Nasib Mustaffa dan Gobala

Keadilan masih belum memutuskan sebarang tindakan ke atas Pengarah Biro Latihan Mustaffa Kamil Ayub dan sebaliknya masalah teknikal membabitkan notis tunjuk sebab menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat biro politik pada malam Rabu.

Menurut sumber yang dihubungi FMT, pendekatan notis itu perlu dilakukan secara berbeza terutama membabitkan jawatan tertinggi parti.

“Notis (surat) itu pimpinan terlepas pandang, sedangkan jika melibatkan jawatan tertinggi parti pendekatan yang perlu dilakukan berbeza. Merujuk kes Mustaffa ini ia melibatkan kategori berbeza kerana beliau pemimpin tertinggi parti.

“Malah pihak sekretariat juga ditegur berhubung notis (surat) yang dihantar kepada Mustaffa, namun tiada tindakan lanjut ke atas beliau dalam mesyuarat malam tadi (Rabu),” katanya.

Mustaffa yang juga bekas naib presiden didakwa menghalang proses pemilihan parti peringkat pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September 2010 sehingga menerima notis rasmi yang dihantar oleh pejabat Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Januari lalu.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas pengerusi Keadilan Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Menurut sumber parti kini menunggu surat jawapan daripada Mustaffa untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli-ahli biro politik dan berlangsung kira-kira tiga jam.

Dalam perkara berkaitan, berhubung isu Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, biro politik memutuskan untuk menunggu surat tunjuk sebab daripada beliau.

“Beliau (Gobalakrishnan) sepatutnya jawab, namun jika masih enggan maka pihak jawatankuasa disiplin parti akan mengusulkan kepada biro politik untuk tindakan selanjutnya ke atas beliau,” jelas sumber tersebut.

Gobalakrishan kini berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam Keadilan ekoran tindakan mengecam hebat kepimpinan parti melalui laman twitter sehingga diberi surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

Sedia beri jawapan balas

Sementara itu, Mustaffa yang dihubungi FMT pula berkata daripada maklumat tidak rasmi yang diterima parti memutuskan tiada kes terhadap beliau.

“Saya masih menunggu maklumat rasmi daripada parti. Jika sudah selesai saya lega namun saya persoalkan mengapa timbul masalah sedangkan Anwar akui bahawa biro politik tidak dimaklumkan mengenai perkara ini?” soal beliau.

Walau bagaimanapun Mustaffa berkata jika pihak parti membuat keputusan sebaliknya maka beliau akur dan akan memberikan surat balas.

“Tempoh 10 hari itu sudah tamat… saya juga memang ada berkomunikasi dengan Azizah dan Anwar tentang hal ini. Namun jika parti masih berkehendakkan saya untuk jawab, saya akan jawab dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu usaha FMT untuk mendapatkan Saifuddin Nasution gagal bagi mengulas lanjut perkara tersebut.

Sharpshooter - Cakap salah tak cakap salah, jadi semua serba salah. Bila agaknya siasatan terhadap aduan akan selesai.

Ini gambar terbaru Mustaffa Kamil Ayub dan Chegubard di Tenang membantu kempen Calon Pas Cikgu Normala.

Ini pula luahan rasa anak muda berenama Muhammad Saufi SAMM dalam FBnya

Betapa malunya kami bila masyarakat persendakan parti yg kami naung ni..! dimana mana kami pergi tak lepas dari perli dan kiasan yg semkin hari semkin jelek kami dengari..! kami syangkan parti yg pernah kami bina dari binaan lantainya, tiang asasnya, dindingnya, bumbungnya sehingga lah perabotnya juga turut kami hiasi..!

ramai juga ahli keluarga parti yg marahkan kami kerana sering menegur perbuatan abang, kakak, ayah & ibu dlm parti kerana melakukan kesilapan dan kemungkaran..! mereka menyuruh kami agar keluar parti dan jgn sesekali menegur abang, kakak, ayah dan ibu yg sdg melakukan kemungkaran & kecelakaan..! kami dituduh anak derhaka..! kami dipanggil trojan horse..??? kami menegur dgn penuh kasih syg, dengan roh kemuliaan, dgn keyakinan bahawa abang, kakak, ayah dan ibu terus mengekalkan sifat dan jiwa pejuang merdeka yg tdk sesekali diselaputi najis dan noda..!

salahkah kami meminta agar diselesaikan hal rumah tangga kita dgn adil..??? sdh kami gunakan semua saluran yg dipersetujui..! perbincangan meja bulat, SDAH! laporan dan aduan melalui surat, SUDAH! menyerahkan semua dokumen, SUDAH! mendedahkan semua saksi2, SUDAH! menghantar resolusi dengan penuh sopan dan adab, SUDAH! menunggu dgn sabar, SUDAH! 2minggu, SUDAH!, lagi 2 minggu, SUDAH! tambahan lagi 2 minggu, SUDAH!, tangguh lagi 2 minggu, SUDAH! minta laluan lagi 2 minggu, SUDAH! kini sdh berminggu minggu pun SUDAH!!!! kemudian cube utk tutup kemungkaran & penipuan dgn mnawarkan jawtan besar utk abg kami..!!!

SAPA YG TIPU KAMI..! SAPA YG KHIANAT KAMI..! SAPA YG PERMAINKAN JIWA2 KAMI..! SAPA YG MUNGKIR JANJI..! SAPA YG PERBODOHKAN KAMI..! SAPA YG CURI HAK KAMI..! SIAPA..???!!!

bila kami tuntut hak kami, kami digelar pengadu domba! kami digelar pemecah belah parti! kamilah pengkhianat! kami dikatakan trojan horse dlm parti! kami semua tdk beradab! kami tdk layak duduk dlm parti yg mulia ini! kami ank2 muda pengganas parti! kami pengacau parti! kami dibayar utk huru harakan parti!

namun, kami redha. kami istiqamah. kami sedar bahawa parti hanyalah sebagai landasan utk kami lorongkan buat rakyat menikmati hak mereka dalam negara. kami anak2 muda tetap meneruskan kerja kami, perjuangan kami, gerakkan kami.

kami anak2 muda masih menaruh harapan buat parti ini berubah. kami masih meyakini bahawa parti ini boleh menjadi perisai dan juga kereta kebal buat hancurkan regim...! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..!

bantulah kami untuk "MENCARI KEADILAN DALAM KEADILAN...!"
REVOLUSI ANAK MUDA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

When we want to talk about respecting other religion . We should learn from PAS .


可怕的回教党, 果然令国阵害怕 ^^

When we want to talk about respecting other religion . We should learn from PAS .

Nenek Brutal's Photos -ummi hambe sempat lg niaga beger malam ni ?


~ummi hambe sempat lg niaga beger malam ni sebelum bertolak ke Tenang pukul 3 pagi nnt...Ya Allah,Engkau lindungilah ummiku dan sahabat2 seperjuangannyer,berkatilah kepergian mereka..moga mereka selamat pergi,berada dan pulang dr Tenang...Engkau permudahkan segala urusan pejuang2Mu Ya Allah...semoga Pas akan beroleh kemenangan..aminn ya rabbal alamin....~

Tak mau debat Buku Jingga, debat soal PD dan Mongolia pun ok...

Perilaku Datuk Dr Chua Soi Lek disifatkan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dalam soal calon PAS di Tenang.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media selepas forum 'Luncheon Talk with YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam.
Kata beliau, tindakan Presiden MCA itu membuat serangan peribadi terhadap Normala juga sesuatu yang jelek memandangkan latar belakang beliau yang sudahpun terjejas akibat skandal DVD lucah tidak lama dahulu.

"Chua Soi Lek bangkitkan isu peribadi dengan Normala, itu bagi saya sangat tidak adil, dan Chua Soi Lek nak bicara soal peribadi tu tak sesuai saya fikir. Jadi lebih baik tumpu soal dasar, keupayaan tokoh ini berbanding dengan tokoh BN," kata beliau.

Beliau menjelaskan ini hanyalah satu strategi Umno-BN mengalih pandangan rakyat daripada melihat kepada isu sebenar iaitu tatakelola kerajaan, rasuah yang berleluasa, kenaikan harga barangan yang drastik dan isu khidmat kepada masyarakat.

"Chua Soi Lek bercakap mengenai serangan peribadi? Apa sudah terjadi dengan halatuju politik negara ini? Kita mahu mendebatkan dasar tetapi nampaknya (serangan peribadi) telah menjadi paten," kata beliau.

Katanya lagi, rakyat perlulah memikirkan dan menilai dasar PAS dan PR, dasar Umno dan BN serta menilai kewibawaan dan keupayaan calon-calon yang bertanding.

Anwar menjelaskan, isu ini sama seperti respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana apabila Anwar menjemput Najib untuk berdebat soal dasar 'Buku Jingga' yang memuatkan pelan tindakan PR dalam 100 hari di Putrajaya, Najib menjawab dengan membuat serangan peribadi terhadap Anwar.

"Saya nak tekankan saya tak mahu layan soal peribadi, saya nak bicara soal ekonomi tetapi kalau dia tegas nak bicara dan debat soal peribadi, saya sedia, soal peribadi. Tuduhan liwat terhadap saya. Saya nak bangkitkan soal bunuh, soal rasuah, rampas isteri semua itu akan dibangkitkan, dan soal Port Dickson," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata beliau lebih berminat mendebatkan soal 'Buku Jingga' kerana isu tersebut telah menjadi satu persoalan kepada rakyat Malaysia dan perlu diperjelaskan.

'Tanya saya sebagai orang bertanggungjawab, jangan debat isu peribadi. Itu nasihat saya tapi kalau dia pilih saya terima. Saya masih tekankan perlu debat isu Buku Jingga," tegas beliau lagi.

Batika Faisal Lariwoo's Photos - Suspek Pembunuhan Ngeri Sadong Jaya

Menginsafi 2011 adalah tahun berkemungkinan besar Pilihanraya Umum akan diadakan maka Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memutuskan beberapa tindakan ?


Menginsafi 2011 adalah tahun berkemungkinan besar Pilihanraya Umum akan diadakan maka Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memutuskan beberapa tindakan . Antaranya ialah [ Projek 2011 : Masa Untuk Berubah. [ PAS Sedia Ganti UMNO ]

Ayuh! pakat-pakat hadir Pentas Pemuda di Markaz Tarbiyyah PAS Guar Syed Alwi pada Sabtu 5 Februari 2011 jam 9.00 malam..

PANAS: Bekas pemimpin PKR yang sertai MCA rupanya 'anak didik' Chua Soi Lek!! (18sx)



Oleh: Pria Malaya

Heboh!..memang heboh..pengkhianat parti PKR, Ng Nanyang yang menyertai MCA petang tadi, (baca laporan Malaysiakini di SINI) kini menjadi buah mulut facebooker dari kaum Cina..ini semua gara-gara perbualan lucah beliau dengan seorang kenalannya di facebook...

Ikuti perbualan beliau yang 'terkantoi' di bawah..


Sumber 1



Sumber: 反对A片男主角当选马华总会长

Sumber 2



Sumber: 反对A片男主角当选马华总会长

Sumber 3



Sumber: Williance Mw

Sumber 4



Sumber: Yam Cl

Dan ramai lagi..kalian boleh ikuti reaksi dan komen masyarakat Cina terhadap 'insiden' memalukan ini dengan klik sumber2 di atas..

Bagi seseiapa yang tidak percaya, boleh terus rujuk facebook beliau, "Ng Nanyang (黄楠洋)"..atau call nombor telifonnya 0182347922..

Baru sahaja penyokong dan blogger parti ketuanan Melayu Umno nak meraikan kemasukan 'wira' ini, rupanya perangai sebijik macam pelakon porno a.k.a presiden MCA, Chua Soi Lek..sungguh memalukan..memang tepat MCA sebagai pilihannya..
Orang Cina jauhi parti 'pelakon seks' (MCA)

Sebagai info tambahan, jika kalian merantau di laman facebook masyarakat Cina, khususnya yang membicarakan mengenai politik, kalian pasti akan kerap terjumpa ayat/gambar kecaman terhadap pemimpin2 MCA dan Gerakan termasuk Umno..di bawah, antara luah zahir masyarakat Cina terhadap presiden MCA..




Bagi sesiapa yang tidak puas hati dengan Chua Soi Lek, penulis telah mengenalpasti beberapa page facebook anti Chua Soi Lek/MCA yang dibuka oleh rakan dari kaum Cina sebagaimana di bawah:



1. 反对A片男主角当选马华总会长
2. 我们赞成菜CD和他儿子都去跳楼自殺,然后让马华政治化事件来捞取政治利益!

p/s: Akan dikemaskini..tungguu..

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.