Sistem Pendinginan Reaktor Ke 2 & Ke 3 Gagal

 

AAncaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal

Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

Seorang kanak-kanak yang tinggal tak jauh dari reaktor nuklear sedang diperiksa dari kemungkinan terkena kesan radiasi, menyusul meletupnya sebuah bangunan di reaktor nuklear di Sendai.

Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji
tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.

BERITA TERKINI:

Reaktor Ke 3 Juga Gagal

Sebuah reaktor nuklear kedua sedang mengalami masalah serius menyusul gempa yang merusakkan loji eletkrik nombor 1 di Fukushima di Jepun utara, yang mengalami letupan besar pada hari Sabtu.

Operator loji, Tokyo Electric Power (Tepco), menyatakan tekanan meningkat di dalam reaktor No 3 setelah kehilangan sistem pendingin daruratnya. Masalah serupa telah menyebabkan ledakan di reaktor No 1. Para teknisyen sedang berjuang mengatasinya.

Namun laman BBC mengatakan, reaktor kedua adalah jenis yang berbeza dengan reaktor yang meletup pada Sabtu. Reaktor ini menggunakan MOX (plutonium ditambah uranium) yang apabila meledak maka kesannya akan menimbulkan masalah yang lebih parah.

Dikutip oleh Kyodo, sumber Tepco mengatakan puncak batang bahan bakar MOX adalah 3 meter di atas air. Sementara itu, Tepco mengatakan sekurang-kurangnya 15 orang di sebuah hpospital terdekat yang ditemukan telah terkena kesan radioaktif.

Kerajaan Jepun sejauh ini telah menetapkan dua kali lipat ukuran zon pengosongan sekitar Fukushima 1 sampai 20km (12,4 mil) setelah letupan. Kerajaan telah mendesak penduduk setempat untuk tetap tenang dan sedang mempersiapkan untuk membahagiakan yodium kepada siapa pun terkena radio aktif.

Badan pengawas nuklear PBB, Badan Energi Atom Internasional (IAEA), mengatakan dalam sebuah pernyataan, dalam radius 20 km sekitar Fukushima [Nomor 1] Daiichi, yang dianggarkan 170 ribu orang telah dipindahkan.

"Dalam radius 10 kilometer di sekitar Fukushima [Nomor 2] Daini dianggarkan sekitar 30 ribu orang telah dipindahkan dan tindakan pemindahaan setakat ini belum selesai."

Loji Elektrik Tenaga Nuklear adalah penting bagi Jepun. Negara ini sangat bergantung untuk keperluan tenaganya pada Loji Elektrik Tenaga Nuklear, sementara di sisi lain, keadaan alam mereka sangat terdedah terhadap gempa bumi.

Rugi RM1,700 ditipu wanita kacukan di Facebook

KUALA TERENGGANU – Akibat termakan kata-kata manis seorang gadis menggelarkan diri sebagai Afrina Mohd. Abidin yang mendakwa kacukan Malaysia-England dan menetap di United Kingdom menyebabkan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerugian RM1,700.
Semuanya bermula kira-kira sebulan lalu apabila gadis itu dipercayai berumur dalam lingkungan 20-an menegur mangsa yang mahu dikenali sebagai Adib di laman sosial Facebook memberitahu teringin datang ke negara ini namun tiada kenalan untuk dihubungi di sini.

Buat aduan jika tidak puas hati-boleh selesaikan masalah ke!


HISHAMMUDDIN (kanan) menyampaikan sumbangan sagu hati kepada ahli UMNO selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Kluang semalam.


KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.
"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat di sini semalam.

Jepun semakin bahaya


ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.
Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.

Tiga Agensi Kerajaan Dikenalpasti sebagai Baruah BN

Oleh: setisab

"KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi dan masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, menurut kajiannya sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah.

Katanya, daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 1.6 juta penduduk, seramai 600 ribu adalah warga asing tidak termasuk pendatang  yang memiliki permit sah.

“Kalau dulu jumlah penduduk di Sabah adalah dua pertiga dari jumlah penduduk Sarawak, sekarang Sarawak dua pertiga daripada jumlah penduduk Sabah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembentukan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Asing (PATI) di Sabah pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan semalam.

Projek IC di Sabah merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Dalam pembentangan kertas kerjanya, Dr Chong mengupas tentang Projek IC bagi membawa pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  sejak tahun 1980 an dan 1990 an.
Dr Chong merupakan bekas calon PBS yang memfailkan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 kerana membantahkan kewujudan pengundi hantu yang menyebabkan kekalahannya di kawasan itu.
Beliau mengulas pengakuan bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim yang ditangkap di bawah ISA dan beberapa buku yang ditulis secara terpeinci oleh seorang penulis bernama Mutalib MD mengenai projek IC di zaman Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh.
“Dia (Hassnar) masuk ISA kerana peranannya dalam projek IC. Dia dedah ada mesyuarat yang dijalankan di Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Megat Junid Megat Ayub, siapa yang hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Haji Sani Adnan dan beberapa orang lagi,’”
“Dalam buku Mutalib, Projek IC- agenda tersembunyi Mahathir, dia tulis terang-terang siapa yang ada pada mesyuarat itu. Semua ada ditulis di dalam buku itu,” katanya yang kini telah menyertai KEADILAN.
Katanya, beliau langsung tidak berharap kerajaan Umno-BN akan mempunyai kesungguhan politik untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat isu itu yang disifatkan sudah begitu kritikal.
“Kita boleh selesai hanya dengan satu cara seperti yang dilaporkannya di sini
"

Imej-imej Satelit Sebelum Dan Selepas Tsunami Jepun

Oleh: laniismaa

"Imej-imej satelit yang menunjukkan perubahan yang amat besar sebelum dan selepas tsunami yang melanda Jepun. Mengikut laporan berita TV3 sebentar tadi gegaran itu sebenarnya 9.0 pada skala Richter, laporan awal menyebut 8.9. Dianggarkan juga melebihi 10 000 orang yang mati.


Japan

Japan



Japan

Japan

Sesungguhnya kuasa yang Maha Esa melebihi segala-galanya....

Bangga Tak Pakai Tudung Di Facebook?

Oleh: blalang

"Semra Çelebi,berketurunan Turki yang tinggal di Amsterdam, Belanda mempunyai pendapat yang songsang iaitu tidak perlu pakai tudung untuk jadi muslimah yang baik. Çelebi membuat page Facebook khas: I took off my Hijab.

Photobucket

Tudung-tudungnya masih terletak rapi di almari, di rumah orangtuanya. Semra Çelebi menyimpan dan tidak merancang untuk membuang tudung-tudung yang dulu dikenakannya. Menurutnya tudung adalah sebahagian dari masa lalu, tapi bukan lagi identitinya sekarang.Dia berasa menjadi orang biasa, anonim dan bebas.

Semra memakai tudung kali pertama semasa berusia 10 tahun. Ia mengikuti contoh adiknya yang bersekolah di sekolah Islam. Semra sendiri bersekolah di sekolah Kristian di Barneveld, Belanda.
Pada ayahnya yang berketurunan Turki,tudung sangat penting. Pada mulanya, Semra sukar membiasakan diri ketika baru memakai tudung.
“Rasanya tidak selesa, kerana saya tak tahu bagaimana reaksi rakan-rakan.Saya ingat lagi, teman-teman menarik saya masuk ke dalam kelas kerana saya tak berani menampakkan diri. Tapi saya diterima dengan baik. Kalau penat bermain dan bersukan, saya lepas saja tudungnya.”
Lap dapur
Reaksi terhadap tudungnya kadang-kadang begitu negatif. Seseorang pernah menggelarnya ‘kain lap dapur’. Salah satu perkara lain yang menyakitkan hatinya terjadi ketika ia memohon kerja di kedai mainan yang menolaknya kerana “tidak dapat menyakiti pelanggan dengan mengupah gadis bertudung bekerja.”
Namun kemudian setelah Semra belajar undang-undang di University van Utrecht. Dia pernah menjadi pelatih di Sheffield, New York dan Brussels. Ketika meninggalkan Barneveld yang kecil dan penuh aturan, Semra mulai ragu. Setelah membaca berbagai buku, Semra memutuskan membuka tudungnya.
“Tudung tidak sesuai lagi dengan bagaimana saya ingin menjalankan agama. Bagi saya sekarang, tidak perlu pakai tudung untuk jadi muslimah yang baik. Saya memerlukan masa enam bulan sebelum benar-benar melepas tudung. Sangat sukar. Tudung bukan hanya sekadar selembar kain. Ini sebahagian identiti saya pakai selama enam belas tahun.”
Sekarang, sudah tiga tahun ia melepas penggunaan syariat tudung. Semra membuat page Facebook untuk memberi dukungan terhadap perempuan yang telah atau merancang membuka tudung.
Bagi anda yang ingin join page milik Semra tersebut sila klik link ini,
Tentu saja di page itu kita harus memberikan penjelasan bahawa membuka tudung adalah perbuatan yang dilarang Islam kerana dalam Al Qur’an telah jelas mewajibkan memakai tudung bagi Muslimah. Semoga terbuka hatinya untuk kembali memakai tudung.
:

"

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.