Jumaat, 4 Februari 2011

Jelajah DSAI Ke Sarawak

Program Jelajah dan Sambutan Tahun Baru Cina Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak

5 Februari 2011 (Sabtu)
1) 12.30 -2.00 Ptg – Rumah Terbuka Hari Raya Cina KeADILan
Lokasi : Perkarangan Pejabat KeADILan Cabang Stampin,
Batu 3 Jalan Kucing / Serian, Kucing
2) 3.00 – 6.00 ptg – Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
Lokasi : Hotel Grand Continental, Kucing
3) 7.00 – 8.30 mlm – Perjumpaan dengan Rakyat dan Ceramah
Lokasi : Kampong Taei, Serian
4) 9.00 – 11.00 mlm – Perjumpaan dengan Rakyat dan Ceramah di Samariang
Lokasi : Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing.

Polis Tidak Wajar Guna Kekerasan Kepada Rakyat Yang Hanya Ingin Menyerahkan Memorandum Ke Kedutaaan Amerika Syarikat Itu Sebenarnya !!

Orang ramai kecewa dengan tindakan keterlaluan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menggunakan kekerasan untuk menghalang penyerahan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat hari ini. Tindakan pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) membuat tangkapan dan semburan watercanon jelas sekali perbuatan terkutuk yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Malah, tindakan peserta perhimpunan itu bukanlah mahu menggugatkan kerajaan UMNO BN seperti kebiasaannya. Ia adalah tanda protes terhadap campurtangan Amerika Syarikat yang terus menyokong Presiden Mesir sekarang ini. Pihak polis sepatutnta memantau pergerakan peserta perhimpunan dan tidak perlu menimbulkan kekecohan atau kekasaran. Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum. Tambah menyakitkan hati pihak polis juga didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Agak memalukan, dikala umat Islam dan warga Mesir sendiri bangkit menolak kempimpinan Hosni Mubarak, tiba-tiba polis di Malaysia pula seolah-olah merestui setiap apa yang berlaku di sana. Mereka tidak faham apa tujuan perhimpunan yang diadakan hari ini?. Mereka lebih berselera untuk menggempur peserta yang tidak langsung mahu menimbulkan huru-hara.

Rakyat hanya mahu hantar memorandum, bukannya buat huru-hara

Perarakan peserta ke Kedutaan Amerika Syarikat telah dihalang oleh FRU
[Hanya kerana mahu menghantar memorandum, pihak polis sanggup bertindak ganas kepada rakyat sendiri. Apakah kerana perhimpunan yang diadakan hari ini disertai oleh NGO serta pemimpin politik pembangkang?. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa saja?. Bagaimana jika perhimpunan itu dianjurkan oleh UMNO dan NGO seperti GAPS, PERKASA, GPMS dan sebagainya. Apakah pihak polis akan melakukan tindakan yang sama seperti ini. Kita cukup hairan dengan situasi dalam negara kita hari ini. Isu antarabangsa yang mendapat kutukan dunia seperti itu pun rakyat dihalang menyatakan bantahan. Sepatutnya, apa yang berlaku di Mesir hari ini harus dijadikan ikhtibar oleh kerajaan Malaysia. Jika inilah keadaannya maka kita khuatir satu hari nanti rakyat Malaysia pula akan bangkit untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang zalim serta khianat kepada rakyat itu sebenarnya].

Pistol diacu ke kepala ketika rusuhan

04/02/2011 5:25pm

SEPANG 4 Feb. - Bagi seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar, pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakannya seumur hidup.
Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, berkata, kejadian menakutkan itu berlaku ketika beliau dan empat rakan keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air.
"Sedang berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami, dan menyuruh kami pulang ke rumah.
"Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini. - Bernama

'Kami tidur bertemankan pisau'


NAZEERA (tengah) disambut ibu bapanya, Mohd. Nasir Abdullah dan Zaimah Abu Bakar di KLIA semalam.


SEPANG - "Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi."
Demikian cerita dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir iaitu Nazeera Mohd. Nasir, 21, dan Nurul Shafiqah Mohd. Tajudin, 21.
Kedua-dua pelajar itu selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam semalam dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata, mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu-lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada sebagai langkah keselamatan," katanya.

Puak anti-Hosni sedia sertai demo ‘Jumaat, Hari Berundur’

February 04, 2011
Antara penunjuk perasaan yang menyertai kebangkitan rakyat mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. — Foto Reuters
KAHERAH, 4 Feb — Selepas sehingga 300 orang dipercayai terbunuh termasuk 13 orang sejak kelmarin, rakyat Mesir mula membuat persediaan untuk demonstrasi besar-besaran, “Jumaat, Hari Berundur” — pada hari ke-11 hari ini, mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera. Beribu-ribu penunjuk perasaan membentuk sekatan di tengah ibu negara Mesir sambil melaungkan “Pergi, pergi, pergi”.
Laporan stesen televisyen Arab Al-Jazeera berkata, penunjuk perasaan anti-Hosni kembali menguasai keadaan selepas dua hari berhadapan dengan serangan penyokong presiden itu.
Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.
Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.
Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.
Tiada pertempuran antara kedua-dua puak awal pagi ini.
“Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman,” kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.
“Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.
Sehingga 300 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat, demikian menurut ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.

Merlimau: Shahrizat harap BN letak calon wanita

February 04, 2011
JASIN, 4 Feb — Selepas tidak menjadi kenyataan di Tenang, Wanita Umno mahu Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.
“Kita menunggu keputusan daripada Ketua Menteri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Sungai Ramai dekat sini, hari ini.
Mohd Ali juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan Umno Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Dipetik Bernama, Shahrizat berkata jentera pilihan raya wanita Umno telah bersiap sedia untuk membantu calon BN memenangi pilihan raya tersebut.
“Mereka sudah mahir dalam kerja-kerja pilihan raya dan mereka menunjukkan kepimpinan yang baik,” katanya.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon  manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Parti Presiden Hosni dakwa Barat khianati Mesir

February 04, 2011
KAHERAH, 4 Feb — Parti Demokratik Nasional (NDP) Mesir, yang diketuai Presiden Hosni Mubarak, mendakwa Barat yang diletakkan kepercayaan selama ini telah mengkhianati negara itu, antara sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).
Hosni, 82, kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang masuk hari ke-11 hari ini dan juga tekanan pentadbiran Obama dan beberapa negara lain supaya berundur segera.
Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-Hosni sedang berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada perhimpunan yang dikenali sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.
Mereka mahu menuju ke istana presiden.
Dalam temu bual dengan BBC sebentar tadi, Setiausaha NDP Dr. Mohamed Kamal berkata, kuasa Barat telah mengkhianati negara 80 juta penduduk itu.
“Ya, Barat telah mengkhianati Mesir,” kata beliau dalam temu bual bersama BBC hari ini menjawab soalan tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barat supaya meletakkan jawatan dengan segera.
Malah Mohamed juga menegaskan, Hosni tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan dalam waktu segera.
“Saya tidak percaya beliau akan menerima (tekanan) supaya meninggalkan negara dalam keadaan sukar yang dilalui sekarang.
“Beliau (Hosni) seorang pejuang, saya tidak percaya majoriti rakyat melihat sebab untuk (beliau berundur),” kata Mohamed sambil berkata majoriti penduduk yang menyokong kerajaan mengambil sikap diam diri dan ada kemungkinan mereka juga akan keluar ke jalan-jalan untuk berhadapan dengan puak anti-Hosni.
Mohamed mendakwa media Barat cuba membawa satu gambaran yang hodoh mengenai Mesir dan oleh itu NDP mahu mereka meminta maaf kepada keseluruhan rakyat Mesir.
Awal minggu ini Hosni yang mengetuai Mesir sejak 1981 berkata, beliau hanya akan melepaskan jawatannya September ini apabila pemilihan presiden diadakan dan tidak mahu bertanding buat penggal keenam.
Semalam, Hosni memberitahu dunia bahawa beliau sudah bosan memegang jawatan presiden dan mahu berundur sekarang tetapi bimbang keadaan akan huru-hara jika berbuat demikian sekarang.
White House dan pegawai-pegawai kerajaan Mesir juga sedang mengadakan perbincangan merancang pelan peralihan kuasa.

Pengundi Melayu hilang keyakinan terhadap PR yg diterajui oleh Dato’ Seri Anwar

Oleh: setisab

"Pilihanraya kecil kawasan DUN Tenang pada 30 Januari telah berakhir dengan kemenangan calon BN ke atas calon PAS, seperti yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.


Ini adalah berasaskan hakikat bahawa kawasan tersebut memang telah sebegitu lama asyik memilih wakil dari Umno/BN ke DUN Johor dan juga terdapat tiga penempatan FELDA yang merupakan kubu kuat Umno di dalam kawasan tersebut.


Bagaimanapun, memandangkan penurunan mendadak majoriti kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008, iaitu lebih kurang 2,500 undi daripada lebih 5,000 semasa pilihan raya 2004, maka Pakatan Rakyat (PR), yang diwakili oleh calon dari PAS, beranggapan bahawa terdapat peluang untuk membuat kejutan.

Ini pula berdasarkan faktor terdapatnya peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi iaitu 52%, berbanding pengundi Melayu sebanyak 48%. Walaupun kawasan tersebut secara tradisinya mempunyai ahli parlimen MCA dan mempunyai reputasi sebagai kubu MCA, PRU 12 telah melihat ramai pengundi Cina dan India memberi undi kepada calon PAS. Peratusan pengundi Cina yang berbuat demikian adalah 64% manakala bagi pengundi India peratusan mengundi PAS adalah 50%.

Faktor tambahan yang menambahkan harapan PAS untuk menang adalah calon parti itu seorang anak tempatan yang pernah bekerja sebagai guru di kawasan tersebut dan sudah dikenali dan disenangi ramai.

Walau tidak menang sekalipun, adalah juga harapan PAS dan PR untuk sekurang-kurangnya terus menguncupkan lagi majoriti kemenangan BN dari 2,500 undi yang diraih semasa PRU 12.

Keputusan pilihan raya kecil Tenang setelah diumumkan secara rasmi amat mengecewakan bagi PAS.

Undi PAS telah mendadak turun dari 2,992 berbanding 3,875 yang didapati dalam PRU 12. Ini adalah penurunan 883 undi atau sebanyak 23% dari pilihan raya sebelumnya.

Peralihan sokongan besar-besaran pengundi Cina dari BN ke PAS telah tidak menjadi kenyataan. Peralihan inilah yang diharap-harapkan sangat oleh PAS dan PR bagi menembus kubu BN tersebut. Peratusan pengundi Cina yang mengundi PAS adalah dianggar 64%, sama seperti yang berlaku semasa PRU 12.

Manakala bagi pengundi Melayu, peratusan yang memberi sokongan kepada BN naik sebanyak 4% kepada 83.3% berbanding PRU 12. Pengundi India juga naik peratusannya yang mengundi BN iaitu lebih 80% berbanding hanya 50% semasa PRU 12.

Penurunan sokongan kepada PAS secara drastik ini tidak diramal langsung sebelum pilihan raya kecil ini.

Satu-satunya kesimpulan yang mungkin boleh dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Tenang ini ialah sokongan kepada pembangkang sebelum ini bukanlah bersifat tegar.

Berpunca dari ketidakpuasan hati dan marah yang amat sangat di kalangan para pengundi terhadap kerajaan BN yang diterajui oleh Abdullah Badawi, ‘tsunami’ PRU 12 telah berlaku di mana ramai calon parti pembangkang telah meraih banyak undi dari orang yang sebelum itu tidak pernah mengundi parti pembangkang. Ini juga telah terjadi di Tenang pada Mac 2008, walaupun calon pembangkang tidak menang.

Pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, pengundi mungkin telah melihat dan sedar bahawa Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS adalah satu pakatan politik yang serba lemah dan kurang mantap. Statistik kawasan peti undi menunjukkan 11 dari 12 kawasan peti undi telah dimenangi oleh BN berbanding hanya 9 dari 12 semasa PRU 12. Pengundi yang dahulunya mengundi PAS memilih untuk tidak memberi sokongan kepada parti itu lagi.

Kelemahan yang terdapat di dalam PR dan kurang mantapnya pakatan itu sebagai satu gabungan politik pada dasarnya adalah berpunca dari kelemahan pimpinan di dalam PKR. Pucuk pimpinan parti itulah yang yang sering disebut-sebut sebagai faktor penggandingan kesefahaman dan halatuju di antara parti-parti lain yakni PAS dan DAP yang menganggotai pakatan tersebut. Pimpinan PKR yang lemah dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menangani permasalahan dan percanggahan yang telah timbul dan mungkin akan terus timbul di dalam permuafakatan politik itu memberi kesan negatif kepada PR. Juga masalah dalaman PKR dan dalam negeri Selangor yang diperintahnya memberi gambaran negatif kepada umum. Para pengundi mungkin telah melihat akan kelemahan ini dan di Tenang, PASlah yang telah menerima penangan dan tempiasnya.

Sekiranya dilihat ‘trend’ di kalangan pengundi muda pula, penunjuk dari Tenang juga pasti tidak menggembirakan PAS dan PR.

Pengundi muda kerap dilaung-laungkan sebagai segmen pengundi yang lazimnya menerima dan menyokong mesej perubahan yang dibawa oleh PR. Bagaimanapun, di Tenang, analisa saluran undi di kawasan-kawasan peti undi menunjukkan sokongan terhadap PR di kalangan pengundi muda telah jatuh mendadak dan bertambah pula untuk BN. Ini adalah sesuatu yang PAS dan PR perlu beri perhatian serius oleh sebab perubahan selera pengundi muda ini adalah tidak dijangka dan mungkin diulangi di kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

Majoriti kemenangan BN sebanyak 3,707 undi, 63% darinya telah didapati dari tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat yang rata-rata adalah kawasan pengundi Melayu. Mengambilkira keseluruhan 83.3% undi Melayu yang diraih BN, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Melayu tidak ada ataupun telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap PR dan kepimpinannya yang diterajui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tidak menganggap PR sebagai satu alternatif yang mantap dan berupaya untuk memerintah negara oleh sebab kelemahan kepimpinannya dan ketiadaan kesungguhan di kalangan pemimpinnya untuk memantapkan pakatan itu untuk menjadi satu gabungan politik yang tulin dalam erti katanya yang sepenuhnya.

Satu gabungan politik yang benar sekurang-kurangnya akan mempunyai satu formula atau jalan penyelesaian yang boleh diterima sesama sendiri untuk menetapkan calon parti manakah yang wajar bertanding di sesuatu kawasan bagi memaksimumkan peluang untuk gabungan itu menang. Sama-samalah kita saksikan sama ada di Merlimau, di mana pilihan raya kecil seterusnya akan diadakan, PAS dan PKR akan mencapai satu persetujuan calon siapakah yang wajar bertanding berdasarkan sebab-sebab seperti yang dinyatakan di sini."

Gambar Banjir Di Jeddah

Oleh: blalang

"PhotobucketRupanya tiga hari sebelum kita dilanda banjir, di Bandar Jeddah, Arab Saudi juga telah berlaku banjir yang dikatakan paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 27 Jan 2011, bandar pelabuhan, Jeddah ditengelami air selama 2 hari.

Berita dari Arabnews mengatakan lebih kurang 300 kereta yang ditinggalkan pemiliknya begitu saja di jalan. Di antaranya di Jalan Madinah, terutama di depan Hospital Mata Maghribi dan ramai juga yang terpaksa menghuni tempat perlindungan sementara di Mosadiah Center.
Raja Abdullah mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh hujan lebat. Ia juga memberi amaran sesiapa sahaja yang lalai kerana kelalaiannya dalam insiden ini untuk dihukum.
4 orang telah terkorban pada banjir di Jeddah ini.
Oleh kerana gambar banjir di Malaysia mudah untuk kita dapat, saya kongsi gambar -gambar dan video banjir di Jeddah 27 Jan 2011.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
 
Koleksi gambar dan video penuh di www.isuhangat.net 
"

An Egyptian army officer salutes protesters!!!!


An Egyptian army officer salutes protesters from atop an army armoured personnel carrier in Tahrir square in Cairo January 29, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak refused on Saturday to bow to demands that he resign after ordering troops and tanks into cities in an attempt to quell an explosion of street protests against his 30-year rule. REUTERS/Yannis Behrakis (EGYPT - Tags: POLITICS CIVIL UNREST)

NASIB RAKYAT YANG JADI PENGUNDI BARISAN NASIONAL !


NASIB RAKYAT YANG JADI PENGUNDI BARISAN NASIONAL !

Banjir, satu malapetaka yang melanda negara. Apabila berlaku banjir, lihatlah kerugian yang dialami oleh rakyat marhein. Cuba kita semua bayangkan jika kita adalah mangsa kepada bala bencana banjir yang berlaku di Johor dan Melaka. Cuba saudara dan saudari pembaca meletakkan diri sebagai salah seorang mangsa banjir yang rumahnya tenggelam hingga ke paras siling. Apa lagi yang tinggal selepas pulang ke rumah apabila air surut?

Barang-barang letrik seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan perkakas dapur yang berasaskan elektrik hampir pasti tidak boleh lagi digunakan. Ini termasuklah komputer desktop yang baru dibeli beberapa bulan melalui skim hutang dengan harapan, anak-anak kecil akan celik komputer apabila memasuki alam persekolahan kelak. Hutang bulanan 'Singer' pun belum habis di bayar dan masih berbaki setahun dua lagi.

Bagaimana pula dengan perabut yang tenggelam sepenuhnya? Sofa yang serba sederhana pasti rosak dek lumpur yang bergelumang. Almari baju, almari dapur, almari tv dan kebanyakkan perabut yang material kayunya tidak tahan air pasti akan mudah mereput selepas banjir ini. Baju-bajuan termasuklah baju raya tahun lepas, juga sudah terpalit lumpur. Pasti kecewa apabila mengenangkan beli baju pun terpaksa menunggu setahun sekali sempena menyambut raya.

Kerosakkan besar akan berlaku terhadap rumah yang dilanda banjir terutamanya bagi ketinggian air banjir berlumpur mencecah siling. Operasi membersihkan rumah yang mengambil masa beberapa hari, pasti mengundang kesempitan wang bilamana kerja separa masa yang diusahakan sebagai sampingan tidak dapat dijalankan. Kepada yang berjinak-jinak mengusahakan perusahaan ikan keli dan sembilang secara kanvas di belakang rumah, akan hancur lebur segalanya apabila keli dan sembilan itu bebas tanpa bicara. Hilang pula mata pencarian sampingan.

Kereta pula tidaklah semewah mana, cuma proton wira tahun 98. Tetapi air berlumpur telah menusuk ke hati enjin. Berapa ribu yang bakal habis untuk turun dan naik enjin? Berapa ribu pula yang bakal habis untuk memastikan rumah yang kita bina selama ini dengan kelengkapan serba sederhana kembali seperti sediakala? Fikir dan bayangkanlah nasib mereka - mangsa banjir tidak kira di bandar atau di desa.

Jika anda punya pengalaman tersekat dalam banjir di Tenang selama 2 hari dan mula berasa runsing dengan apa yang dilalui, sedarlah bahawa mereka yang rumahnya dilanda banjir hingga ke siling itu bagaimana agaknya perasaan mereka. Kita bersimpati, mereka merasai, tetapi mangsalah yang menderitai. Di samping meratapi nasib bangsa, tidakkah pernah kita terfikir apakah punca bahana banjir ini?

Menyalahkan hujan lebat selama beberapa hari adalah sesuatu yang tidak teorikal. Ini bukan banjir yang pertama melanda Segamat dan Labis. Tidakkah anda masih ingat lagi bagaimana Kota Tinggi tenggelam? Ketika itu juga Segamat dan Labis dilanda banjir tetapi tidak seteruk apa yang berlaku akhir minggu lepas. Banjir tahun 2006 itu diklasifikasikan sebagai banjir besar melanda negeri Johor. Jadi mengapa tidak banjir sebesar tahun 2006 ini dijadikan iktibar dan pengajaran atau sebagai amaran? Supaya ianya tidak berulang lagi di atas kerja keras kerajaan yang memperolehi mandat! Jadi di manakah rasionalnya 'pencapaian diutamakan'?

Dalam memerangi masalah banjir besar yang pernah melanda, adalah juga tidak praktikal apabila kerajaan memilih untuk membangunkan Wilayah Iskandar, bukan projek tembatan banjir di Segamat dan Labis. Apalah keuntungan besar yang ada pada projek tembatan banjir, projek pembesaran sungai dan projek sistem perparitan dan longkang, melainkan sedikit untung kepada pemenang tender. Apakah ini maksudnya rakyat didahulukan?

Wilayah Iskandar menjadi pilihan kerana ia memberi pulangan yang sangat besar kepada pembesar-pembesar negeri dan negara. Ia juga memberi ruang kepada bangsa asing seperti warga Singapura untuk menguasai ekonomi negara melalui pelaburan besar yang menyediakan peluang pekerjaan berbentuk 'perahan tenaga rakyat' tetapi keuntungan jutaan ringgit dialirkan setiap tahun kepada si pelabur.

Malang sekali orang-orang kampung di Labis dan Segamat tidak tersenarai untuk diberi keutamaan terutamanya dalam projek marhein tembatan banjir yang akhirnya boleh mengelak kerugian berjuta ringgit rakyat kebanyakkan. Hakikatnya ialah kerajaan memilih untuk menyediakan peluang keuntungan berjuta ringgit kepada cukong-cukong mereka yang menjadi proksi daripada membuka peluang bagi mengelakkan kerugian puluh ribuan rakyat akibat banjir yang sepatutnya boleh dielak atau dikawal. Kerugian ini juga mencecah jutaan ringgit jika dikompilasikan. Berjuta rakyat rugi tak mengapa, jangan mereka terlepas untuk untung berjuta.

Cuba imbas, apa yang berlaku sebelum pilihanraya Tenang? Kebanyakkan jalan diturap termasuklah jalan yang tidak pernah berlubang. Banyak projek-projek 'mee segera' yang dilakukan oleh kerajaan bagi memperolehi undi. Tetapi tidak satu pun yang dilakukan oleh kerajaan itu berkesan apabila akhirnya pada hari mengundi, dengan kekuasaan tuhan, banjir besar berlaku. Ketika itu segala jalan yang diturap tidak kelihatan melainkan keruhnya air banjir.

Negara kita ini seumpama telah dibangun secara berundur. Sebuah negara yang bercita-cita untuk menjadi negara maju telah melupakan keperluan rakyatnya yang ramai masih tinggal di pekan dan desa. Mengkoordinasikan segala pembangunan hanya di bandar utama tanpa mengendahkan kawasan pekan dan kampung yang tidak memberi manfaat keuntungan kepada si pemerintah, inilah yang berlaku.

Di kawasan bandar pula, dapat kita lihat pihak kerajaan telah melupakan kepentingan yang wajar didahulukan bagi meletakkan keselamatan bandar iaitu sistem perparitan dan longkang. Akhirnya pekan Labis dan Bandar Segamat tenggelam dek kerakusan mengejar pembangunan tanpa menyediakan infra secukupnya bagi menghadapi cuaca hujan selama beberapa hari. Bayangkan jika kerajaan telah menyediakan beberapa pusat tembatan banjir di pekan Labis dan Bandar Segamat, mungkin banjir besar boleh dielak malah kematian akibat banjir juga tidak sewenangnya berlaku.

Memang sewajarnya peristiwa banjir besar 2006 dijadikan alasan kukuh untuk pembinaan pusat tembatan banjir, tetapi ianya tidak pernah menjadi pilihan popular kepada kerajaan negeri mahupun pusat. Kepedulikkan yang rendah terhadap keperluan asas yang wajib untuk rakyat kebanyakkan menjadi lumrah kerajaan Barisan Nasional. Untuk apa buat itu dan ini untuk orang-orang Johor yang sememangnya akan memberi undi kepada Barisan Nasional sampai kiamat?

Apa yang kerajaan mahu melalui projek tembatan banjir hanyalah keuntungan dengan projek berbilion trowong SMART di Kuala Lumpur sebagai contoh, membina infra super yang sehebat SMART demi keuntungan kutipan tol. Apakah kita akan melihat sebuah lagi terowong SMART di Labis atau Segamat? Sampai kiamat pun tak mungkin.

Itulah nasib pengundi Barisan Nasional. Memberi undi untuk menguntungkan segelintir manusia yang segerombolan dengan si pemegang tampuk kuasa. Mandat setempat yang diberikan pada Mac 2008 di Segamat dan Labis tidak dibalas dengan baik apabila banjir besar berulang kembali. Namun, walau setinggi atap sekalipun banjir yang melanda, undi Tenang tetap milik Barisan Nasional. Usah bermimpi untuk memperolehi pusat tembatan banjir dalam masa terdekat. Kemungkinan tahun depan pada tarikh yang hampir sama, banjir besar akan kembali berlaku.

Bukan tujuan untuk mempersenda, malah kita bersimpati dengan apa yang berlaku. Justeru itu, kami tetap mendesak agar kerajaan Barisan Nasional dan UMNO supaya melihat Tenang sebagai pemberi mandat yang solid sekata, maka biarlah mandat itu di balas sebaiknya supaya banjir besar tidak berlaku lagi tahun hadapan. Kerugian rakyat itu, walaupun mereka menyokong UMNO, mereka tetap rakyat di mata blogger dan wajar diberi perhatian di atas kesengsaraan sebagai mangsa banjir.

Oleh demikian, saya tetap menyeru dan mendesak kepada Barisan Nasional supaya jangan hanya menjadikan projek berasaskan keuntungan wang ringgit sahaja yang menjadi keutamaan. Malah projek yang mengelak kepada kerugian rakyat juga wajar diketengahkan contohnya projek tembatan banjir di kawasan yang mudah banjir seperti di Johor. Buatlah sebelum rakyat Johor sendiri berpaling tadah, sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat di negeri lain semakin kuat dan utuh!! Jangan nanti tiada negeri yang tinggal untuk Barisan Nasional memerintah untuk dijadikan perbandingan dengan negeri Pakatan Rakyat yang kerajaan pusat ketika itu adalah kerajaan rakyat!

Akhir kalam, begitu besarnya hikmah memilih kerajaan itu harus diambil iktibar oleh semua rakyat Malaysia agar sentiasa bijak dalam menentukan hala tuju anak bangsa. Sedarlah bahawa kemajuan itu bukan segala-galanya di kala ada yang kehilangan segalanya setelah hujan tiga hari lamanya.

Undilah Barisan Nasional, jika mahukan sebuah kerajaan yang tahap kepedulikkan rakyatnya itu seperti longkang busuknya.


EDYES @ edyesdotcom

Untuk pembacaan lebih menarik, sila ke artikel asal : http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/02/nasib-rakyat-yang-jadi-pengundi-barisan.html

NIK AZIZ BAWA MASUK 31 HINDUS KE DALAM MASJID PULAU MELAKA

NIK AZIZ BAWA MASUK 31 HINDUS KE DALAM MASJID PULAU MELAKA

KOTA BHARU, 31 Jan: Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.

Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10.

Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz.

Malam Ni Minyak Ron97 naik Lagi..!!!!


Malam Ni Minyak Ron97 naik Lagi.. Tahniah yg Mengundi UMNO semalam, anda mendapat hadiah pertama dari Najib Razak, Bilalah Rakyat malaysia nk Mengamuk macam Rakyat Tunisia dan Mesir? PR harus tegas memberi amaran kepada Kerajaan supaya hentikan kenaikan atau hadapi perhimpunan Besar Besaran Rakyat menghalau najib dan Rosmah dari Putrajaya!!

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Ramai Pemimpin Pakatan Rakyat Kecewa Dengan Tindakan Pihak Yang Memanipulasi Kemudahan Pengangkutan !!

Hujan lebat sepanjang hari di DUN Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan. Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina yang menjadi bank undi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi. Senario ini juga menyebabkan BN begitu mudah untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya DUN Tenang sebenarnya. Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda yang merupakan penyokong kuat BN. "Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua (foto) dalam twitternya. Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, dilihat telah menjejaskan keputusan pilihan raya kecil kali ini.

[Jika benar dakwaan ini, maka ia sesuatu yang cukup mendukacitakan sebenarnya. Kenapalah pilihanraya terus diadakan dikala bencana alam sehebat ini melanda DUN Tenang. Sewajarnya, pihak SPR lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Inilah yang terjadi, apabila dalam keadaan huru-hara akibat banjir yang melanda maka mereka memanipulasi penggunaan kenderaan dengan sebaiknya. Lantaran itulah kita dapati majoriti kaum Tionghua yang sepatutnya mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil kali ini akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ini amatlah tidak adil dan jelas merupakan satu penganiayaan buat rakyat yang ingin mengundi itu].

Memalukan: Lagi 'Projek Sakit', Siling Lobi Utama Hospital Serdang Pula Runtuh Lewat Malam Tadi

SERDANG 30 Jan [11.00 pm] - Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang (foto) dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005. Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi. Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata, tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi. "Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan,” katanya. Jurucakap itu berkata, satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti puncanya.
Sementara itu beberapa pelawat nyaris cedera semasa kejadian. Kejadian berlaku ketika beberapa pelawat sedang duduk di tempat menunggu, yang turut menempatkan sebuah kedai kopitiam dan merupakan pintu utama ke wad. Ketika kejadian beberapa pelawat sedang duduk di lobi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari bahagian atas dan ternampak sebahagian syiling mula terkopak.
Ahli Parlimen Serdang Mahukan Tindakan Segera
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (foto) yang dihubungi menjelaskan, kejadian tersebut masih diperingkat siasatan dan menggesa pihak hospital mengeluarkan kenyataan segera berhubung sebahagian syiling di bahagian lobi hospital berkenaan yang tiba-tiba runtuh tengah malam tadi. “Punca-punca sekarang tidak dapat dipastikan lagi dan pihak hospital hanya blok area lobi itu supaya orang ramai tidak masuk,” katanya. Tambah Nie Ching, Kementerian Kerja Raya harus dipertanggungjawabkan di atas kejadian tersebut kerana JKR terlibat sepenuhnya dalam pembinaan sesebuah bangunan hospital di Malaysia. “Tak boleh salahkan pihak hospital kerana semua bangunan hospital atau sekolah ialah tanggungjawab JKR untuk lantik kontraktor membuat pembinaan… yang penting kementerian kerja raya harus ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan bangunan ini masih selamat digunakan,” jelasnya. Beberapa pengawal keselamatan kelihatan mengawasi keadaan, selain menghalang orang ramai daripada melalui kawasan ini, malah polis turut berada di lokasi. Kejadian bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan operasi di hospital ini. Kos pembinaan Hospital Serdang dikatakan menelan belanja RM690 juta.
[Ternyata, masih ada projek-projek Kerajaan BN yang bermasakah seperti ini. Selepas stadium di Terengganu, kemudian bangunan parlimen, kemudian banyak lagi. Kini siling sebuah hospital pula runtuh. Bukankah ini sesuatu yang sungguh memalukan. Bayangkan jika ada orang awam atau kakitangan hospital terbabit berada disitu pada masa kejadian. Sudah pasti ia akan menjadi satu isu besar yang akan menjatuhkan imej kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang pasti, apabila kontraktor gagal melakukan kerja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan maka beginilah jadinya. Apakah senario seperti ini akan kita terus saksikan di masa akan datang agaknya?. Siapa harus dipersalahkan dalam hal ini?. Apakah dek kerana kroni yang telah mendapat projek itu?].

SPM Cikgu Mala Pula Di Dedahkan Blogger UMNO, Kononnya Beliau Tidak Layak Jadi 'Wakil Rakyat' Kerana Keputusan Yang 'Tidak Membanggakan' !!

Nampaknya puak-puak blogger UMNO BN semakin merapu dan meracau sekarang ini. Satu persatu serangan peribadi terhadap calon PAS di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang dibongkarkan oleh mereka. Bermula dengan isu nikah kahwin kini terbaru isu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Puan Normala Sudirman (foto) itu pula didedahkan oleh mereka. Keghairahan menyerang Normala menunjukkan bahawa puak-puak UMNO BN sememang amat takut dengan kredibiliti beliau sekarang ini. Rakyat sudah melihat bahawa Cikgu Mala adalah calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin dan wakil rakyat bagi warga DUN Tenang. Lantaran itulah, serangan semakin ganas sekarang ini. Anehnya dalam masa yang sama puak-puak UMNO BN boleh pula menuduh pembangkang menyerang peribadi calon mereka. Sedangkan mereka yang lebih teruk dari itu. Serangan membabi buta tentang keputusan SPM Normala seperti yang didedahkan oleh blogger karat UMNO iaitu "Papa Gomo" jelas sekali membuktikan mereka sudah ketandusan idea. Anehnya ada pula blogger Pahang yang baru setahun jagung berblog kini cuba menjadi hero untuk menyokong kenyataan tersebut. Dalam posting terbaru di blog pahangku memaparkan satu kenyataan "Cikgu Mala ni rupanya tak lah sepandai mana. Kalau dilihat daripada sijil SPM beliau, rasanya budak sekarang lebih pandai dan bijak daripada beliau. Boleh dikatakan sekarang ini saban tahun pasti ramai lepasan SPM mendapat 10A. Tapi cikgu Mala alahai... Adakah orang sebegini layak menjadi YB? Fikir fikirkanlah" atas artikel bertajuk "Rahsia SPM Cikgu Mala" .


Ini bukti laporan yang didedahkan dalam blog pahangku
[Persoalannya di sini apakah dengan keputusan SPM itu menjadi alasan untuk seseorang itu layak atau tidak menjadi wakil rakyat?. Lupakan mereka bahawa Cikgu Normala merupakan seorang guru yang pernah mendapat anugerah guru terbaik dan kini merupakan pemimpin PAS bagi kawasan Labis. Makanya, apakah menjadi alasan SPM digunakan untuk menunjukkan seseorang itu layak atau tidak menjadi wakil rakyat?. Apakah jika seseorang itu mendapat 18A1 maka mereka layak jadi wakil rakyat?. Belum tentu seseorang yang bijak IQ boleh menjadi pemimpin yang baik. Malah, ramai dikalangan pemimpin UMNO BN yang bijak seperti yang digambarkan oleh para blogger terbabit akhirnya bijak juga melakukan rasuah, penyelewengan dan merompak wang rakyat. Malah berapa ramai wakil rakyat UMNO BN yang bijak pandai akhir memperkayakan diri serta keluarga mereka dengan merebut projek-projek kerajaan. Mereka semua ini memang bijak pandai, tapi bijak pandai untuk menipu rakyat. Malah, sesuatu perlu kita tahu ialah bagaimana salinan keputusan SPM Cikgu Mala itu boleh didedahkan dan disebarkan oleh blogger-blogger terbabit agaknya?. Pasti ada yang pecah amanah lagi dalam mendedahkan maklumat peribadi beliau ini. Sebelum itu, maklumat peribadi berhubung dengan surat Cuti Sakit (MC) suaminya telah didedahkan sesuka hati oleh mereka sekarang].

Ahli Parlimen Padang Serai "N.Gobalakrishnan" Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!-penghianat pengundi rakyat dan parti....!!!

Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perlantikan R.Surendran sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya N.Gobalakrisnan (foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2010 lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya.

[Soalnya sekarang apakah Gobala akan menjadi Ahli Parlimen Bebas seperti rakan-rakan Wakil Rakyat PKR yang lain sebelum ini. Atau mungkinkah dia akan menyertai Parti KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim itu agaknya. Tambahan pula, kelibatnya dapat dilihat ketika majlis pelancaran KITA pada 19 Januari yang lalu. Kini, seorang demi seorang pemimpin utama PKR mengambil keputusan meninggalkan parti itu. Mahu disalahkan 100% kepada mereka yang keluar itu, tidak patut juga kerana ramai yang tahu apakah masalah yang berlaku dalam PKR ketika proses pemilihan PKR 2010 lalu. Semua ini menurut mereka melibatkan campurtangan pihak atasan parti yang mahu memastikan "cai-cai" mereka dimenangkan bagi membentuk kepimpinan baru PKR untuk tiga tahun yang akan datang. Kini mungkin ramai lagi yang akan berbuat demikian sebenarnya, cuma mereka masih menunggu masa dan ketika untuk bertindak demikian. Apapun, semoga mereka berjaya dengan haluan baru masing-masing. Perjuangan membela rakyat boleh diteruskan dalam apa jua cara sekali pun. Apa yang penting ialah niat yang jujur untuk melakukan perubahan. Itu yang lebih penting].

Panas: Blogger Braveheart Semakin Biadap Serta Kurang Ajar Bila Tergamak Gelar Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Dan Lim Guan Eng Itu Sebagai Setan


Sungguh mengejutkan apabila terbaca laporan para sahabat di laman facebook yang mengatakan seorang Exco Blogger Pembela Negara (BPN) dari Pahang yang dikenali sebagai Bravaheart (foto) kini semakin kurang ajar dan biadap. Malah, jika dilihat kepada perkataan yang dibuat pada artikel-artikel terakhirnya setakat ini ternyata sikap blogger terbabit semakin mencemar dan sungguh memalukan. Terbaru, dalam posting dilaman blognya beliau dengan jelas mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Nik Aziz (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP) sebagai setan (Syaitan). Dalam posting terbarunya hari ini (28 Jan) beliau menulis dengan tajuk "3 Setan Berceramah Malam Ini" bagi menggambarkan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu. Tergamak beliau mengatakan ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz sebagai "setan", gara ketaksubannya untuk mengampu UMNO BN. Sungguh memalukan melihat kelibat beliau mutakhir ini. Blogger terbabit seolah-olah sudah "tidak waras" lagi sebenarnya. Mungkin dek kerana melihat seorang lagi rakan karibnya iaitu Blogger "Aku Yang Gambi" dijemput Illahi agaknya awal bulan lalu. Sangkaan kita, blogger seperti ini akan insaf atas apa yang berlaku kepada teman seperjuangan beliau itu. Rupa-rupanya dia masih terus berkhayal di alam sendiri. Sedangkan sebelum ini beliau merintih simpati mengharapkan pembelaan daripada puak-puak UMNO di Pahang ini. Beliau merayu nasibnya tidak diendahkan oleh Unit Media Baru UMNO Pahang pimpinan oleh si Shamsuddin Nawawi (Dato' Sam) iaitu Setiausaha Politik kepada MB Pahang. Kini, nampaknya Braveheart sudah menemui rentak biar pun agak sumbang. Beliau mungkin sudah mendapat perhatian dan habuan daripada UMNO BN, lantaran itulah kini semakin menjadi-jadi pula perangainya.


Inilah bukti kebiadapan blogger terbabit dalam blognya Braveheart
Ini pula artikel yang sama turut disiarkan pula di laman pahangku
[Justeru itu kepada para penyokong Pakatan Rakyat diminta bersabar melihat keceluparan blogger ini. Kami yang sudah lama berjuang di alam siber pun tidak berani memberi gelaran menghina kepada pemimpin UMNO BN sebenarnya. Bagi kami, penghinaan seperti itu akan mencerminkan keperibadian mereka sendiri. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa agar blogger terbabit diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT agar bertaubat di atas kenyataan menghina yang beliau keluarkan itu. Semoga pihak yang dihina juga dapat mengampunkan dan memaafkan beliau atas keterlanjuran ini. Kepada mereka yang mengenali beliau dan senantiasa berhubung dengan blogger terbabit diharap dapat memberi kata nasihat yang baik agar beliau sedar akan kesilapannya itu. Berblog perlu juga ada etikanya, yang ditentang ialah dasar parti dan tidak perlulah menunjukkan kebodohan dengan menggelar seseorang pemimpin dengan gelaran yang cukup hina dan amat memalukan!].

Mayat Yagneswaran dibawa pulang malam ini

30/01/2011

JAKARTA — Mayat S. Yagneswaran, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Padang, Sumatera Barat, Jumaat lepas dibawa pulang ke Malaysia dari sini petang tadi dengan pesawat Garuda.
Mengiringi mayat itu ialah bapanya, agen pelajar dan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Ludinata Misnum.
Mayat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 8.20 malam ini.
Pengarah MSD Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar dan Pegawai Imigresen Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Cengkareng sebelum itu telah menguruskan pemindahan mayat mendiang dari sebuah pesawat lain sejurus tiba dari Padang petang tadi ke pesawat untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
Dr. Junaidy berkata, di KLIA, selain para anggota keluarga, pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra akan turut menunggu ketibaan mayat Yagneswaran sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Klang, Selangor. — Bernama

Gobalakrishnan sudah fed up, keluar PKR


N. Gobalakrishnan


KULIM - Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan semalam mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta-merta.
Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar, Lunas dekat sini.
Dengan keputusan itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.
Bagaimanapun beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara tersebut kepada PKR.
"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran parti itu," katanya.

Rakyat Malaysia di Mesir selamat


KERETA-KERETA perisai melakukan rondaan di tengah bandar raya Kaherah, Mesir semalam.


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.
Kebanyakan rakyat Malaysia di Mesir terdiri daripada pelajar universiti terutama Universiti Al-Azhar, selain mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas dan Kedutaan Malaysia di negara itu.
Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini

Cukuplah Hosni! pergi anda!


Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.


KAHERAH – Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.

SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.


Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi

Rasmi: BN kekal di DUN Tenang, gagal cecah sasaran majoriti 5,000

TERKINI @ 12:06:09 AM 31-01-2011
January 30, 2011
Azahar (tengah) diangkat oleh penyokong-penyokong BN selepas memenangi pilihan raya kecil Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 30 Jan — Keputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.
Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.
Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Terdahulu kira-kira dua jam sebelum keputusan rasmi diumumkan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN telah memenangi pilihan raya kecil kali ini — yang ke-14 semenjak 2008.
“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Dalam pada itu akaun Twitter Normala pula membawa mesej, “secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yang komited bersama (tema) Ubah Sekarang... terima kasih kepada semua (yang) bantu saya.”
Berbanding Mac 2008, peratusan keluar mengundi kali ini cuma 67 peratus atau 9,833 pemilih tunai tanggungjawab mereka, dikaitkan dengan faktor cuaca.
Seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.
Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan hari ini.
Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan “Hidup BN!”
Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Amaran hujan peringkat merah di Johor hingga esok

January 30, 2011
Kawasan sekitar Tenang dilanda banjir akibat hujan lebat hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 30 Jan — Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok. Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.
Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.
Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai. — Bernama

MB Kedah: Pengundi akan hukum Gobalakrishnan

January 30, 2011
Azizan berkata tindakan Gobalakrishnan sudah lama dijangka. — gambar fail
ALOR SETAR, 30 Jan — Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai  N. Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.
“Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok,” katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon hari ini.
Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu semalam.
“Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat... mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas,” katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah. — Bernama

Tenang: Trend sokongan buat BN makin mantap, kata Najib-menang menipu nie tak kekal...allah s.w.t mahabijaksana...

January 30, 2011
Najib berkata kemenangan di Tenang menunjukkan momentum yang telah dicapai oleh BN. — gambar fail
ABU DHABI, 30 Jan — Datuk Seri Najib Razak berharap kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan menjadi dorongan kuat kepada BN di negeri lain untuk membuat persediaan bagi meraih kejayaan lebih besar di masa depan. Perdana Menteri dan Pengerusi BN itu melahirkan penghargaan kepada pengundi DUN Tenang kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk mewakili mereka.
“Walaupun kita hadapi tentangan agak hebat daripada jentera pembangkang, tetapi kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa segala isu yang dilemparkan mereka tidak diterima oleh pengundi di Tenang,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke Malaysia di akhir lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi.
Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memang dengan majoriti 3,707 dengan mengalahkan calon PAS Normala Sudirman.
Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala meraih 2,992 undi.
Menurut Najib, kejayaan BN pada pilihan raya kecil yang berlangsung sejak kebelakangan ini menunjukkan ia bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata, memandangkan ia dapat diterjemahkan di beberapa negeri berasingan.
“Kejayaan ini menunjukkan bahawa momentum yang telah dicapai oleh BN melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, menunjukkan trend dan momentum ini berterusan di Tenang pada kali ini,” katanya.
Beliau menganggap trend peningkatan sokongan kepada BN “boleh dikatakan semakin menyeluruh dan semakin mantap”.
Najib berkata pengundi Tenang telah membuat keputusan bijak dan matang, yang menunjukkan mereka mementingkan masa depan kawasan mereka dan negara secara keseluruhan.
“Ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin kukuh, dan ini memberi kita semangat yang lebih untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat,” jelas beliau.
“Saya selalu tekankan apa sahaja yang kita buat, kita perlu dahulukan kepentingan rakyat. Dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, rakyat  akan membalas balik usaha kita dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN,” tegas Perdana Menteri. — Bernama