Titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia

Oleh: rozmal

"Siapa kata Malaysia adalah selamat dari bencana gempa bumi? Dengan maksiat yang semakin berleluasa, masjid-masjid semakin mati, usaha dakwah secara sukarela semakin kurang, fitnah berleluasa, cerita porno semakin banyak di media arus perdana, tidak hairan jika titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Buatlah semua yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah, mudah bukan?

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut waghih.blogspot.com

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011
Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Sumber: kosmo.com.my

Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin mengesahkan lelaki yang melakonkan pelakuan seks dengan seorang pelacur dalam video yang didalangi Datuk T, kali ini seorang blogger Umno pula membuat pengakuan yang sama – lelaki itu bukan Anwar.

Blogger berkenaan, Anuar Mohd Nor pada paparan blog itu mengakui lelaki yang melakukan hubungan seks dalam video yang didedahkan Datuk T, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka yang dipanggil pada petang/ malam 21 Mac 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar,” kata secara tidak langsung dalam blognya bertajuk ‘Pengakuan Anuar Mohd Nor’ bertarikh 25 Mac 2011.
Anuar mengakui blogger Umno yang disebut dalam kenyataan Badrul atau Chegubard sebelum ini dan menyertai Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu untuk menonton video lucah di Hotel Carcosa, adalah beliau sendiri.
“Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau – yang beliau rujuk sebagai: Blogger Umno itu adalah saya sendiri!” katanya.
Namun, pada halaman komen di blog Anuar, beliau dikecam hebat penyokong Umno yang mengunjungi laman web pro- Umno itu.
Keadilan Daily juga mendapati ramai blogger pro-Pakatan Rakyat memetik dan memaparkan entri berkenaan di blog masing-masing.Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9906
Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno

Lagi video buat anwar…

Oleh: puspawangi

"Videokan solat hajat yang diimamkan oleh DSAI, bacaan Yassin dan memohon Allah beri petunjuk kepada mereka yang menaburkan fitnah serta sekutu sekutunya. Buat di stadium. Insyaallah ramai yang akan turut serta. Buat road show seluruh Negara.INSYAALLAH .

Jika pihak laknatullah berani menjadi dalang pembikinan video lucah untuk menjatuhkan PR dan melemparkan pelbagai fitnah untuk kekal berkuasa, selaku penyokong PR apakah cara terbaik bagi kita untuk mengatasi serangan musuh. Musuh kita pandai memilih sentaja tetapi bodoh dalam strategi untuk menyerang. Kebodohan mereka mungkin diwarisi dari ketua mereka sendiri."

Jamil Khir Tidak Mahu Ulas Kes Qazaf, Mengapa?

Oleh: wfauzdin_ns

"NONEAPABILA ditanya oleh wartawan kepada Jamil Khir mengapa tiada ulasan terhadap dakwaan fitnah zina video seks yang hangat diperkatakan sekarang, Menteri yang jaga agama ini menyebut bahawa kes itu kini di dalam siasatan Polis. Lojik ke?

Apakah selama ini Jamil Khir tidak pernah ulas kes liwat Anwar? Bukankah kes liwat juga dalam perbicaraan? Mungkin kerana isu video seks itu kantoi, maka Jamil Khir tidak mahu ulas apatah lagi dalangnya itu tokoh Umno iaitu bekas KM Melaka pula. Kita bukan mahu dia ulas siapa pelakun aksi lucah tersebut, kita mahu dia ulas dari segi hukum orang yang menjaja dan menayangkan aksi tersebut. Apa kena mengena dengan siasatan Polis jika sebut hukum di dalam Islam atas perbuatan tersebut?

Beliau diminta mengulas dalam bab Qazaf iaitu menuduh orang melakukan zina. Begini jawapannya, " Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini. (Malaysiakini)

Berat sungguh mulut Jamil Khir untuk memberi walau sepatah ayat berupa nasihat tentang perkara ini. Tetapi di dalam kes Liwat, berlainan pula nada Senator yang dilantik sebagai Menteri ini. Maka jelas, siapa Jamil Khir ini. Senator Mashitah, jangan disebut kerana memang terkenal dengan ampu sana ampu sini. Harussani? Macam biasa lah.

Golongan agama seperti ini lah yang sengaja membiarkan rakyat dialunkan dengan cerita-cerita jijik dan kotor siang dan malam. Jamil Khir kini buka topik baru, sasarannya Anwar juga. Kununnya Anwar bawa fahaman baru yang menyesatkan yang dipanggil `Pluralisme'. Tidak habis-habis pemimpin Umno mahu menuduh pembangkang sesat. Dulu, pemimpin Umno dakwa PAS parti ajaran sesat. Kini, Anwar pula bawa fahaman sesat. Yang tidak sesat, Umno dan Apco sahaja.

Cukup-cukuplah Jamil Khir cari makan secara begitu. Janganlah letakkan ilmu agama yang ada sebanyak tahi kuku tu di bawah punggung kamu. Cubalah bertindak cara berani walaupun akan kehilangan jawatan. Contohi lah bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato Hj Ishak Baharom bukannya seperti Zul Kulim yang baru mendapat habuan itu./

wfauzdin.blogspot.com
"

Azmin Ali: Polis Tidak Ada Kuasa Untuk Melarang Mana2 Perhimpunan Dalam ...

Azmin Ali: Dr. Mahathir, Najib & Rosmah Terlibat Dalam Skandal Video Seks

Anwar Ibrahim: Rozmah & Najib Tak Berani Berdepan Dengan Kita

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.