rakyat. Soalnya sekarang, adakah rakyat membawa senjata ketika perhimpunan aman itu dilakukan?. Maka, kenapa pihakpolis sanggup menggempur mereka dengan membuta tuli?. Siapa yang memberi arahan?. Tidak bolehkah pihak polis menjaga keselamatan rakyat yang turun dari seluruh pelusuk negara. Mengawal lalu lintas dan perarakan yang dilakukan?. Anehnya, bila perhimpunan melibatkan puak-puak UMNO BN pandai pula pihak polis terutamanya FRU mengawal keadaan. Tidak ada kekasaran hatta semburan gas dan water canon dilakukan oleh mereka. Bukankah ini juga satu tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian terhadap rakyat sendiri. Apa yang dilakukan ini samalah seperti tentera Israel yang zalim kerana menyerang kedua-dua kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.







Cuba lihat.... rakyat tanpa senjata diperlakukan sesuka hati oleh FRU



FRU tembak gas pemedih mata bagi halang rakyat hantar memorandum



Mereka sanggup halang rakyat hantar memorandum ke Istana Negara





Terkadang perkara ini tidak disedari oleh kita. Namun, bila kita kaji betul-betul senario ini bukankah ia hampir sama. Cuma misi kemanusiaan ke Gaza itu bersifat antarabangsa dan misi hantar memorandum ke Istana Negara itu isu dalaman kita. Apapun, hakikatnya tetap sama iaitu polis Malaysia terutamanya FRU bertindak ala-ala tentera Israel itu sebenarnya. Apakah ini bermakna pihak polis kita meniru Israel. Maka benarlah bagai apa yang dikatakan Anwar One Malaysia itu sama dengan One Israel !



FRU Perlu Kawal Perhimpunan Rakyat 3 Julai Ini



Susulan daripada satu lagi perhimpunan aman yang dijadualkan bakal diadakan pada 3 Julai 2010 ini, makanya kita mencabar supaya pihak polis terutamanya FRU bertindak profesional dan tidak menggempur rakyat yang datang untuk membantang kelulusan lesen judi bola kepada Vincent Tan. Perhimpunan yang dinamakan Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) itu dijadualkan bakal menghimpunkan ribuan rakyat dari seluruh negara yang kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak. Biarpun terdapat beberapa kenyataan kononnya pemberian lesen judi bola itu masih dalam kajian dan kerajaan mahu mendengar suara rakyat terlebih dahulu. Namun, ramai yang tidak percaya dan yakin dengan kenyataan "putar belit" kerajaan itu sebenarnya. Tambahan pula "tokey judi" berkenaan juga telah memaklumkan sebelum ini bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk tujuan tersebut. Maka dengan ini, ia boleh dijadikan landasan apakah tindakan pihak polis pada kali ini. Sudah pasti mereka akan mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan perhimpunan tersebut. Malah, mereka juga akan mengharamkan perhimpunan aman itu dan seperti biasa menggempur rakyat yang tidak bersenjata dan hanya mahu bersama-sama menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti. Apapun, sama-samakita tunggu dan lihat. Jika mereka melakukan tindakan yang sama, bermakna benarlah polis Malaysia sama sahaja dengan tentera Israel yang sanggup menggempur aktivis kemanusiaan yang tidak berdosa.







Apakah adengan ini dapat kita kita saksikan lagi 3 Julai ini agaknya



Memilukan, rakyat yang tidak berdosa diserang bagai sebuah peperangan





[Penilaian yang dibuat ini adalah berlandaskan kepada kebenaran yang berlaku didepan mata. Jika tidak sudah pasti rakyat tidak sedar yang kita juga turut dizalimi sama dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin itu sendiri. Apakah salah dan dosa rakyat mahu menghadakan perhimpunan untuk menghantar memorandum membantah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan?. Bukankah selama ini sudah berbuih mulut mereka bersuara dan langsung tidak mahu didengari oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam itu sendiri. Kini mereka harus sedarbahawa perbuatan dan segala tindak tanduk mereka sebenarnya meniru apa yang dilakukan oleh tentera Israel sejak dulu kini dan selamanya. Tambah memilukan, FRU itu sendiri majoritinya adalah orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Mereka tindas bangsa seagama dengan mereka sesuka hati akibat arahan membabi buta]

Sidang Media Isu Judi Bola Dibatalkan Saat Akhir????

Sidang Media Isu Judi Bola Dibatalkan Saat Akhir, Dek Kerana Cari Makan Ustaz Jamil Khir Baharom Tergamak Tidak Sanggup Menyatakan Kebenaran


PUTRAJAYA, 11 Jun [2.30 pm] - Mungkin agaknya gusar dengan pelbagai soalan yang akan dikemukakan oleh para wartawan yang sedang menunggu, maka akhirnya sidang media khas bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 dibatalkan di saat akhir hari ini. Sidang media yang sepatutnya dibuat oleh Menteri Agama UMNO BN iaitu Datuk Jamil Khir Baharom (foto), khabarnya dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Najib Razak. Pembatalan tersebut mengecewakan para wartawan yang sudah menunggu lebih sejam yang lalu di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin. Menurut satu kenyataan, Jamil Khir dilarang mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, kerana takut bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri sendiri. Persoalannya sekarang, siapakah yang lebih ditakuti oleh Menteri Agama itu sama ada Allah SWT atau Najib Razak. Selama ini beliau banyak memberi tazkirah kepada umat Islam bahawa "judi itu haram". Kini beliau terpaksa "menutup mata" dan apakah beliau harus bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bersedia membenarkan aktiviti perjudiaan haram itu diberi lesen oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam agaknya. Sanggupkah beliau menanggung dosa mereka yang akan berjudi itu nanti. Apakah yang mahu dijawab didepan Allah diakhirat kelak?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya.



[Benarlah kata Allah, di akhir zaman itu msanggup menjual agama hanya untuk kepentingan duniawi semata-mata. Memang ada golongan ulamak yang Samalah juga dengan Jamil Khir, beliau lupa segala ilmu yang ada dalam dirinya selama ini. Malah, berkali-kali beliau mengingatkan pengikutnya supaya menjauhi perkara-perkara yang haram jika mahukan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Kini beliau terperangkap antara "Judi Haram" dengan "Cari Makan" dibawah Najib Razak. Akhirnya beliau akur dan tidak berani membuat sebarang keputusan, sedangkan dia telah diamanahkan menjaga Hal Ehwal Agama Islam di negara ini. Sungguh hina nasib bekas pendakwa ini apabila masuk ke "lubang Shittt". Samalah seperti Pirdaus Ismail, Nakhaie, Mashitah Ibrahim dan lain-lain pendakwah bebas yang bersama UMNO BN sebelum ini. Semua mereka bagaikan "badut-badut" dan "Syaitan Bisu" yang dipelihara oleh puak-puak munafik untuk menangkis kebenaran Islam itu sendiri. Maka itu jugalah kita tidak hairan, Jamil Khir sanggup menghalang hukuman Qazaf berlandaskan syariat Islam terhadap Saiful dalam kes fitnah liwat terhadap Anwar].

Panas: Gara-Gara Bersama Pakatan Rakyat, Chua Diarah Pulangkan Darjah Kebesaran Negeri Johor


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng (foto) telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkan semula darjah kebesaran itu hari ini. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".



[Terkadang terasa lucu juga melihat apa yang berlaku kepada Chua Jui Meng ini. Namun, apa boleh buat kerana beliau lebih rela kembali kepada rakyat daripada segalanya. Inilah nasibnya bila berada dalam negeri yang "totok UMNO", akhirnya atas desakan pemimpin BN negeri beliau mendapat arahan yang sedemikian rupa. Agaknya, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang akan ditarik balik gelaran mereka termasuk juga Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz dan ramai lagi].

Kontroversi: Benarkah Kerajaan UMNO BN Belum Keluarkan Lesen Judi Bola

Kontroversi: Benarkah Kerajaan UMNO BN Belum Keluarkan Lesen Judi Bola Kepada Si Vincent Tan Atau Sekadar Taktik Lama Untuk Tipu Rakyat Lagi






Gara-gara dek kerana "suara rakyat" dan takut dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang bakal diadakan pada 3 Julai ini, maka akhirnya kerajaan UMNO BN dan Si Vincent Tan terpaksa mengatur strategi lain untuk mengelirukan rakyat. Malah, kerajaan juga cuba mengaburi mara rakyat seolah-olah pemilik syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu belum pun memperolehi lesen judi bola sepak piala dunia berkenaan seperti yang diwar-warkan oleh media. Semalam, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kononnya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu. Masalahnya sekarang kenapa tiba-tiba alasan ini diberikan?. Apakah kerana melihat rakyat dan umat Islam di seluruh negara memprotes isu itu. Soalnya sekarang, kenapa sebelum ini si Timbalan Menteri Kewangan yang paling "bangang dan kurang ajar" iaitu Awang Adek Hussin boleh mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan bersedia meluluskan lesen tersebut dengan kawalan. Kononnya dengan adanya kawalan itu maka aktiviti perjudian haram bola sepak piala dunia akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai jenis sukan di negara ini. Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN memang sudah bersetuju dan bersedia untuk menganugerahkan lesen itu kepada Vincent Tan. Namun, kini mereka menjadi serba salah dan berada dalam dilema. Mahu diberi takut imej UMNO BN tercalar di mata rakyat. Jika tidak diberi juga mereka takut Vincent Tan akan menarik balik banyak "subsidi" yang diberikan kepada kerajaan terutamanya setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengatakan bahawa lesen tersebut belum diluluskan lagi. Itu pun hanya melalui jawapan bertulis di parlimen. Apakah kita boleh percaya dengan kenyataan "yang dibuat-buat" ini agaknya. Atau apakah kita akan terus tertipu lagi dengan isu sensitif ini agaknya?. Puak-puak ini kadang-kadang kita bukan boleh percaya lagi, "cakap tak serupa bikin" dan sengaja untuk mengelirukan rakyat. Inilah mentaliti menteri ciptaaan UMNO BN. Itu pun masih ada puak-puak mereka yang percaya !



[Sesuatu yang amat memusykilkan kita pula ialah perjudian Piala Dunia Fifa 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh si Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010 yang lalu. Manakala selepas itu seorang lagi Timbalan Menteri Kewangan iaitu Chor Chee Heung (foto) mengesahkan yang lesen judi bola telah diluluskan dan dikeluarkan kepada Berjaya Group, syarikat kepunyaan Vincent Tan. Malah kerajaan juga menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto itu ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram]

Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13

Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13, Sindiket Menjual MyKad Kepada Warga Thailand Yang Di Dalangi Oleh Puak-Puak UMNO Kini Terbongkar !


Ini satu berita panas yang baru kami terima lewat petang semalam. Ia sungguh mengejutkan dan bukanlah perkara biasa untuk dibicarakan sebenarnya. Sebelum ini memang sudah ada kejadian ini berlaku terutamanya menjelang sesuatu pilihanraya kecil di negara ini. Malah, sebelum ini juga kami ada mendedahkan tentang sindiket yang sama beberapa tahun yang lalu. Kini seolah-olah penyakit ini berlaku lagi. Apa yang ingin kami paparkan di sini ialah berkaitan satu maklumat terbaru yang sungguh menggemparkan kini berlaku. Ia berkaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kian menjadi-jadi sekarang ini. Ini berlaku di sebuah lokasi di Grik Perak dan kejadian tersebut melibatkan puak-puak UMNO sendiri. Menurut sumber kini pihak terbabit sedang menyiapkan 500 kad pengenalan untuk kumpulan mereka yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand. Mereka diberikan kad pengenalan dengan bersyarat dan perlu mengisi borang keahlian UMNO. Malah, mereka diwajibkan mengundi BN untuk tiga kali pilihanraya umum akan datang. Kami masih mengumpul maklumat sahih dan bahan bukti untuk kes ini. Malah, kami mempunyai saksi penting yang menjalankan kegiatan demikian bagi pihak UMNO. Bila ditanya, apakah motif tindakan ini dilakukan maka dengan mudah mereka menjawab bahawa ia adalah satu strategi untuk memastikan UMNO BN menang besar dan berjaya merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.



[Sesungguhnya maklumat ini amatlah mengecewakan kita sebenarnya. Sudahlah sebelum ini banyak Mykad palsu yang terlepas ke tangan pendatang asing tanpa izin di negara kita. Kini ada sindiket yang didalangi UMNO untuk menawarkan MyKad Original pula kepada mana-mana rakyat Thailand yang mahu menetap lama dan berniaga di Malaysia. Syaratnya begitu mudah iaitu mengisi borang UMNO dan mengundi BN dalam tiga pilihanraya umum akan datang. Bukankah ini satu pengkhianatan sebenarnya. Sebelum ini kami juga mendapat maklumat beribu-ribu MyKad telah dianugerahkan kepada warga Kemboja yang menetap dan ingin bermastatutin dalam parlimen Pekan dekat sini. Mereka juga perlu menunaikan syarat yang sama iaitu mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya umum di adakan. Jika inilah senarionya, maka siapakah petualang rakyat sebenarnya?. Bukankah, demi kuasa puak-puak UMNO rela mengadaikan maruah negara kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, rahsia sindiket ini didedahkan oleh warga Thailand terbabit. Kami akan membongkarkan maklumat terkini isu berkenaan dalam masa terdekat. Semoga ia membuka mata rakyat bahawa terdapat usaha terancang antara UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri dalam usaha memastikan BN terus berkuasa di negara ini pada masa akan datang. Ini amatlah tidak adil sebenarnya !!].

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.