samb. gambar kenangan program ict dan pilihanraya sarawak

Kenangan kami program di miri

Antara gambar Perjalanan kami ke miri untuk program ict dan pilihanraya...

Sekolah Menengah Agama tunggal terbakar, kerugian cecah jutaan ringgit


Monday, 22 March 2010 2:44 PM Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Satu-satunya Sekolah Menengah Agama di bahagian Miri di Sarawak, terbakar pagi Ahad lalu bersamaan 21 Mac 2010.
Walaupun yang terbakar itu hanya melibatkan asrama Putera sekolah terbabit, namun kerugian dianggarkan mencecah RM 1.2 juta.
Kejadian itu berlaku ketika pelajar itu sedang bersiap sedia untuk pulang seusai cuti sekolah minggu lalu.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Miri melalui Dewan Pemuda yang diketuai Sheikh Mohd Ali terus bergegas ke tempat kejadian bagi meninjau kejadian itu seterusnya melancarkan derma kilat untuk membantu meringankan pelajar yang terlibat.
Rekod menunjukkan kejadian itu merupakan yang ke dua berlaku sejak tahun 2002.
“PAS Miri meminta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan segera untuk membina semula asrama yang rosak.
Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Ketua Menteri Taib Mahmud harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit.
Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta,” katanya dalam satu kenyataan.
Seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyumbang dengan menghubungi Bendahari PAS Kawasan Miri di talian 012 465 7256.
Kongsi berita ini

BN roboh rumah rakyat, rampas tanah ?


Tuesday, 16 March 2010 1:20 PM Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Jika Israel merampas tanah rakyat di Palestin dan merobohkan rumah penduduk di negara itu, situasi sama hampir berlaku di Sabah apabila kerajaan negeri mahu merampas tanah dan bakal merobohkan puluhan rumah rakyat tempatan di Perkampungan Tradisional Melayu Lupak Meluas, dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah menjelang April ini.
Tanah yang berkeluasan lebih 30 ekar itu mula didiami penduduk berkenaan sejak tahun 1970-an lagi yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, peniaga dan nelayan.
Perkampungan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu mula dibangunkan sejak lebih tiga dekad lalu yang sehingga kini penduduknya melebihi 3,000 orang.
Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah berkata, aduan yang diterimanya dari penduduk terbabit yang kebanyakannya Bumiputera Islam mendapati tanah itu telah digazetkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2002.
“Tanah ini telah digazetkan sebagai Tanah Rezab Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Negeri Sabah 2002 dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pusat Bandar Sandakan.
Sepatutnya, pemaju dan kerajaan negeri menghormati hak rakyat dan bukannya bertindak merampasnya,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.
Beliau turut mengecam kerajaan negeri yang berbangga dengan slogan bosnya, Najib Razak, kononnya 1Malaysia tetapi pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mendapatkan jaminan keselamatan malah sanggup mengusir mereka.
“Apa gunanya 1Malaysia kalau Rakyat di ‘Hulu’kan Pencapaian di’Tamak’kan,” tambahnya, yang turut bersama penduduk berkenaan mengadakan bantahan secara aman awal Mac lalu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk terbabit terus berusaha, bersabar dan bermunajat kepada Allah swt agar cita-cita jahat BN itu digagalkan kerana doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah itu turut berjanji akan menjadikan agenda itu sebagai salah satu agenda penting untuk diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menawan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Konvensyen Pertama PR di Shah Alam pada 19 Disember lalu antara lain menekankan bahawa Tanah Adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak mesti dipertahankan dan pada masa yang sama menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
Selain itu, PR turut mencadangkan agar khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.
Parlimen Batu Sapi ketika ini diwakili oleh BN, Chong Ket Wah, di mana majoriti pengundinya merupakan Bumiputera Islam iaitu lebih 60 peratus daripada 26,000 lebih pengundi.
Berikut ialah ANTARA rampasan tanah terhadap rakyat Sabah akhir-akhir ini. (Sekadar menyebut beberapa kes walaupun jumlah sebenar lcukup banyak)
8 Disember 2009 : Kira-kira 90 penduduk Kampung Pogun dan Babaig, di Penampang, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pihak tertentu melakukan upacara pecah tanah projek pembangunan tanpa sebarang notis kepada mereka yang mana majlis itu dijangka dirasmikan Ahli Parlimen (MP) BN bagi kawasan Penampang, Bernard Dompok.
25 Disember 2009 : Lebih 3,000 penduduk dari 10 buah kampung di Kota Marudu mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tuntutan tanah bertindih antara penduduk kampung tersebut dan dari sebuah pemaju.
26 Januari 2010 : Kira-kira 400 penduduk daripada 75 keluarga di Kampung Kiulu Baru dan Silik Silikan, Membakut diarah berpindah tanpa diberi pampasan walaupun menetap di situ sejak 30 tahun lalu.
Syarikat yang beribu pejabat di Kota Kinabalu itu turut memberi amaran kepada penduduk terbabit supaya segera berpindah atau menghadapi tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang jika enggan berpindah.
30 Januari 2010 : Sejumlah 18 daripada 24 hektar tanah penduduk yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sejak 1995 di kampung Ulu Tongod, Beluran, Sabah didakwa dipindah milik kepada individu lain pada tahun 1997 walaupun mereka telah memohon terlebih dahulu daripada pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak tahun 1992.
Penduduk turut mendapati individu tersebut tidak mengusahakan tanah itu sebaliknya menjualkannya kepada sebuah syarikat swasta.
18 Februari 2009 : Seramai 400 penduduk berketurunan Iban di Rumah Panjang Kampung Iban, Ulu Merotai, Tawau hilang punca pendapatan apabila tanah seluas 728.4 hektar yang mereka duduki sejak 32 tahun lalu dipaksa untuk dikosongkan.
Tiga unit polis mengawal keadaan di kawasan berkenaan iaitu FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), PORU, termasuklah daripada Jabatan Perhutanan sendiri untuk berdepan dengan bantahan rakyat yang tertindas.
Penduduk itu mentangkan tiga kain rentang yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Seks bebas di Miri: Pas perhebat kempen anti zina dan arak


Saturday, 20 March 2010 1:37 PM Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Hari ini, kejadian-kejadian ngeri telah menyebabkan seolah-olah rakyat Malaysia sudah pun hilang nilai budi serta rasa berperikemanusiaan.
Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh, perkosa, ragut, rompak, samun, dera, buli, khianat, seksa, bunuh diri, ugut, pukul, langgar lari, culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini .
Bahkan percaya atau tidak, bagaimana tiada sehari pun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi-tragedi tersebut .
Ertinya jenayah-jenayah ini berlaku setiap hari berterusan dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam, semakin hari semakin bertambah kes jenayah.

Laporan The Star hari ini (18 Mac 2010) amat mengejutkan apabila kebanyakan pusat urut sekitar Miri didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral malahan merupakan tempat penyebaran AIDS dan HIV.
Peningkatan rumah urut disekitar bandaraya Miri amatlah dikesali dan PAS Miri mendesak pihak berkuasa malahan Menteri segera bertindak bagi mencegah situasi tidak bermoral ini.
Laporan kali kedua oleh wartawan The Star ini mengulang isu dari tahun 2008; yang jelas amat mengecewakan oleh maklumbalas menteri kerajaan negeri Sarawak Datuk Michael Manyin Jawong.
Menteri BN seakan-akan hilang taring dalam menggerakkan pihak polis dan berkuasa lain dalam menghapuskan aktiviti tidak bermoral ini.
Namun, pada masa yang sama, semua program Pakatan Rakyat disekat biar pun permohonan permit telah dilakukan mengikut lunas yang dibenarkan.          

Lebih memburukkan lagi, laporan berita TV3 kini menyiarkan laporan berhubung amalan seks secara terbuka dilakukan di sekitar banda Kuching yang amat menjijikkan.
Di manakah nilai dan maruah masyarakat kini?
Perkara sebeginilah yang menyumbang pada gejala sosial seperti rogol dan buang bayi.    
Melihat kepada situasi ini, sesungguhnya gejala zina dan maksiat ini adalah wabak serius yang harus dibendung.
Kini, pelaku tanpa segan silu berzina seolah-olah mereka tidak takut kepada azab Allah.
Surah al-Israk, ayat 32 bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan jalan yang buruk.

Sekali lagi, dalam nada yang lebih tegas Pas Miri mahu semua kegiatan tidak bermoral ini dihapuskan dan Miri seharusnya dikenali sebagai bandar yang mempunyai masyarakat yang meletakkan lunas agama dan moral yang tinggi; bukan pusat maksiat, yang pastinya akan Allah timpakan dengan bala dan pelbagai kerosakan seperti Aids, Hiv, jerebu dan tanah runtuh.
Di peringkat Pas, program kempen anti zina, arak dan pergaulan bebas akan diperhebatkan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral ini dihapuskan.

slot yang kedua pembentang :abdullah atan (pegawai IT ,JITP) Sistem dan aplikasi ke arah menjana kemenangan

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.