ISU AZAN - Cadangan Dr. Asri tidak membantu perkembangan syiar Islam

Oleh: wfauzdin_ns

"APABILA isu azan di sebuah masjid di Wilayah persekutuan menjadi hangat angkara `mulut gatal' seorang Non Muslim yang dikatakan dari MCA baru-baru ini, maka hiruk pikuk lah berbagai pihak dan ada yang cuba mencari kesempatan meraih sokongan politik. Beberapa NGO yang selama ini `beku' seperti berada di dalam peti sejuk tiba-tiba muncul untuk berjuang kerana agama, kununnya.

Ada seorang yang ingin menonjolkan diri sebagai `pejuang Islam' yang digelar Zul Kulim atau `firaun besar' menyalak sakan dengan isu ini. Beliau seorang Wakil Rakyat yang tidak malu menduduki kerusi Kulim Bandar Baru walaupun mereka yang mengundinya dahulu tidak lagi redha beliau menjadi Wakil Rakyat mereka. Kebodohan beliau dari semasa ke semasa semakin jelas oleh kita di dalam apa jua isu yang beliau sentuh. Termasuklah di dalam isu azan ini di mana beliau menuduh DAP di dalam hal ini sedangkan semua tahu peguam Non Muslim yang menimbulkan isu ini adalah dari MCA.

Beberapa NGO juga bangun membantah dan mengadakan perhimpunan kununnya membela Islam. Di dalam pada itu, niat mereka dapat dibaca apabila cuba melibatkan YB Nurul Izzah di dalam isu ini. Mereka takut untuk menyentuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mahupun Menteri Wilayah Persekutuan yang lebih berkuasa di dalam menjelaskan isu ini. Akhirnya, YB Nurul Izzah menunjukkan kebijaksanaannya dengan menyerahkan semua persoalan ini kepada yang berhak dan berkuasa di dalam hal-hal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan dari Ustaz Dr Asri yang mahukan agar hanya azan sahaja dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara. Cadangan beliau ini tidak salah, tetapi tidak bijak untuk perkembangan dan syiar Islam. Selama ini kita tiada masalah di dalam penggunaan pembesar suara di dalam apa jua aktiviti atau amalan di dalam masjid dan surau. Jangan kerana adanya kes terpencil seperti ini, maka kita mengalah sedemikian rupa.

Kita tidak boleh kalah dengan kehebatan hiruk pikuk yang lebih keterlaluan di dalam berbagai konsert dan hiburan yang sering dianjurkan oleh beberapa pihak. Program maksiat mereka kadangkala lebih hebat lagi sehingga ke awal pagi. Manakala, penggunaan pembesar suara di masjid atau surau bagi amalan syarahan agama, membaca Al-Quran dan juga azan amat terhad sekali. Memang benar, Nabi mengajar kita membaca Al-Quran jangan sampai menganggu orang lain. Persoalannya, selama ini berapa kerat yang merasa terganggu?

Tentulah tidak berhikmah dan tidak dibenarkan jika kita menggunakan pembesar suara diwaktu orang lain sedang tidur. Kebiasaannya masid atau surau akan memperdengarkan bacaan Al-Quran beberapa minit sebelum masuk waktu sembahyang dan azan. Program syarahan agama juga bukan diadakan pada setiap malam dan program tersebut pun kebiasaannya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tidak masuk akal ianya mengganggu orang lain.

Justeru itu, apa yang selama ini kita umat Islam lakukan di dalam aktiviti di masjid dan surau haruslah diteruskan. Pihak berkuasa masjid dan surau juga hendaklah peka dengan keadaan dan situasi setempat. Mereka mesti bijak mengatur apa jua aktiviti yang ingin dijalankan dengan penuh kesederhanaan. /

wfauzdin.blogspot.com"

Perpecahan Dalam Ikhwanul Muslimin Era al Hudaybi: Cerminan Kepada PAS

Oleh: darultauhid

"Oleh Abu Muhammad
Seperti yang kita tahu, Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan al Hudaybi merupakan insan yang istimewa apabila beliau dididik khusus oleh al Banna. Hubungan baiknya dengan Ikhwan bermula pada tahun 1942. Hanya pimpinan utama sahaja yang mengetahui keanggotaan beliau dalam Ikhwan. Semasa Ikhwan diharamkan, beliau menyerahkan diri, harta, keluarga, jawatan beliau untuk dakwah. Beliau adalah satu-satu ahli daripada sektor kehakiman yang gigih membebaskan Ikhwan daripada tuduhan palsu.

Setelah al banna shahid, Dewan Pendiri telah memilih al Hudaybi sebagai Mursyidul Aam daripada beberapa calon yang dicalonkan. Pada mulanya, pelantikkan beliau diterima oleh ahli senior kerana dianggap kompromi sementara. Al Hudaybi menjalankan tugas sebagai Mursyidul Aam Ikhwan secara rahsia selama 6 bulan pada masa beliau masih menjalankan tugas dalam Jabatan Kehakiman. Ketika Nahhas Pasha mengizinkan Ikhwanul Muslimin dihidupkan kembali, Dewan Pendiri Ikhwan meminta al Hudaybi bertemu pemerintah atas kapasiti Muryidul Aam. Tetapi beliau menolak atas alasan keputusan tersebut dilakukan oleh Dewan Pendiri yang belum disahkan oleh anggota Ikhwan. Beliau juga menolak jawatan Mursyidul Aam.

Utusan-utusan dari seluruh wilayah Mesir bergilir-gilir datang ke rumah al Hudaybi mendesak beliau menerima jawatan Mursyidul Aam. Akibat desakan ini, beliau sanggup memegang amanah ini dan meletak jawatan sebagai hakim. Tanggal 17 Oktober 1951, Imam Hassan al Hudaybi dirasmikan sebagai Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin.

Kebencian Peribadi
Pelantikkan al hudaybi secara rasmi mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan pimpinan senior. Pelantikkan ini melangkaui beberapa pimpinan senior seperti Saleh Asmawi dan Abdul Rahman al Banna. Abdul Rahman al Banna bukan sahaja adik al Banna tetapi beliau adalah Ketua Pertubuhan Kebudayaan Islam di Kaherah yang memberi laluan agar Ikhwanul Muslimin bergabung dengan pertubuhannya, menggunakan kemudahan prasarana dan laluan kepada Imam Hassan al Banna sebagai ketua pertubuhan yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Jasa, penderitaan, dedikasi, pengorbanan, istiqamah dan kesetiaan para senior terhadap al Banna dan jemaah tidak akan dipersoalkan. Peningkatan mendadak al Hudaybi menimbulkan kekecewaan dan kemarahan mereka kerana melangkaui autoriti mereka sebagai pimpinan senior dan berjasa. Kemarahan ini berkembang menjadi kebencian peribadi yang cukup tajam dan seringkali mewujudkan kubu-kubu tertentu dalam jemaah.

Dalam PAS, perkataan ABIM, wala’, tsiqah, IRC, PAS Terengganu dan terbaru Kerajaan Perpaduan menjadi fobia pada sesetengah orang. Kebetulan sungguh apabila PAS seakan-akan dikuasai oleh puak ABIM dan Puak PAS Terengganu. Kedua-dua puak ini menjadi ‘hantu’ kepada golongan berkepentingan, senior berhati batu dan anak muda yang buta sejarah, sementelahan yang masih belum merasai ‘betina’(seperti diucapkan oleh Rahim Kajai kepada Samad Ismail) lagi. Perlu kita ingat, Puak ABIM dan Puak PAS Terengganu antara tenaga penting dalam mencetuskan revolusi kepimpinan ulama dalam PAS. Dan paling penting, mereka telah dilantik dalam muktamar.

Dato Mustafa Ali seorang pimpinan muda PAS(walaupun seteruk mana beliau, secara peribadi penulis tidak mengemari beliau), pernah menjawat penting(setiausaha atau timbalan menteri, saya lupa) dalam kementerian semasa PAS dalam BN. Beliau penuh pengalaman dan kesetiaan kepada jemaah serta telah kalis dengan politik berbanding kita yang belum berbapa lagi pada ketika itu. Dato Abu Bakar Chik, penggerak utama kepada sistem pendidikan PAS. TGHH, tokoh pemuda yang menggerakkan semangat anak muda untuk mendaulatkan Islam. Mereka adalah pimpinan utama PAS Terengganu sekarang.
Saya lihat terdapat kebencian peribadi terhadap pimpinan PAS tertentu. Ia datang daripada sekelompok pemimpin senior yang menaungi segelintir anak muda yang bersemangat. Pengaruh kelompok ini popular kerana mereka menguasai media alternatif tetapi ia bukanlah suara majoriti ahli PAS.

Roh Cinta dan Persaudaraan.
Krisis ini berlaku apabila roh cinta dan persaudaraan sesama pimpinan dan anggota semakin berkurangan. Kepimpinan Ikhwan berpecah tiga iaitu grup anti al Hudaybi, grup pro al Hudaybi dan grup neutral. Dalam PAS, pelbagai kubu muncul seperti kubu pro siasah, pro ulama dan pro tokoh-tokoh tertentu.

Grup-grup dalam PAS akan muncul kembali apabila musim muktamar pemilihan diadakan. Penggunaan media untuk melakukan pelabelan dan kritikan terbuka bukan sahaja menjatuhkan imej tokoh tetapi juga imej parti. Saleh Asmawi pernah menggunakan Majalah Dakwah untuk menghentam al Hudaybi. Masyarakat awam membaca dan menilai buruk jemaah dan pimpinan. Kenapa para mediawan PAS tidak memikirkan impak ini dan berkhayal untuk memenangkan puak yang mereka pilih?.

Formula utama meningkatkan roh cinta dan persaudaraan ialah melalui usrah. Usrah ini haruslah seragam melalui silibus Lajnah Tarbiyyah Pusat. Selain itu, Mursyidul Aam, Presiden atau Ketua Dewan Ulama harus meruang sehari dalam sebulan untuk memberi takzirah kepada para pimpinan mahasiswa dan anak muda.

Imej Hassan al Banna
Al Hudaybi menolak menyamakan dirinya dengan al Banna dari segi pemikiran, tindakan dan budaya hidup. Pimpinan senior mahukan al Hudaybi mencontohi al Banna. Al Hudaybi masih berhubungan dengan sahabatnya daripada parti pemerintah, Parti Sa’di. Al Hudaybi juga rapat dengan pihak istana dan menteri tertentu. Kehidupan elitis al Hudaybi dijadikan modal untuk memburukkan dirinya.

Dalam PAS berulang kali kita membaca agar TGHH mencontohi TG Fadzil Nor atau Anwar Ibrahim. TGHH ada stail kepimpinan tersendiri, agak sukar menerima gaya kepimpinan kedua-dua pemimpin tersebut.

Tugas anggota PAS ialah menyokong TGHH dan memberikan kepercayaan kepada beliau dalam memimpin PAS dengan gaya kepimpinan beliau tersendiri. TGHH dilihat orang tarbiah, sarjana dan pemimpin yang tidak suka bermesra di warung kopi berbanding keramahan TG Fadzil Nor di warung kopi. TGHH lebih banyak diam, suka menulis buku dan menyampaikan tazkirah. Al hudaybi bekas hakim adalah orang elit berlainan gaya hidup dengan al Banna. Setiap pemimpin mempunyai gaya hidup yang berbeda dan rencam.

Jangan kita inginkan pimpinan mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang kena ikut pimpinan yang sudah dibait oleh kita.

Masalah Pentadbiran Ikhwan
Al Hudaybi dituduh menghina jemaah kerana lambat mengaku beliau adalah Mursyidul Aam Ikhwan dan lambat meletakkan jawatan sebagai hakim. Beliau juga dikatakan mengemukakan syarat agar Abdul Kadir Audah seorang hakim dilantik sebagai timbalan Mursyidul Aam Ikhwan. Syarat ini melangkaui pemimpin senior seperti Saleh Asmawi dan Ahmad Hassan al Baquri.

Sangkaan ini dibuat oleh pihak musuh atau muslim yang dengki padanya. Sangkaan bersifat ragu-ragu menandakan hati yang tidak jernih dan penuh dendam serta dengki. Setiap tuduhan harus ada bukti, saksi dan pengakuan sebelum kita menghakimi. Penyakit hati akan menyerang sesiapa sahaja walaupun orang alim.

Pelantikan sesuatu jawatan harus kita selidik sama ada jawatan itu bersifat lantikan atau dipilih. Jika jawatan Timbalan Mursyidul Aam bersifat lantikan, adalah hak al Hudaybi untuk melantik orang yang disukainya. Dalam konteks PAS, pelantikkan setiausaha politik Presiden, Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhanjaya PAS Negeri adalah kuasa lantikan Presiden PAS.

Al Hudaybi Pro ‘Kerajaan Perpaduan’?
Di bawah kepimpinan al hudaybi, beliau telah dipersoalkan tentang peranan Ikhwan dalam mengetuai gerakan penentangan secara nasional terhadap kerajaan Mesir. Peristiwa kehadiran beliau ke istana semasa pengangkatan sumpah Hafiz Afifi Pasha sebagai ketua kerajaan di tengah-tengah kemarahan dan kebencian pergerakan nasional terhadap istana. Hubungan baiknya dengan pemimpin pasca parti Wafd iaitu Mahir dan Hilali telah menimbulkan kecurigaan pergerakan nasional bahawa al Hudaybi akan membawa Ikhwan menjadi gerakan pro status quo. Al Hudaybi juga pernah mengadakan pertemuan dengan perwakilan British.

Perdebatan tentang hubungan dengan pemerintah memuncak apabila kehadiran Abdul Kadir Audah salah seorang pemimpin kubu pro melunakkan hubungan dengan pemerintah dianggap tanda kesediaan al Hudaybi ke arah itu.

Perundingan dan pertemuan dengan pemerintah adalah keperluan bagi setiap jemaah atau organisasi kerana kita mencari suasana yang lebih baik. Al Banna sebelum kematian telah berunding dengan pemerintah. Kematiannya, semasa menunggu untuk berunding dengan pegawai pemerintah di pejabat Syubanul Muslimin. Perundingan dengan pemerintah ada pelbagai sebab, kita sebagai anggota harus memberi kepercayaan kepada pimpinan atas kebijaksanaan mereka. Sebagai ahli bawahan, bukan urusan kita mencampuri urusan rahsia dan urusan tertinggi jemaah. Jemaah ada struktur kuasa yang tersendiri. Malangnya ada dalam kalangan kita ingin bertindak seakan-akan ahli syura jemaah, ingin mengatur parti dan merasakan dirinya lebih baik daripada pemimpin utama.

PAS pernah menghalalkan kemasukkan ke dalam BN dengan dalil-dalil khas Dewan Ulama PAS di bawah pimpinan TGNA pada ketika itu. Pertemuan ‘gelap’ wakil-wakil PAS termasuk yang terbaru di Istana Terengganu bukanlah perkara aneh. Berilah kepercayaan kepada pimpinan, insya Allah kita selamat.

Sedihnya dengan penuh provokasi dan sangkaan yang boleh membawa fitnah, kita membuat tuduhan dan tidak percaya kepada pimpinan walaupun berbuih mulut pimpinan menafikannya. Jadi, kita percaya kepada siapa? Adakah pimpinan parti lain atau pimpinan sewarung kopi kita yang membelanja kita?.

Imam Hassan al Banna syahid semasa berunding, kita pula anti perundingan?. Kita berunding dan bertawakal. Kemungkiran janji musuh walaupun kita dibantai dan tewas, Allah akan membalas sesiapa yang mungkir janji.

Layakkah Hassan al Hudaybi Menjadi Mursyidul Aam Ikhwan?
Sebelum dilantik secara rasmi, Imam Hassan al Hudaybi sememangnya menolak jawatan Mursyidul Aam. Beliau beberapa kali menolak tetapi tidak diizinkan sama ada oleh Dewan Pendiri atau kemenangan dalam pemilihan dengan sokongan majoriti ahli perwakilan. Al Hudaybi dilihat gagal menyatukan Ikhwan dan mengemudi Ikhwan dalam menghadapi pelbagai mehnah.

Menurut Syeikh Muhammad al Ghazali".. .Sebenarnya beliau (al Hudaybi) tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau ujian.” Bahkan pada tahun 1954, al Hudaybi sendiri pernah menyatakan ‘saya bukan (pilihan) tepat untuk memimpin organisasi ini’.

Kehadiran beliau sebagai pimpinan utama melemahkan disiplin dan kekuasaan pimpinan utama terhadap para anggota jemaah.

Perihal itu harus difikirkan dalam PAS. Adakah TGHH atau Ustaz Nasharudin Mat Isa layak memimpin PAS?. Adakah ahli tidak risau apabila TGHH dan TGNA sudah tiada dan PAS dipimpin oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa?. Apa yang berlaku pada PAS pada era Ustaz Nasha?.

Persoalan ini terjawab pada kekuatan pengaruh Ustaz Nasha dan sokongan majoriti anggota PAS terhadap beliau.

Seperti yang kita tahu, TGHH tidak pernah dicabar dalam pertandingan muktamar. Manakala Ustaz Nasha merupakan calon yang menewaskan Timbalan Presiden PAS sebelum ini iaitu Ustaz Hassan Shukri. Ustaz Nasha juga berjaya mempertahankan jawatannya semasa dicabar oleh puak ulama yang mencalonkan Ketua Dewan Ulama Pusat, Tuan Guru Haron Taib. Muktakhir, beliau berjaya menewaskan pencabarnya dari puak pro profesional, Dato Husam Musa dan aktivis PAS tersohor, Muhammad Sabu. Perkara ini menjelaskan bahawa beliau mendapat dokongan majoriti ahli PAS.

Kemuncak Penentangan
Sejak al Hudaybi menjadi Mursyidul Aam, ketaatan mutlak yang dinamakan wala’ semakin berkurangan. Media digunakan untuk menentang beliau. Jika dianalisis, majoriti ahli Ikhwan bersama al hudaybi. Cuma sekelompok kecil sahaja yang gelisah dan terasa terganggu. Bahkan al Hudaybi berjaya memenangi kembali jawatan Mursyidul Aam pada 8 oktober 1953. Tetapi Al Hudaybi dituduh menyeleweng dalam pengundian ini.

Kemenangan al Hudaybi memberi ruang kepada beliau untuk menyelesai kes Biro Rahsia yang berkuasa di luar pengaruhnya. Pada 20 November 1953, Sayyid Fayiz, pemimpin nombor dua Biro Rahsia yang ingin membuka rahsia keahlian dan penempatan ahli biro telah dibunuh. Pada 22 November, 4 anggota Biro Rahsia Ikhwan telah dipecat. Wartawan cuba mengaitkan pemecatan pemimpin tersebut dengan kematian Fayiz. Tetapi Ikhwan menyatakan mereka dipecat kerana masalah disiplin. Masalah ini bertambah buruk apabila pada malam sebelum diumum pemecatan tersebut, al hudaybi bersama beberapa ahli Dewan Pendiri telah makan bersama Natsir dan pemimpin muda angkatan tentera. Pihak anti Hudaybi mula bertindak.

Seramai 21 pemimpin menziarahi kediaman Mursyidul Aam untuk menyerahkan memorandum agar al Hudaybi meletakkan jawatan. Kemudian mereka menuju dan berkumpul di pejabat agung ikhwan. Mereka bersama 70 orang ahli telah merampas kuasa pejabat agung ikhwan dan mendesak memorandum mereka diterima.

Rampasan kuasa dapat ditamatkan apabila pihak al hudaybi bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam menghakimi semula pemecatan 4 anggota Biro Rahsia. Pada 28 November, satu pertemuan antara pihak bertentangan diadakan. Pada pukul 4.00 petang, al Hudaybi tiba dan disambut meriah oleh majoriti ahli Ikhwan yang berkumpul. Kesempatan ini, baiah terhadap al Hudaybi diadakan semula, dan pemimpin pro al Hudaybi telah mengutuk habis-habisan terhadap pihak anti al hudaybi. Hasilnya, Saleh Asmawi, Muhammad al Ghazali, Sayyid Sabiq dan Abdul Aziz Jalal antara pemimpin anti Hudaybi yang dipecat.[jika tidak silap, Syeikh Yusuf al Qaradawi tergolong dalam kelompok anti Hudaybi]

Kita lihat dua nama besar pada dekad kemudian iaitu Sayid Sabiq pengarang Fiqh Sunnah dan Syeikh Muhammad al Ghazali Pemikir Islam ternama telah dipecat!. Adakah mereka tidak alim atau tidak setia kepada Ikhwan?. Ilmu, jasa, pengorbanan, kesetiaan tidak dapat disangkal tetapi mereka terpaksa dipecat kerana masalah disiplin iaitu tidak akur arahan pimpinan utama dan mempunyai pendapat sendiri dengan menolak pendapat jemaah.

Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menulis hubungan beliau dengan al Hudaybi setelah peristiwa itu berlalu menyatakan “Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua."

Solusi
Kekuatan sesuatu jemaah bergantung kepada kualiti pemimpin utama, sokongan pimpinan tertinggi atau perwakilan dan sokongan majoriti ahli biasa. Tanpa dokongan ketiga-tiga elemen ini, sudah tentu al Hudaybi akan tumbang setelah diasak oleh segelintir anggota senior yang tidak puas hati dengan kepimpinan beliau.

Keunggulan PAS melalui 3 rangkai pimpinan yang berpengaruh akan berakhir setelah ketiadaan TGFN, TGNA dan TGHH. Ketiga-tiga orang ini mempunyai pengaruh yang besar dalam puak tarbiah, puak siasah dan majoriti ahli dalam PAS. Mereka adalah pemimpin pengasas kepimpinan ulama paling berpengaruh. Dibawah adalah analisis daif daripada saya tentang masa depan tokoh kepimpinan PAS.

a. Ustaz Nasharudin Mat Isa- seorang tokoh yang banyak ilmu tetapi tiada pengaruh besar dalam struktur jemaah. Beliau beruntung mendapat sentuhan tongkat TGFN dan TGHH yang memberi sokongan moral dalam struktur jemaah. Pun begitu, kemenangan dalam pemilihan muktamar boleh menjadi motivasi agar prestasi kepimpinan beliau semakin mantap. Pemilihan yang lepas beliau mendapat dokongan kuat daripada puak tarbiah. Beliau belum teruji tanpa tongkat kepimpinan utama. Secara peribadi, beliau akan jadi Presiden PAS yang lemah jika ahli PAS menolak beliau dan kemungkinan besar untuk dicabar pada jawatan Presiden PAS adalah besar. Keputusan terakhir milik perwakilan muktamar.

b. TG Tuan Ibrahim Tuan Man- seorang pimpinan popular, berilmu, mesra rakyat dan mendapat dokongan majoriti perwakilan. Beliau beberapa kali memenangi undi terbanyak dalam muktamar sehingga akhirnya beliau merangkul jawatan Naib Presiden. Bagi saya, beliau antara pimpinan besar untuk mengantikan TGHH sebagai Presiden.

c. Dato Husam Musa- tokoh berbakat besar, bijak dan mempunyai jaringan persahabatan yang luas. Pun begitu, beliau bukan pimpinan yang digemari oleh puak tarbiah dalam jemaah. Secara peribadi, beliau boleh melangkah ke jawatan Timbalan Presiden.

d. Dato Seri Ir. Nizar- seorang lagi pimpinan berbakat PAS dan mempunyai potensi besar dalam parti dan pakatan rakyat. Tokoh ini boleh sampai ke jawatan Timbalan Presiden PAS.

e. Dr Mujahid Yusof- tokoh yang banyak ilmu dan lebih liberal pendekatannya. Beliau tidak mempunyai pengaruh dalam puak tarbiah mungkin akan merencatkan perjalanan ke jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam organisasi, beliau hanyalah teoris tanpa pengalaman. Begitu juga dalam aksi jalanan atau pengalaman dipenjara. Jika perwakilan muktamar berubah corak pemikirannya, beliau adalah Presiden PAS pada masa depan.

f. Salahuddin Ayub – aktivis PAS yang sudah teruji, berbakat, mesra rakyat berjiwa warung. Boleh pergi jauh sampai ke jawatan Timbalan Presiden
g. TG Haron Din- ulama berilmu, popular dan mendapat dokongan puak tarbiah. Usia adalah kekangan.

h. TG Haron Taib - ulama berilmu, berpengaruh dalam puak tarbiah tetapi tidak popular dalam kalangan ahli biasa PAS. Usia dan kesihatan adalah kekangan.

i. Mat Sabu- Mempunyai kekuatan mendaki jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak mampu bertahan lama.

j. Dato Mahfuz Omar- Paling tinggi tahap Naib Presiden dan mungkin tumbang dalam pemilihan yang akan datang.

Dalam PAS, persaingan antara puak tarbiah dengan puak siasah akan terus berlaku. Puak tarbiah lebih menganggap PAS adalah gerakan Islam manakala puak siasah menganggap PAS hanya parti politik. Jika dilihat, puak tarbiah kekurangan pimpinan muda yang boleh ditampilkan sebagai Naib Presiden. Penampilan ulama pelapis yang berkonsep-imej-pemikiran Profesional Ustaz (PROTAZ) harus diusahakan.

PROTAZ adalah gambaran ulama masa depan. Ulama bukan ditempatkan di masjid tetapi memasjidkan alam. Para agamawan yang berkerja di sektor perbankan, ekonomi, kewangan dan akauntan diharap menjadi ulama pelapis PAS. Secara peribadi, saya mengidamkan PAS dipimpin oleh para agamawan seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ustaz Nazri Chik."

Normala Sudirman Diumumkan Calon PAS Bagi N05 Tenang


Normala Sudirman berumur 38 tahun seorang lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang yang sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, berjawatan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis dan Exco Dewan Muslimat PAS pusat telah diumumkan sebagai calon PAS di dalam pilihanraya N05 Tenang.





Berita Malaysiakini
PAS letak calon wanita bertanding di Tenang

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, sebelum meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon. -MK


Berita dari harakahdaily

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. -harakahdaily


FAKTA DUN TENANG

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

Fakta Berkaitan DUN Tenang

Pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 (PRU 12).

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Demografi Pengundi DUN Tenang


Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

14,753 pengundi berdaftar.
14,735 pengundi biasa.
18 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 47.54%
Cina 39.08%
India 12.07%
Orang Asli 1.16%
Bumiputera Sabah 0.04%
Bumiputera Sarawak 0.03%

Kenapa BERNAMA Kelam-Kabut Laporkan Kes Pramugari Malaysia Mati Di Amsterdam?


Polis Amsterdam Tolak Unsur Jenayah Dalam Kematian Pramugari MAS

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam Jumaat lepas. Gambar Chin Swee Len oleh 11news

Jurucakap Wisma Putra berkata Ahad polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui kira-kira 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.

Bercakap kepada pemberita semasa melancarkan kempen balik kampung rumah selamat di USJ Summit di sini, beliau berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan polis Amesterdam bagi menyelesaikan kes tersebut.

Sementara itu, Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, MAS kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Amsterdam yang sedang menyiasat untuk menentukan sebab-sebab kematian Chin.

Azharuddin berkata pihak MAS sedih dengan berita kematian Chin secara mengejut itu.

Kehilangan beliau disedari bila beliau gagal melaporkan diri untuk taklimat pra-penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata Chin menyertai MAS pada 1997 dan rekod perkhidmatannya sepanjang masa adalah cemerlang.

"Chin disifatkan oleh rakan sebagai cukup berdisiplin, mesra dan peramah. Beliau meninggalkan suami dan seorang anak ," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah menasihatkan pramugara dan pramugari semasa di luar negara, berjalan secara berkumpulan dan tidak bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chin.-- BERNAMA


Berita sebelumnya:


Kematian pramugari MAS akibat perbuatan jenayah, kata polis Amsterdam

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam, pagi Jumaat lepas adalah akibat perbuatan jenayah.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut, oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.

Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah.

Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail. — Bernama


Ulasan GB

Apa sudah jadi dengan agensi berita nasional BERNAMA ini.

Sudahlah berita-beritanya kebanyakannya tidak objektif dan tidak berkecuali, sehingga berita yang tak menyentuh politik pun lintang pukang.

GB ingat GB tersilap baca, rupanya wartawan TMI turut perasan...

Tuanku Sultan puji pembaharuan yang dibuat MB

Oleh Amelia Hasyim

ALOR SETAR, 16 Januari - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah mengucap tahniah kepada YAB Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan  tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Kerajaan beta sentiasa memberi kerjasama yang erat kepada semua pihak di dalam menjayakan projek pembangunan demi faedah rakyat negeri ini,” titahnya. Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit, hari ini.
Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur  dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.
“Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepatkan dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing. Beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan yang bakal memberi faedah kepada rakyat negeri ini,” titah baginda.
Dalam titah ucapan itu baginda turut menyentuh mengenai kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan  kelewatan menyiapkan sesuatu projek, hendaklah diatasi segera.
Baginda percaya dengan kaedah 5 Bintang seperti yang dikejar tidak akan memberi makna jika perubahan sikap dan minda tidak berlaku di dalam proses pentadbiran dan perurusan dengan para pelabur dan pedagang.
“Beta yakin kestabilan politik dan kemantapan jentera kerajaan akan berjaya menarik lebih ramai pelabur memilih negeri ini sebagai lokasi pelaburan yang menguntungkan,” titahnya.
Baginda memuji langkah kerajaan memberi bantuan sara hidup, membina rumah kepada rakyat ikut kemampuan kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah mendapat faedah program ini.
Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan peningkatan  bidang pendidikan dalam peperiksaan UPSR dan PMR serta pencapaian pelajar Maktab Mahmud dalam dua peperiksaan itu yang meletakkan Maktab Mahmud dalam kumpulan 45 buah sekolah yang mencatat keputusan cemerlang di Kedah.
Selain itu baginda memuji kejayaan Kontinjen Kedah dalam Sukma yang menduduki tempat ke lima daripada 15 kontinjen dengan meraih 39 emas, 20 perak dan 31 gangsa selain 72 atlet Kedah yang terpilih mewakili negara dalam acara sukan peringkat antarabangsa.-/ Warta Kedah

Cikgu Mala calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.


Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.-/ Harakahdaily

Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang...BERNAMA-Bumiputera Berjaya's Photos


Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang...BERNAMA
– Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

“Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun…hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya…dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik,” kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Karpal berkata, pada 1997, memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.

“Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik,” katanya.
Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.

“Jadi, tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam,” katanya.

Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai.

Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang.

KWAH KWAH KWAH.....MAU TAU SIAPA UMI HALFIDA PELAKON VETERAN UMNO SANDIWARA LIWAT YANG BELIAU GAJIKAN UNTUK BERTINDAK MEWAKILI BELIAU?... TIDAK LAIN TIDAK BUKAN PEGUAM DAN PENASIHAT UNDANG PERKASA/PEKIDA Buzze Azam DARI MESSRS AZAM AZIZ & CO.....kwah kwah kwah... INI PEGUAM APA DIA TAHU... kwah kwah kwah PERKARA ASAS PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG MENGFAILKAN SAMAN PUN DIA TAK RETI ... kwah kwah kwah....SIMAMAT PEGUAM TAK TAHU ASAS UNDANG-UNDANG INI BOLEH DIHUBUNGI DI NO TALIPON 0129770412.....NASIHAT JUJUR DAN IKHLAS SAYA JIKA ANDA SEMUA MENGHADAPI MASALAH UNDANG-UNDANG JANGAN SESEKALI GUNA PAKAI KHIDMAT PEGUAM TAK RETI UNDANG-UNDANG INI... LEBIH BAIK ANDA GUNA PAKAI KHIDMAT DIRI SENDIRI.. ITU LAGI BIJAK DAN SELAMAT....kwah kwah kwah.....

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.