Voting Day at Kerdau-imbasan dun kerdau

Hei Pak Menteri...tak payahlah ugut blogger...

Rais: Pihak hasut guling kerajaan akan ‘dihukum’

March 05, 2011
TEMERLOH, 5 Mac — Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada.
“Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mel atau tweeter.
“Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.
Rais (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya pembangkang tidak bermain dengan api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara Asia Barat.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat hasutan sedemikian kerana keadaan negara ini berbeza dengan negara lain.
“Pada pandangan saya kerajaan sudah membela nasib rakyat, rakyat tidak semudah itu mengikut rencana atau celoteh blogger,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mengusir media arus perdana termasuk RTM daripada mengikuti majlis anjuran mereka di Kerdau, Rais melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan itu.
“Bila saya dengar perbuatan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalau media khususnya RTM, saya terkejut, saya berasa takkanlah seorang yang tinggi kedudukan dan pengaruhnya sanggup menghalau media, ini mencerminkan isian diri beliau yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata media harus terus membuat siaran dan melaporkan perkara yang perlu diketahui oleh rakyat. — Bernama
Sharpshooter - Alahai Pak Menteri...blogger tidak pernah menghasut rakyat pun, blogger cuma menyatakan peristiwa yang berlaku di Mesir wajib diambil iktibar oleh semua pemimpin kerajaan termasuk pembangkang.

Jangan sombong dan angkuh bila berkuasa serta rasuah dan menindas rakyat. Ini bukan menghasut tetapi ini adalah peringatan. Takkan lah yang itu pun salah?

Yang salah adalah perasuah yang disorok dibawah karpet indah, yang salah adalah penyelewengan yang disorok bawah karpet indah, yang salah adalah kes skandal yang disorok bawah karpet indah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pelajar terjatuh di Gua Kelam

March 06, 2011
PADANG BESAR, 6 Mac — Seorang pelajar tergelincir dari laluan pejalan kaki setelah memanjat sebuah bukit di Gua Kelam dekat sini semalam.
Namun Khairul Rafiuddin Isa, 26, dari Bertam Hulu, Melaka bernasib baik kerana tersangkut pada sebatang pokok kecil dan pengsan seketika.
Setelah sedar, pelajar tahun empat jurusan Kejuruteraan Perhubungan sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba melalui telefon bimbitnya.
Beliau kemudiannya ditemui oleh pasukan bomba sukarela Felcra Lubok Sireh dalam keadaan letih pada pukul 4.30 petang sebelum dibawa keluar dari situ pada pukul 7 malam.
Mereka menggunakan tali untuk menyelamatkannya kerana beliau tidak berdaya untuk bergerak.
Khairul Rafiuddin berkata beliau berjoging seorang diri kira-kira 3 petang di sekitar Gua Kelam dan memanjat sebuah bukit setinggi 110 meter sebelum tergelincir.
Menurutnya batu yang dipegangnya untuk memanjat terjatuh dan turut menimpa kepalanya.
Beliau cedera di kepala, lengan dan bahu. — Bernama

Majoriti besar BN tanda kejatuhan PAS, dakwa Muhyiddin

March 06, 2011
Calon BN Roslan Ahmad menerima sijil selepas diumumkan sebagai wakil rakyat baru bagi kerusi Merlimau malam ini. — Foto oleh Jack Ooi
JASIN, 6 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau sebagai satu kejayaan cemerlang bagi parti perikatan itu. Jelas Timbalan Perdana Menteri, kemenangan BN dengan majoriti besar di kedua-dua kawasan itu menunjukkan isyarat jelas pengundi kini sudah kembali kepada BN dan menolak dasar pejuangan Islam yang dibawa PAS.
“Kemenangan ini disebabkan sokongan rakyat terhadap BN tidak berbelah bahagi, faktor kecemerlangan ini dapat diteruskan dan diulang malah momentum kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi.
“Ia juga isyarat jelas bahawa perjuangan PAS tidak diterima. Kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau menunjukkan protes rakyat kepada perjuangan PAS,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.
Tambah Muhyiddin, sokongan pengundi di kawasan peti undi Melayu dan India amat menggalakkan selain undi Cina sudah kembali kepada BN.
Ketika ditanya sama ada BN akan terus meletakkan calon muda pilihan raya akan datang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata calon yang bersih daripada sebarang skandal akan menjadi keutamaan.
“Calon muda menjadi salah satu faktor kemenangan dan kami akan letakkan calon yang paling sesuai untuk meningkatkan sokongan pengundi.
“Kita ambil semua perkembangan dan ia menjadi pendorong untuk kita bekerja lebih keras,” katanya.
Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad memperoleh 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah mendapat 2,319 dengan undi majoriti sebanyak 3,634 undi.
Sementara itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724.
Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi manakala Hassanuddin memperoleh 2,336.
Sementara itu Roslan pula berkata beliau berikrar untuk menjadi wakil rakyat yang terbaik.
“Saya berikrar akan berkhidmat sebaik mungkin selaras dengan hasrat Ketua Menteri agar Melaka negeri maju.
“Saya akan pastikan akan membantu BN untuk kejayaan yang cemerlang, saya akan berkhidmat dengan sebaik mungkin,” katanya.

Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat

Oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

  1. DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.
  2. Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM)  di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.
  3. Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?
  4. Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.
  5. Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).
Bertarikh : 6 Mac 2011
Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat

Demonstrasi Paling Berdarah Di Dunia

Oleh: blalang

"PhotobucketRevolusi selalunya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa,harta benda,keringat malah jiwa sekali pun. Segala rusuhan aka demonstrasi aka revolusi aka reformasi ini berlaku apabila rakyat sudah mula tidak tahan dengan pemerintah mereka yang bersikap zalim, diktator, menghalang kebebasan bersuara, rasuah, penyelewengan tidak adil, memanipulasi pilhanraya dan sebagainya.

Isu hangat Revolusi di Libya terus berlanjutan. Amerika dikatakan mula sekodeng peluang untuk campur tangan.
Photobucket
Anak Presiden Muamar Gaddafi,Saif Al-Islam, semasa ditemuramah oleh Al Jazeera 20 Feb yang lalu mengakui bahawa jumlah kematian Revolusi Libya ialah sudah 300 orang, termasuk 58 orang tentera.

Berikut adalah revolusi-revolusi yang banyak mengorbankan nyawa perusuh.
1.Revolusi Romania 1989 (1,104 mati)
Photobucket
Revolusi Rumania 1989 melihatkan kekerasan sejak awal, dan kekerasan semakin meningkat sehingga pertempuran berhenti, seminggu selepas dimulakan. Sebelum rusuhan,rakyat di Romania tidak senang dengan berbagai hal.
Punca utamanya ialah Perdana Menteri masa itu Nicolae Ceau yang membuat pelbagai perkara untuk mengurangkan hutang negaranya. Television, makanan, pakaian, elektrik dan banyak lagi dicatu.
Namun pada masa itu dia dan isterinya mengadakan pelbagai pembaziran wang rakyat. Sekatan dibuat juga oleh Polis Rahsia negara tersebut seperti dilarang kebebasan bersuara,buku-buku ditapis, saluran radio dilarang, dan tidak ada yang mengkritik regim.
Semua ini sangat membuatkan rakyat Romania marah dan mula bangkit untuk berevolusi.
2.Direct Action Day 1946 – 4,000 mati
Photobucket
Rusuhan ini adalah rusuhan Islam-Hindu paling melibatkan banyak kematian dalam sejarah.
Direct Action Day, juga dikenali sebagai Great Calcutta Killing, berlaku pada 16 Ogos 1946, dan berakhir dengan 4,000 orang maut dan hampir 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Rusuhan terjadi di tempat yang sekarang dikenali sebagai Calcutta.
Kerusuhan ini dimulai pada 18 hari Ramadan,dan dirancangkankan untuk berdamai, tetapi menjadi tragedi berdarah.
3.Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939 (5,600 Meninggal)
Photobucket
Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939, mereka yang mengambil bahagian dalam rusuhan itu memprotes dua masalah utama iaitu: pendatang Yahudi yang sangat ramai ke kawasan Palestin dan kembalinya pemerintahan kolonial Inggeris.
Tahun-tahun pertama demonstrasi dipimpin oleh Komuti Tinggi Arab (AHC). Selama ini masalah rusuhan hanya isu besar yang digembar gemburkan; kenyataannya aksi demo mereka hanya mogok dan jenis lain dari protes politik yang tidak menimbulkan kekerasan atau bahaya kepada siapapun.
Namun,perkara ini berubah pada tahun 1937 setelah Inggeris telah berjaya menenangkan demonstrasi yang pertama.
Pada September 1937 rusuhan demonstrasi berubah menjadi kekerasan dan ribuan orang dibunuh. Dikatakan bahawa semasa rusuhan tersebut lebih kurang 10% dari populasi Palestin lelaki yang berumur antara 20-60 dibunuh, dipenjarakan, dan tercedera. Namun, pada akhirnya, demonstrasi yang menjadi rusuhan ini tidak membuahkan hasil.
4.Demonstrasi Soweto – 600 mati
Photobucket
Pemberontakan Soweto dimulakan pada 16 Jun 1976 di Soweto, Afrika Selatan yang melawan pemerintahan yang dikenali sebagai apartheid.
5.1977 Demo Roti di Mesir – 800 mati
Photobucket
Rusuhan gara-gara roti di mesir yang melibatkan sebahagian besar kota terbesar di Mesir.Namun, hal ini cukup jelas bahawa rusuhan terjadi akibat reformasi ekonomi oleh Anwar Sadat tidak membuatkan rakyat gembira.
Konflik dimulakan ketika Sadat membuat pinjaman dari Bank Dunia untuk memberikan subsidi, termasuk makanan. Pada tahun 1977 diumumkan bahawa pemerintah merancang untuk membatalkan subsidi sebanyak $30 juta. Bonus dan kenaikan gaji juga dibatalkan.
Kerana pembatalan ini, ramai orang di seluruh Mesir menjadi sangat marah. Rakyat dari seluruh mesir, termasuk Cairo dan Iskandariah bergabung untuk berjuang agar rancangan presiden itu dibatalkan.
6. Medan Tiananmen 1989 – Lebih 3,000 orang mati.


Insiden mahasiswa pro demokrasi dilakukan setelah mahasiswa melakukan demonstrasi di Dataran Tiananmen di Beijing antara 15 April dan 4 Jun 1989.
Protes ini ditujukan terhadap ketidakstabilan ekonomi dan korupsi politik yang kemudian menjadikan demonstrasi pro-demokrasi. Kerajaan China masa itu dikatakan menggunakan kereta kebal untuk melenyek para penunjuk perasaan.
7.7. Minggu Berdarah 1905 di Russia (1,000 orang mati)
Photobucket
Ribuan warga Russia berdemonstrasi di jalan-jalan Rusia untuk memberikan undian kepada Tsar Nicolas II. Namun, demonstrasi damai menjadi tragedi berdarah kerana pasukan Polis Rahsia Tsar tiba dan menembak para pendemo.
:

"

Fitnah 2- Polis Bertindak Ala Gestapo


Dari KeadilanDaily
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Fitnah II. Berikutan adalah kronologi perjalanan prosiding:.
2.21 pm- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah tiba di galeri awam. Galeri awam sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar Anwar memberi keterangan.
2.22 pm- Anwar tiba di mahkamah.
2.27 pm – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di mahkamah.
2.31 pm – Perbicaraan bermula dengan Karpal memberitahu Hakim Zabidin yang Sankara Nair akan menjadi saksi peguam bela hari ini. Zabidin mengarahkan Sankara masuk ke bilik saksi.
2.32 pm – Anwar masuk ke kandang saksi. Sankara masuk ke bilik saksi.
2.34 pm – Anwar memohon memberi keterangan dalam bahasa Inggeris. Beliau diminta Zabidin untuk mengangkat semula sumpah saksi dalam bahasa Inggeris. Mahkamah tergelak kecil ketika ini.
2.41 pm – DSP Jude Pereira keluar untuk dicam oleh Anwar. Menurut Anwar, beliau ditahan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut pada hari sama beliau bersetuju untuk hadir di Ibu Pejabat Kontingen Polis Kuala Lumpur (IPKKL). Beliau ditahan oleh kira-kira 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK)
2.56 pm – Anwar memberitahu beliau selesai memberi keterangan pada kira-kira jam 5.40 petang. Walaupun dijanjikan akan dilepaskan, Anwar masih ditahan di IPK KL dan pada jam 8.40 malam, beliau di bawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh DSP Jude Pereira.
3 pm – Peguam Anwar menasihati beliau supaya tidak memberi sampel DNA-nya kepada hospital. Anwar menjelaskan kepada mahkamah beliau enggan memberikan sampel darahnya kepada hospital kerana pertama, ia merupakan nasihat peguam beliau.
Kedua, pengalaman beliau pada 1998, DNA beliau dimanipulasi polis selepas mendapat sampel itu daripada pihak hospital.
3.02 pm – Beliau diminta menanggalkan pakaiannya sehingga memakai cuma singlet dan seluar dalam. Alat sulit dan d***r beliau diperiksa oleh doktor.
3.15 pm – Menurut Anwar, tandas tempat beliau ditahan terlalu kotor dan lantai simen lokap juga terlalu sejuk untuk seseorang yang sakit belakang seperti beliau.
3.17 pm – Menurut Anwar, cara beliau ditahan seolah-olah beliau seorang penjenayah seperti Botak Chin dan pengganas Al-Qaeda. Anwar juga tidak diberitahu sebab beliau ditahan. Beliau hanya diberitahu berulang kali oleh pegawai yang menahannya bahawa beliau perlu ditahan dan dibawa ke balai.
3.28 pm – Menurutnya lagi, beliau cuma diberitahu yang beliau perlu memberi keterangan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Keseksaan Jenayah. Beliau sendiri tidak pernah diberi laporan polis yang dibuat terhadapnya.
3.31 pm – Sankara Nair mengambil tempat di kandang saksi.
3.34 pm – Mahkamah tergelak kecil apabila Sankara berkata pegawai polis yang menahan Anwar pada hari tersebut bersikap seperti robot kerana mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sebab penahanan Anwar.
3.52 pm – Mahkamah ditangguhkan ke jam 9 pagi esok. Peguam bela akan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi dan pendakwa raya akan memanggil dua orang saksi dari pihak mereka.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.