Majikan perlu bayar jika mahu pekerja mereka bekerja esok — Subramaniam

December 30, 2010
Datuk Dr S Subramaniam (tiga kiri) semasa merasmikan Program Penempatan Pekerjaan di Institut Latihan Perindustrian, hari ini. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Majikan perlu membayar upah kadar cuti umum kepada pekerja jika memerlukan mereka bekerja esok, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. “Kalau mereka memerlukan pekerja mereka bekerja, kena bayarlah. Itu adalah hak pekerja untuk mendapatkan bayaran hari cuti kerana sudah diumumkan sebagai cuti umum,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata jika majikan gagal memberikan cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, pekerja yang terlibat boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan percubaan dua kanak-kanak mencipta rekod Malaysia Book Of Records.
Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 Dis (esok) sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.
Terdahulu, dua beradik dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana mencipta rekod tersendiri.
T. Thurgashree, kanak-kanak cilik berusia empat tahun mencipta rekod menerusi ‘‘Most Sit Ups Ever Done By A Child’’ selepas melakukan ‘‘sit ups’’ sebanyak 1,111 kali tanpa henti dalam masa 32 minit 21 saat.
Kakaknya T. Logassree, 8, pula berjaya mengangkat palang besi bersama plat seberat 21 kilogram dengan menggunakan dua jari kelingking.
Bapa mereka, A.M Thanabalsingam berkata kedua-dua anaknya itu telah memulakan latihan fizikal dan mental sejak enam bulan lepas.
“Latihan dijalankan setiap hari selama empat jam merangkumi latihan fizikal, kecergasan dan latihan angkatan. Selain itu, saya memastikan amalan pemakanan yang sihat,” katanya. — Bernama

PAS akan kecundang di Tenang?

Oleh: ubikayu

"Kalau ikut senario UMNO yg suka mengambil kesempatan atas kejayaan sesebuah Pasukan Bola...maka PAS akan KECUNDANG di Tenang.

Analoginya. Kelantan juara Piala Malaysia...arak habis-habisan..puja lebih-lebih...maka GALAS terlingkup.

Kali ini, Malaysia juara Piala AFF...arak habis-habisan..tonjolkan kejayaan 1Malaysia.....maka TENANG akan tersungkur juga.

Firasat aku saja...jika PAS tak pandai eksploit isu ini, sebab puak sana tu memang sangat mahir dalam hal-hal begini...ya..segalanya mungkin. Maklumlah rakyat kita mudah lupa dan leka dengan kejayaan sementara...walaupun hidup mereka sengsara.
"

Seolah2 Tsunami Itu Melanda Lagi..

Oleh: lanik

"Kita semua pasti takkan dapat melupakan kedatangannya pada penghujung 2004..Datangnya tanpa diduga..dan datangnya jua tidak dijemput sesiapa pun.

Apa yang pasti, ia membinasakan apa jua yang berada di laluannya dengan keizinan Allah,Tuhan yang mengutuskannya..Tak dapat disangkal, pabila ia dinamakan BALA, musibahnya pasti pada semua. Biarpun pada insan kerdil yang baru mengenal erti sebuah kehidupan duniawi .

Penghujung 2010 ia datang kembali, yang pasti bukan dengan nama HINDI OCEAN yang penuh dengan lumpur dan kelodak hitam pekat tapi WIKILEAKS yang di dalamnya penuh dengan nanah yang hanyir lagi meloyakan. Cerita2 di belakang tabir sakti yang begitu memualkan mula kedengaran di sini sana..Sang Penguasa beserta kuncu2nya yang tampak suci lagi menyucikan di mata totok UMNGOK. dah mula lemas dengan najis ciptaan mereka sendiri akibat bawaan Tsunami WIKILEAKS..
Bilik berita di serata dunia rata-rata melaporkan perihal kehebatan Tsunami Wikileaks..Pusat berita di New York telah melaporkan yang tunami ini berpusat di sebuah negeri bernama MONGGOLIA dan telah melanda sampai ke MESIA. Turut dilaporkan, Sang Penguasa beserta kuncu2nya telah terpukul teruk dilanda tsunami sehingga tenggelam dan takut untuk timbul lagi..Pusat berita itu kemudiannya, turut melaporkan hanya kader bernama HANG WAR seorang saje yang berani berenang merentasi Tsunami Wikileaks yang begitu menggila..khabarnya, HANG WAR yang seorang ni beserta keturunannya dah kerap kali cuba dipancung oleh Sang Penguasa beserta bala tenteranya..tapi kekuasaan Allah mengatasi segala2nya..HANG WAR nampaknya tetap terpelihara sehingga ke hari ini. Yang tetap lemas hanyalah Sang Penguasa yang zalim beserta kuncu2nya ju..
Begitulah kekuasaan Allah SWT..Setiap sesuatu yang didatangkan oleh Nya itu,  tetap ada hikmahnya..Cuma manusia sahaja yang selalu lupa akan kekuasaan Allah bila mereka berada di puncak kuasa. Bangkai yang membusuk pastikan tercium jua akhirnya.. 

"

Wikileaks: Datuk Sri........rogol amah. (menteri kabinet Najib)

Oleh: mohdnoorawang

"

Mungkin berita terhangat dan cukup sensasi tahun 2010, berita menteri rogol amah. Berita dibaca melalui laman sesawang atau "blogers " diambil dari Wikileaks.

Sehinggakini berita menteri rogol amah dimuatturun "Laporan Investigasi (BMI) Yang Mengalami Perkosaan Oleh Majikannya Datuk Sri..............",Belum ada penafian dari kerajaan serta kabinet PM Datuk Najib Razak.

Untuk rekod nama menteri kabinet PM Najib Razak yang bergelar  dengan Datuk Sri kurang lebih 6 atau 7 orang.

Contuh nama seperti berikut:-
Datuk Sri Hishammuddin, Datuk Sri Utama Dr Rais Yatim, Datuk Sri Shafie Afdal, Datuk Sri Ahmad Zahid, Datuk Sri Liow Tiong Lai, Datuk Sri Ismail Sabri.  (hanya sebagai contuh). Semua nama-nama menteri diatas, umumnya menteri-menteri DS PM Najib Razak semuanya baik dan berakhlak baik.
Untuk tidak ada sebarang tuduhan palsu atau fitnah terhadap menteri atau individu yang berkenaan  KERAJAAN MALAYSIA DAN KABINET PERLU MEMBUAT PENAFIAN SEKERAS-KERASNYA ATAU MENGAMBIL TINDAKKAN PENYEBARAN BERITA YANG MEMBAWA FITNAH DAN MARUAH MENTERI DAN RAKYAT MALAYSIA.
Dicadangkan kepada menteri dalam negeri dan menteri penerangan kumunikasi dan warisan perlu bertindak segera agar maruah bangsa tidak ternoda dan dinoda oleh pengkhianat. 
"

Baru lantik kelmarin.. bertelagah dah..huhu..



Photos of Aiman Athirah Al Jundi-Sua Kasih Kita Bersaudara

XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011





XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)

Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya


SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.