Ibu melecur ketika selamat tiga anak dalam kebakaran

September 3, 2010, Friday










MIRI: Seorang ibu melecur di beberapa bahagian badan ketika cuba menyelamatkan tiga orang anaknya serta mengambil dokumen penting dalam kebakaran yang memusnah-kan rumah keluarganya di Kampung Pujut Padang Kerbau di sini semalam.





PADAM: Anggota bomba kelihatan bertungkus-lumus memadam sisa kebakaran yang memusnahkan rumah mangsa.



Mangsa, Norasyikin Abdullah, 27, yang cedera di bahagian lengan kiri, muka serta rambutnya turut terbakar akibat disambar api kemu-dian dikejarkan oleh seorang jiran ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan se-gera.



Kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.15 petang itu telah menyebabkan mangsa sekeluarga yang terdiri daripada tujuh orang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kayu setingkat yang mereka diami sejak lebih 20 tahun lalu musnah dijilat api.



Menurut seorang jiran, Noor Rozanna Abdullah, 39, kebakaran itu mula disedari mangsa setelah tiba-tiba terbangun dari tidur dan ter-nampak api di bahagian dapur rumahnya.



Serentak itu, mangsa bingkas bangun sambil mengejutkan tiga lagi anaknya yang turut tidur bersamanya sebelum membawa mereka keluar.



“Bagaimanapun, mangsa telah cedera di bahagian lengan, muka dan rambutnya turut terbakar akibat disambar api ketika masuk semula ke dalam rumahnya yang sedang dijilat api untuk menyelamatkan beberapa dokumen penting,” katanya sambil memberitahu mangsa hanya sempat mengambil sebuah fail berisi dokumen penting.



Ketika kejadian, hanya mangsa dan tiga anaknya yang berusia lapan, tujuh dan tiga tahun berada di rumah.



Sementara suami dan abangnya keluar bekerja, manakala anak sulungnya yang berusia sembilan tahun bermain di rumah jiran.



Sementara itu, sepasukan bomba yang terdiri daripada 22 anggota dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abdul Latif Kassim bersama dua jentera pemadam api dari Balai Bomba Lopeng telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.27 petang.



Bomba yang tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian berjaya memadam sepenuhnya kebakaran itu dalam masa lima minit sebelum bertindak mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.

Empat laluan maut diawasi

by Jeremy Lanson


September 3, 2010, Friday









JPJ S’wak tingkat penguatkuasaan mengurangkan kadar kemalangan seluruh negeri





KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan meningkatkan penguat-kuasaan di empat laluan maut di negeri ini sempena Ops Sikap Ke-22.



Pengarah JPJ Sarawak Abdul Hamed Akob berkata laluan tersebut merupakan antara 32 kawasan kerap kemalangan telah dikenal pasti di negeri ini dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan lagi sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di kawasan-kawasan itu.



“Seramai 80 anggota penguat kuasa JPJ akan terlibat untuk mengawasi jalan-jalan maut atau berisiko tinggi di seluruh Sarawak.



“Anggota penguat kuasa akan mengadakan rondaan supaya ‘visible enforcement’ dapat dilihat oleh pengguna jalan raya dan ini boleh menyebabkan ‘Perce-ption of Being Caught (POBC)’ akan meningkat,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Ops Sikap Ke-22 JPJ di Depot Bas Biaramas semalam.



Tambah beliau lagi, JPJ Negeri telah memilih empat laluan di negeri ini sebagai langkah awal mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.



“JPJ Negeri telah memilih empat laluan dalam kategori ini iaitu Jalan Kuching Serian (KM11-24), Jalan Bukit Sebangkoi Sarikei (KM 19-25), Jalan Oya Sibu (KM10-21) dan Jalan Kidurong Bintulu (KM5 -22).



“Kami telah memulakan operasi tersebut sejak 27 Ogos lepas dan akan diteruskan sehingga 25 September ini dan kami akan mengadakan rondaan selama 24 jam setiap hari di laluan tersebut,” katanya.



Tambah beliau penguatkuasaan sempena musim perayaan ini akan diadakan bermula esok (4 September) sehingga 19 September ini.



Beliau selepas sidang media tersebut telah mengadakan pe-meriksaan ke atas bas ekspres Biaramas untuk memastikan bas ekspres berada dalam ke-adaan baik sebelum digunakan.



Menurut beliau pemeriksaan bas ekspres telah dan sedang giat dijalankan di depot atau bengkel-bengkel bas ekspres sebelum musim perayaan.



“Fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan keadaan brek dan tayar bas berada dalam keadaan baik dan selamat di-gunakan di atas jalan raya.



“Pemeriksaan tayar adalah lebih kepada memeriksa ke-adaan tayar iaitu dari segi kedalaman bunga tayar agar ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh JPJ.



Beliau turut memberitahu pihak JPJ akan mengeluarkan slip tempoh sah laku seperti 14 hari untuk kedalaman bunga tayar yang lebih daripada 8mm dan tujuh hari bagi kedalaman bunga tayar 2.5 mm hingga 8mm.



“Jika kedalaman bunga tayar kurang daripada 1.6mm, JPJ akan mengeluarkan notis lara-ngan penggunaan kenderaan (PG1) serta tidak membenarkan bas tersebut digunakan sehingga tayar bas itu ditukar.



“Selain tayar dan brek, buku log, pemandu kedua, lesen memandu, PSV, LKM dan permit turut diperiksa,” katanya.



Di samping itu juga, beliau memberitahu JPJ akan me-nempatkan anggota penguat kuasa di empat buah terminal bas iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bermula esok sehingga 19 Sepetember ini.



“JPJ juga akan bekerjasaam dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Nar-kotik untuk mengesan pemandu postif dadah,” katanya.



Beliau turut memberitahu bahawa pihak JPJ juga akan memantau pergerakan teksi dan kereta sewa untuk memastikan tidak berlakunya kes tambang lebih, keengganan mengguna-kan meter teksi serta keeng-ganan pihak teksi mengambil penumpang.



Justeru menurut beliau orang ramai boleh mengemukakan aduan kepada JPJ yang bertugas di terminal bas atau menghubungi bilik kawalan JPJ Ne-geri di talian 082-628725 atau e-mel p.sar@jpj.gov.my.

Pasangan suami isteri guna kereta BMW samun kilang

September 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Sepasang suami isteri yang cuba melarikan diri daripada polis selepas disyaki gagal menyamun sebuah kilang alat ganti kenderaan di Bukit Beruntung, dekat sini awal hari ini, akhirnya diberkas jua apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pokok.


Pasangan suami isteri itu yang menaiki kereta BMW putih dipercayai terlibat dalam cubaan menyamun kilang berkenaan, yang turut disertai sekumpulan empat lelaki yang menaiki kereta Proton Gen2 berwarna coklat.



Bagaimanapun cubaan menyamun itu gagal setelah pengawal keselamatan kilang bertindak pantas menghubungi polis memaklumkan tentang cubaan menyamun di premis berkenaan kira-kira pukul 5.15 pagi.



Ketika tiba berhampiran kilang berkenaan, dua anggota polis bermotosikal “terserempak” dengan kereta Proton Gen2 yang kelihatan cuba melarikan diri dari tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affendi memberitahu Bernama polis mengejar kenderaan itu hingga ke kawasan tol Bukit Beruntung tetapi kereta yang dinaiki empat lelaki tempatan itu berjaya melepaskan diri.



Polis kemudian bertindak berpatah balik ke kawasan kilang berkenaan yang terletak kira-kira beberapa ratus meter dari tol itu dan terserempak dengan kereta BMW putih yang kelihatan mencurigakan, katanya.



“Ketika mahu memperkenalkan diri, pemandu (kereta BMW) terbabit bertindak agresif dengan cuba merempuh anggota kami yang menaiki motosikal.



“Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara bagi mempertahankan diri dan mengelak dari dilanggar kereta itu. Kereta itu kemudian terbabas sebelum melanggar pokok,” katanya.



Polis menahan seorang lelaki di kawasan hutan berhampiran dipercayai cuba melarikan diri selepas kereta itu melanggar pokok manakala seorang wanita pula ditahan di dalam kereta berkenaan.



Norel berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan adalah suami isteri dengan lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai 11 rekod jenayah lampau dengan kebanyakannya melibatkan kes samun dan dadah manakala isterinya adalah rakyat Thailand berumur 36 tahun.



Beliau berkata polis merampas dua batang kayu golf, sebilah parang panjang dan sebungkus kecil syabu yang ditemui pada kereta pasangan suami isteri itu.



Norel berkata polis kini memburu keempat-empat lelaki yang masih bebas dan pihaknya sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kilang terbabit bagi mendapatkan identiti mereka. —Bernama

Sama tapi tak serupa.. Lu pikir la sendiri..-"MINDA ANAK KELATE (MAK)"

Nik Abdul Aziz Nik Mat's Photos - Sumbangan pada non muslim

Sumbangan pada non muslim




Kecelaruan UMNO luar Kelantan begitu kuat. Mereka perlu belajar dengan UMNO Kelantan yg tak bising pun apabila TGNA menggunakan ruang solat di masjid bagi sumbangan awal ramadhan baru2 ni...



Berita & Foto oleh Mohd Nor Yahya

Misteri 10 Malam Akhir Ramadhan -Posted by Usrah Jamaah Anak Muda






Sepanjang perjalanan ...mengajak sahabat2 untuk bersama-sama iktikaf 10 hari terakhir di Masjid ataupun madrasah..dan mengapa ke sana..tentunya banyak ganjaran yang jika dapat dilihat maka seseoarang itu sanggup merangkak untuk mendapatkan tangga masjid...marilah sahabat2 kita iktikaf di masjid dan surau..di Shah Alam...ana minat iktikaf di surau seksyen 7 (hadapan bintang) kerana ianya transit jemaah seluruh negara sebelum mereka meneruskan perjalanan musafir ..jika di selatan thailand , madrasah di kelisa juga baik dengan suasana kampung ...di kuala lumpur sendiri..banyak persinggahan....malah masjid negara sendiri boleh dijadikan lokasi penting...dan di kemboja..iktikaf di bawah pondok rumbia agak baik untuk usaha mujahadah...namun ianya tidak sehebat di khmer dan sempadan burma dimana hanya beralaskan tanah dan kanvas yang panas...dengan sumber air yang terhad dijadikan kawasan lapang yang tandus sebagai musolla...dan beriktikaflah...makanan dan minuman tidak sehebat di pasar2 ramadhan..makan apa sahaja yang halal dan ketika itu keberkatan sebutir buah tamar dan segelas air sungai sudah cukup melegakan!



Lihat ..masjid kita ..surau kita ..dengan air-cond dengan air paip yang sentiasa mengalir..dengan lambakan kueh mueh untuk moreh dengan karpet tebal...nak ke masjid pula boleh dipilih nak naik motor yang mana..nak naik kereta yang mana..walaupun jaraknya hanya 500 meter...disini...berjalan kaki sejauh 2-3 kilometer, hanya destinasinya sebuah khemah kanvas berlantaikan tanah keras..tiada lebihan kueh mueh untuk moreh..hanya tapisan air hujan dan air sungai yang siap dimasak dengan dapur kayu..daun2 teh segar dari bukit berdekatan dan tiada gula..jika bernasib baik..buah tamar gred yang paling murah sebagai pakej.



Ana belum kesempatan ke Pakistan pada ketika ini sahabat2 dan saudara mara kita berbuka dengan siapa?..dengan apa?....bagaimana keadaan mereka?



Dan ketika ini sahabat2 kita di malaysia sedang rehat2 di hadapan laptop..menghabiskan masa senggang dengan apa jua xtivt laptop...sekejap lagi ke baazar memilih juadah,,,dan ketika ini disebuah khemah pelarian..saudara kita belum sempat memikirkan juadah berbuka kerana sibuk meyelak2 al-quran lusuh yang boleh lagi dibaca hurufnya..pada ketika panas terik...3 butir kurma yang ada di dalam kocek bajunnya sentiasa tersedia takut2 terlalu asyik membaca quran hingga tidak sedar waktu berbuka...



Salam ikhlas kami di perantauan musafir....



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Ikhwani fiddien rahimakumullah



Dari ‘Aisyah ra katanya: “Sesungguhnya Nabi saw i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian istri-istri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)



Dari ‘Aisyah ra, ia berkata: “Apabila telah masuk sepuluh yang akhir pada bulan Ramadhan, Nabi saw lebih giat beribadah pada malam-malamnya. Beliau membangunkan keluarganya dan beliau lebih tekun. Beliau kencangkan ikat sarungnya (menjauhi istrinya untuk lebih mendekati Allah?).” (HR Muslim)



Banyak yang bertanya: Mengapa ada sunnah Rasulullah saw untuk i’tikaf 10 hari akhir Ramadhan? Kalau semua Muslim meksanakannya apa akan terjadi. Masjid-masjid akan penuh dan roda pemerintahan akan terhenti selama 10 hari, karena semua orang akan memadati masjid dan berhenti bekerja.



Jawabannya sederhana. Ketika ummat Islam melaksanakan shalat lima waktu dengan berjama’ah di masjid atau shalat jum’at, ketika ummat Islam berpuasa, ketika pelaksanaan hajji ke Makkah dan contoh yang lain apakah roda pemerintahan akan terhenti? Realitanya hal itu tidak pernah terjadi. Maka pertanyaan semacam itu jelas pertanyaan yang mengada-ada dan berlindung di balik kalimat ‘kalau’ yang hal ini sangat disukai oleh syaitan.



Adapun hakekat dari i’tikaf itu, ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibu Abbas RA, bahwa Rasulullah bersabda kepada para mu’takifin (orang orang yang beritikaf): “Orang yang beri’tikaf itu, dia berhenti melaksanakan dosa dosa, dan pahala amal yang biasa dikerjakan sebelum dia beri’tikaf akan mengalir terus kepadanya.” (HR Ibnu Majah).



Hikmah hadis ini ialah :



1. Dengan itikaf seseorang akan terjaga dari perbuatan maksiat. Sedangkan maksiat itu seperti perkataan imam Ibnul Qoyyim ialah racun dalam kehidupan yang bisa mematikan seseorang atau melemahkannya atau mengurangi kekuatan dirinya, sedangkan taubat merupakan obat di dalam kehidupan, tiap tiap kali orang bertaubat maka kesehatan dan kehidupannya akan terus terpelihara dan hal yang seperti ini dapat dilaksanakan dengan selapang lapangnya di saat seseorang mengkhususkan dirinya beritikaf 10 hari di bulan ramadhan. Sehingga apabila seseorang itu telah beritikaf selama 10 hari akhir Ramadhan, diharapkan kesehatan rohani dan jasmaninya akan menjadi normal dan pulih secara keseluruhan yang dapat menjadi bekalannya menghadapi kehidupan 1 tahun mendatang.



2. Secara lahiriah orang beritikaf kelihatannya rugi karena tidak mengerjakan amalan-amalan lainnya, seperti bekerja mencari penghasilan, menjenguk orang sakit, mengantarkan jenazah, memenuhi hajat orang lain, dan sebagainya. Dengan hadis di atas amal kebaikan yang biasa dia lakukan itu justru ia mendapatkan keseluruhannya karena dia melaksanakan i’tikaf, dan inilah kemuliaan bagi seorang mukmin.



Dua hikmah inilah yang kadang-kadang tidak terlihat oleh mata, kecuali dengan keimanan yang sempurna, itulah hikmah sunnah nabi yang tidak pernah meninggalkan itikaf 10 hari dibulan ramadhan, bahkan pada tahun kematian beliau, beliau beritikaf selama 20 hari dibulan ramadhan.



Dan ada lagi satu hikmah yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang beri’tikaf dengan benar mengikuti sunnah rosul yaitu kenikmatan rohani yang tidak bisa diuraikan, yaitu ketika seorang mengingat dosanya menetes air matanya, ketika seorang bersujud lama bagaikan terbenam wajahnya ke dalam tanah sambil dia memanjatkan doa, dan disaat menadahkan tangannya sambil munajat di sana terdapat kebahagiaan yang hakiki yang tidak pernah ditemui oleh orang yang tidak beri’tikaf. Kenikmatan rohani ini jauh lebih baik dari kenikmatan jasmani.



Oleh karena itu kepada ikhwani yang dirahmati Allah dan kepada mukminin mukminat, mujahidin dan mujahidah yang belum berpeluang sampai hari ini untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini (i’tikaf 10 hari dibulan ramadhan), marilah dan datangilah masjid-masjid yang mengadakan i’tikaf sesuai sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah dia akan mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah akan meliputinya dalam kegiatan seperti qiyamullail, zikrullah, tadarrus Alquran, thalabul ilmi, dan majelis tazkirah.



Abu Muhammad Jibriel,



Masjid Al Munawwarah, Witana Harja, Pamulang

mana ulama2 umno yang boleh kongsi pandangan?

baru ni politik bengap umno isu non muslim masuk surau..?


tapi ni x tutup aurat masuk masjid??

mana ulama2 umno yang boleh kongsi pandangan?

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.