Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta





GRIGORY PERELMAN



--------------------------------------------------------------------------------







NEW YORK - Pakar matematik Rusia yang gemar bersendirian, Grigory Perelman, menolak satu lagi hadiah berjumlah AS$1 juta (RM3.2 juta) setelah dia meraih populariti global kerana memberi jawapan mengenai masalah matematik dikenali sebagai tekaan Poincare yang dianggap mustahil untuk diselesaikan.



Pihak pengurusan Institut Matematik Clay (CMI) memberitahu kelmarin bahawa Perelman memaklumkan pusat penyelidikan itu yang beribu pejabat di Cambridge, Negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) bahawa dia tidak akan menerima hadiah tersebut.



Pada 8 dan 9 Jun lalu, institut berkenaan telah mengadakan satu persidangan di Paris bagi meraikan kejayaan Perelman menyelesaikan tekaan Poincare yang merujuk kepada ciri-ciri ruang berbilang dimensi.



Perelman berjaya membuktikan bahawa sebarang bentuk yang tidak memiliki lubang boleh diunjur atau dikecilkan menjadi satu sfera.



Tekaan Poincare telah membingungkan pakar-pakar matematik sejak ia dicetuskan oleh seorang warga Perancis, Henri Poincare pada 1904.



Hadiah CMI diumumkan selepas beberapa pakar memeriksa penemuan Perelman dan mendapati jawapannya tepat dan sempurna.



Sementara itu, CMI menyatakan, ia akan mengumumkan pada musim luruh ini cara untuk menggunakan wang hadiah yang ditolak oleh Perelman itu bagi manfaat bidang matematik.



Perelman sebelum ini menolak banyak hadiah dan berulang kali tidak muncul pada acara penyampaian hadiah yang diadakan untuk dirinya.



Dia menyiarkan penyelesaian untuk tekaan Poincare di Internet pada 2002 dan 2003.



Pada 2006, Perelman telah dianugerahkan Pingat Fields bersama sejumlah wang yang merupakan pengiktirafan tertinggi dalam bidang matematik, setanding dengan Hadiah Nobel.



Namun, ahli matematik berusia 44 tahun itu menjadi orang pertama menolak Pingat Fields dengan alasan tidak mahu menonjolkan diri kerana dia bukan lagi sebahagian daripada komuniti pakar matematik. - AFP

Al fadhil Ustaz Shuib Husein, Timbalan YDP Kampar

Al fadhil Ustaz Shuib Husein, Timbalan YDP Kampar telah kembali ke rahmatullaj jam 1.20 pagi tadi. Jenazahnya akan disempurnakan pagi esok di kediaman anak perempuanya di Taman Sejahtera Kampar dekat Mambang Diawam. Al Fatehah.

Malang pengantin batal bersanding, rumah terbakar

Oleh TOREK SULONG


berita@kosmo.com.my







NAZIRAH menenangkan ibunya, Pisah Awang Had yang sedih melihat rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tualang Rendah, Selising, Pasir Puteh semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





PASIR PUTEH - Nazirah Yusoff, 28, dan Azahari A. Rahman, 34, sepatutnya bersanding di atas pelamin semalam tetapi terpaksa dibatalkan setelah rumah pengantin perempuan hangus dijilat api di Kampung Tualang Rendah, Selising kelmarin.



Bapa Nazirah, Yusoff Mat Dam, 63, berkata, majlis perkahwinan anaknya yang bernikah pada malam sebelum kejadian terpaksa dibatalkan kerana kelengkapan perkahwinan termasuk baju bersanding, barang hantaran dan barang kemas hangus dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu.



"Kebakaran itu disedari oleh salah seorang anak lelaki saya apabila terasa bahang panas dari bawah rumah yang turut menempatkan kayu api untuk memasak gulai kawah kenduri.

Kehebatan perisik seksi Rusia




ANNA bergambar di sebuah bandar yang tidak didedahkan lokasinya.



--------------------------------------------------------------------------------





LONDON - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman berumur 28 tahun yang ditahan di sebuah penjara di New York, Amerika Syarikat selepas ditangkap oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin lalu diakui oleh bekas suaminya, Alex Chapman di sini sebagai wanita yang berubah tingkah laku pada waktu malam.



Seorang kenalan perisik seksi itu turut mengakui kehebatannya menggoda dan berasmara di atas katil dan tidak memakai seluar dalam.



Pendedahan tersebut dibuat kali pertama dan disiarkan oleh akhbar akhbar di Britain semalam selepas maklumat mengenai bekas isteri Alex itu yang pernah tinggal di London didedahkan media.



Anna kini menjadi perhatian meluas media Barat selepas FBI menangkapnya atas dakwaan mengintip dan menyerahkan maklumat mengenai situasi politik dan nuklear kepada pegawai-pegawai perisikan Rusia.



Dia ditangkap bersama 10 suspek lain termasuk seorang wartawan wanita kelahiran Peru yang terkenal, Vicky Pelaez manakala suspek ke-11, Robert Christopher Metsos, 55, berjaya melarikan diri selepas ditahan di Cyprus pada Selasa lalu.



Menurut Alex, penangkapan bekas isterinya itu bukannya berita yang mengejutkannya jika dilihat pada perbuatannya.



"Pada detik-detik terakhir perkahwinan kami, dia (Anna) menjalani kehidupan dengan penuh kerahsiaan, pergi bermesyuarat dengan rakan-rakan Rusia dan saya menganggap ia mungkin berlaku kerana dia mempunyai hubungan dengan pemerintah Rusia," katanya yang berumur 30 tahun. Menurut Alex, dia telah ditemuramah oleh seorang pegawai perisikan Britain, MI5 pada awal minggu ini mengenai kes bekas isterinya sebagai perisik Rusia.



"Pegawai itu memberitahu saya bahawa dia mahu mendapatkan semua maklumat dan saya memberitahunya apa yang saya tahu," katanya kepada sebuah akhbar di Britain.



Menurutnya, Anna mungkin dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang perisik.



Pasangan itu berkahwin pada 2002 di Rusia dan bercerai pada 2006.



Alex memberitahu bahawa bapa bekas isterinya itu merupakan seorang pegawai tinggi dalam agensi perisikan Rusia, KGB.



Dia pernah melawat bapa Anna, Vasily Kushchenko di Zimbabwe yang menjadi seorang diplomat.



"Bapanya mengawal kehidupannya dan saya berpendapat dia mungkin telah melakukan apa saja untuk bapanya," kata Alex yang kini menjadi seorang pakar sakit jiwa.



Menurut Alex, dia mengenali Anna pada satu parti di sini pada September 2001 dan jatuh cinta pandang pertama apabila melihatnya yang dianggap sebagai gadis paling cantik yang pernah ditemuinya.



Semasa itu, Alex berumur 21 tahun dan Anna 19 tahun.



Ketika itu, Alex bekerja di sebuah studio rakaman selepas menamatkan sekolah berasrama penuh, Kolej Bradfield di Berkshire.



Anna yang merupakan pelajar jurusan ekonomi sebuah universiti di Moscow pula akan pulang ke Rusia dua hari selepas parti itu.



Mereka berkahwin lima bulan kemudian di Moscow selepas menjalin hubungan romantik.



Alex melamar Anna di Moscow.



Pasangan itu berkahwin di sebuah pejabat pendaftaran tanpa memberitahu ibu bapa selain tidak mampu membeli cincin perkahwinan. Namun, bapa Anna itu membiayai kos berbulan madu ke Mesir selama dua minggu dan kemudian ke Zimbabwe.



Alex dan Anna kemudian kembali ke England dan tinggal di Stoke, Newington. Anna kerap berulang-alik ke Rusia untuk menghabiskan pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana ekonomi. Namun, Anna kembali dengan gaya hidup bebas dan tiba-tiba menjadi mata duitan dan berpindah ke AS dengan tujuan untuk mengeksploitasi peluang perniagaan.



Alex berkata: "Dia (Anna) telah menemui seorang lelaki kaya AS yang kemudian membawanya ke AS dan apabila dia kembali ke England, dia menyatakan menyintai lelaki kaya itu."



Menurutnya, Anna kemudian berpindah ke AS dan menubuhkan sebuah syarikat Internet dan menyatakan mempunyai 50 pekerja.



"Saya tidak memahami bagaimana dia boleh mengupah pekerja-pekerjanya. Pada satu ketika, terdapat seseorang yang menyalurkan sejumlah besar wang kepadanya," kata Alex.



Mengenai bapa Anna, Alex berkata: "Dia tidak percaya pada orang lain. Dia bertanya kepada saya kenapa memilih seorang gadis Rusia dan bertanya apakah perniagaan yang saya miliki di Rusia. Saya menyatakan tidak memiliki apa-apa perniagaan.



"Dia (bapa Anna) merupakan seorang yang penakut. Dia tidak pernah memperkenalkan saya kepada kenalan Rusia dan kawalan keselamatannya lebih ketat daripada diplomat lain. Sementara itu, seorang pelajar universiti di Southampton, Charlie Hutchinson, 31, berasa terkejut apabila melihat gambar Anna yang didakwa sebagai perisik Rusia kerana mereka pernah berasmara bersama.



Semasa perkenalan mereka, kata pelajar itu, Anna tidak memakai seluar dalam. Menurutnya, semasa mereka melakukan hubungan seks, Anna akan bercakap dalam bahasa Rusia.



Pelajar jurusan undang-undang itu berkata, mereka berkenalan di sebuah pub, White House.



Menurut Hutchinson, semasa dia mahu pulang ke asrama universiti, tiba-tiba Anna menaiki teksinya.



"Kedua-dua kami mabuk. Apabila dia memasuki bilik saya, Anna mula menari tarian bogel dan saya berada di atas katil.



"Dia mempunyai tubuh yang amat menarik dan tidak memakai seluar dalam. Dia tahu apa yang dilakukannya," kata pelajar tersebut.



Menurutnya, dia kemudian bertemu semula dengan Anna seminggu kemudian di sebuah restoran Itali sebelum melakuan hubungan seks beberapa kali.



Dia berkata, hubungannya dengan Anna diputuskan selepas perisik itu enggan menjawab panggilannya dan nombor telefonnya ditukar. - Agensi

Brazil tersingkir

2010/07/03






PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar, hanya mampu memandang bola tandukan pemain Belanda, Wesley Sneijder menerjah jaring pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, malam tadi. - Foto AFPBelanda ke separuh akhir selepas tewaskan juara 5 kali



PORT ELIZABETH: Impian Brazil memenangi gelaran Piala Dunia keenam berkecai apabila Belanda bangkit garang untuk merakamkan kemenangan 2-1 dalam saingan suku akhir yang menarik, lewat malam tadi.



Wesley Sneijder muncul wira dengan gol pada minit ke-68 menerusi tandukan hasil sepakan sudut. Terdahulu, Brazil mendahului seawal minit ke-10 menerusi Robinho tetapi Belanda menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Felipe Melo, minit ke-53. “Kami sudah berjaya layak ke kelompok empat teratas dunia. Anda harus rasa gembira dapat menewaskan Brazil dalam suku akhir,” kata Sneijder selepas perlawanan.




“Pada waktu rehat dalam bilik persalinan kami berkata kepada sesama kami untuk memberi terbaik pada babak kedua dan kami berjaya melaksanakannya.’



Belanda layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak tewas kepada Brazil menerusi sepakan penalti pada 1998 di Perancis dan kini akan menentang Uruguay atau Ghana dalam separuh akhir 7 Julai ini.



Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata kebangkitan pasukannya selepas rehat menunjukkan mantap anak didiknya kuat.

“Pada 20 minit pertama saya gembira kerana kami hanya ketinggalan 1-0 dan saya yakin kami ada peluang. Pada babak kedua kami menunjukkan betapa hebat kami,” katanya. - AFP

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti)

2010/07/03






PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti). JOHANNESBURG: Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.



Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan, sebentar tadi. Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47. Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.

Kempen tingkat penggunaan kad kredit, debit BSN

BANK Simpanan Nasional (BSN) terus komited dalam mempelbagaikan produk dan perkhidmatannya dengan menyasarkan peningkatan penggunaan kad kredit dan debit BSN 50 peratus menerusi pelancaran Kempen Belanja dan Menang yang bermula pada 1 Julai sehingga 30 September ini.




Naib Presiden Kanan/Ketua Perbankan Konsumernya, Akhsan Zaini, berkata sasaran itu sepanjang tiga bulan kempen itu berlangsung dan pihaknya menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM300,000.



“BSN sentiasa berusaha menawarkan pelbagai kemudahan dan ganjaran menarik untuk dinikmati pemegang kad kredit dan debit BSN selain kini mempunyai tiga juta pemegang kad debit Visa Electron BSN Matrix dan Matrix-i.





“Kad ini bukan saja berfungsi sebagai kad ATM dengan kemudahan Meps, tapi juga berfungsi sebagai pengganti kepada wang tunai selain diterima untuk pelbagai jenis perbelanjaan runcit di lebih 29 juta ‘merchant’ Visa di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.





Kempen itu satu pendekatan bagi memberi ganjaran kepada pemegang kad kredit dan debit BSN untuk terus menggunakan kad BSN di samping berpeluang memenangi hadiah lumayan.





Tiada sistem khidmat ringkas (SMS), slogan atau borang penyertaan diperlukan bagi menyertai kempen itu dan pemegang kad hanya perlu berbelanja minimum RM50 sama ada di dalam atau luar negara untuk melayakkan mereka mengumpul penyertaan secara automatik bagi menyertai setiap cabutan.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.