ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA: Peluk Isteri Boleh Panjang Umur 5 Tahun

Peluk Isteri Boleh Panjang Umur 5 TahunShare. Today at 3:49am


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.



”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.



Juga kata beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.




Teori RAHMAN - teori yang menyenaraikan nama-nama Perdana Menteri

.Teori RAHMAN - teori yang menyenaraikan nama-nama Perdana Menteri - nampaknya sudah habis. Ini bermakna tiada lagi di kalangan orang-orang UMNO yang akan memegang jawatan Perdana Menteri selepas Najib. Dan ini juga bermakna BN akan kecundang dalam PRU akan datang. Apatah lagi di kalangan UMNO, sepertinya ketandusan pemimpin yang berwibawa. Muhyiddin, Zahid, Hishamuddin, Khairy atau Shafie Afdal? Siapakah di kalangan mereka yang layak jadi Perdana Menteri?

.Ustaz Hassan Sukri - Dikenang Pejuang Terbilang




Orang ramai, pimpinan dan berpusu-pusu menziarahi jenazah allahyarham Ustaz Hassan Shukri di kediamannya petang tadi.Wajah tenang allahyarham. Jenazahnya akan disembahyangkan dikediaman beliau di sini, bersebelahan bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang kini dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed._Pulangnya pejuang islam, yang mengalir darah 'kulaan' ketika hayatnya, bertemu PenciptaNya hari ini. Beliau dikenang sebagai Pejuang Terbilang. Menyorot sejarah lalu, 13 MEI memberi cerita. Dan dibawah diturunkan kisahnya.._Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota._Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu. Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.Pejuang Islam tidak akan susah.Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya."Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. "Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula._Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup."Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik._"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.(sumber - harakahdaily)[II]Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit. “malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya. Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam. “Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

RMK10 tidak lebih dari satu retorik, kata Anwar

S Pathmawathy

Jun 14, 10

8:09pm



Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tidak lebih daripada satu senarai pengumuman yang berjumlah berbilion ringgit, kata Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ianya tiada beza dengan rancangan Malaysia sebelumnya walaupun ekonomi negara kini sedang berada di persimpangan jalan, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.



Katanya, rancangan ekonomi yang membabitkan perbelanjaan RM260 bilion itu sepatutnya bukan sahaja memulihkan kelembapan ekonomi, tetapi juga sepatutnya mampu menggerakkan ekonomi keluar daripada kebuntuan yang dialami sejak lebih satu dekad.



Menurut Anwar, "semua strategi inklusif" telah gagal untuk memberi keyakinan kepada pasaran saham, yang ditutup hanya 0.1 peratus atau 1,231 mata pada hari Khamis walaupun "nafas baru" digembar-gembur dalam RMK10.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan RMK10 di Dewan Rakyat minggu lalu dan ia mendapatkan ulasan yang bercampur-campur dari para pengkritik dan penganalisis.



Anwar berkata, kerajaan selalu membuat lunjuran berlebihan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus.

Geram Ghana menang, bapa cedera di telinga

Jun 14, 10 8:29pm



Oleh kerana geram Ghana menang 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia malam tadi, seorang remaja telah bertindak menyepak bola di dalam rumahnya hingga terkena cermin tingkap dan mencederakan bapanya.



Rosli Mat Noor, 43, dari Ladang Chin Teck di Gua Musang mengalami pendarahan yang banyak apabila telinga kanannya terkena serpihan cermin tingkat tersebut, sehingga urat saraf di telingnya dikatakan terputus.



Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Gua Musang dan menerima tiga jahitan.



Kejadian tersebut berlaku pada 10 malam ketika beliau sedang menonton pertandingan tersebut menerusi televisyen bersama anak sulungnya Mohd Rizal, 17.



"Tiba-tiba anak saya naik geram lalu menendang bola yang berada berhampiran kakinya dengan kuat menyebabkan bola terkena cermin tingkap lalu

pecah.



"Serpihan kaca tingkap kemudianya tercucuk di telinga saya. Saya ketika itu duduk berhampiran tingkap di ruang tamu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.



Rosli berkata pada mulanya beliau tidak menyedari serpihan kaca terkena telinganya, tetapi merasa pedih di telinganya.



Beliau lalu meraba telinganya dan mendapati tangan yang memegang telinganya itu berlumuran darah.



"Saya sempat menjerit kepada isteri saya memberitahunya menggenai perkara itu sebelum saya bergegas ke rumah jiran bagi mendapat bantuan untuk dihantar ke hospital.



"Saya kena tiga jahitan kerana doktor berkata ada urat telinga saya terputus terkena serpihan kaca cermin," katanya.



Mohd Rizal yang tidak menyangka perbuatannya menendang bola di dalam rumah boleh mencederakan bapanya telah memohon maaf kepada bapanya.



- Bernama

Dewan tertinggi BN dijangka bincang p'raya kecil

Jun 14, 10 8:24pm



Mesyuarat Dewan Tertinggi BN esok dijangka membincangkan prestasinya dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.



BN berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari PKR dalam pilihan raya kecil pada 25 April tetapi kehilangan kubu kuatnya di Sibu, Sarawak kepada DAP dalam pilihan raya 16 Mei.



Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bila dihubungi engganmemberikan sebarang butiran kecuali berkata "mesyuarat berkemungkinan membincangkan perkara itu (pilihan raya kecil)".



Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN, dijangka bermula pada 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



- Bernama

Hadi: Kerjasama Pakatan berdasar al-Quran dan syarak

Jimadie Shah Othman

Jun 13, 10

8:24pm



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan bahawa kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Quran dan diizinkan syarak.



"(Sebaliknya) kerjasama (dengan) Umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang.



Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.



"Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam.



"Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.



Beliau menegaskan demikian dalam ucapan penggulungannnya di muktamar PAS ke-56 yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat lalu, yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan, dan berakhir hari ini.



Sementara itu, dalam sidang media selepas tamatnya muktamar parti itu petang ini, Abdul Hadi Hadi mengulangi pendirian bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.



Ianya antara lain kerana Umno didakwa mengamalkan pendekatan perkauman sempit, lapor akhbar webnya Harakahdaily.



"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman, malah dibejati dengan rasuah," beliau dipetik sebagai berkata.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.