Umno tak layak bincang soal pimpinan Islam


Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai teras kepimpinan negara.
Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh uyang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.
Apabila meneliti respons Fatmi itu (atas), ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan.
Justeru Fatmi mahupun Zawawi (sebelah) boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai aancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.
Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.
Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapaati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.
Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW. Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal ‘bangsa-bangsa’ jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar. Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal ‘masuk Islam’ dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam. Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar.
Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.
Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.
Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan ‘ajakan Islam’ yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Zairul Faqir's Photos - Hancurkan Rejim Rosmah...


Masalah dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan pada masa, peraturan dan keadaan yang sesuai. Bagi anggota PR yang terlibat dalam penyelewengan tindakan yang bersesuaian boleh diambil menerusi penguatkuasaan undang - undang.

Tetapi bagaimana pula dengan sikap dan perangai Rejim Rosmah Mansor yang ternyata kebal dari undang - undang? Bukankah cara terbaik untuk memusnahkan kekuasaan Rejim keji ini adalah melalui kertas undi?

Keutamaan kita sekarang adalah menghapuskan BN selain begabung tenaga membentuk Hisbah / Ombudsman bebas untuk memantau ketempangan dalam Pakatan Rakyat.

Kepada para pengundi, marilah kita sama - sama menolak Umno - BN. Usah termakan dakyah propaganda rasis ketuanan Melayu. Agenda kita hanyalah satu, yakni Malaysia mesti dibebaskan dari cengkaman rasisma dan Ketuanan Rasuah Subkon BN sebelum kita terjerumus ke lembah kemusnahan dasyat akibat penyelewengan Umno sepanjang 53 tahun berkuasa.

Misi kita kali ini, jatuhkan Rosmah Mansor, Najib Mongol dan perasuah Melayu - Cina - India!

Misi kita kali ini, pertahankan Pakatan Rakyat dari anasir luar yang cuba meloroh masuk memusnahkan keyakinan rakyat!

REFORMASI BERSATU HAPUSKAN KUASA ROSMAH PUAKA!
REFORMASI PENCERAHAN DEMI MEMPERKASA PAKATAN RAKYAT!
KEMBALIKAN NEGARA KITA KEPADA KETUANAN RAKYAT!

Tamatkan dinasti BN selama 53 tahun, kemudian kita akan 'repeat' dan selesaikan Azmin Padang Tembaga, Geng Hotel Mewah PAS, Geng Komplotan Pasir DAP, dan wakil rakyat katak PR yang mengkhianat amanah pengundi.

Politik "Baru" Bian: Bukan anti-tycoon tapi untuk masa depan


by Lim Hong Siang

Penduduk Semenanjung Malaysia mungkin tidak asing dengan jenaka bahawa "kita lebih tahu mengenai Amerika Syarikat daripada Malaysia Timur", dengan paparan media yang memberi lebih liputan kepada kuasa dunia tersebut. Malah, Sabah dan Sarawak yang kononnya menjadi "deposit tetap" politik Barisan Nasional, hanya diberi tumpuan yang sewajarnya apabila Pakatan Rakyat menguar-uarkan rancangan "16 September"-nya.

Bagaimanapun, keghairahan bahawa "penduduk Malaysia Timur sedia berhijrah ke Pakatan Rakyat" sering terumbang-ambing dengan suasana yang tidak menetap. PRK Batang Ai pada 7 April 2009 semestinya mengecewakan mereka yang dilambung harapan, sebelum diberangsangkan semula dengan PRK Sibu setahun kemudian. PRK Batu Sapi baru-baru ini, sebaliknya memaksa PR untuk berdepan dengan realiti bahawa perjalanan ke Putrajaya masih belum menentu.

Tanah adat - isu yang menjadi ketegangan antara orang asal dengan tycoon di Malaysia Timur, boleh menjadi batu loncatan mahupun batu penghalang kepada PR untuk melangkah ke Putrajaya. Tycoon yang berkepentingan dalam isu ini semestinya terasa tergugat seandainya PR dengan dasar yang memihak kepada orang asal berjaya merampas tampuk kuasa. Lantas tycoon akan mempertahankan status quo, dan ia semestinya menyukarkan PR untuk menawan Sarawak...

Continue reading HERE.

PUPPET OF A PUPPET.


A short commentary by Apai M.

Statements of the kind put out by Taib aide AK Hamzah ought normally to be dismissed and ignored as the ravings of the ignorant and the deranged. His recent diatribe about the "right" of politicians to enrich themselves from public funds is a case in point.

But we cannot do that; for two reasons. First Hamzah is a creature of Taib and speaks for him. Second Taib has made no public rebuttal of what Hamzah said and so must be taken to agree with it and, even more importantly, to have allowed Hamzah to say it. So this was Taib speaking.

What did he say? In effect that if a politician can deceive the voters into electing him he can thereafter steal any public money and other public assets (and private ones for that matter) he wants and he is acting perfectly legitimately in doing so. For politicians, according to Taib, there is no law, no Penal Code, nothing to prevent them from doing whatever they want.

In many countries that would be seen as a bad joke at best and a huge public outrage. But in Sarawak today it happens to be true. There is law, there is a Penal Code, there are courts, there are thousands of police, thousands of alleged victims/witnesses, thousands of cases of alleged corrupt acts by Taib and his cronies. But nothing happens. What Taib wants he takes and there is good old AK Hamzah to say it is all in order!

How has all this come about? Sad to say because the electorate has allowed it to happen. Has elected and re-elected the thieves and robbers; not just in Sarawak but throughout Malaysia, blindly making whips for their own backs.

There is a popular saying that when you are in a hole "stop digging". Applied in Sarawak today it means stop voting Taib and the corrupt BN and elect instead a Pakatan Rakyat alliance that will end the corruption, recover the stolen assets of the BN criminals for proper public use and provide honest public administration devoted to advancing the interests of the people.

A final thought for the reader. If you were asked to vote for a party which said it would steal your home and money, let you suffer untreated when sick, provide little or no schooling for your children, make travel difficult to impossible, allow you to starve. Would you? In the past you have. For BN. Time to change! BERUBAHLAH!


Read also: Abdul Karim: 'Unfair' to stop Taib from amassing fortune.

Ketuanan APCO : Anggota Parlimen Australia pertikai isu Anwar-Apco biadab


KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Parlimen Australia Nicholas Xenophon menyamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini dengan ‘kangaroo court’ pada Rabu lepas, adalah biadab dan tidak menghormati kedaulatan serta undang-undang negara ini.

Beberapa ahli akademik dan wakil rakyat yang dihubungi Bernama juga menyifatkan kenyataan Xenophon itu sebagai dangkal kerana tidak mendalami terlebih dahulu isu sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Beliau tak ada usul periksa buat dakwaan begitu. Saya rasa dia pun tak duduk (tinggal) lama di Malaysia, tak boleh lah sembarangan sebut Malaysia punya sistem tak baik, melainkan dia dah buat kajian,” kata Prof Dr Ahmad Atory Hussein semalam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu juga berkata kenyataan Xenophon mengguris perasaan rakyat negara ini serta tidak mencerminkan persahabatan Malaysia dan Australia.

Xenophon yang menjadi tetamu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertikai keputusan jawatankuasa berkenaan dalam mengadili isu Anwar menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Presiden Pertubuhan Suluh Cendekiawan Malaysia, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula menyifatkan tuduhan Xenophon itu sebagai prejudis dan langsung tidak berasas.

“Dalam kes ini, Anwar dah diberi peluang untuk mempertahankan tuduhan tapi beliau gagal. Jadi kalau dah gagal, jawatankuasa boleh teruskan bawa kes ini, dan saya rasa hak beliau sebagai Anggota Parlimen (Permatang Pauh) telah diberi,” katanya.

Ibrahim berkata, Parlimen Malaysia juga telus dalam isu tersebut dan kerajaan memberi tempoh seminggu untuk Anwar memberi penjelasan namun peluang itu tidak digunakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

“Kalau betul-betul kes kuat, saya rasa tak payah bagi seminggu sehari pun dia akan jelaskan balik dengan terperinci, tapi dia tak berani sebab dia tahu tuduhan dia tidak betul dan merupakan hasutan kepada negara.

“Sebab itu (dia) gagal (jelaskan). Kalau dah gagal hak kerajaan untuk teruskan tindakan sewajarnya,” kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara itu.

Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat bersetuju merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas beliau gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu mengenai dakwaannya berhubung konsep 1Malaysia.

Anwar mendakwa gagasan 1Malaysia sama dengan konsep One Israel yang membabitkan firma perunding perhubungan antarabangsa Apco Worldwide, yang khidmatnya turut digunakan kerajaan Malaysia. - Bernama

Mencuri buat kali ke-327 ..Tapi kat Malaysia 50 Tahun merompak tak pe..!!!



LONDON - Sekali lagi, pencuri 'paling prolifik' di Britain akan menyambut perayaan Krismas di dalam penjara selepas didapati bersalah bagi kesalahan jenayahnya yang dilakukan buat kali ke-327.

Penjenayah, David Archer, 55, dilaporkan mula mencuri semasa berumur 10 tahun dan tabiat itu berterusan menjadi satu ketagihan sehingga dewasa.

Tempoh penjara yang telah dijalani Archer sepanjang 'kerjayanya' itu bersamaan dengan dua hukuman penjara seumur hidup di Britain.

Dia tidak dapat menyambut 15 daripada 16 perayaan Krismas sepanjang 16 tahun lalu bersama anak perempuannya kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Archer mengaku mencuri sebilah pisau cukur dan sebotol arak bernilai 20 pound (RM100) daripada sebuah pasar raya, kelmarin - hanya dua hari selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan melanggar perintah kelakuan antisosial.

Archer yang telah menghabiskan 30 tahun hidupnya dalam penjara pernah disabitkan bersalah atas 252 kesalahan termasuk mencuri kotak derma semasa perayaan Krismas.

Macam-macam ada : Belum tercemar


Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

Belum tercemar

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.