Aneh.. kenapa berita ini tiada di Utusan & RTM..tahniah SINAR..!!


AJK Pemuda UMNO desak ketua undur


KULIM - Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu termasuk naib ketuanya mendesak Ketua

Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Mustafa Kamal Shaik Ismail segera meletak jawatan.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Norazam Abdul Ghazali berkata, seramai 10 Ahli Jawatankuasa yang dipilih termasuk dirinya serta tiga Ahli Jawatankuasa yang dilantik termasuk Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian terlibat dalam protes itu.

Menurutnya, mereka bertindak demikian atas sebab hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Mustafa Kamal berkaitan beberapa isu yang sudah tidak dapat dibincangkan lagi jalan penyelesaiannya.

“Kami sudah mengadu hal ini kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim. Kamu mahu beliau (Mohd Mustafa Kamal) letak jawatan kerana jika dibiarkan lebih lama, ia boleh merosakkan nama baik parti,” katanya.

Difahamkan, antara punca yang membawa kepada tindakan itu termasuk janji kepada Pemuda UMNO cawangan yang didakwa tidak ditunaikan.

Lagi Kereta "RENTUNG" pasai eksiden.. ada apa tak kena kee??


Tiga rentung kereta rempuh treler


BEGINILAH keadaan kereta MyVi yang terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 241, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pemandu dan dua penumpang rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 241 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, hanya seorang mangsa berjaya dikenal pasti iaitu Mohd. Azrul Syafiq Mohd. Affendi, 23.
Dua lagi mangsa gagal dikenal pasti kerana kedua-dua mayat rentung sepenuhnya.
Jurucakap polis berkata, buat masa ini hanya keluarga Mohd. Azrul yang berasal dari Kampung Solok Jeram, Rumbia, Melaka tampil membuat pengecaman.
"Mangsa dicam oleh ibunya berdasarkan seluar dalam dan rantai pada leher mangsa.
"Kita sedang berusaha mengenal pasti identiti dua lagi mayat yang dipercayai rakan Mohd. Azrul. Sehingga sekarang tiada waris tampil membuat pengecaman," katanya di sini semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua MyVi yang dinaiki mangsa terlanggar belakang sebuah treler yang sedang bergerak di lorong perlahan di lebuh raya berkenaan.[Kosmo]

UMNO nie Jika depa buat tak kesah apa pun.. tapi jika PR sebut je belum buat lagi pun tapi dah riuh sekampung..


Tak salah lantik bukan Melayu TPM: Mahfuz

“Sama seperti tidak ada halangan untuk Tun Dr Lim Chong Eu dan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjawat jawatan Menteri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Noor bahawa peranan Pas dalam PR diketepikan apabila Kit Siang dikatakan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PR memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana Anwar sendiri tidak pernah menyebut mengenainya.

“Anwar tidak menyebut nama Lim Kit Siang kerana Anwar tahu bahawa beliau perlu menghormati pimpinan PR yang lain untuk memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Bagi saya, isu ini hanya permainan murahan media arus perdana dan eksploitasi yang dibuat oleh UMNO yang bukan membawa kepada satu pendekatan positif sebaliknya mengapi-apikan perkauman,” katanya.

Mahfuz berkata, tidak ada masalah jika orang bukan Islam dan bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, bahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung juga bukan Melayu.

“Kalau dilihat dari segi sentimen perkauman, mungkin ada orang tidak suka Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik dalam kalangan bukan Melayu kerana melihat ia sebagai ancaman untuk menjadikan kawasan bandar terdiri hanya daripada satu kaum.

“Sudah berapa lama konsep itu dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan kita boleh menerimanya, jadi apa masalahnya jika bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, pemimpin UMNO mahu pun media arus perdana seharusnya menghentikan politik murahan yang mengapi-apikan isu perkauman kerana ia hanya menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini.

The International Islamic Unity Conference.-bukti bahawa pas diterima oleh dunia islam.

Antara Ulama' dan pemimpin yang akan diberi penghormatan berucap dalam Majlis Perasmian ini ialah :

1] Prof. Burhanudin Rabbani [ Mantan Rai's Jumhuriyyah Afghanistan ]
2] Al Maulavi Muhammad Ishak [ Pengerusi Majlis Tertinggi bagi Majma' Taqrib ]
3] Ustaz Doktor Abdul Aziz at Tuwaijiri
4] Ustaz Doktor Adil al Falah [ Wakil Kementerian Wakaf Kuwait ] mewakili tetamu
5] Ustaz Doktor Nuur Ali Adam Menteri Auqaf Somalia
6] Ustaz Syeikh Abdul Hadi Awang [ Presiden Parti Islam se Malaysia PAS ]
7] Hujjatul Islam Syeikh Muhammad Hassan Al Akhtari

Turut hadhir dalam Majlis Perasmian ini ialah lebih 75 orang ulama' - ulama' besar dari seluruh dunia dan pelbagai mazhab yang akan membentangkan 70 kertas kerja sepanjang 4 hari persidangan berlangsung .

1. Alhamdulillah perjalanan kami ke Tehran untuk menghadhiri Muktamar Ad Dauli Lil Wehdatil Islamiyyah [kali ke 23] setelah transit 2 jam setengah di Dubai tidak mengalami sebarang masaalah .

2. Setelah tiba di bumi Iran dengan cuaca yang masih dilitupi salji terutama di kawasan - kawasan berbukit , kami disambut mesra oleh wakil kerajaan dan juga pihak penganjur yang telah lama menunggu di ruang tetamu kerajaan airport Tehran .

3. Muktamar Antarabangsa kali ke 23 bagi Penyatuan Islam ini membawa tema :

الأمة الإسلامية بين المذهبية و الطائفية
[ Ummat Islam : Antara Pegangan Mazhab dan Kumpulan ]

4. Insyaallah , 4 jam setengah dari sekarang kira - kira tepat jam 9,00 am waktu Tehran akan berlangsung majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyemi Rafsanjani sebagai Pengerusi Majlis Khubara' . Antara Ulama' dan pemimpin yang akan diberi penghormatan berucap dalam Majlis Perasmian ini ialah :

1] Prof. Burhanudin Rabbani [ Mantan Rai's Jumhuriyyah Afghanistan ]
2] Al Maulavi Muhammad Ishak [ Pengerusi Majlis Tertinggi bagi Majma' Taqrib ]
3] Ustaz Doktor Abdul Aziz at Tuwaijiri
4] Ustaz Doktor Adil al Falah [ Wakil Kementerian Wakaf Kuwait ] mewakili tetamu
5] Ustaz Doktor Nuur Ali Adam Menteri Auqaf Somalia
6] Ustaz Syeikh Abdul Hadi Awang [ Presiden Parti Islam se Malaysia PAS ]
7] Hujjatul Islam Syeikh Muhammad Hassan Al Akhtari

Turut hadhir dalam Majlis Perasmian ini ialah lebih 75 orang ulama' - ulama' besar dari seluruh dunia dan pelbagai mazhab yang akan membentangkan 70 kertas kerja sepanjang 4 hari persidangan berlangsung .

Majlis perasmian ini juga akan dihadhiri oleh Ayatullah Syeikh Muhammad Ali Taskhiri [ Setiausaha Agung Sekteriat Majlis Taqrib Mazhab Antarabangsa ] dan Ustaz Doktor Muhammad Hassan Tabarraian [Pembantu Khas Sekteriat Majlis Taqrib Mazhab Antarabangsa].

5. Tuan Guru Hj Abdul hadi Awang [ Presiden PAS ] akan membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Natijah yang Positif bagi Kepelbagaian Mazhab pada hari ketiga persidangan nanti . Insyaallah , saya akan melaporkan kemudian kerana di sini agak sukar untuk mendapatkan talian internet melainkan line berbayar sebanyak 38 USD sehari [24 jam] dan facebook tidak dibenarkan di Iran [blocked] .

bersambung ...

Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo

Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini memberikan lampu hijau kepada mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan 'baju merah' bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara.

azlanMenurutnya, ini kerana, secara tidak langsung menunjukkan golongan "pemimpin masa depan itu" kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran.

"Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa.

"Kita mengharapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat," katanya.

Sambil memberitahu istilah demonstrasi "mungkin terlalu negatif", Dr Rosti menambah:

"Mungkin mereka ingin menyerahkan sesuatu memorandum, itu memang kami (pun) sentiasa terima."
Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan.

"Mereka mengadakan (semua) program ini secara sukarela di Unisel di mana ini merupakan satu perkara yang bagus sebagai pelajar prihatin untuk kebaikan am," katanya.

NONEKelmarin, kumpulan mahasiswa, termasuk, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu berikrar mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perhimpunan Ahad ini.

Bercakap dalam sidang media bagi mengumumkan perkara itu, mereka berpendapat ia ekoran ramai mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan di negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas solat Jumaat hari ini mereka turut dijadual mengadakan perhimpunan awal di Masjid Unisel di Bestari Jaya sebagai langkah menggerakkan mahasiswa turut serta pada perhimpunan 'Baju Merah' itu.

Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo

Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

NONELagipun, katanya perhimpunan itu juga terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.
Bangsa terpilih
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.
Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.
NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).
“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.
Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.
Dipandang mulia
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.
amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.
Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.
Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.
Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.
pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.