Siasatan Jenyah: Pendedahan Pegawai Kanan Polis

SAC II Dato Mat Zain Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur menulis surat panjang Oktober lalu kpd Datin Kalsom Taib, pengarang buku The Shafee Yahaya Story – Estate Boy To ACA Chief.
Saya menelaah semula warkah tersebut kerana Dato Mat Zain merupakan ketua pegawai penyiasat kes “mata lebam”, “pemalsuan keterangan Dr Abdul Rahman dari Hospital Kuala Lumpur”, penglibatan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail. Beliau juga bertanggungjawan menyiasat kes berkaitan keterangan Dato Shafie Yahaya di mahkamah tinggi yang mendakwa Tun Dr Mahathir mengarahkan beliau menutup siasatan rasuah terhadap Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu Tan Sri Ali Abul Hassan.
Dalam mana saja sistem yang telus dan adil, surat sebegini pasti menggemparkan kerana tampak menjejaskan sistem siasatan jenayah polis; perana BPR (kini SPRM); Jabatan Peguam Negara dan badan Kehakiman. Dato Mat Zain menegaskan lagi kebenaran keterangan saya dalam suratnya kepada Timbalan Ketua Polis Negara. Malah beliau menyoal: “siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah kita menjadi kucar kacir…?”
Saya menggesa saudara semua meneliti surat tersebut dalam semangat ayat al Quran yang disebut oleh Datin Kalsum dan diulang oleh Dato Mat Zain.
“Dan jgnlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan; dan jgnlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya” –Al Baqarah: 42
ANWAR IBRAHIM

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KENYATAAN MEDIA
Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.
2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.
3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.
4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?
5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.
6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.
7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.
Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

MAS batal semua penerbangan keluar dan masuk Alor Star

November 05, 2010
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) keluar dan masuk ke Alor Star masih dibatalkan ekoran lanjutan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
MAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penumpang-penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh menukar tiket mereka untuk penerbangan keluar atau masuk ke Pulau Pinang atau Langkawi.
Bagaimanapun menurutnya lain-lain perkhidmatan di lapangan terbang tidak termasuk dalam tawaran itu.
Menurutnya mereka yang sudah membuat tempahan boleh menukar tarikh penerbangan tanpa sebaran bayaran walau apa jenis tiketnya, sehingga 15 November ini, atau mereka boleh dapatkan kembali wang bagi tiket yang sudah dibayar mengikut prosedur pemulangan biasa, bergantung jenis tiket.
Ia juga menggesa orang ramai supaya sentiasa berhubung dengan Pusat Panggilan 24 jam syarikat itu dengan menelefon 1-300-88-3000 (dalam Malaysia) atau +603-7843-3000 (diluar Malaysia) atau datang sendiri ke pejabat jualan tiket sebelum terus ke lapangan terbang.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sejak Selasa selepas paras air mulai naik di beberapa bahagian di landasannya yang sejauh 2,745m itu. — Bernama

Taib comes to Sarawak moguls’ defence

November 05, 2010
Taib said Sarawak would not have experienced the progress it has without the aid of corporate leaders. — file pic
MIRI, Nov 5 — Sarawakians must reject politicians who perpetrate “anti-rich people” sentiments as this will only deter the state’s quest for greater progress, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said. He said that certain politicians were now trying to inject such ideas and were vocal in criticising successful enterprises in Sarawak in their attempts to win the support of the people.
“There is no such thing as a very thriving economy without businessmen and entrepreneurs,” he said prior performing a ground-breaking ceremony for a four-lane road project linking Taman Tunku and Taman Jelita residential areas, about 12km from here, today.
He said the progress enjoyed by the state would not have come without the support of responsible corporate leaders who were willing to invest in projects with slow returns.
Taib said these businessmen and entrepreneurs had successfully diversified Sarawak’s economy which was once dependent solely on natural resources such as timber, and oil and gas.
The chief minister said big business enterprises had ventured into new range of industries like wide-scale plantations and the service industry, thus spurring the growth of employment and other business opportunities.
He said the Sarawak government’s policy of guiding and encouraging entrepreneurship had always been in tandem with that of the federal government.
The 10th Malaysia Plan and the New Economic Model unveiled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak emphasised on greater involvement of the private sector in the nation’s economy, he added.
“The aim of the government that I lead, like the government that is led by the prime minister, is to always try to develop, to give a better living for the people,” he added.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Lipis meninggal dunia ketika berkempen di Galas

November 05, 2010
KUALA LIPIS, 5 Nov — Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.
Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Norshamsul Azman dari Kampung Chegar Perah di sini ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas.
“Kali terakhir saya berjumpa allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.
“Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn,” katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.
Beliau berkata jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini. — Bernama

Ilham Centre: PAS hilang ‘istimewa’, tenggelam momentum pertahan Galas

Oleh Dzulfikar Mashoor
November 05, 2010
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas.
Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum membuat pendirian sama ada mengundi PAS atau Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas yang berakhir semalam.
Barisan Nasional (BN ) merampas kembali kerusi DUN Galas dengan majoriti undi 1,190 selain mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.
Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Menurut Hisommudin, sepatutnya dapatan Ilham Centre iaitu 62.4 peratus pengundi khususnya pemilih di atas pagar dan Orang Asli, yang setakat awal minggu ini masih belum menentukan calon pilihan mereka, membantu PAS menyusun strategi akhirnya.
“Kehadiran PAS di Galas dilihat hilang momentum dan keistimewaan, kehadiran PAS pada pengamatan pengundi sama seperti BN.
“Pendekatan agama PAS dalam beberapa pilihan raya kecil lepas (dengan membangkitkan) isu syurga neraka, dosa pahala, keberkatan serta pertolongan daripada Tuhan lebih memperlihatkan PAS berbeza dengan yang lain (termasuk Umno).
“Sepatutnya PAS berkata, siapa undi PAS akan dapat pahala kerana itu galur PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Menurut beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati tawaran terbuka PAS untuk memberi tambang balik RM250 kepada pengundi luar dipersoal oleh akar umbi parti dan pengundi tradisi yang pada pilihan raya umum ke-12 menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merangkap Mursyidul Am parti.
Mereka, menurut tinjauan Ilham Centre itu lagi, turut mempersoal tindakan Nik Aziz di depan media menyampaikan wang zakat kepada tiga Orang Asli setelah upacara pengislaman mereka dilangsungkan.
“Ini bukan soal siapa betul siapa salah, orang ramai tidak kisah kalau pengislaman sahaja yang dilakukan tetapi apabila strategi beri duit zakat (kepada tiga Orang Asli) di depan media dilakukan, maka umum melihat PAS sebenarnya tidak ada bezanya dengan Umno dalam menggunakan duit untuk memenangi hati pengundi,” ujarnya.
Paling memberi tamparan hebat, katanya lagi, apabila pengundi yang masih belum membulatkan pendirian ini memberi perhatian pada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur aksi Nik Aziz serta kerajaan Kelantan tersebut.
“Memang menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Tuan Guru Nik Aziz serta kerajaan negeri ditegur oleh SPR sendiri, memang ada kesannya pada pengundi yang sebelum ini tidak menyokong mana-mana pihak,” ujarnya.
Dari segi yang lain, tinjauan Ilham Centre juga mendapati jentera PAS dan Pakatan Rakyat negeri agak lambat mengakses Orang Asli berbanding jentera BN.
“PAS sebenarnya terlalu lambat untuk memenangi pengundi atas pakar dan Orang Asli, menurut maklumat jentera, PAS sebenarnya ada strateginya cuma menunggu saat-saat akhir,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PAS negeri yang ditemui Ilham Centre memberitahu bahawa tanggungjawab memenangi hati Orang Asli diserahkan sepenuhnya kepada agensi kerajaan negeri sejak sehari sebelum hari penamaan calon.
“Peringkat awal kita difahamkan PAS menyerahkan (kempen) Orang Asli kepada jentera kerajaan (negeri) seperti Tabung Amanah Tok Kenali dan PMBK Sawit,” ujarnya.
Strategi “damai” PAS untuk menghadapi jentera BN yang dipimpin oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga sedikit sebanyak menjejaskan fokus jentera bawahan PAS dan Pakatan Rakyat.
“Syarat-syarat PAS seperti tidak terlalu menjaga hubungan politik Ku Li (Tengku Razaleigh) nampak seperti mengelirukan serta menyukarkan jentera-jentera yang di bawah menggunakan strategi-strategi tradisi untuk menghadapi jentera Umno.
“Kita (Ilham Centre) tengok strategik kali ini lari jauh dari strategi-strategi tradisi seperti yang PAS bawa sebelum ini,” ujarnya.
Tambah beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati umum melihat jentera Ku Li lebih sederhana walaupun Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengaku bahawa PAS turun ke Galas sebagai “underdog”.
“Umno lebih ‘underdog’ kerana BN nampaknya tidak mobilisasi jenteranya secara besar-besaran seperti dalam beberapa pilihan raya lalu mungkin kerana Ku Li tidak ada keistimewaan untuk memberi habuan politik kepada sesiapa sahaja yang membantunya.
“Tetapi dalam keadaan begitu, jenteranya (BN) menghadapi jentera negeri yang dipimpin oleh seorang yang dianggap tokoh penyusun strategik seperti Ustaz Halim,” kata beliau.
Malah kata beliau lagi, tinjauan Ilham Centre turut melihat jentera-jentera PAS yang datang dari luar seakan tidak selesa dengan beberapa pemimpin utama di markas induk PAS.
Bercakap soal calon pula, katanya, pengundi lebih selesa dengan pendekatan sederhana BN berbanding PAS.
“Calon Umno walaupun tahap kelulusannya dipertikai oleh PAS, tetapi pengundi-pengundi tidak termakan dengan serangan-serangan sebegitu kerana dia (Abdul Aziz) adalah calon BN dari (kalangan) anak tempatan.
“Nampaknya, dalam hal ini PAS terperangkap walaupun PAS mempunyai pengalaman mempertaruh seorang ‘Tok Peraih Ikan’ (tauke ikan) sahaja pada pilihan raya kecil Manik Urai (tahun lalu),” ujar beliau.
Tinjauan Ilham Centre juga berpendapat bahawa sepatutnya PAS mempunyai lebih banyak kelebihan kerana calon taruhannya Dr Zulkefli pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali.
“Dua kali Dr Zul bertanding di Gua Musang, tetapi nampak kehadirannya masih gagal menyaingi Ku Li dan calon ‘underdog’ BN (Abdul Aziz),” ujarnya.
“Popularti Dr Zulkefli kalau dalam kajian kita sebelum ini 60 peratus pun, sebenarnya ia secara umum tidak menumpu pada soal positif atau negatif,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengundi-pengundi yang ditemui memberi maklum balas positif tentang Dr Zulkefli.
Beliau turut mengaku, tinjauan Ilham Centre turut merumuskan bahawa kekalahan kali ini tidak menjejaskan populariti positif Nik Aziz.
“Sebenarnya Tuan Guru ‘OK’ tetapi rakyat nampaknya tidak puas hati kenapa adik-beradik Tok Penguhulu tertentu saja yang dapat habuan daripada kerajaan negeri.
“Sehingga hari-hari akhir, isu pentadbiran kerajaan negeri seperti Ladang Rakyat, kifalah, pemberian tanah masih gagal diselesaikan,” ujarnya.

Terkini: Keputusan Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil


Calon BN Menang Majoriti 3,342 Undi Di Batu Sapi

Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah menyaksikan calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin (foto), menang menewaskan calon PKR, Ansari Abdullah dan calon SAPP, DatukYong Teck Lee. Calon BN itu dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan sekitar jam 7.00 petang tadi. Beliau telah diberi tepukan gemuruh daripada para penyokong BN di situ. Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu. Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi sebelum itu dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong. Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.Keputusan tidak rasmi yang diperolehi beliau oleh calon BN itu menyaksikan beliau menang dengan majoriti 3,342 undi. Beliau mendapat 5,051 undi sementara Teck Lee hanya 1,108 undi dan Ansari mendapat 1,709 undi. Sebanyak 420 undi rosak dan jumlah keluar mengundi ialah 15,774 orang.

Calon BN Menang Majoriti 910 Undi Di Galas

Sementara itu Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan turut menyaksikan calon BN menang nampaknya. Calon BN, Mohd Aziz Yusof (foto), menang menewaskan calon PAS, Dr.Zulkifli Mohamed dengan majoriti 910 undi. Calon BN itu mendapat 3,258 undi manakala calon PAS hanya memperolehi 2,348 undi. Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini. Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus. Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.

Terkini: Info Pilihan Raya Kecil Batu Sapi & Galas

Pengundian Pilihanraya Selesai Jam 5 Petang
GUA MUSANG [5.30 pm] - Proses pengundian dalam dua pilihan raya kecil hari ini, satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas dan satu lagi bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah, selesai pada 5 petang tadi. Empat pusat pengundian di Galas iaitu Pos Hau, Pos Belatim, Pos Balar dan Pos Bihai, ditutup pada 1 petang tadi disebabkan ia terletak jauh di pedalaman. Suruhanajaya Pilihan Raya menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi. Sembilan lagi pusat pengundian ditutup pada 5 petang. Di Sandakan, 10 pusat pengundian ditutup pada 5 petang manakala sebuah ditutup pada 3 petang dan sebuah lagi pada 4 petang
Pengiraan Undi Di Parlimen Batu Sapi Bermula
SANDAKAN [4.39 pm] - Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Khamis sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih di situ tamat pada 3 petang tadi. Pegawai pengurus pilihan raya itu, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan. Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi, akan ditutup pada 4 petang manakala yang lainnya akan ditutup pada 5 petang. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah. Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmund Chung Ket Wah dari B Nakibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober 2010 lepas.
SPR Tetap Gunakan Helikopter Angkut Peti Undi
GUA MUSANG [3.43 pm] - Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari tadi kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter. Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu. Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dipercayai tiba pada 2 petang tadi.
Galas: SPR Kesal Penyokong Luar Buat Provokasi
GUA MUSANG [3.30 pm] - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh ‘orang luar’ yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya melibatkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan. "Mereka tidak ada perasaan malu kepada penduduk tempatan. Inilah akibatnya... semua nak tunjukkan kekuatan,” katanya
Peratusan Keluar Mengundi Kini Mula Bertambah
KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi. Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari tadi.
Pengundian Di Batu Sapi, Galas Bermula Perlahan
SANDAKAN [2.30 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak “perlahan” dalam tempoh satu jam pertama. Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya 14.68 peratus atau 3,756 pemilih di Batu Sapi, manakala 9.93 peratus atau 1,147 pemilih di Galas telah keluar mengundi, katanya. Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang. Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi di Batu Sapi, manakala pengundian secara pos diadakan pada Selasa dan semalam. Galas pula mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan seawal 8 malam ini

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.