USTAZ IBRAHIM ZAKARIA, PENGETUA MTD DAR AL-ABRAR, BEKAS CALON PAS LENGGONG & AJK DEWAN ULAMA PAS PERAK DITAHAN POLIS MESIR

nota 1 : website (Dewan Ulamak Pas Perak)




Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur. Beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan. Sebanyak 2 kali kami berhubung sepanjang tempoh singkat beliau di sini. Pertama kali aku menghubungi beliau ketika mana dimaklumkan oleh seorang sahabat mengenai beliau yang sudah berada di Kaherah. Kali kedua beliau menghubungiku dari Rumah Perak dan kedua-dua masa tersebut aku berada di dalam kelas menyebabkan pertemuan tidak dapat dibuat.



Dengan Kesibukan melayan Pak Tok Khir yang bertamu di sini bersama anak-anaknya menyebabkan kami gagal bertemu sehinggalah beliau terpaksa pulang ke tanahair.

Alangkah malangnya Umat Islam hari ini di mana pemimpin-pemimpin negara Islam hanya hebat menunjuk belangnya bila berhadapan dengan rakyat bawahan. tetapi menikus apabila bertemu dengan pemimpin Israel dan barat. Mesir tidak sangat menghairankan kerana mereka negara Arab dan tiada apa yang boleh diharapkan oleh Islam dari negara-negara Arab. Apatah lagi mereka tidak mungkin mengenali siapa Ustaz Ibrahim dan apa bahayanya beliau kepada mereka.

Masalahnya adalah pemimipin negara kita yang memberikan nama rakyatnya kepada pihak antarabangsa. Kerana menuntut di Pakistan beliau menjadi mangsa ISA. Namun wajarkah kezaliman ini berterusan sehinggakan urusan menyambung pelajaran juga dikaitkan dengan "keganasan" yang menjadi alasan kepada barat untuk menangkap para pejuang. Malunya kita mengaku sebagai pemimpin negara Islam sedangkan kita menzalimi rakyat sendiri, berbanding dengan khalifah terdahulu yang sentiasa melindungi rakyatnya daripada penganiayaan negara asing.





Nota 2 : website (Misbahul Munir)



Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.



Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.



PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.



Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir...

Tengok niii....Bas Mewah Umno..Duit Sapa..??? -salah satu bukti pembaziran duit rakyat...

Tengok niii....Bas Mewah Umno..Duit Sapa..???


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau bas

'Pusat Khidmat Bergerak' UMNO Bagan Datoh di Wisma UMNO

Bagan Datoh, Hutan Melintang Perak.



Hebatt..hebattt..Duit sapa mereka guna untuk beli bassemewah ini semata-mata untuk keguanaan Umno,

sedangkan nak bayar sewa bangunan Umno di KL pun

tertunggak berjuta-juta ringgit sampai kena sita...Kuah3

Akibat Ketirisan, Rasuah Malaysia Bankrap 2015?

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menjangkakan negara di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional(BN) akan berstatus bankrap menjelang tahun 2015 dan bukannya 2019 seperti mana yang unjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Menurut Azan jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan juga berlandaskan kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Walaupun Najib memberi jaminan bahawa nasib ekonomi Malaysia tidak akan menyamai Greece yang jatuh muflis baru-baru ini, Azan menyanggah sambil berkata terdapat beberapa persamaan dengan negara anggota Kesatuan Eropah itu yang memungkinan negara bankrap lebih awal daripada dijangkakan.

“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastik.



“Saya menjangka dengan fakta yang disebutkan Malaysia mungkin bankrap bukan pada 2019 tapi kurang daripada lima tahun dari sekarang. Greece juga tidak menjangka secepat itu negara tersebut akan bankrap. Mereka juga telah membuat unjuran bahawa kerajaan Greece masih boleh bertahan dua, tiga tahun akan datang sementara menunggu zaman pemulihan tapi akhirnya negara itu terjerumus dalam krisis ekonomi yang menyebabkannya ia berstatus bangkrap,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.



Tambah Azan lagi, tindakan kerajaan mengosongkan data pada mukasurat 391 laporan RMK10 berkenaan Jadual 7 Imbangan Pembayaran, 2006-2015 juga menimbulkan syak bahawa keadaan kewangan negara semakin gawat dan tenat.

Di bawah tajuk ‘Akaun Modal’ yang merangkumi modal tempatan dan juga modal asing dalam bentuk pelaburan dalam negara, Kementerian Kewangan hanya mencatatkan angka bagi tahun 2006 hingga 2009 sementara anggaran bagi 2009 dan unjuran sehingga 2015 dikosongkan.

Kecuali pada 2008, kesemua statistik sejak 2006 menunjukkan pengaliran keluar modal dari Malaysia.

Begitu juga di bawah ‘Akaun Kewangan’ catatan statistik menunjukkan aliran negatif sejak 2006.

“Daripada apa yang kita lihat, Kerajaan Umno-BN tidak berani membuat anggaran dan unjuran bagi tahun 2009, 2010, 2012 dan 2015 kerana mereka tahu keadaan kewangan negara akan menjadi bertambah dahsyat dan kemung-kinan besar kemasukan modal asing hampir tidak ada langsung.

“Ada banyak bidang yang dibiarkan kosong dalam buku RMK-10 kerana kerajaan tidak mahu meletakkan unjuran atau jangkaan untuk dua atau tiga tahun. Ini menggambarkan ketidakyakinan kerajaan untuk memberi jangkaan mereka.

Azan seterusnya menjelaskan kelemahan pengurusan kewangan negara memberi impak besar ke atas pihak swasta dan mengecilkan lagi peranannya dalam ekonomi negara.

“Ini akan menyebabkan tidak ada jalinan kerjasama kukuh antara sektor awam dan sektor swasta. Kalau ini berlaku dua tiang utama ekonomi negara akan melemah dan akhirnya sektor awam menjadi satu-satu sektor yang terpaksa menanggung segala akibat.

“Apabila benteng terakhir sektor awam juga mengalami kelemahan dan tidak dapat bertahan dan itulah punca rebahnya sesuatu ekonomi.

“Sesebuah negara tidak perlu diisytihar sebagai bankrap bukan seperti organisasi swasta tetapi memadai apabila negara itu merekodkan tiga tahun berturut-turut defisit melampau lalu tidak berdaya membayar hutang negara,” tegas Azan.SK

Posted by pemudabesut

Pengawal istana buat laporan dakwa isteri kedua sultan ganggu ketenteraman

June 19, 2010KOTA BAHARU, 19 Jun – Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.




Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang “sensitif”.



“Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di sini pada pukul 8.08 malam pada Khamis lalu.



“Saya mengharapkan polis selepas ini dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta merta dan seadil-adilnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.



Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lepas.



Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lepas. – Bernama

Shafie tak mahu PRU-13 awal, Hisham isytihar ‘perang’

June 20, 2010KUALA KRAI, 19 Jun – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mengadakan pilihan raya umum ke-13 lebih awal atau dalam masa terdekat ini.




Beliau berkata Umno tidak melihat pilihan raya umum perlu diadakan lebih awal hanya kerana berdasarkan sokongan dan kepercayaan rakyat yang meningkat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Menurutnya, pilihan raya bukan semata-mata dilihat untuk memastikan kemenangan parti, tetapi banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti pentadbiran kerajaan dan penyusunan jentera parti.



“Mungkin bagi parti pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa kerana mereka merasakan mereka boleh memang, tanpa memikirkan aspek lain yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Krai hari ini.



Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa dari sekarang.



Bercakap kepada pemberita di Tumpat, Rabu lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.



Shafie berkata, kerajaan tidak akan melakukan sesuatu atas desakan mana-mana pihak, terutama parti pembangkang yang melihat cadangan itu untuk kepentingan parti mereka tanpa memikirkan lebih jauh dari itu.



Menurutnya, sebagai parti pemerintah, Umno bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya kerana parti sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia.



“Yang penting, kita perlu meneliti banyak perkara, bukan sekadar memastikan parti menang dalam pilihan raya, tetapi lebih jauh dari itu, iaitu memastikan pentadbiran negara dan pengusunan jentera kerajaan dan parti berjalan lancar.”



Mengenai daftar pemilih, beliau mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) meningkatkan usaha mendaftar lebih 600,000 orang sebagai pemilih selepas gerakan pemutihan dalam parti dijalankan Umno baru-baru ini.



Beliau yakin masih ada 60,000 anggota Umno, terutama golongan muda yang tidak dapat dikesan status mereka selepas gerakan pemutihan parti itu dijalankan.



Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengisytiharkan “perang habis-habisan” terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN.



Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.



“Kita kena buktikan Umno sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini hari ini.



Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti.



Menurutnya tiada gunanya mereka jadi jaguh dalam parti tetapi masyarakat luar menolak perjuangan parti.



Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, kekalahan calon-calon BN dalam pilihan raya umum lalu bukan kerana Umno lemah tetapi kerana masalah dalam parti sendiri.



“Pembangkang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu hingga kita kehilangan empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.



Sehubungan itu, katanya Biro Politik Umno yang bermesyuarat dua hari lalu telah memutuskan akan menggerakkan program-program tertentu dan akan mula membuat pemantauan keberkesanan program berkenaan setiap minggu mulai sekarang.



Perhubungan-perhubungan Umno negeri katanya akan diminta menghantar laporan setiap minggu terhadap aktiviti parti dan perlaksaan projek-projek kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.



Hishammuddin juga mengajak perwakilan Umno bahagian Bakri berikrar bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Bakri, Dewan-dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Bentayan yang jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Nazir: DEB gagal capai matlamat, perlu dikaji semula-apa nie umno bn penipu cakap dah buat pembaharuan deb....

June 20, 2010KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Seri Nazir Razak, anak perdana menteri kedua berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana hilang tujuan untuk mencapai matlamat asal dan disalah guna oleh pihak tertentu.




Adik kepada perdana menteri semasa itu berkata, kajian itu memandangkan dasar tersebut gagal mencapai matlamat asal untuk mencapai perpaduan.



“Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh, selain kestabilan politik.Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!



“Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh terutamanya daripada aspek pelaksanaan. DEB diwujudkan pada 1971 dan untuk tempoh pelaksanaan 20 tahun. Kita sudah mencapai 40 tahun sejak ia dilaksanakan.



“Jadi, kita perlu menilai DEB dalam konteks dan keperluan semasa, keadaan ekonomi terbuka yang dipraktikkan di Malaysia serta mengambil kira persaingan sengit untuk meraih pelaburan di antara negara,” kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysian disiarkan hari ini.



Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB ini menambah, ketika DEB dilancarkan empat dekad lalu, Allahyarham Tun Razak menekankan bahawa dasar itu bukan bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kaum tertentu tetapi ia adalah rangka untuk kemajuan dan perpaduan negara.



“Pada jangka panjang DEB adalah mengenai perpaduan. Tetapi sekarang kita sudah hilang tumpuan mengenai matlamat asal untuk mencapai perpaduan yang dinyatakan dalam DEB.



“Bagi pihak tertentu, DEB menjadi punca perpecahan kerana dasar ini disalah guna oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan,” katanya.



Berhubung soalan sama ada matlamat DEB masih relevan, Nazir memberitahu, bagi beliau matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan tetapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif.



Katanya ia sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu.



Bagaimanapun kata beliau, untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif “kita tidak dapat lari daripada mengkaji semula cara DEB dilaksanakan.”



“Kita tahu atas nama DEB, saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera tetapi persoalannya siapa yang layak dan siapa yang meraih keuntungan?



“Anda lihat pemberian AP, apa asas pemberian AP, siapa yang dapat, bagi saham, siapa yang dapat?



“Saya lihat orang yang senang dapat, senang juga menjualkannya,” kata Nazir.



Jelas Nazir, semasa beliau menguruskan penyenaraian pada 1990-an, ada seorang usahawan yang digelar sebagai ‘Lord of The Second Board’.



“Tetapi kemahirannya ialah mendapat peruntukan daripada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).



“Sejauh mana ia membantu bumiputera dalam jangka panjang?” kata beliau.



Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu menentukan dengan jelas masa yang diberikan untuk perlindungan kepada Bumiputera.



“Bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30 peratus di kalangan bumiputera dan pada masa sama bersaing dalam 70 peratus yang disaingi oleh semua pihak.



“DEB perlu adil dan untuk Melayu berjaya, Malaysia perlu berjaya sepenuhnya,” kata beliau.



Malah tegas beliau, semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut.



“Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.



“Itu pandangan saya. Sebab itu, perlu mewujudkan tempoh masa untuk melaksanakannya kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia,” katanya lagi.

Ini Sebenarnya yang dibimbangi Mahathir.. bukannya nasib Melayu..

Oleh: AnakSungaiDerhaka




"Bagi yang selalu menjenguk Blog Tun Mahathir kebelakangan ini pasti terbaca akan artikel yang bertajuk ‘Melayu kemana’ dan juga ‘Melayu kemana 2’ yang ditulis beliau.

Beliau melahirkan kebimbangan akan Melayu menjadi Minoriti dibumi Melayu sendiri dan dalam artikel Melayu kemana 2 pula beliau mempertahankan tulisannya dalam ‘Melayu kemana’ dengan memberikan hujjah bahawa Melayu kini telah terpecah kepada 3 puak yang menyokong tiga parti yang berbeza iaitu PAS, PKR dan UMNO.



Adakah benar Tun Mahathir bimbang akan nasib atau masa depan orang-orang Melayu?



Kenapa sekarang baru beliau memikirkan nasib orang-orang Melayu? Kenapa tidak beliau memikirkan akan nasib dan masa depan orang Melayu selama 22 tahun memerintah dulu?



Kalau Tun Mahathir berkata akan pentingnya kuasa berada ditangan Melayu, kenapa Kelantan yang telah diperintah oleh PAS yang majority Ahlinya berugama Islam dan berbangsa Melayu tidak diberikan bantuan sepenuhnya sebagaimana negeri-negeri lain yang dikuasai oleh UMNO/BN?



Tidakkah di Kelantan kuasa pemerintahan terletak hampir 100% ditangan Melayu yang berugama Islam?



Jika dikala pemerintahannya Kelantan yang dikuasai Melayu cuba dirampas beliau, adakah benar beliau merasa bimbang akan nasib Melayu kini?



Mungkin Tun telah melihat akan nasib UMNO yang diterjemahkannya sebagai Melayu selepas PRU13.. atau secara lebih tepat lagi Tun bimbangkan tentang nasib pemimpin-pemimpin UMNO andaikata PR benar-benar menguasai Putrajaya..



Tun bimbang bila memikirkan akan nasib pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini membina kekayaan dari penyalahgunaan kuasa mereka yang dilindungi oleh UMNO..



Jadi sebenarnya bukan kemana Melayu yang dipersoalkan tetapi kemana UMNO? Atau kemana pemimpin UMNO?



Jadi bacalah artikel dibawah yang memaparkan sebahagian dari penyelewengan dan kiralah berapa jumlahnya yang terbabit didalam scandal-scandal yang berlaku diera pemerintahan Tun yang telah di sapu kebawah carpet demi kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO..





Many snouts in the public trough / Grand Theft Malaysia



Asia Sentinel



The Port Klang Free Zone scandal may be big, but it is only the latest in a long line of Malaysian scandals going back to the early 1980s. Time Magazine quoted Daniel Lian, a Southeast Asia economist at Morgan Stanley in Singapore, saying that the country might have lost as much as U$100 billion since the early 1980s to corruption."



The scandals listed below are only a small sample of the looting of the country's coffers:



In July of 1983, what was then the biggest banking scandal in world history erupted in Hong Kong, when it was discovered that Bumiputra Malaysia Finance (BMF), a unit of Bank Bumiputra Malaysia Bhd, had lost as much as US$1 billion which had been siphoned off by prominent public figures into private bank accounts. The story involved murder, suicide and the involvement of officials at the very top of the Malaysian government. Ultimately it involved a bailout by the Malaysian government amounting to hundreds of millions of dollars.



Mak Foon Tan, the murderer of Jalil Ibraim, a Bank Bumi assistant manager who was sent to Hong Kong to investigate the disappearance of the money, was given a death sentence, and Malaysian businessman George Tan who had participated in looting most of the funds, was jailed after his Carrian Group collapsed in what was then Hong Kong's biggest bankruptcy, and a handful of others were charged. No major politician was ever punished in Malaysia despite a white paper prepared by an independent commission that cited cabinet minutes of Prime Minister Mahathir Mohamad giving an okay to a request to throw more money into the scandal in an effort to contain it.



That was just the first Bank Bumi scandal. The government-owned bank had to be rescued twice more with additional losses of nearly US$600 million in today's dollars. Ultimately government officials gave up and the bank was absorbed into CIMB Group, currently headed by Nazir Razak, the prime minister's brother. That scandal, which stretched over several years before its denouement in 1985, set the tone for 24 years of similar scandals related to top Malaysian officials and was the first to prove that in Malaysia, you can not only get away with murder, you can get away with looting the treasury as well.



Perwaja Steel, for instance, lost US$800 million and its boss, Eric Chia, a crony of Mahathir's, was charged with looting the company. He stood trial, but was acquitted without having to put on a defense.



In the mid 1980s, the Co-operative Central Bank, a bank set up to aid the Indian smallholder community, had to be rescued by Bank Negara, the country's central bank, after hundreds of millions of ringgit in loans granted to a flock of United Malays National Organisation and Malaysian Indian Congress politicians became non-performing. Some had never been serviced at all. Although the chief executive and general manager were charged with criminal breach of trust, none of the politicians were ever charged.



Before that, the Malaysian government was believed to have lost US$500 million in an attempt at Mahathir's urging to corner the London tin market through a company called Maminco, driving the world price of tin from US$4.50 per tonne to US$7.50. It then sought to cover up the loss by establishing a US$2 company called Mukawasa from which allocations of new share issues to the government's Employees Provident Funds' were diverted. Mukawasa expected to sell the shares at a windfall profit to hide the tin speculation.



Mahathir also was behind an attempt by the then governor of Bank Negara, the central bank, to aggressively speculate in the global foreign exchange market. Bank Negara ended up losing an estimated RM20 billion. The governor, Jaffar Hussein, and the head of forex trading, Nor Mohamed Yakcop were forced to resign.



There have been many other political and financial scandals since. In 2005, Bank Islam Malaysia, the country's flagship Islamic bank, reported losses of RM457 million mainly due to provisioning totaling RM774 million as a result of bad loans and investments incurred by its Labuan branch. Cumulatively, Bank Islam ran up nonperforming loans of RM2.2 billion, partly from mismanagement and poor internal controls but also "years of regulatory indifference fueled by the misconceived notion of an untouchable Bank Islam because it was a favorite child of the Malaysian government, being the first and model Islamic bank in the country and region," according to a December 19, 2005 article in Arab News.



"Bank Islam had a reputation in the market for being the spoilt child of the Malaysian Ministry of Finance; and the perception of the bank was more of a Muslim financial fraternity or government development financial institution," the report said.



More Scandal please read HERE



http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/06/ini-yang-dibimbangkan-mahathir-bukannya.html

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.