YAB Lim Guan Eng: Melayu Pulau Pinang dalam Era PR

15 juta saman ekor akan dilupuskan?

Oleh WDaily



WarkahDaily – Alhamdulillah, kerajaan bakal menghapuskan 15 juta saman ekor tidak dalam lagi. Ramai tertanya-tanya dan mencari kesahihan berita ini melalui pelbagai media semasa dan perdana.

Bagi penulis WarkahDaily Online, ianya memang betul dan ada dalam berita dalam sebuah akhbar tempatan. Kalau hangpa tak percaya, hangpa boleh beli akhbar Harakah sekarang, baca sampai habis berita tu..Sekarang dah boleh percaya?

Jika kerajaan akan hapuskan saman ekor ini, maka selamatlah duit rakyat yang sekadar cukup-cukup makan tu. Bukannya banyak pun duit lebih untuk bayar kat kerajaan tengah duk kelaparan duit rakyat tu.

Oi..apa la lu ni penulis WarkahDaily, itu saman ekor, bukan kerajaan petualang Barisan Nasional (BN) yang mahu hapuskan. Itu kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang bakal hapuskan 15 juta saman ekor jika PR dapat memerintah negara ini.

Aku baru nak puji kerajaan BN la bro...konon prihatin terhadap rakyat, padahal..poodaah..macam hampeh siot!

Tapi kalau engkau orang mau betol-betol saman engkau orang dihapuskan, engkau orang kena tunggu PRU-13 akan datang, engkau orang kena pastikan calon PR (PAS-PKR-DAP) menang dulu baru engkau orang tahu, saman engkau orang dihapuskan atau tidak. Kalau engkau orang sayangkan duit engkau orang, baik engkau orang cuba.

Lepas depa menang dan kuasai Putrajaya, maka dapatlah engkau orang merasa saman ekor engkau orang tu dihapuskan. Engkau orang bukan kaya sangat pun nak bagi sesaje je duit saman tu kat kerajaan petualang sekarang ni yang asyik duk membuli rakyat aje. Tak masuk lagi tiap-tiap bulan duk naikkan harga petrol.

Tapi ingat, saman engkau orang tu tidak sekali-kali akan dihapuskan jika engkau orang masih lagi sayangkan parti petualang BN tu dan terus memberi peluang depa memerintah negara ini yang hampir muflis ni.

Baik engkau orang jangan pertaruhkan masa depan engkau, anak-anak engkau orang dan seluruh keluarga engkau orang dari terus dibuli kerajaan petualang BN tu. Ingat!...masa depan anak-anak engkau orang.-/WD

Semua cerita ni.. Rosmah tak percaya.. betullah si Rosmah ni.

Oleh: setisab

"Siol betula si rosmah ni... dia yang tak percaya... dia dera laki dia geling kapla....
silakinya pulak ngikut pulak tu.... apa punya biul la dua laki bini ni...

Kalau orang politik tidak timbulkan isu.... sotkaba takde berita... nasib baik orang politik pandai reka isu...

Kata budak-budak muda yang setengahnya belum cukup sepenggal jadi wakil rakyat:

Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan kembali pelaksanaan cadangan supaya para mahasiswa sendiri mengendalikan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Segala sistem yang meragukan harus dimansuhkan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip-prinsip demokrasi, khususnya pilihanraya yang bebas dan adil. Mahasiswa dan mahasiswi berhak mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan. - nak baca lagi kat siniSuami Presiden PKR pulak cakap
Pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN).

“Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah,” katanya.
Dia cakap kat Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya. kabar ceritanya 10,000 orang datang dengar... ramainya.. !!
Dia cerita kan....
Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).
Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.
Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.
Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.
Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kata ayah Nurul, dia akan tunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya..... ni yang best ni.... siapa tak sokong perancangan ... tersangatlah bahalolnya.... betul tak..?
Member baik Azmin tu kata kalau dia jadi PM....  Najib Razak dia tidak akan tindas atau dipenjarakan seperti amalan Umno/BN terhadap pimpinan pembangkang.... baik dia kan...... kan kan kan !!
“Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia,” kata suami Kak Wan dan orang ramaipun, apa lagi.... bersoraklah.... suka sangat..
Samy Vellu masa suami Wan Azizah masih jadi Timbalan Perdana Menteri, asyik mendesaknya naikkan tol..... jahat betula si budak itam tu kan.... kan kan kan...
“September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol,” kata suami Wan Azizah disambut sorakan hadirin.
tak puas..? nak baca lagi..? baca kat sini...
Nak tengok limbo rock... how low can you go..? nak..? .... gi sana > How low can you go
"

BMF names 49 Taib-linked companies worldwide

Swiss NGO Bruno Manser Fund today released a list of 49 companies located across four continents around the globe, which it claims are linked to Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud and his family.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kebun Sireh baru bermula

Ahad - 20 Feb 2011 - Hari ini JKKK Kebun Sireh dengan kerjasama Surau Al-Huda Taman Sireh, Belia 4B Kebun Sireh dan Persatuan Penduduk Taman Kebun Sireh buat julong kalinya mengadakan program bersama Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kebun Sireh.

Majlis baru bermula dan akan berakhir hingga 3 petang ini.

Aktiviti yang diadakan adalah berzanji/marhaban, kempen derma darah, daftar warga emas, daftar ibu tunggal & OKU, Dartar pemilih baru SPR dan semakan daftar SPR, ceramah, jamuan, kuiz dan berbagai acara menarik.

Risalah kerajaan negeri, suara CAT juga turut diedarkan.

YB Ong Chin Wen juga turut akan hadir bersama rakyat hari ini.

Mai jangan tak mai..

Chegubard bersama Penternak kerang merayu kepada Guan Eng.

Chegubard bersama penternak kerang Seberang Perai menuntut kepada Kerajaan Negeri P. Pinang agar mempertimbangkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS/TOL) diberikan terus kepada penternak kerang yang sedia ada.

Untuk makluman, semasa pemerintahan BN, kawasan penternak tapak kerang diberi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

PNK sepatutnya mengusahakan sendiri tetapi mereka bertindak hanya mengaut keuntungan 'atas angin' terhadap penternak kerang.

Kerajaan Negeri hanya mengenakan kadar bayaran sewa kepada PNK hanya RM3.00 seekar tetapi PNK mengenakan kadar sewa kepada penternak kerang dengan kadar sewa yang sentiasa naik dan kini kadar sewa mencecah RM140.00 seekar.

Kemudian PNK juga mengenakan kadar cukai setiap guni kerang 50 sen kepada penternak kerang, ini ternyata telah membebankan mereka.

Tambahan pula kini pendapatan mereka terjejas akibat pembinaan Jambatan Kedua P.Pinang, pencemaran tempat pembuangan sampah Pulau Burung dan sisa buangan industri kilang.

Chegubard selaku Pengasas Solidariti Anak Muda (SAMM) menegaskan bahawa sistem 'orang tengah' warisan BN wajib dihapuskan segera.

Beliau cukup yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang berjiwa rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng akan prihatin dan akan memenuhi hasrat permintaan penternak kerang tersebut.

Menurut Chegubard beliau menjangkakan umno akan cuba mengambil kesempatan isu ini dengan memainkan sentimen perkauman.

Beliau menegaskan dengan mengambil contoh penternak kerang berdaftar Seberang Perai Selatan (SPS) dari 12 orang penternak, 8 orang daripadanya adalah Melayu, mereka inilah ditindas oleh sistem 'orang tengah'.

Chegubard juga berharap Kerajaan Negeri PR P.Pinang akan menyewa tapak kerang terus kepada penternak kerang dan bukan lagi kepada 'orang tengah'.

Saudara Rizal Hamid selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Sg Acheh turut hadir.

PAS, PKR P.Pinang setuju cadangan Guan Eng

Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan  kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu sebagai satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang.Malah pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya  tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng itu dari DAP itu.
"Dalam Pakatan Rakyat kita tidak memerintah berdasarkan agama dan perkauman sempit, jadi bagi saya adalah wajar portfolio itu diwujudkan sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah-fitnah agama yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.
"Bagi saya portfolio ini adalah satu tindakan yang tidak bertentangan dengan pentadbiran negara, yang mana kita ada portfolio menjaga hal ehwal agama Islam, jadi tiada masalah untuk wujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang," kata ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Jelas beliau, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar Islam tiada halangan sekiranya Pulau Pinang mahu mewujudkan portfolio itu.
"Saya harap dengan adanya portfolio ini ia akan jadi satu jambatan untuk wujudkan suasana harmoni di Pulau Pinang yang mana kalau kita lihat Umno sentiasa gunakan agama untuk menyerang di sana.
"Dengan ada portfolio ini ia juga akan jadi jambatan antara hubungan antara agama di sana, jadi bagi PAS kita tiada halangan sekiranya ia mahu diwujudkan," katanya.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, langkah mewujudkan portfolio itu akan menjadi "jambatan" antara agama Islam dan agama lain di negeri itu.
"Kita kena lihat ia dari sudut keperluan dan perspektif yang mana ia bertujuan untuk memantau agama lain supaya lebih terkawal.
"Dengan adanya portfolio ini ia dapat memantau pergerakan agama lain dan harapan kita ia akan jadi jambatan antara agama, satu jambatan yang baik untuk wujudkan sikap yang baik," katanya.

Kelmarin, Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu.
Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu.
Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.
"Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan," kata Lim.
Lim berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata, orang bukan Islam mempunyai hak untuk mewujudkan portfolio itu sebagai langkah penyelarasan agama masing-masing.
"Saya rasa dari segi keperluan masyarakat bukan Islam mereka ada hak untuk ada penyelarasan tanpa menjejaskan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
"Saya rasa kerajaan Pulau Pinang faham akan perkara ini dan fungsi-fungsi berkaitan agama Islam malah ia juga dipertahankan di Pulau Pinang," katanya.
Jelas beliau, langkah kerajaan negeri Pulau Pinang itu akan membantu mewujudkan pemahaman antara agama Islam dan agama bukan Islam
"Untuk pengurusan ia akan beri satu platform ke arah pemantapan pemahaman antara Islam dan bukan Islam, malah ia juga akan memberi kebaikan.
"Kalau hanya sekadar penyelarasan ia tiada masalah dan yang penting ia tidak jejaskan agama Islam, jadi orang Islam tidak perlu bimbang sekiranya ia dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang.
Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum.
"Ia tiada masalah kalau sekadar mengawal urus agama-agama lain, kalau setakat penyelarasan sahaja ia tiada masalah.
"Tapi kita kena lihat apa fungsinya dulu, kalau hanya penyelarasan tiada masalah untuk melaksanakannya lagipun atas dasar apa kita nak ketepikan cadangan itu," katanya

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.