EDISI BONGKAR: Marina Mahathir antara penyokong kuat kumpulan 'Seksualiti Merdeka'?




Oleh: Pria Malaya

Seksualiti Merdeka (SM) adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia..'Seksualiti' merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara 'merdeka' adalah merujuk kepada 'kebebasan' (hak asasi)..

Festival yg berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur..kalau diluar, SM ini berbentuk seperti 'Gay Parade' di negara2 barat..



(Logo Seksualiti Merdeka (SM)..apa yg anda boleh 'baca' dari logo ini?..kebebasan 'mutlak' dan pergaulan tanpa mengira jantina dan seksual..)

Antara aktiviti/program SM ini adalah melalui perundingan, forum, bengkel, seni, teater, muzik, konsert, yang diadakan bersama antara NGO dan individu...


(Antara aktiviti2 'ilmiah' Seksualiti Merdeka yang 'bebas' serta mendapat sokongan penuh anak pemimpin negara..jabatan agama kita di mana?? mana Yb Zul Kulim??...)

Perjuangan Seksualiti untuk golongan 'LGBT'

Melihat kepada 'pengenalan' tentang gerakan/kumpulan ini di dalam laman web rasminya, http://www.seksualitimerdeka.org, Seksualiti Merdeka adalah bermatlamatkan:
"Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."
Anda boleh baca seterusnya di laman web tersebut...dan jangan terkejut, video HOT yang menggemparkan negara baru-baru ini, berkaitan rakaman seorang Melayu-Muslim yang mengaku dan berbangga dirinya GAY adalah sebahagian daripada 'projek' kumpulan Seksualiti Merdeka!



Seperti apa yg tercatat pada 'status' video youtube di atas,
"Seksualiti Merdeka launches short videos featuring Malaysians telling young lesbians, gays, bisexuals and trangenders around the country not to despair: yes, it gets better. And it is possible to live honest, proud, fulfilling lives in Malaysia in spite of the situation."
Ya, perjuangan SM adalah untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan kepada golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) ini dikalangan masyarakat Malaysia..


(Marina Mahathir sewaktu melancarkan Seksualiti Merdeka tahun 2009..sumber...)

Siapa sebalik tabir Seksualiti Merdeka?

Dari penjelasan di atas, maka ternyata SM ini adalah salah satu kumpulan/festival 'haram' yang memperjuangkan hak asasi 'kaum' homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia..

Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik gerakan haram ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir...

Bukti beliau terbabit dengan acara dan festival ala barat ini boleh dirujuk pada laman web rasminya di SINI..dan ianya turut disahkan oleh sebuah lagi laman weblog di SINI..






Penutup..

Jika kita selama ini mengenali ayahnya (Tun Mahathir) sebagai seorang yang anti-gay (kerana memecat Anwar Ibarahim yg kononnya disabitkan dgn aktiviti songsang ini), maka jangan terkejut, jika anaknya sendiri (Marina Mahathir) adalah seorang penyokong kuat amalan homoseksual termasuk amalan gay..(apa reaksi penyokong fanatik Umno/Mahathir?)..

Untuk yg terakhirnya, jika entry ini tidak cukup menjelaskan kepada kita bahawa anak Tun Mahathir ini penyokong amalan homoseksual di Malaysia, artikel penulis terdahulu mungkin mampu membantu kita mengenali secara jelas kita siapakah sebenarnya Marina Mahathir ini..

Anda boleh saksikan artikel penulis pada tajuk "[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)"...fikir2kan..wallahua'lam..

Kuching Airport reopens

January 12, 2011
KUALA LUMPUR, Jan 11 – The Kuching International Airport reopened at 9pm tonight after officials shut it down last night following an incident involving an AirAsia aircraft.
Malaysian Airports Berhad senior general manager – operation services Datuk Azmi Murad said inbound and outbound flights had resumed after the airport reopened.
“Affected airlines are rescheduling their flights following the reopening of the airport,” he told Bernama tonight.
He said the plane that had skidded off the airport’s runway had been removed from the grassy embankment by AirAsia engineers with two cranes and heavy machinery.
The AirAsia flight AK5218, which took off from the Low Cost Carrier Terminal Kuala Lumpur, skidded off the runway during landing in heavy rain at 10.02pm last night. – Bernama

Interlok: Kajian siap, ke Kabinet esok atau minggu depan

January 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Jan –  Cadangan mengenai kajian semula penggunaan novel “Interlok” untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima sudah siap dan akan diserahkan di mesyuarat jemaah menteri esok atau minggu depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata Kabinet telah mengarahkan supaya kajian semula dibuat berikutan dakwaan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan yang fakta dalam buku itu menyentuh perasaan sesetengah kaum.
Novel itu karya sasterawan negara Abdullah Hussain.
Kajian semula itu dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Jawatankuasa itu juga menerima maklum balas dari ahli akademik dan penulis kaum India, kata Mohd Puad kepada pemberita setelah merasmikan Persidangan Al-quran Antarabangsa di sini hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu juga telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah.
Mengenai tindakan kumpulan yang membakar buku itu di Klang pada Ahad lepas, Mohd Puad berkata ini berikutan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan buku itu.
Tindakan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada penulis tetapi juga mengetepikan nilai kemanusiaan pendidikan untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata beliau. – Bernama

Nazri kepada Anwar: Debat dengan saya sebelum cabar Najib

January 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.
Nazri (gambar) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1 Malaysia dan kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.
Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.
Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.
“Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.
“PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.
 Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.
Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib  tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.
“Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam,” dakwanya.
Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu.
Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.
Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini  lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.
Di IPOH, Pergerakan Pemuda Umno Perak menyifatkan cabaran Anwar itu merupakan taktik murahannya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap krisis peribadinya sendiri.
Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sekiranya Anwar benar-benar mahu berdebat, beliau sewajarnya menerima pelawaan Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin.
Pergerakan Pemuda Umno Perak menyokong penuh cabaran Khairy untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan pendekatan ekonomi yang termaktub dalam Pelan 100 Hari pakatan pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hishamudin Yahya pula berkata pelawaan Anwar itu tidak perlu dilayan sebaliknya Najib perlu terus memastikan semua program yang dirancang kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.
Daripada segi pendekatan ekonomi, beliau berkata walaupun Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun beliau masih gagal mempamerkan ‘kehebatan’ menarik pelabur luar negara ke negeri itu. – Bernama

Adun Sri Muda: 25 aduan, polis mahu guna Seksyen 111

January 11, 2011
SHAH ALAM, 11 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei tidak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah  Alam di sini bagi memberi keterangan berkaitan laporan yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor, atas nasihat peguam.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata peguam PKR memutuskan Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan sekiranya menerima notis mengikut Seksyen 111, Kanun Tatacara Jenayah.
“Setakat ini tidak ada notis rasmi dikeluarkan bagi mewajibkan Suhaimi datang ke balai... sesiapa yang diperlukan untuk siasatan kami sedia bekerjasama,” katanya kepada pemberita di luar IPD Shah Alam di sini hari ini.
Selain Tian Chua, beberapa penyokong Shuhaimi turut berkumpul  di luar IPD Shah Alam di sini sambil membawa kain rentang dan melaungkan sokongan terhadap Adun berkenaan.
Ditanya mengenai lokasi Shuhaimi ketika ini, beliau berkata wakil  rakyat itu berada di dalam negeri dan sibuk dengan tugasan hariannya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, notis mengikut Seksyen 111 itu hanya dikeluarkan sekiranya seseorang saksi itu enggan atau tidak hadir ke balai seperti yang diarahkan.
Beliau berkata polis berhak memanggil saksi bagi direkod kenyataan atau rakaman pernyataan mengikut Seksyen 112, Kanun Tatacara Jenayah tetapi sekiranya tidak hadir baru notis mengikut Seksyen 111 dikeluarkan.
“Dia yang berjanji hendak datang tetapi tidak datang, jadi sekarang  baru kita (akan) guna Seksyen 111, namun Seksyen 111 itu bukan bermakna dia  salah, ia untuk rekod kenyataan, kita bukan hendak tangkap dia dan  kalau kita hendak tangkap, buat apa kita keluarkan notis,” katanya.
Mengenai dakwaan Shuhaimi mengenai kedatangan anggota polis ke rumahnya yang disifatkannya seolah-olah cuba mengugutnya, Tun Hisan menjelaskan anggota polis pergi ke rumah Adun itu bagi memaklumkan yang beliau perlu hadir ke balai untuk memberikan keterangan.
“Anggota polis cuma pergi ke rumahnya kerana dia sebelum ini berada di Bandung, Indonesia dan kita pergi ke rumahnya sebab hendak tanya bila  dia hendak datang ke balai.
“Apabila sudah ada 25 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi, polis  mesti menjalankan siasatan dan ini bukan mengenai politik atau tidak,  kaya atau miskin atau bangsa apa, kita hanya pandang dari segi undang-undang,” katanya. – Bernama

Ada pilih kasih kuatkuasa peraturan maritim

11/01/2011 2:52pm

TAWAU - Agensi penguatkuasa berkaitan undang-undang maritim di Tawau diminta supaya tidak bersikap pilih kasih ketika melaksanakan peraturan membawa barangan keperluan asas ke Pulau Sebatik.
Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, tindakan penguatkuasa dan agensi berkenaan menahan barangan keperluan asas seperti gula, minyak, beras dan tepung yang dibawa penduduk ke Pulau Sebatik adalah tidak wajar.
"Saya banyak menerima aduan daripada penduduk kampung (bahawa) ada orang luar membawa keperluan asas ini diseludup keluar hingga ke negara jiran tetapi tidak ditahan. Kenapa penduduk kampung yang membawa masuk untuk keperluan asas orang kampung ditahan.
"Janganlah berkeras sangat dengan penduduk kampung tetapi orang luar yang membawa banyak barangan kita keluar ke negara jiran dilepaskan pula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

India ada skuadron jet buatan tempatan 2013


SEBUAH jet Tejas terbang dalam satu ujian penerbangan di Bangalore, India semalam.


BANGALORE - Pengeluar jet buatan India menyerahkan sebuah jet tempur kepada tentera udara negara itu semalam.
Penyerahan itu dibuat sebelum satu skuadron yang menggunakan jet tersebut beroperasi sepenuhnya pada 2013.
"Berada dalam kategori pesawat tempur ringan (LCA), jet Tejas dijangka diberikan kelulusan akhir operasi dalam masa dua tahun lagi dengan skuadron pertama dibentuk sama ada pada 2013 atau menjelang awal 2014," kata Ketua Tentera Udara India, Pradeep Naik.
Beliau bercakap selepas majlis penyerahan kelulusan awal operasi jet Tejas oleh Menteri Pertahanan India, A.K. Antony di sini semalam.



Buat permulaan, sebanyak 20 jet Tejas akan dibekalkan kepada tentera udara India di pangkalan udara Salur, selatan negeri Tamil Nadu sebagai pesawat tempur barisan hadapan.
Jet Tejas merupakan pesawat supersonik generasi keempat akan membentuk armada baru tentera udara yang mengandungi 200 jet pejuang bagi menggantikan jet pejuang lama MiG-21 buatan Rusia dalam tempoh dua dekad akan datang.
Berharga sekitar AS$46.3 juta (RM142.6 juta) sebuah, jet Tejas dengan satu tempat duduk boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu. - Agensi

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.