Perkasa persoal 1 Malaysia, gesa Najib jelaskan

Oleh Boo Su-LynAugust 29, 2010KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali hari ini memberi tekanan baru ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.




Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.



“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas ini kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Ibrahim (gambar), Perkasa mahu konsep itu berasaskan pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.



Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.



Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.



Perkasa mengemukakan gesaan itu ketika negara membuat persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Selasa ini.

Bapa dakwa anak koma dipukul anggota polis





RIDUAN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Muhammad Raimie yang koma di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





KOTA BHARU - Seorang remaja terpaksa bertarung nyawa apabila koma selama tiga hari akibat kecederaan parah pada kepala selepas didakwa dipukul oleh seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu pada 20 Ogos lalu.



Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Muhammad Raimie Riduan, 15, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dengan membonceng motosikal yang ditunggangi rakannya di Kampung Galang, Pulai Chondong dekat sini selepas keluar minum.



Dia kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.



Dia menerima berpuluh-puluh jahitan.



Bapanya, Riduan Zawawi, 43, mendakwa, sebelum sampai ke rumah, mereka terserempak dengan beberapa anggota polis yang membuat sekatan jalan raya.



"Menurut rakan anak saya, mereka berdua tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U untuk mengelak daripada ditahan.

Tawar cabutan bertuah arak

Oleh NORHAYATI YAHAYA


norhayati.yahaya@kosmo.com.my







PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.



--------------------------------------------------------------------------------





PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.



Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.



Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga adalah orang Melayu.



Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

Api ranap impian Aidilfitri

by Kato Dorsie


August 29, 2010, Sunday









Hasrat 11 keluarga sambut Hari Raya berkecai, rumah musnah dijilat api



KUCHING: Hasrat 11 keluarga di Kampung Tabuan Lot untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing tidak kesampaian apabila rumah mereka ranap dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.





SEHELAI SEPINGGANG: Lima daripada 13 adik beradik (dari kanan) Syafiq Fauzi, 3, Amirah Asyikin, 6, Mohd Ikram, 12, Abdullah, 8, dan Fadhilah, 9, hanya mampu bersedih ketika menyaksikan cebisan baju raya mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Lot di Kuching, semalam. Gambar bawah menunjukkan keadaan tempat kebakaran. — Gambar Bernama



Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi semalam memaksa tiga keluarga terpaksa terjun ke sungai di belakang rumah mereka dan berenang untuk menyelamatkan diri selepas mendapati tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri.



Kejadian itu mengakibatkan 10 rumah ranap dijilat api sementara dua rumah lagi mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur.



Kebakaran itu dikatakan bermula dari sebuah rumah kosong yang sudah lima tahun tidak berpenghuni dan didakwa menjadi tempat golongan remaja melakukan aktiviti tidak sihat.



Menurut mangsa yang rumahnya terletak tiga pintu dari rumah kosong itu, Abdul Muzabparshah Bidah, 46, kebakaran disedari oleh anaknya yang pada masa itu bersiap untuk turun bekerja.



Terlihat api yang dating dari sebuah rumah kosong itu, anaknya terus mengejutkan bapanya serta jiran mereka yang lain.



“Api telah merebak ke bahagian hadapan rumah saya dan telah menyukarkan kami melarikan diri.



“Saya mengambil anak saya yang berusia empat tahun dan mengarahkan isteri saya serta anak-anak saya yang lain melarikan diri ke bahagian belakang rumah dan menyelamatkan diri menerusi sungai,” katanya.



Muzabparshah berkata dia bersama ahli kelurganya terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai.



Abdul Jali Abdul Rahman, seorang subkontraktor yang juga mangsa kebakaran itu menyatakan dia tidak dapat menyelamatkan apa-apa termasuk wang RM60,000 yang baru diterimanya.



Wang itu dikatakan baru diterimanya petang sebelum kejadian itu untuk membayar pekerjanya serta perbelanjaan untuk Hari Raya yang akan datang.



Ketua Operasi Bomba Zon Kuching Baharuddin Idris semasa dihubungi berkata, tiga jentera bomba bersama 32 anggota dari Balai Bomba Padungan, Batu Lintang serta Tabuan dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.40 pagi dan berjaya mengawal api daripada merebak pada jam 6.03 pagi.



Jumlah kerugian masih tidak dapat dipastikan manakala punca kejadian masih dalam siasatan.



Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua mangsa ditempatkan sementara waktu di Surau Darul Salam di kampung itu.

Bantuan untuk berkahwin dua

Oleh: satubenih




"KUWAIT CITY (AFP) for beritaislamglobal

.blogspot.com



Seorang Ahli Parlimen Kuwait mencadangkan supaya kerajaan membantu golongan lelaki negara itu berkahwin dua bagi mengurangkan masalah lebihan wanita yang tidak berkahwin dalam negara yang kaya dengan hasil minyak itu.



"Cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin, dan menggalakkan golongan janda dan duda membina keluarga baru,” kata Faisal al-Duwaisan, Ahli Parlimen parti bebas Shiite.



Sebelum itu, negara teluk tersebut memang menyediakan ‘bantuan perkahwinan’ sebanyak 4,000 dinars (RM43,521) kepada lelaki Kuwait yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, yang mana separuh daripadanya adalah sumbangan percuma manakala yang selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah.



Duwaisan bagaimanpun, mahu kerajaan menyediakan pakej bantuan tambahan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.



Pihak lelaki mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada isteri yang sedia ada untuk berkahwin lain. Disamping itu, mereka yang telah bercerai atau kematian isteri juga layak menerima bantuan tersebut.



Wanita yang akan dikahwini hendaklah dari kalangan janda atau sekurang-kurangnya berumur 40 tahun dan belum pernah berkahwin, kata Duwaisan dalam kertas cadangannya itu yang telahpun dihantar ke parlimen.



Panel parlimen akan mengkaji cadangan tersebut, sebelum dihantar ke sidang parlimen untuk pertimbangan lanjut. Jika diluluskan, ia akan menjadi satu undang-undang.



Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, menyediakan sistem kebajikan menyeluruh melalui penyediaan subsidi kadar tinggi bagi kebanyakan perkhidmatan awam. Pelajaran dan kesihatan disediakan percuma kepada rakyatnya.



BIG: Teringat bangsa Arab yang miskin dan tertindas.

Berita lain:



1. Arab kembali ke zaman jahiliyyah di http://beritaislamglobal.blogspot.com/2010/08/arab-kembali-ke-zaman-jahiliyyah.html



2. Wanita tidak boleh jadi juruwang http://beritaislamglobal.blogspot.com/2010/08/wanita-tidak-boleh-jadi-juruwang.html

Sempena Ramadhan, pakat doa "hidayah" buat pimpinan DAP

oleh: tokpepijat




Isu MP Serdang masuk surau kini mengambil alih isu "doa hidayah" buat KM Lim Guan Eng. Jika isu di Pulang Pinang dicipta UMNO untuk lagakan Yang Dipertuan Agong dengan DAP, kini isi MP Serdang pula dicipta UMNO untuk lagakan DAP dengan Sultan Selangor.



Menariknya, kedua isu ini juga membabitkan PAS. Individu yang baca khutbah dan Surau yang jemput MP Serdang adalah penyokong PAS.





Barangkali UMNO berfikir mereka ciptaita kedua isu ini semacam menembak satu peluru kena 2 mangsa. Iaitu orang Melayu benci kepada PAS dan DAP



Sebenarnya mereka silap. Hasil yang sebenar ialah hubungan PAS dan DAP semakin akrab.



Mengapa? Barangkali Lim Guan Eng terharu dengan adanya individu Muslim berdoa untuknya masuk Islam.



Kalaulah Rasulullah berdoa antara 2 Umar iaitu Umar Al Khattab atau Abu Jahal moga masuk Islam salah seorang daripadanya dalam keadaan keduanya terkenal kejahatannnya terhadap Islam, apa yang pelik doa hidayah buat LGE yang bercita-cita ikut Umar Abdul Aziz.



MP Serdang juga barangkali terharu dengan sikap terbuka ahli PAS menjemput untuk berbuka puasa walaupun dirinya tidak berpuasa dan non Muslim. Mungkin agak janggal MP Serdang berdiri tempat imam. Itu sekadar teknikal tetapi tidak haram. Sekadar menyalahi adat masyarakat sepertimana janggalnya orang lelaki memakai kain batik selain Kelantan dan Terengganu.



Moga Ramadhan merapatkan lagi ikatan PAS-DAP dalam keadaan UMNO amat dengki dan benci DAP memahami Islam sebenar melalui PAS.



Sakit hati UMNO bertambah lagi dengan kegagalan mereka dengan isu doa hidayah LGE, hudud dan MP Serdang.



Kepada UMNO, anda jangan berputus asa. Perbanyakkan fitnah dan mencipta fitnah di bulan yang mulia ini! Bukankah ianya amalan anda dulu, kini dan selamanya?

Adakah TUHAN ada dalam surau dan masjid sahaja?

oleh:tokpepijat




Mengenang kepada arahan PMNajib agar pihak berkuasa agama dan polis di Pulau Pinang dan Selangor bertindak atas isu doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kehadiran MP Serdang di Surau Al Huda Kajang, membuatkan kita berfikir sejenak.



PMNajib minta pihak berkenaan menyiasat kerana ianya mencemarkan agama. PERKASA dan NGO pro-UMNO senada mengutuk perbuatan itu dengan beralasan mencemarkan ugama dan menghina Islam.



Persoalannya jika MP Serdang bukan Islam itu masuk surau tanpa tudung dianggap menghina dan mencemarkan agama, bagaimana dengan golongan isteri-isteri PM, Menteri serta golongan istana yang tidak memakai tudung sedangkan mereka orang Islam.



Bahkan adakah perbuatan Rosmah mencium pipi artis Bollywood dan memeluk pemain badminton tidak dianggap menghina, mencemar kesucian Islam itu sendiri? Adakah kerana beliau isteri PM terkecuali dari hukum Allah?



Golongan ini juga pandai beraksi dan berlakon memakai tudung (selendang nampak rambut) jika masuk masjid, hadiri majlis ugama, musabaqah tetapi bila keluar sahaja dari ruang tersebut, berterbanganlah rambut-rambut mereka.



Kita juga pelik dengan Mufti Harussani, perkara yang membabitkan orang Cina dan DAP sepantas kilat membuat ulasan dan memberi "fatwa" tetapi menikus jika membabitkan pihak istana dan pimpinan UMNO.



Jka MP Serdang beliau sekadar tidak "layak" masuk surau kerana semata-mata non muslim, tidak memakai tudung juga mungkin kerana DAP, bagaimana pula golongan yang tidak menutup aurat ? Tentunya mereka tidak layak duduk di bumi Allah ini.



Carilah bumi yang tidak dicipta Allah untuk kalian tinggal jika engkar mentaati perintah Allah Taala.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.