Rabu, 7 Julai 2010

sah ketua sumber manusia proton ditahan polis???

pengarah sumber manusia proton tn haji sofie ismail telah ditahan polis pada petang semalam jam 4.15 petang berikutan satu laporan polis yang dibuat pada 29 jun 2010 yang lalu.



mangsa membuat laporan di balai putrajaya kerana mendakwa telah berlaku satu gangguan seksual ke atas diri beliau.

difahamkan proton telahpun mengantung kerja suspek berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan selesai.



tn haji sofie dikenali cukup rapat,seorang yang berpengaruh kuat dan bertangungjawab membawa dakyah-dakyah pas kedalam proton.



hj sofie juga merupakan penggerak utama pas yang mengalatkan badan modal insan proton untuk mempromosi aktiviti pas didalam proton.



*pas sila jawab la.itu pun kalau ada kene mengena, tapi aku yakin orang pas cukup kenal dengan hj sofie ni..

tapi yang heran macam mana orang kuat pembangkang boleh kerja dalam glc besar negara???

khazanah nasional tak kan buta dalam membuat pilihan?

apakah bentuk tuduhan pas selepas ini kepada mangsa??

sama-sama kita nantikan...



Posted by KOMANDO BRIGED MOHON SETIA

Edisi Pahang: Berita Baik, Puak-Puak UMNO Akui Kerusi Parlimen Jerantut Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Jika Si Wan Amizan Di Kekalkan !




Kunjungan PM Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini telah menempa sejarah buat puak-puak UMNO disitu. Masing-masing kini mula bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan, biar pun mereka tahu riwayat politik UMNO kini sudah hampir ke penghujungnya. Duduklah dimana-mana kedai kopi sekali pun, pasti ramai yang benci kepada UMNO. Bukan dek kerana parti, tetapi kerana kesilapan individu yang dipilih sebagai pemimpin itu sendiri. Di Jerantut misalnya, kelibat ADUN Tahan Wan Amizan (foto) amatlah tidak digemari oleh puak-puak UMNO di sana. Wan Amizan dilihat pemimpin yang banyak menjahanamkan nama UMNO di Jerantut. Malah, beliau dilihat banyak mengumpul harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Terdapat maklumat daripada "Broker Saham" yang menjadi "Remiser" kepada Wan Amizan, bahawa ADUN itu mempunyai aset berupa saham-saham yang mencecah ke angka RM10 juta. Soalnya, dari mana beliau memperolehi semua itu?. Jika tidak kerana kerjanya merompak hasil mahsul rakyat di daerah itu, masakan anak peneroka Jengka 12 itu boleh semewah itu. Perangainya yang gemar membeli mana-mana musuh politiknya itu, jelas sekali tidak digemari oleh pemimpin UMNO Jerantut. Malahan, terdapat desakan akar umbi Pemuda UMNO Jerantut agar namanya dikeluarkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Desakan itu kini semakin membara, bahkan terdapat sumber mengatakan jika UMNO Jerantut tidak membuat perubahan besar maka ada kemungkinan kerusi Parlimen Jerantut bakal jatuh ke tangan pembangkang. Rasional ini dikuatkan lagi dengan jumlah undi majoriti yang dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. BN hanya diselamatkan oleh DUN Pulau Tawar, jika tidak sudah pasti Jerantut menjadi parlimen ketiga yang berjaya ditakluki pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Terdapat banyak dakwaan bahawa ada pemimpin muda UMNO yang mahu menjatuhkan Wan Amizan di Jerantut sekarang ini. Mereka sedang melakukan agenda terancang ke arah itu. Jentera pihak terbabit kini sudah bersedia ke arah itu, dan sudah pasti Wan Amizan bakal dibenamkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan pula, ADUN Tahan itu dilihat tidak sesuai untuk memimpin serta membawa perubahan generasi baru.



[Mahu atau tidak pucuk pimpinan tertinggi UMNO negeri perlu korbankan Wan Amizan jika tidak mahu kerusi parlimen Jerantut jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya apakah Wan Amizan boleh berdiam diri dengan gerakan dalaman yang mahu menghancurkan periuk nasinya itu?. Beliau sebenarnya sudah tahu pemimpin yang mahu menjatuhkan beliau itu. Namun, berjayakah dia berhadapan dengan pemimpin terbabit agaknya. Apapun, harus diingat bahawa Wan Amizan punyai wang dan pengaruhnya yang tersendiri. Biar pun dia kelihatan turun naik pejabat hutan di Kuantan, namun dia pandai mengagih-agihkan rezeki yang diterimanya itu. Malah, kes beliau melarikan anak peneroka Padang Piol secara paksa untuk dibuat bini masih diperkatakan orang hingga ke hari ini. Kenapakah Wan Amizan tergamak menggunakan kekuatannya untuk merampas kebahagian orang lain. Pelajar yang mahu meminta sokonganya telah dipaksa menjadi isteri kedua beliau yang menyebabkan keluarga mangsa terbabit kini trauma dan kecewa. Itulah dia bukti kejahatan Wan Amizan ini yang heboh diperkatakan orang sebenarnya].

Pemandu bebal punca kemalangan



Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa.lakawa@kosmo.com.my







SIKAP bebal pemandu yang mementingkan diri sendiri merupakan punca utama berlakunya kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA TERENGGANU - Sikap bebal pemandu yang sengaja melanggar pelbagai peraturan jalan raya dikenal pasti menjadi punca utama peningkatan kadar kemalangan di negara ini.



Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, golongan itu sering memandu sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan orang lain sekali gus menghalang usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.



"Orang yang layak dikategorikan sebagai pemandu bebal ialah mereka yang melanggar peraturan jalan raya sesuka hati.



"Golongan ini tidak menggunakan lampu isyarat ketika menukar laluan dan memandu tanpa mengikut had laju yang ditetapkan," kata beliau.



Beliau ditemui selepas program Seminar Keselamatan Respect Your Limits anjuran PLUS Expressways Berhad dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini semalam.

Panas terik landa AS




SEORANG budak perempuan, Anna Stock membasahkan kepalanya dengan air pancut di Monumen Washington di Amerika Syarikat pada Ahad lalu.



--------------------------------------------------------------------------------





WASHINGTON - Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.



Suhu panas juga dijangka berlaku di New York, Washington dan beberapa kawasan lain di pantai timur.



Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran mengenai suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan golongan tua.



Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya minum air dengan banyak, berada dalam bilik berhawa dingin dan kerap memeriksa kesihatan keluarga dan jiran.



Ahli-ahli meteorologi memberitahu, sebahagian daripada kawasan tengah Atlantik telah merasai bahang cuaca panas tahun ini.



Musim bunga paling panas dalam sejarah juga dijangka berlaku.



"Kawasan selatan akan merasai panas terik pada lewat minggu ini," kata seorang ahli meteorologi, Alex Sosnowski. - AFP

Zaid memegang bendera Islam

ZAID bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 611 Masihi dan masuk Islam pada tahun pertama Hijrah.



Pada masa Nabi Muhammad, Zaid berperanan menulis wahyu yang diturunkan dan menulis surat bagi disampaikan kepada kaum Yahudi. Semasa mudanya, Zaid sudah mula menghafal surah dan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.



Semasa hidupnya, Zaid bin Sabit juga terkenal sebagai ahli dalam ilmu al-Quran, tafsir, hadis, dan pembahagian harta pusaka. Oleh yang demikian Zaid diberi gelaran 'ulama masyarakat.'



Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa Zaid bin Sabit berusia enam tahun, bapanya meninggal dunia. Semasa Nabi Muhammad berpindah ke Madinah, umur Zaid pada ketika itu berusia sebelas tahun.



Usianya yang muda itu menghalangnya daripada menyertai Perang Badar dan Perang Uhud. Walaupun usianya terlalu muda, Zaid tetap bersemangat berperang melawan musuh.



Pernah pada suatu hari, Zaid berjumpa Nabi Muhammad meminta kebenaran menyertai siri peperangan tentera Islam.



"Wahai Nabi Muhammad, saya mahu pergi berperang," kata Zaid yang masih kecil itu.



"Kamu masih kecil lagi Zaid. Apabila kamu sudah dewasa nanti ikutlah kami pergi berperang," kata Nabi Muhammad kepada Zaid.



Masa berlalu. Zaid semakin meningkat dewasa. Selepas itu beliau sering menyertai peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh. Cerita ini dikisahkan semasa Zaid bin Sabit menyertai Perang Tabuk yang berlaku pada Tahun Masihi 631. Perang Tabuk ini berlaku di antara tentera Islam dan tentera Rom. Pada peperangan itu tentera Rom kalah dan berundur. Kejayaan ini menyebabkan ramai kabilah yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab membayar cukai kepada kerajaan Islam.



Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.



"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.



Amarah menjadi hairan. Beliau berasa tidak sedap hati.



Beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga tuan tidak mengizinkan saya memegang bendera itu."



Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab, "Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.



"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab Amarah pula.



Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.



Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata, "Saya mahu Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."



Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."



Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad.



Nabi Muhammad bukan pilih kasih. Beliau berbuat demikian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu kelebihan pada diri mereka. Begitu juga semasa Perang Uhud, Nabi Muhammad mengebumikan mayat tentera Islam yang gugur mengikut tahap ilmu pengetahuan yang mereka miliki di dalam satu liang lahad.



Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Zaid memegang peranan penting dalam urusan pemerintahan di Madinah. Semasa zaman pemerintahan Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Zaid adalah sahabat yang dipercayai dapat memberikan fatwa.



Zaid bertanggungjawab memegang jawatan mufti pada ketika itu di Madinah. Fatwa Zaid yang terkenal adalah dalam bidang pembahagian harta pusaka.



Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata, "Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid bin Sabit."



Jelas di sini menunjukkan bahawa Zaid bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad yang banyak berjasa menegakkan agama Islam.



Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya seseorang individu itu mempunyai ilmu yang tinggi dan kelebihan pada diri mereka, maka orang itu disanjungi dan dihormati. Islam juga memandang mulia kepada manusia yang mempunyai ilmu dan mengamalkan ilmunya itu ke jalan yang diredai Allah.

KDN - Bagaimana pula dengan akhbar arus perdana??

KDN diminta ingatkan media perdana juga



Bukan sekadar 'mengingatkan' media alternatif, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut digesa mengambil tindakan yang sama kepada media arus perdana.



Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media itu didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.



"Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif," katanya.



Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, 'mengekori' jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa.



Dalam pertemuan kira-kira setengah tengah hari semalam, akhbar PAS itu antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".



Antaranya, ia diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan memberikan KDN 8 naskhah akhbar mereka sebaik selesai dicetak.



Ketika dihubungi Malaysiakini, Taufek berkata, dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.



Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, beliau membangkitkan supaya KDN tidak cuba mengaitkan Harakah dengan isu keselamatan negara.



"Sewajarnya, KDN boleh membezakan antara isu-isu yang menggugat keselamatan negera dengan isu-isu yang menggugat parti pemerintah. Itu adalah dua isu yang berbeza.



"Seperti juga media perdana yang memberi laporan negatif kepada Pakatan Rakyat, isu-isu negatif tentang kerajaan Pakatan tidak pula dianggap mengancam keselamatan negara.



"Jadi ini juga perlu dilihat oleh KDN," katanya.



Menurutnya, beliau mewakili Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.



Berhubung dakwaan mengenai kelewatan Harakah menghantar naskah setiap keluaran kepada pihak KDN, Taufek berkata perkara itu ditegur dalam pertemuan ringkas semalam.



"Kalau ikut (peraturan) KDN, naskah perlu dihantar sebelum Harakah diedarkan," katanya.



Taufek berkata, KDN juga menyatakan hasrat bagi mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Harakah.

Selasa, 6 Julai 2010

Kunci Najib Pembunuh Ada Di Tangan Bala

Patutlah Najib takut sangat pada Bala. Sama takut pada Singapura. Semuanya gara-gara Althanthuya. Bangkai gajah kalau disorokkan, lama-lama akan diketahui juga. Sama ada kunci tu dibuka sekarang atau lambat lagi, sama-samalah kita berdoa orang yang zalim dihumban ke tempat yang sepatutnya



Bala ada anak kunci rahsia



Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.



Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.



Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.



"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.



Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.



Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.



"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.



Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.



"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.



Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.





Posted by Hisyamuddin Che Ali

Gantung Suara Keadilan Tanda PRU-13 Semakin Hampir

06 July 2010. Posted by .Kembara Jr at 8:18 PM

KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampir

Anwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka.

Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan.

"Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti.

"Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia.

"Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



- Suara Keadilan

Isteri pun pasang dua-(dunia-dunia!!!!)

Oleh Mohd Fauzi Abdullah




2010/07/05 KUANTAN: Malang bagi seorang suami beristeri dua apabila isteri keduanya membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali dia berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab berpoligami.





KHALWAT...isteri orang dan kekasihnya yang dicekup di rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan, semalam. Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada sebelah siang.



Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.



Dalam serbuan itu, wanita terbabit ditahan bersama pasangannya dipercayai berusia 30-an, bekerja sebagai pencuci kereta di bandar ini kerana disyaki berkhalwat.



Ketika ditahan, suami wanita terbabit kebetulan berada di tempat kejadian dan sama sekali tidak menyangka isteri keduanya dicekup Jaip dalam serbuan itu.



Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, dia dapat menghidu kecurangan isteri keduanya selepas hubungan mereka dingin kira-kira sebulan lalu. Katanya, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan mak andam yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu atas dasar cinta tidak menyangka dikhianati dengan cara demikian.




“Hancur luluh hati saya mengenangkan kecurangannya sedangkan selama ini saya yang banyak menaikkan perniagaannya sehingga berjaya. Saya begitu kecewa dengan apa dilakukannya,” katanya.Mohamad berkata, dia menerima maklumat isteri keduanya itu sering membawa kekasih gelap ke rumah mereka ketika dia berada di rumah isteri pertama.




“Semua perbuatan isteri terbongkar selepas dia ditahan Jaip petang semalam (kelmarin).



“Baru kini saya tahu mengapa hubungan kami selama ini begitu dingin sehinggakan dia seolah membenci saya setiap kali tiba giliran saya pulang ke rumah untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya itu.



Menurutnya, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menghukum perbuatan isterinya.



“Apa yang tinggal kini hanya kenangan bersamanya selama lebih 10 tahun mengenali sebelum kami mengambil keputusan bernikah lima tahun lalu.

“Hati saya hancur dan sudah tawar untuk menerimanya selepas mengetahui kecurangannya. Saya rasa dikhianati,” katanya sebak.



Harian Metro difahamkan pasangan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaip bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.



Mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), pasangan disyaki berkhalwat boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi???

Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi, Petanda Awal PKR Pertahankan Parlimen Itu Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Makin Cerah !


Nampaknya UMNO Kuantan begitu teruja untuk merampas semula kerusi parlimen Kuantan dalam pilihanraya umum akan datang. Susulan daripada itu mereka mahukan hak semula agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh Fuziah Salleh (PKR) menawaskan Fu Ah Kiow (MCA) dengan majoriti melebihi satu ribu undi. Kekalahan itulah adalah satu tamparan hebat buat BN, kerana parlimen Kuantan adalah merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama. Namun, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan penuh kontroversi pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Terdapat maklumat mengatakan pemimpin UMNO Kuantan begitu marah dan mengamuk bila kerusi parlimen itu diserahkan kepada MCA ketika itu. Malah ada yang bertindak menyerang rumah Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek. Semua ini dek kerana geram dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Adnan Yaakob tentang perkara itu. Fu Ah Kiow bernasib baik kerana menang dalam pilihanraya umum selepas itu, menewaskan calon yang sama dari PKR iaitu Fuziah Salleh (foto). Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri dalam kabinet BN. Namun, pilihanraya umum lalu (2008) beliau tiba-tiba tewas sedangkan ketiga-tiga DUN dalam parlimen Kuantan dimenangi oleh BN iaitu DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tg.Lumpur . Inilah yang memuyskilkan puak-puak MCA sebenarnya. Terdapat sumber mengatakan kekalahan Fu Ah Kiow adalah kerana beliau mengeluarkan nama Ti Lian Ker daripada senarai calon MCA dalam PRU-12 itu. Lantaran marah dengan perbuatan tersebut, maka Ti Lian Ker telah mengarahkan jentera dan orangnya pastikan Fu Ah Kiow tertewas. Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengamuk di pejabat MCA bila mengetahui namanya tidak tersenarai sebagai calon. Namun, ada laporan mengatakan Fu Ah Kiow tewas dek kerana penyokong UMNO membuat undi protes terhadapnya. Strategi itu dilakukan bagi membuktikan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar kerusi itu wajar diserahkan semula kepada UMNO. Namun, mereka lupa kemenangan PKR itu adalah dek kerana suara rakyat sebenarnya.



[Lantaran itulah kita tidak hairan UMNO Bahagian Kuantan membawa usul agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu semalam. Soalnya sekarang, apakah MCA akan berdiam diri dengan usaha tersebut?. Sudah pasti mereka akan mempertahankan kerusi tersebut untuk parti berkenaan. Bagi MCA, kemenangan dan kekalahan adalah ada dalam pertandingan. Namun, jika MCA masih mengekalkan kerusi itu jelas sekali ia akan memberi kemenangan yang lebih besar kepada Fuziah Salleh dalam PRU-13 nanti. Sudah pasti ramai penyokong UMNO tidak akan mengundi BN kerana memprotes keputusan tersebut. Tambah perit lagi, jika UMNO merampas kerusi itu dari MCA. Ia juga akan memberi peluang kepada Fuziah Salleh meneruskan kesinambungannya membela rakyat disitu. Tambahan pula, majoriti kaum Cina sekarang ini memang realitinya menolak BN mutakhir ini. Maknanya kekuatan Pakatan Rakyat disitu pasti akan bertambah, sama seperti zaman UMNO dan parlimen Kuantan dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dulu].

Panas: Gara-Gara Mengampu,!!!!

Panas: Gara-Gara Mengampu, Bekas Pemimpin Majlis Belia Felda Gunakan Budak-Budak Nakal Untuk Buat Demontrasi Kononnya Sokong Najib




Inilah Pelakon demonstrasi kononnya menyokong Najib di Bandar Jengka



[Pagi semalam ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi, belatih demontrasi di belakang Balora Mastika, Bandar Jengka. Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda. Jadi bertempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah! Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian. Klik blog Tukulbesi untuk artikel penuh].

Sensasi: Filem P.Ramlee, Ali Baba & 40 Penyamun Kini Jadi Ilham Puak-Puak UMNO !

Sensasi: Filem P.Ramlee, Ali Baba & 40 Penyamun Kini Jadi Ilham Puak-Puak UMNO Untuk Menagih Simpati Rakyat Agar Kembali Menyokong Mereka!


Nampaknya puak-puak UMNO amat suka dengan angka "40" sekarang ini. Mungkin mereka terpengaruh dengan filem legenda P.Ramlee "Ali Baba 40 Penyamun" itu agaknya. Apakah ini satu fitnah atau memang kenyataan?. Cuba lihat, hujung minggu lalu kita digemparkan dengan berita kemasukan 40 orang "Ulamak Muda" (Gelaran yang diberikan sendiri) menyertai UMNO. Itu pun selepas mereka dimalukan dengan berita awal iaitu 100 orang semuanya termasuk bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Namun mereka ternyata hampa, pabila Dr.Asri bijak mengawal keadaan dengan tidak hadir ke majlis yang diatur itu. Makanya hanya 40 orang "ulamak muda" yang dikatakan hadir. Itu pun ada yang kini menafikan mereka hadir untuk "serta UMNO", sebaliknya dijemput atas kapasiti yang lain. Mereka mendakwa tertipu dengan helah pihak penganjur yang mendakwa kesemua mereka menyertai UMNO. Akhirnya angka 40 digunakan bagi menyedapkan halwa telinga rakyat. Kini terbaru, satu lagi angka 40 digunakan. Kali ini oleh Pemuda UMNO pula. Entah kenapa mereka begitu kemaruk dengan angka 40, tiba-tiba mendedahkan maklumat kononnya statistik berdaftar pengundi sekarang ini ialah 40:1. Di mana 40 ialah kaum Cina dan 1 untuk kaum Melayu. Entah dari mana angka itu diperoleh agaknya. Namun kini mereka tersentak apabila Pengerusi SPR, Aziz Yusoff menafikannya dan mengatakan bahawa nisbah sebenar ialah 2:1 sahaja. Maknanya disini Pemuda UMNO menfitnah dan sengaja mahu menarik perhatian orang Melayu agar berhati-hati dengan tindakan kaum Cina ini. Kononnya mereka sudah bersedia untuk mengambi alih kuasa pada bila-bila masa. Mereka merayu supaya orang Melayu bersatu dalam UMNO demi masa depan. Bukankah tindakan ini jelas sekali menggugatkan keharmonian negara kita. Mereka wajar diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Soalnya kenapa mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan?. Ini kerana kenyataan itu dibuat oleh UMNO sendiri. Dengan dua senario itu tadi, ternyata angka 40 itu kini memang menjadi angka keramat mereka.



[Apa yang berlaku ini sebenarnya ternyata memperlihatkan kepada kita betapa kemaruknya UMNO untuk menarik kembali sokongan golongan muda terhadap parti karat itu sebenarnya. Mereka sanggup mereka skrip dan sandiwara semasa untuk membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang layak berkuasa dan memerintah negara ini. Bagi mereka parti terbaik yang wajar disokong oleh seluruh rakyat ialah UMNO. Biarpun mereka tahu berbagai-bagai masalah dan kepincangan yang melanda parti itu mutakhir ini. Rekaan angka 40 ini juga menjelaskan kepada kita bahawa puak-puak UMNO sememangnya amat gusar sekiranya mereka ditolak rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Sememangnya kita ada 40 orang pemimpin UMNO yang bakal disiasat semula oleh pihak berkuasa, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini tidak lama lagi. Maka itulah idea P.Ramlee dijadikan modal mereka bagi menyakinkan rakyat tentang perjuangan mereka dulu, kini dan selamanya].

Kontroversi: "Double Standard", umno bn?

Kontroversi: "Double Standard", Suara Keadilan Lapor Felda Bangkrap Mengamuk Tapi Idris Jala Kata Malaysia Muflis Kenapa Dia Tidak Di Saman


Inilah yang dikatakan, amalan "double standard" yang menjadi darah daging kerajaan UMNO BN di Malaysia ini sebenarnya. Mereka akan mengamuk sakan bila mana-mana pemimpin atau media pembangkang melaporkan berita yang "kurang menyenangkan halwa telinga" mereka. Sebaliknya, mereka akan menikus bila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin atau media kawalan mereka. Jika benar mereka jujur dan ikhlas, kenapa perlu ada "dua darjat" dalam hal ini?. Nampak benar tindakan tersebut adalah dek kerana politik "balas dendam" semata-mata. Rakyat sedar dan dapat menilai segala yang berlaku ini sebenarnya. Kita ambil contoh, akhbar Suara Keadilan mahu disaman oleh mereka dek kerana melaporkan artikel bahawa "Felda Bangkrap", sebaliknya mereka menikus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala (foto) mengatakan "Malaysia Muflis" menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada. Terkadang kita tidak faham dengan mentaliti dan kepala otak puak-puak UMNO ini sebenarnya. Malaysia muflis dengan Felda bangkrap adalah perkara yang sama. Mana yang lebih besar Malaysia atau Felda?. Kita layak mengatakan sesebuah syarikat itu akan bangkrap atau muflis apabila berlaku kerugian yang besar dalam perniagaan mereka. Apatah lagi bila mencecah berbilion ringgit sebenarnya. Makanya, Suara Keadilan layak mengatakan Felda bangkrap selepas dibuktikan menteri berkaitan mendedahkan perkara itu di parlimen (Ahmad Maslan). Apakah itu satu fitnah agaknya?. Samalah juga dengan kenyataan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat di Pahang bahawa negeri ini muflis akibat mengalami "bajet defisit" setiap tahun sejak Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar 11 tahun yang lalu. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyaman dan mengatakan semua itu fitnah pembangkang?. Mudah alasannya, sebab ia dibuktikan di Sidang Dewan Undangan Negeri oleh MB sendiri. Makanya, tidak timbul soal fitnah dan sebagainya. Begitu juga dalam kes Felda, apakah ia fitnah sedangkan telah didedahkan secara terbuka di parlimen sebelum itu. Jika begitulah keadaanya, maka Kerajaan Malaysia juga perlu menyaman dan mengambil tindakan terhadap Menteri UMNO Idris Jala kerana mengatakan Malaysia akan Muflis pada tahun 2019 nanti. Malahan, Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menafikan kenyataan celupar Idris Jala selepas itu. Soalnya, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Idris. Ini semua kerana amalan "double standard" yang akan dilakukan selama mana mereka itu terus berkuasa !



[Usahlah kita terkejut dengan senario ini. Anggaplah ini semua amalan biasa yang pasti digunakan oleh mereka ketika "nyawa sudah dihujung tanduk". Maka itu juga kita tidak hairan bila mana permit akhbar Suara Keadilan digantung gara-gara artikel panas itu. Anehnya, Idris Jala bukan sahaja tidak disaman malah tugasnya sebagai menteri juga tidak digantung oleh kerajaan yang kononnya bermaruah itu. Semua ini memungkinan kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN amat takut rakyat mendapat berita yang lebih jelas dan tepat selain media arus perdana. Soalnya sekarang, apakah mereka benar-benar hebat dan yakin rakyat setuju dengan apa yang dilakukan ini?. Apa yang pasti rakyat semakin bosan dan benci dengan keletah mereka yang kebudak-budakan ini. Makanya sudah pasti hukuman akan dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semoga rakyat akan sedar dan bangkit untuk melakukan perubahan secara besar-besaran selepas ini].

Khairy Pertikai Tindakan Polis

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengkritik polis kerana dilihat tidak cukup serius dalam usaha memberkas Raja Petra Kamaruddin.

Katanya, berdasarkan laporan berita di Internet jelas bahawa pengendali laman web Malaysia Today yang 'bersembunyi' di negara itu secara terbuka menghadiri satu majlis pelancaran 'Rakan Pakatan Rakyat' pada Ahad lalu.

Malah katanya, satu kenyataan akhbar turut memberitahu Raja Petra akan menghadiri majlis tersebut dan adalah tidak munasabah jika beliau telah 'bersembunyi' luar negara dan tidak boleh dikesan.

"Beliau kelihatan bebas di London, berkelakuan seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan malah memberi ucapan di khalayak ramai. Pun begitu, pihak berkuasa masih tidak melakukan apa-apa untuk membawa beliau kembali ke Malaysia.

"Negara kita mempunyai perjanjian penyerahan dengan United Kingdom. Mengapa tiada pihak berkuasa kita minta polis British untuk menahan dan mengekstradisinya kembali ke Malaysia?" katanya pada sidang media di lobi parlimen.





Khairy berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra.

Katanya lagi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini ingin mengetahui siapa yang melindungi Raja Petra dan lokasi persembunyiannya.

"Saya memperoleh maklumat tentang lokasi dan pergerakan Raja Petra dari Internet, bukan Scotland Yard atau mana-mana sumber rasmi.

"Polis sedar di mana beliau berada atau mereka memilih untuk tidak ambil tahu?"Saya hanya mahu membantu pihak polis dalam kes ini," katanya.Mstar

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Sesi meja bulat bincang UPSR, PMR 19 dan 27 Julai

July 05, 2010KUALA LUMPUR, 5 Julai – Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.




“Rumusan perbincangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos ini,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata perbincangan meja bulat yang pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.



“Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini,” katanya.



Katanya beliau berharap pandangan menyeluruh berkaitan dengan pemansuhan UPSR dan PMR dari setiap lapisan masyarakat akan dapat dihasilkan melalui perbincangan meja bulat itu.



“Pemantauan terhadap pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dilakukan oleh pihak kementerian dan buat masa ini banyak pandangan serta pendapat sudah dikumpulkan dan ini akan diambil kira semasa perbincangan meja bulat,” katanya.



Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my. – Bernama

13th GE: Malaysia Needs A New Federal Government

By Richard Loh




Time to get prepared and be ready for the 13th general election. Let us begin the campaign to call for a NEW FEDERAL GOVERNMENT and oust the racist, arrogant and corrupt Umno-BN from holding on to power.



I have grown up and am old enough to see through the deceit and lies festered by Umno-BN in the past decades through their suppressive, undemocratic, racism, corrupt and arrogant ruling system.



Many Malaysians still do not care two hoots about the importance of voting for a government that will really care more for the rakyat and nation, rather than individual leaders and personal gains. They are so easily swayed and simply accept promises that are left unfulfilled most of the time. It is time for Malaysians from all walks of life to grow up, just like me, and vote in a NEW FEDERAL GOVERNMENT.



After having suffered a huge loss at the 12th GE, Umno-BN has still not changed even though they keep on talking about change. What kind of change are they talking about when they can still hold the rakyat at ransom.



They talk about transparency and yet most government contracts, projects and policies are still classified under the Official Secret Act (OSA).



They talk about fairness and equality to all Malaysians under the NEM but they retained the NEP, bundled and muddled up within the NEM.



They talk about Malaysian First in the 1Malaysia concept but maintain that Malays and ketuanan melayu are still first before others.



They talk about democracy and freedom of speech but there is no guarantee of freedom after speech.

They talk about impartial application from the various institutions but what you see are biased actions towards the opposition and those critical of the ruling government.



They talk about fighting corruption but they still bribe their way through in by-elections, “You help me, I help you”, you wanted the money, I wanted my candidate to win.



The above are just a recent summary of what they talk about but have no intention to actually implement. As usual, they talk more than they walk.



With this generalisation, let’s kick-start the 13th General Election campaign with the theme:



MALAYSIA NEEDS A NEW FEDERAL GOVERNMENT BY VOTING IN PAKATAN RAKYAT WHICH MAY NOT BE 100% PERFECT BUT SURELY 100% BETTER THAN RACIST UMNO-BN.



I am not a politician but just an ordinary Malaysian rakyat who wants to see that we vote in a New, Clean and Fair Federal Government that is willing to serve the country and rakayt first, with integrity and sincerity.



SAVE MALAYSIA! VOTE IN A NEW, CLEAN AND FAIR PAKATAN RAKYAT AS THE FEDERAL GOVERNMENT

Ahad, 4 Julai 2010

Jika Amerika Latin Boleh Dibenam, Mengapa Tidak Barisan Nasional?

Piala Dunia: Dua pasukan Eropah benam gergasi Amerika Latin




Baki perlawanan suka akhir kejohanan bola sepak edisi Piala Dunia 2010 menyaksikan benua Eropah menguasai tiket separuh akhir dengan membenam dua gergasi dari Amerika Latin di tanah Afrika Selatan.



Selepas juara tiga kali Jerman dengan penuh bergaya menyingkirkan Argentina pimpinan Diego Maradona 4-0, Sepanyol menumpaskan Paraguay 1-0 dalam pertemuan penuh dramatik kira-kira empat jam kemudian.



Penyerang David Villa menyempurnakan pantulan bola pada minit ke-83 untuk melangkah ke separuh akhir walaupun pasukan itu keciciran tendangan penanlti.



Gol Villa itu, yang kelima bagi dirinya dalam kejohanan dan terbanyak setakat ini, membolehkan Sepanyol buat kali pertama dalam era moden memasuki separuh akhir Piala Dunia.



Terdahulu tendangan penanti penyerang Paraguay Oscar Cardozo gagal disempurnakan di separuh masa kedua perlawanan yang berlangsung di Ellis Park.



Lawannya juga gagal menyempurnakan tendangan penanti dua minit kemudian.



Kapten Paraguay Justo Villar menyelamatkan tendangan penalti yang diambil semula oleh Xabi Alonso pada minit ke-58.



Sepanyol, juara Eropah, akan bertemu dengan Jerman di separuh akhir di Durban, Rabu ini.



Malam kelmarin (waktu Malaysia), Belanda menyingkirkan satu lagi gergasi dari Amerika Latin, Brazil 2-1 untuk ke separuh akhir.



Ia akan bertemu dengan Uruguay yang menumpaskan pasukan tunggal benua Afrika Ghana.



Separuh akhir kali ini menyaksikan tiga pasukan Eropah bertarung untuk menjulang Piala Dunia edisi 2010 yang pertama kali dilangsungkan di benua Afrika.



Ramai yang meramalkan perlawanan akhir akan menyaksikan pertembungan Belanda-Jerman.



Terdahulu di Cape Town malam tadi, Jerman mengatasi Argentina 4-0 dengan bintangnya Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ketiga.



Jerman menambah tiga gol di separuh masa kedua.



Bagaimanapun Mueller yang telah menjaringkan empat gol setakat ini tidak akan beraksi di separuh akhir kerana menerima kad kuning.



Ulasan GB



Sepertimana tajuk, Gb meletakkannya jika Amerika Latin, gergasi bolasepak dunia boleh dibenamkan di Piala Dunia 2010, mengapa tidak Barisan Nasional di negara ini?



Firasat GB berdasarkan keputusan Piala Dunia setakat ini: tunggu saat dan ketika, Barisan Nasional pasti akan dibenamkan supaya mereka menyedari tinggi rendahnya langit dan agar keangkuhan mereka selama ini dipenggal hancur sampai ke bumi.

KDN Tak Puas Hati Jawapan SK, Rakyat Tak Puashati Tindakan KDN

Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.




Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.



Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.



Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.



Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.



"Pergantungan permit organ KEADILAN, Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.



Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.



"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda.



"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi. -SK







Gantung Suara Keadilan Langkah Pertama Tekan Media Malaysia



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.



"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.



Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.



Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.



Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.



Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.



Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.



Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.



Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.



Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.



"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.



"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi. -SK





Ulasan GB



Begitu mudah KDN untuk menarik balik permit Suara Keadilan hanya kerana tak berpuashati jawapan dari SK didalam balasan surat tunjuk sebab.



Kita ingin nyatakan rakyat tak berpuas hati dengan tindakan diskriminasi dan pilih kasih KDN mengharamkan SK tetapi pada masa yang sama membisu dan membiarkan akhbar Suara Perkasa yang jelas mewujudkan ketegangan kaum.



Letak jawatan kamu-kamu semua di KDN sebelum kamu dicampak keluar oleh rakyat nanti!

Jambatan Bengkok : Nazri Saja Sakitkan Hati Mahathir

Nazri: Jambatan bengkok ganti Tambak Johor tidak dibina




Pentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tambak Johor, kata Datuk Seri Nazri Aziz.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan akan kekal dengan keputusan yang dicapai antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu itu.



“Keputusan pentadbiran kerajaan semasa kekal dan berpegang pada keputusan yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini, di bawah (kepimpinan) Tun Abdullah Ahmad Badawi.



“Jambatan bengkok tidak akan dibina. Tidak ada perbincangan untuk menghidupkan projek ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Tegas Nazri, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi reaksi kepada laporan media, yang memetik individu-individu tertentu yang mendesak agar idea itu dihidupkan semula.



Sebaliknya kata beliau, persetujuan dan permintaan daripada pelbagai perlu dipertimbangkan sebelum projek ini boleh dihidupkan semula.



“Perlu ada kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Johor dan Singapura juga perlu bersetuju dengannya,” kata Nazri lagi.



Bagaimanapun kata beliau, kerajaan Singapura belum bersetuju dengan perkara berkaitan dengan jambatan bengkok.



“Oleh itu adalah sukar, di banyak peringkat, untuk meneruskan projek ini,” kata menteri undang-undang ini dan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen.



“Ketika era beliau, Dr Mahathir mahu membina (jambatan bengkok) untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Tetapi, malah ketika itu pun Singapura tidak bersetuju,” katanya.



Keputusan kerajaan ini dinyatakan oleh Nazri di sebalik pandangan Dr Mahathir baru-baru ini dan permintaan Sultan Johor minggu lalu agar menghidupkan semula projek berkenaan.



Dalam tulisan menerusi blognya Rabu lalu, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghidupkan semula pelan membina “jambatan bengkok” yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Johor dan Singapura.



Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Najib enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.



“Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.



“Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.



“Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini,” kata Dr Mahathir.



Pada 26 Jun lalu, Sultan Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.



Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.



Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.



Dr Mahathir menegaskan terdapat juga surat daripada bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong yang disiarkan oleh kerajaan Singapura dalam buku “Water Talks - If Only It Could” bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Malaysia.



Oleh itu kata Dr Mahathir, yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah Abdullah yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat timbalan perdana menteri ketika itu iaitu perdana menteri sekarang telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed pula berkata Dr Mahathir memberi tumpuan perkara remeh-temeh dan sebab utama beliau membawa semula isu ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian terbaru antara Malaysia dan Singapura.



“Dr Mahathir hanya tidak gembira dengan perjanjian terbaru dengan Singapura. Apakah nilai sebenar jambatan bengkok ini? Mengambil kira kos asas, tidak munasabah untuk menghidupkan semula projek ini,” kata beliau ketika dihubungi.



Ketua Umno Bahagian Pulai itu berkata, meskipun jambatan alternatif hendak dibina ia tidak akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.



“Kesesakan masih akan wujud pada waktu puncak di Tambak Johor, jambatan bengkok tidak akan mengubah keadaan itu,” katanya lagi.



Jelas beliau, kerajaan sudah mula melakukan pengubahsuaian di Tambak Johor dengan membenarkan lebih banyak kereta dan bot kecil dan feri berulang alik dari Johor ke Singapura.



“Sudah ada kerja-kerja mendalamkan perairan yang menghubungkan sebelah kiri dan kanan Tambak Johor, bagi membolehkan feri, bot menggunakan terusan ini,” kata Nur Jazlan.



Dalam pertemuan antara Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini isu jambatan bengkok atau jambatan ketiga tidak dibincangkan pada pertemuan mereka.



Najib mengemukakan idea jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dan Malaysia Jun tahun lalu, yang boleh mencergaskan pembangunan di sebelah timur Johor dan di kawasan-kawasan seperti Mersing dan Desaru.







Kerajaan Akan Kaji Semula Jambatan Ganti Tambak Johor - PM



KUANTAN, 26 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Sabtu berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.



Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.



"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini.



Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.



Ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di Johor Baharu hari ini, Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor. -TMI



-- BERNAMA









Dr M: Abdullah, bukan Najib tolak bina jambatan



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil sebagai pelindung kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menerima kritikan berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.



Sokongan itu timbul ketika Najib berhadapan dengan label "perdana menteri flip-flop" berhubung kegagalannya meneruskan pembinaan jambatan berkenaan, serta tindakannya membatalkan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.



Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut.



Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu.



"Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini.



"(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya.



Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah “Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini.”



"Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.



Dr Mahathir juga mendakwa al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar bersetuju supaya tambak berkenaan digantikan dan perkara itu disokong oleh seluruh rakyat Johor "kecuali seorang."



"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi.



Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could."



"Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi. -mk





Ulasan GB



Semua orang kenal Nazri. Menteri yang tak der kredibiliti sebagai menteri. Yang ada pada dirinya ialah sifat mengampu. Masa Mahathir jadi PM, diampunya Mahathir, semasa Pak Lah jadi PM, diampunya Pak Lah dan kini semasa Najib jadi PM, Najib pula diampunya.



Beliau menyerang Mahathir habis-habisan. Sekalipun Najib sendiri menyatakan kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, tapi Nazri mendahului kabinet dengan menyatakan Pentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok.



Tujuan Nazri ialah untuk mempersenda dan menyakitkan hati Mahathir kerana Mahathir orang yang mengilhamkan jambatan itu.



Kita tahu Najib tidak dapat mengenepikan Nazri sekalipun Najib cuba memenuhi hasrat Mahathir kerana Najib terhutang budi kepada Nazri selaku menteri undang-undang dan Nazri telah membantu Najib menyerang Pakatan Rakyat di Parimen. Tergantungnya Gobind Singh Deo dari Parlimen kerana menghentam Najib adalah diatas usaha Nazri. Kini Anwar yang merupakan musuh no. 1 Najib juga dalam proses penggantungannya akibat dari tindakan Nazri.

Bekas Pegawai Penjara Bidas Menteri Mengenai Penjara Pudu

Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (Expoam) mengusulkan bantahan sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein mengenai ‘Penjara Pudu yang tidak perlu dibanggakan’.




Setiausaha Agungnya, Ali Othman berkata, kenyataan menteri itu yang menyebut "mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama" ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2010, benar-benar mengguris dan menghina ahli-ahli persatuan dan pegawai penjara yang sedang berkhidmat kini.



Kenyataan itu turut tersiar di sebuah akhbar tempatan keesokan harinya.



“Melalui Perhimpunan Agung Ke-10 persatuan, baru-baru ini, kami membuat usul bantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau kerana merasakan seolah-olah perkhidmatan yang diberikan pegawai penjara khususnya yang telah berkhidmat di Penjara Pudu tidak dihargai, jauh sekali dari menjadi kebanggaan.



“Perlu diingatkan dengan adanya bangunan penjara atau jabatan penjara telah membuktikan wujudnya sistem keadilan yang lengkap di negara ini seiring dengan adanya mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.



Menurutnya, penjenayah wajar dibenci kerana melakukan jenayah tetapi bukan terhadap penjara itu sendiri kerana penjara adalah tempat penjenayah jalani hukuman. -SH







‘Penjara Pudu bukan warisan negara’



2010/06/22



KERAJAAN tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1895.



“Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.



“Mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).



Fong dalam soalannya ingin mengetahui kemungkinan kerajaan akan memulihara sebahagian bangunan penjara yang berusia 115 tahun itu untuk dijadikan bangunan dan tapak warisan bagi generasi akan datang supaya mengetahui sejarah penjara dan pembangunan Kuala Lumpur seperti dilakukan Korea Selatan.



Menjawab soalan asal Fong mengenai butiran lanjut pembangunan UDA Holdings Berhad di tapak Penjara Pudu, Awang Adek berkata, mereka akan membina projek pembangunan bercampur termasuk pejabat, kawasan rekreasi, hotel dan ruang niaga. -BH









Ulasan GB



Selain Awang Adek, Rais Yatim juga menyatakan Penjara Pudu tiada nilai warisan.



Mungkin jika Awang Adek dan Rais Yatim dimasukkan ke penjara Pudu, kedua-dua orang ini akan bersama-sama dengan Pegawai Penjara membuat demontsrasi membantah tindakan merobohkan penjara berkenaan.



Ada diperuntukkan komisyen ker untuk pembangunan projek pembinaan bernilai RM5 bilion di tapak berkenaan kepada kedua-dua menteri ini? GB sekadar bertanya jer.

Siasatan SPRM terhadap 2 ADUN PKR bermotif politik




Kerajaan negeri Selangor mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mengucar-kacirkan pentadbiran negeri itu dengan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai kegiatan melombong pasir.



Semalam ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung skandal melombong pasir di negeri berkenaan.



ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, siasatan ke atas kedua-dua ADUN tersebut bermotifkan politik.



"Cara mereka menyiasat mirip siasatan terhadap Teoh Beng Hock," katanya yang bercakap bagi pihak perhimpunan penyokong-penyokong Selangor dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini.



Teoh yang merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh SPRM di ibu pejabatnya, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kematiannya.



"Malah kejadian sama turut berulang dan kali ini membabitkan Suhaimi dan Amirudin yang disoal siasat berhubung ‘penyalahgunaan dana kerajaan negeri’ iaitu dakwaan yang sama terhadap Teoh," kata Lau.



Suhaimi dan Amirudin diuar-uarkan sebagai di antara empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal keluar parti kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.



Namun mereka menafikan perkara tersebut, sementara Lau dan para penyokong memberi sokongan penuh ke atas mereka sekaligus menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri mengalami perpecahan.



"Saya Tidak Tertekan"



Dalam pada itu, Suhaimi berkata beliau tidak berasa tertekan dengan tindakan SPRM itu malah akan memberi kerjasama yang baik kepada mereka.



Namun beliau berulang kali menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut.



"Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu.



"Walaupun pada awal saya tidak jelas dengan siasatan itu namun saya tidak nampak perkara sedemikian berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.



Walau bagaimanapun Suhaimi tidak menolak kemungkinan siasatan itu wujud pergerakan politik seperti didakwanya dalam blog Free Malaysia Today semalam.



"Saya rasa ada sedikit ‘movement’ politik dalam siasatan ini," katanya ringkas.



Sementara itu, siasatan terhadapnya akan bersambung di Ibu Pejabat SPRM, 5 Julai ini pada pukul 2 petang. -FMT







'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'



Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.



Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.



"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.



Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.



Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.



Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.



Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut. -mk

Ibrahim Ali: Perkasa tegas kerana ‘Melayu sudah bangkit’-Umno bn masih tak berubah....

July 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempertahankan artikel kontroversi bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” terbitan edisi sulung Suara Perkasa, yang muncul di pasaran Khamis lalu, dengan mendakwa mereka tegas kerana “orang Melayu sudah pun bangkit” sekarang.




Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, kata-kata menggesa kerajaan menahan pemimpin-pemimpin Melayu sudah lama dikeluarkan oleh bukan Melayu sejak selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.



“Kami ada merakamkan banyak kenyataan, rencana, dan ucapan oleh pembangkang, bukan Melayu, blogger dan yang lain. Kini orang Melayu sudah pun bangkit (menuntut hak mereka),” kata Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.



Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”.



Pertemuan hampir sejam tersebut bermula pukul 5 petang dan dihadiri Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad, Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd Samad.



Suara Perkasa akan dipanggil sekali lagi pada Isnin ini.



Dalam komennya semalam Ibrahim berkata, beliau sanggup untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — jika didapati menjadi mudarat kepada keselamatan negara.



Sehubungan itu dalam kenyataan hari ini Ibrahim menegaskan, Perkasa bertindak tegas dalam isu semasa berdasarkan pengalaman-pengalaman pihaknya sepanjang dua tahun lalu.



“Seorang perwakilan MCA dari Perak pernah meminta kerajaan agar menahan (Ketua Pemuda Umno sekarang) Khairy Jamaluddin di bawah ISA, pada Oktober 2008.



“Seorang pemimpin Wanita Gerakan juga pernah menggesa agar (bekas Ketua Umno Bukit Bendera ketika itu), Datuk Ahmad Ismail juga ditahan di bawah ISA. Ada aduan polis dibuat di Bagan Serai minta Datuk Nasir Safar (bekas pegawai khas Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA.



“Banyak kenyataan dibuat menyinggung orang Melayu sebelum ini... malah, (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr) Wee Ka Siong sendiri pernah mengecam Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan oleh MPM (baru-baru ini),” katanya lagi.



Ibrahim menyenaraikan kes-kes lain termasuk serangan terhadap ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memetik ucapan sejarah beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor manakala Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikritik kerana sekadar mencium keris dan tidak “menikam sesiapa pun.”



Ibrahim dilihat lantang bersuara dengan ada yang mengelarkannya sebagai “ultra Melayu” dan bertindak sedemikian sejak menubuhkan Perkasa akhir 2008.



Perkasa mengeluarkan akhbar Suara Perkasa, yang dijual RM2 senakhah bermula kelmarin.

Guna Internet tawar pakej





RAKYAT negara ini hanya perlu mengakses Internet bagi mendapatkan ejen yang akan menguruskan pernikahan mereka di selatan Thailand.



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Kewujudan ejen-ejen tempatan yang menguruskan perkahwinan pasangan Islam secara rahsia dipercayai punca semakin ramai rakyat tempatan termasuk selebriti dan orang kenamaan bernikah di selatan Thailand.



Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, terdapat pelbagai laman web memaparkan pakej yang ditawarkan oleh ejen tersebut berpusat di Perak dan Lembah Klang tanpa memerlukan pasangan terbabit menguruskannya sendiri di selatan Thailand.



Dengan kadar bayaran di antara RM1,000 hingga RM3,000, rakyat negara ini yang mahu bernikah di Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani diuruskan sepenuhnya oleh ejen tersebut di negara ini.



Pakej tersebut meliputi perkhidmatan pengangkutan, khidmat membeli-belah selepas bernikah, memastikan memperoleh sijil nikah daripada majlis agama dan Konsulat Malaysia di Thailand dalam sehari dan pelbagai lagi. Antara laman web berkenaan ialah http://wan*****.blogspot.com.



Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan, sebanyak 999 daripada 1,321 permohonan yang diterimanya dari Januari hingga Mei tahun ini melibatkan rakyat Malaysia yang berkahwin sesama negara.

EK Elehhh, Rupa-rupanya Pendakwah Pemuda UMNO Sahaja !!!

Oleh: ruhan




"Nampaknya isu ulama muda masuk UMNO menjadi semakin hangat apabila banyak pihak terlibat memperkatakannya. Benda yang pada mulanya kelihatan biasa, rupa-rupanya bertukar menjadi luar biasa kerana prosesnya diselaputi pelbagai kontroversi.



Yang masuk bukan sahaja tidak seberapa tetapi juga tidak berkualiti, tidak berkredibiliti, dan tidak berintegriti. Pandangan ini dilontarkan kerana kedapatan pelbagai tafsiran terhadap kewujudan mereka. Mereka masih muda, tidak dikenali, tiada pengalaman, muncul secara tiba-tiba, tidak memiliki khazanah ilmu yang cemerlang, dan mempunyai matlamat yang amat kecil apabila menyertai UMNO.



Ketika banyak pihak yang mempertikaikan hal ini, UMNO mengambil pendekatan untuk mempertahankan diri. Fathul menegaskan bahawa mereka yang mendakwa ditipu sebenarnya tidak diundang. Dia mengkesampingkan fakta UMNO menipu dari segi bilangan yang masuk dan pengkategorian palsu kesemua mereka sebagai ulama. Mereka hanya layak dipanggil penceramah agama. Shahidan pula bertegas mereka yang mendakwa ditipu itu hendak juga pergi walaupun dihalang. Kedua-dua kenyataan itu tidak selari dan mengelirukan. Fathul seolah-olah tidak tahu menahu tentang Hosni dan kawan-kawannya. Hosni tahu dan kenal Fathul. Shahidan sudah pasti mengenali Wahab Abdullah. Apabila Hosni menjelaskan dia dihubungi seorang ustaz dalam UMNO untuk ke majlis itu dan tidak dinafikan oleh Fathul mahupun Shahidan, nyatalah bahawa dia bercakap benar. Nak bagi tahu atau tidak siapa ustaz tersebut, itu soal lain. Kesimpulannya, UMNO sanggup menipu sekalipun dalam hal-hal keagamaan. Soalnya, mengapa memilih pendekatan sekeji itu.



Yang sudah berada dalam UMNO nampaknya mengambil sikap proaktif. Mereka ingin mendakwahi Pemuda UMNO dari dalam. Oh, rupa-rupanya mereka ialah Pendakwah Pemuda UMNO!!! Mereka mengemukakan satu perancangan kepada Pemuda UMNO. Keimanan Pemuda UMNO hendak ditingkatkan. Jika usaha ini berjaya, tidak ada lagi amalan rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya dalam Pemuda UMNO selepas ini. Mungkin Ketua Pemuda Pusat, Ketua Pemuda Negeri, barisan EXCO, dan AJK mereka semuanya bersih; tidak terlibat dengan politik wang. Alangkah bagusnya anak Melayu dalam UMNO. Pendek kata, semuanya sudah alim.



Tapi sayang, tiada siapa yang mendakwahi Putera dan Puteri UMNO. Apatah lagi ibu-ibu dalam Wanita UMNO. Hanyutlah semua mereka ini. Gagallah usaha pentarbiahan itu. Kasihannnnn!!!



Namun demikian, air dalam cawan UMNO sentiasa berkocak. Kehadiran insan-insan itu tidaklah menggembirakan semua pihak. Komen PM pun hambar sahaja. Dia sekadar berkata UMNO tak akan jadi ekstrem. Memang tak jadi ekstrem, tapi diresapi fahaman Wahabi. Dr. M pun tidak begitu ghairah. Khairy sendiri tidak ceria memperkatakannya. Tak mahukah dia ikut berdakwah atas pentas nanti?



Yang tak enak didengar ialah kritikan agamawan veteran dalam UMNO. Nakhaie tidak bersetuju dengan gelaran yang disangkutkan kepada Pendakwah Pemuda UMNO itu. Baginya, mereka itu terlalu kecil untuk memikul gelaran yang sebegitu besar. Satu perkara lagi ialah pemikiran yang dibawa Dr. Asri akan meresapi UMNO hingga ke akar umbi. Mungkin ini taktik yang digunakan Dr. Asri. Dia sedang memerhatikan perkembangan yang sedang dan akan berlaku sekarang ini.

http://bilahrotan.blogspot.com

Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian

Oleh: asshafiee




"Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :


Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Pendapat Ustaz



Firman Allah yang bermaksud :



“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)



Lagi Firman Allah yang bermaksud :



“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)



Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:



“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



Kesimpulannya



Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).



Petikan dari http://www.ustaznoramin.com/2010/06/kesalahan-wanita-dalam-berpakaian.html

Sepanyol mara ke separuh akhir

Puuuuaaasss!!! Satu permainan yang cukup hebat daripada kedua-dua pasukan. What an exciting game!!



Sepanyol mara ke perlawanan separuh akhir apabila mengalahkan Paraguay.



Sepanyol 1 Paraguay 0



Gooooo..... Spain!!

Posted by A Mum Of Three Mohd

Dengar apa mamat bernama Nong Chik ni kata. Dia kata....

Aha... tau tak per






Dengar apa mamat bernama Nong Chik ni kata. Dia kata....





"It's tough being out of power"





Aku malas nak ulas panjang-panjang. Korang baca kat sini.





Aha... susah ya, kalau tak der kuasa?? Masa ada kuasa dulu komer bermaharaja lela. Semua harta rakyat, komer bolot dan control..... macam harta mak bapak komer. La ni... apabila kuasa eilek, baru tahu nak mengeluh...





Orang putih kata....





" what goes around comes around "





Ada paham??? Aha... paham tak per!!



Melayunya kata....



Dulu kau buat aku, sekarang kau rasa, padan muka!!





Usah ler nak berlagak.... kononnya susah nak membangunkan kawasan yang di bawah Pakatan Rakyat. Nak termuntah aku dengornya. Kata dia lagi...





"If we don't have power, we cannot do anything. If anyone asks us for help, we cannot do anything."





Bullshit!! Apasal pulak tak boleh tolong? Weh... bukan tak boleh tolong tapi sengaja tak mahu tolong sebab selama ini UMNO/BN, mengamalkan politik balas dendam. Politik 'Padan Muka'. Oleh itu, jangan nak bagi alasan bodoh.





But.... Pakatan Rakyat tak macam tu.... Kalau komer nak tolong, dengan senang hati kami boleh terima. Tak der hal punyer. Jika korang nak bekerjasama..... fine, no problem. Demi rakyat...... silakan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah sepatutnya. Jangan amalkan pembangunan selektif. Bantu dan tolong kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja. Yang lain... mampuuus pi!!





Oleh itu... pakcik Nong Chik, jangan nak bermadah yang penuh dengan helah. Sebab... kalau hang buat lagu tu.... jawapannya ialah BOLEH BELAH!!





Banyak songeh sangat.... Sebab tu komer kalah di kawasan tu!! Sekarang, nak main propaganda murahan.... Pigiraaahhh!!

Posted by A Mum Of Three Mohd

I Cry For You Argentina

GOL!! GOL!! GOL!! GOL!!



Yeaaahhhh!!! German mara ke pusingan separuh akhir World Cup 2010.



German 4 Argentina 0



Hancuuuss!! Aku terkecewa..... Harapan aku nak tengok Argentina beraksi di final, punah, musnah dan hancur berkecai.



But... since Germany is my favourite team dari Europe, lara yang dirasai taklah teruk sangat. At least, satu daripada favourite team aku, mempunyai harapan yang cerah untuk beraksi di peringkat akhir.



Bravo Germany!! World Cup 2010 German punya!!

Posted by A Mum Of Three Mohd

Bulan mengambang di Hulu Terengganu






Aku tak pernah mengalaminya tapi ada orang kata gila meroyan ni kekadang datang menyerang apabila bulan mengambang. Wallahualam...



Ha.. ha... ha... daripada pemerhatian yang dilakukan pada individu-individu tertentu ada kebenarannya. Contoh terkini ialah... Menteri Dalam Negeri. Tak semena-mena... dia meroyan di Hulu Terengganu. Yang dia royankan ialah Raja Petra Kamaruddin. Baca sini.



Mentang-mentang Zaid dilihat bersama RPK... maka dia mintak Zaid pulak untuk beri penjelasan tentang hubungannya dengan RPK. Weh.... sejak bila pulak seseorang itu tak boleh bersama dengan kawannya yang lain? Apakah itu sudah menjadi satu kesalahan?? Apasal pulak Zaid tak boleh jumpa RPK? Apa hal pulak dia nak beri penjelasan kepada rakyat?



Alasan dia, mungkin kerana RPK is a wanted man... wanted by the Malaysian government. Itu sebenarnya kerja mereka. Bukankah PDRM handal dan professional?? Mengapa tak boleh selesaikan masalah tersebut?? Lu punya masalah.... lu selesaikanlah sendiri!! Lu dibayar gaji oleh rakyat.... so, lu yang kena settle masalah tersebut. Mengapa pulak Zaid yang kena beri penjelasan.



Hello.... excuse me, PDRM yang kena beri penjelasan kepada rakyat..... bagaimana a wanted man boleh terlepas meninggalkan negara tanpa dapat dikesan dan mengapa hingga kini, that particular wanted man, masih bebas di luar negara?? Jangan nak tuding jari pada pihak lain atas kegagalan dan kelemahan lu orang.





Jadi...., bolehkah RPK dipersalahkan jika dia mendedahkan kepincangan para pemimpin kerajaan yang menzaliminya?? Bolehkah dia mendapat keadilan sekiranya dia diadili di mahkamah yang integriti diragui di dalam dan juga di luar negara??





Rasanya.... rakyat terbanyak pun takkan demand untuk dapatkan penjelasan tentang RPK, kerana.... mereka faham, mengapa dia meninggalkan negara? Dia... telah hilang kepercayaan pada pihak berkuasa Malaysia. Be it.... PDRM, Mahkamah, SPRM and so on ler. Dia.... sudah tak percaya yang dia akan diadili dengan adil di Malaysia, selagi Malaysia masih dicengkam pemerintahannya oleh regime UMNO/BN/APCO.





And.... aku rasa kerajaan luar pun sedar akan hakikat ini. Sebab tu.... permintaan Malaysia untuk dapatkan kerjasama pihak berkuasa di sana, GAGAL!! Mungkin mereka tak mahu bersekongkol dengan kerajaan yang sistem demokrasinya penuh dengan hypocricy. Luar nampak demokrasi.... tetapi, hakikatnya... kuku besi. Demokrasi sudah semakin terhakis di 1Malaysia!!





Kalau usaha untuk mendedahkan pekung para pemimpin UMNO/BN dan usaha untuk menyedarkan rakyat, tidak boleh dilakukan dari dalam negara, kerana berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman dan ugutan.... jangan salahkan RPK, jika dia memilih alternatif lain sebagai tapak untuk perjuangannya. Itu adalah hak dia!!





Kesian.... kerana RPK, ada orang meroyan di Hulu Terengganu ketika bulan mengambang.

Posted by A Mum Of Three Mohd