Siapa yang menipu Pak Kadok?

“Akhirnya Melayu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama dan ketika itu tidak akan ada lagi minat untuk dilakukan kajian sosio-politik dan sosio-ekonomi bangsa Melayu secara dinamik,” titah baginda.


Untuk itu, Raja Nazrin Shah berharap bangsa Melayu mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan pihak lawan dan akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah tergadai. Baca berita seterusnya disini.

Betul nasihat yang diberikan oleh Raja Muda Perak itu. Beliau tidak mahukan sejarah Pak Kadok berulang.

Siapakah yang menipu Pak Kadok sehingga kampungnya tergadai? Sila klik disini untuk membaca kisah tersebut di Blog Misteri Jejak Warisan.

http://aminiskandar.wordpress.com/2009/03/11/siapa-yang-menipu-pak-kadok/

60 Billion : Ikan Yang Diumpan Dengan Ayam?

Isu 60 Billion ini menjadi hangat apabila Najib membuat kejutan di sidang parlimen semalam. Pimpinan PKR dan termasuk saya sendiri, terkejut dengan kejutan yang dibuat. Sejauh manakah kebenaran dan hakikat 60 billion ini hanya Allah sahaja yang tahu. Timbul juga persoalan di kalangan pembaca, dari manakah Najib boleh memperolehi 60 billion ini?


Sejauh manakah persoalannya akan terjawab dalam masa yang terdekat. Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk meraih pengaruh rakyat untuk menaikkannya sebagai PM? Saya tidak berniat untuk memfitnah sesiapa, tetapi, apa yang dikhuatiri, 60 billion itu seperti umpan (rapala) yang diletakkan di dalam tasik untuk memancing ikan-ikan.

Umpan yang diletak kali ini, sangat menarik. Apakah tujuan di sebaliknya? Saya khuatir bahawa beliau (Najib) hanya meraih pengaruh untuk mendapat sokongan semua pihak bagi kenaikannya sebagai PM. Namun, siapa tahu?. Allah lebih mengetahui. Saya bukan menuduh, tetapi sekadar melontarkan persoalan untuk dijawab oleh semua.

Ramai yang boleh mempertikaikan artikel ini, dengan mengatakan bahawa, bukankah 60 billion itu dibentangkan di dalam parlimen, takkanlah ia hanya “mainan”? Saya menjawab, “Pernah tak anda melihat seseorang memancing dengan berumpankan seekor ayam?”. Sekiranya kita adalah sang ikan, kita akan mempercayainya dengan mengatakan “Takkanlah pemancing sanggup mengorbankan seekor ayam untuk dijadikan umpan?”

Tetapi, apakah hakikatnya? Si pemancing lebih berpuas hati sekiranya dapat menaikkan seekor Ikan Toman, walaupun terpaksa mengorbankan seekor lembu pun untuk dijadikan umpan. Fikirkan analogi ini. Namun, saya tidak memfitnah sesiapa, tetapi sekadar mengajak semua supaya berfikir dan memerhatikan dengan teliti.

Hakikatnya, ketelusan di dalam pengurusan wang, itulah yang paling penting. Tidak mahu terdapat di sana kroni, rasuah dan sebagainya. Berjaga-jagalah dengan taktik Najib, kemungkinan ia hanyalah gimik, atau dia sendiri hendak merasuah semua rakyat Malaysia? Fikirkan dengan teliti, jangan mudah terpengaruh dengan umpan.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Rahsia, Kenapakah Hishamuddin Mahu Meneruskan PPSMI?

Sedikit sebanyak, apabila soalan ini ditanya. Pelik juga, walaupun PM sendiri telah menyarankan supaya isu PPSMI diambil tindakan segera, namun Hishamuddin seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. PPSMI yang sudah dilaksanakan selama 6 tahun, sudah banyak memberi pengajaran kepada semua, termasuk anak-anak polis yang menembak gas pemedih mata ketika demostrasi tempoh hari.

Saya sering terfikir, kenapakah Hishamuddin beriya-iya untuk meneruskannya walaupun sudah lebih 100 000 orang berhimpun menentang dasar tersebut. Persoalan ini sudah berada di benak kepala Hishamuddin sendiri, dan ia mungkin tidak diketahui oleh Pak Lah sendiri. Secara umumnya, Hishamuddin merasa tertekan dan tersepit di tengah-tengah dua tekanan.

Tekanan pertama, beliau perlu berhadapan dengan 100 000 orang rakyat yang terang-terang membantah PPSMI. Bahkan ia lebih jauh dari angka tersebut. Manakala tekanan kedua yang dihadapi olehnya, ialah syarikat cetakan buku, jawatankuasa, panel penyemak dan sebagainya yang telah mengusahakan pelaksanaan PPSMI sejak 6 tahun dahulu.

Sudah pasti Hishamuddin merasa tertekan apabila beliau sudah membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat untuk melancarkan proses tersebut. Lebih teruk lagi apabila syarikat tersebut adalah kroninya sendiri. Sudah pasti, beliau sendiri berjuang untuk mempertahankan keuntungan dan perjanjian dengan syarikat tersebut.

Semua adalah satu kemungkinan, yang tidak boleh dinafikan kebenarannya, juga tiada bukti untuk mengesahkannya.. Sudah pasti Hishamuddin akan menanggung malu atau kerugian yang besar sekiranya PPSMI dihapuskan. Silibus dari tahun satu sehingga tingkatan 6, sudah pun dibuat, begitu juga berjuta-juta buku teks sudah pun dicetak untuk penerusan pelaksanaannya.

Namun, ia terhenti di tengah-tengah jalan kerana bantahan daripada rakyat tentang sistem tersebut. Bayangkanlah perasaan Hishamuddin ketika ditekan oleh dua perkara ini. Adakah saya juga menyokong PPSMI, tidak!.. Saya adalah berpihak di bahagian pembantah PPSMI sekeras-kerasnya.

Ini kerana, adakah kita hendak memupuskan bangsa Melayu kerana disebabkan cetakan buku? Atau disebabkan tindakan yang telah dilakukan? Hakikatnya, Hishamuddin berada di antara dua kemudharatan. Sekiranya ditelan mati mak, diluah mati bapak. Bagaimanakah penyelesaiannya? Tak peru telan, dan tak perlu luah, tetapi pergilah bedah!

Ketika ini, sekiranya Hishamuddin tidak mahu menanggung semua itu, beliau akan menjahanamkan anak bangsa. Mana satukah yang lebih penting? Kepentingan peribadi atau keperluan masyarakat? Fikirlah wahai Hishamuddin, sekiranya anda seorang gembira dengan penerusan PPSMI, anda akan menyebabkan rakyat Malaysia menangisi perbuatan tersebut dan bangsa anda akan musnah.

Sekiranya anda hanya memikirkan periuk nasi sendiri, anda akan teruskan PPSMI, yang akan menjahanamkan bangsa sendiri. Boleh jadi, anda adalah Melayu Terakhir, dan sudah pasti, anda adalah satu-satunya bangsa Melayu yang hidup kekenyangan. Kalau hendak difikirkan, bangsa Melayu akan disisihkan, tidak dipandang dunia, kehilangan identiti dan jati diri. Ia akan terkubur bersama hikayat-hikayat dan tinggalan sejarah.

Keuntungan yang anda dapat daripada cetakan buku dan silibus itu, boleh dikorbankan buat sementara waktu. Banyak lagi keuntungan yang boleh dikaut. Sekiranya anda pandai berpolitik, anda akan memansuhkan PPSMI serta merta. Tetapi, janganlah anda gagal berpolitik dan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia benci dengan tindakan anda. Tidak cukupkah kekayaan sebagai seorang menteri?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sambutan 1 Mei 2009

Negeri Sembilan adalah pilihan lokasi bagi sambutan Mei 1 2009 yang tinggal 50 hari lagi. Tahun lepas bagi julung kalinya menyaksikan barisan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyertai sambutan Hari Pekerja bersama-sama rakyat akar umbi di Kuala Lumpur.


Sambutan kali ini adalah yang ke -16 yang akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 yang mula menganjurkan Sambutan Mei 1 ini sejak tahun 1994. Sebelum tahun 1994 juga, banyak parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan Sambutan Hari Pekerja. Jawatankuasa Mei 1 adalah satu inisiatif untuk menyatukan semua kumpulan ini untuk menganjurkan satu sambutan nasional yang berjaya dibuatnya sejak tahun 1994.

Suasana politik Malaysia yang sedang rancak dan mencabar serta dengan krisis ekonomi global akan turut menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna untuk masyarakat menuntut hak mereka daripada kerajaan.

Jawatankkuasa Mei satu mengalu-alukan semua untuk menyertai hari yang bersejarah dan maklumat terperinci akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk menyertai Jawankuasa Mei 1, 2009 atau maklumat lanjut, sila hubungi Nalini M: 012-6529491.

Hidup Pekerja! Hidup Perjuangan Pekerja
Salam perjuangan
Madhavi

Lawati : http://greensocialis.blogspot.com/

Respon artikel Penjelasan Di Sebalik Bajet 60 Bilion

Salam,
Saya suka ayat terakhir (firman) yang digunakan oleh pengarang.....
Kembali kepada pihak yang disertai pengarang itu... ayat itu juga sesuai ditanya kembali kepada mereka... dah buat ke apa yang diorang cakap berpuluh-puluh tahun tu...


Kami dipesan supaya berhati-hati menggunakan ayat-ayat kerana bimbang Ayat digunakan untuk berkepentingan diri (ini berkaitan bisikan syaitan). Ayat digunakan untuk memberitahu Umat Manusia supaya beriman kepada Allah.
Saya menyeru semua pihak supaya mengambil Ayat itu dengan hati terbuka dan TANPA ada apa-apa persepsi terhadap mana-mana pihak agar Ayat SUCI itu benar-benar agung dan suci, bukan beserta hati yang rosak akibat politik.
Saya secara peribadi suka karangan Dr Zul tetapi saya menentang penggunaan Ayat Quran dalam artikel politik yang jelas bertujuan meraih sokongan, dan ini sekali gus bukan menjurus kepada menyeru umat beriman kepada Allah tetapi menjurus beriman kepada Parti Politik.
Salam.
Al Manama


**
Look no further, click to >>>> http://drdzul.wordpress.com

Dr Dzulkefly Ahmad,

Pusat Penyelidikan PAS dan MP Kuala Selangor

Rm 300 000 Kos Penerbangan Khir Toyo : Orang Yang Membazir Sahabat Syaitan

Hari ini, ketika artikel ini ditulis, saya terbaca Berita Harian Online, yang mengatakan bahawa kos penerbangan Khir Toyo bermula 21 September sehingga Januari tahun lalu mencecah RM 349 134.00, yang melibatkan 21 penerbangan. Selain itu, akhbar tersebut juga menyatakan bahawa Khalid Ibrahim mendedahkan kos pengangkutan sahaja, tidak termasuk penginapan, makanan dan sebagainya

Sekiranya difikirkan dengan teliti, dan dikira semula, kos penerbangan sahaja sudah membazirkan RM 230 sehari, sedangkan bukan setiap hari beliau membuat penerbangan. Seorang kaya mungkin menghitungnya sebagai nilai yang sedikit, tetapi sekiranya sehari sudah menghabiskan sebanyak itu, bagaimanakah pula dengan kos kenderaan, penginapan, pelancongan dan lain-lain?

Adakah mencecah RM 500 sehari? Atau lebih dari itu? Dan saya yakin, ini hanyalah jumlah minimum baginya. Sekiranya RM 500 sehari yang dibelanjakan, dalam masa sebulan, sudah menghabiskan sebanyak RM 15,000! Dan saya juga yakin ini adalah bilangan minimum. Segalanya masih lagi dalam semakan untuk didedahkan selepas ini.

Walaubagaimanapun, di dalam al Quran sudah menyebut bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Ini kerana perangai membazir ini sangat digemari oleh syaitan, dan syaitan sangat suka pada mereka yang membazir. Sekiranya beliau (Khir Toyo) telah melakukan pembaziran dengan sebanyak ini, bertaubatlah sebelum anda jadi syaitan sebenar-benarnya.

Sekiranya anda benar-benar menggunakan wang sebanyak ini ke jalan yang betul, dan tiada sebarang pembaziran, maka fikirlah keperluan semasa. Masih ramai yang lebih memerlukan wang itu, dan masih ramai lagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mungkin ramai yang sudah lupa, apakah itu “kais”? Fikirlah wahai orang yang berakal.

Lebih teruk lagi apabila wang itu adalah bukan wang kita, atau lebih mudah lagi, duit kerajaan. Adakah dengan begitu mudah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu, apatah lagi dengan tujuan pembaziran semata-mata? Ia sudah dikira duit haram, sama seperti makan makanan curi. Bahkan duit haram yang digunakan tersebut akan mengalir di dalam badan kita 24 jam!

Bayangkan, selama 24 jam anda dilaknat kerana men”songlap” duit kerajaan! Ini semua adalah kemungkinan, dan saya tidak berniat menuduh bukan-bukan kepada Khir Toyo. Tetapi, sekiranya betul dia menyeleweng duit kerajaan, maka anda akan dilaknat 24 jam oleh duit haram yang mengalir di dalam badan anda. Sekiranya tidak, berhati-hatilah supaya tidak termakan duit haram.

Jangan ingat Khir Toyo sahaja yang bersalah, sekiranya anda sendiri yang melakukannya, maka bertaubatlah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum daging-daging anda dimasak rentung oleh api neraka. Sekiranya daging dibakar rentung, anda akan membalingnya ke tong sampah kerana tidak menyukainya. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda lah daging yang rentung itu? Ambillah iktibar bersama

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Muslimat cenderung kahwin awal?

Artikel ini adalah respon bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak, mengapa perlu kahwin awal?. Saya rasa terpanggil untuk memberi respond tentang perkara tersebut. Tetapi saya lebih menyentuh kepada persoalan mengapa muslimat mahu kahwin awal.

Ada pihak yang membuat bermacam-macam andaian mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan adakah ianya disebabkan oleh budaya di satu-satu tempat atau sebaliknya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fikrah bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Seperti yang kita semua maklumi bahawa disyariatkan pernikahan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan umat dan banyak perkara kebaikan lagi yang telah ditetapkan di dalam syariat. Jika ingin diceritakan kesemuanya sudah tentu ianya melalui perbahasan yang panjang. Jadi untuk meringkaskan topic ini saya akan nyatakan beberapa alasan dan pandangan yang boleh kita kongsikan bersama.

Kita biasa mendengar persoalan yang timbul, mengapa muslimat atau siswi yang belajar agama terutama di asia barat lebih cenderung untuk kahwin awal dan melimitkan tempoh akhir usia ‘bujang’ kepada 25 tahun. Sudah tentu ianya menjadi tanda Tanya bagi sesetengah pihak. Maka timbullah bermacam-macam jenis andaian. Ada yang mengatakan bahawa takut dilabelkan ‘AN-DAR-TU’ dan banyak lagi istilah-istilah yang timbul.

Kebiasaan tersebut kadang-kala boleh menimbulkan suasana dan budaya yang tidak berapa menyenangkan. Namun sebenarnya bagi muslimat itu sendiri mempunyai sebab dan alasan. Walaupun tidak semua yang berfikiran sedemikian tetapi saya berharap agar muslimat yang sudah berumahtangga dan yang masih bujang dapat memikirkan apa yang akan saya nyatakan ini. Jika pendapat ini salah dan bertentangan maka tegurlah.

Sebenarnya faktor kahwin awal dan melimitkan usia tertentu adalah kerana muslimat itu mempunyai perancangan dalam kehidupan dan berfikiran jauh. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai perancangan jangka panjang dalam kehidupan. Perancangan yang dimaksudkan adalah bagaimana meneruskan kehidupan selaku seorang muslimat. Bagi seorang muslimat yang mempunyai kefahaman agama yang mendalam sudah tentu faham akan apa yang perlu dilakukan.

Factor tersebut dilihat daripada banyak aspek antaranya aspek kesihatan, umur, kewangan dan sebagainya. Saya lebih menjurus kepada antara salah satu tujuan perkahwinan adalah meramaikan umat Islam kerana Rasulullah sukakan umatnya yang mengikut sunnah Baginda seterusnya menjaga kelangsungan agama Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari factor kesihatan tempoh kehamilan wanita adalah sehingga usia 40 tahun kerana selepas dari usia tersebut akan menimbulkan bermacam-macam risiko kepada wanita tersebut. Jadi cuba anda fikirkan jika seseorang muslimat itu telah memilih tempoh akhir untuk berkahwin ketika usia 25 tahun, maka berapa kalikah kehamilan dan kelahiran yang boleh dirancang?? Dari kaedah penyusuan pula tempoh paling baik adalah dengan tempoh 2 tahun ke bawah. Bukan pendapat dari doctor perubatan sahaja.

Tetapi konsep itu juga ada di dalam agama Islam. Salah satu hikmah dari penyusuan bayi kepada 2 tahun itu adalah boleh menjarakkan kelahiran kepada 2 tahun. Dan jarak tersebut boleh memberi kerehatan fizikal dan mental bagi wanita tersebut. Maka cuba anda kira berapa ramai anakkah yang boleh dilahirkan oleh wanita tersebut jika dia berkahwin dalam usia 25 tahun dan mendapat anak pada usia 26 tahun kemudian mengehadkan kehamilan ketika berusia 40 tahun?

Jawapannya adalah 8 orang. Jumlah tersebut adalah mengikut cara yang telah dinyatakan di atas. Jika tidak percaya cubalah hitungkan semula. Itulah antara faktor-faktornya. Jadi bagi merancang kehidupan dan memikirkan kelangsungan agama Islam itu sendiri saya membawa anda semua untuk memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya semua yang dilakukan itu perlu kembali kepada niat seseorang. Jika niat kita IKHLAS untuk meraih keredhaan ALLAH maka segala amalan menjadi ibadah malahan mendapat ganjaran di sisinya. Teruskan hidup dan perjuangan demi Islam!

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.