Mohamad Sabu Di Tahan Tanpa Waran Tangkap ?

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di tahan pihak polis jam 3.15 ptg hari ini. Beliau di tahan kononnya disyaki menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan DUN Perak pada esok hari. Ketua Polis Perak, Dato' Zulkifli Abdullah memberitahu pemimpin parti politik tersebut ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Ketua Polis Perak itu juga memberitahu polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu, dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan. Beliau juga berkata, polis telah memperolehi perintah mahkamah melarang parti-parti politik dan orang ramai daripada berhimpun di kawasan 500 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan iaitu tempat persidangan DUN perak.

Manakala sumber dari Harakah memberitahu, 3 peronda polis tanpa waran tangkap telah menangkap Mohamad Sabu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Khidmat pesanan ringkas itu saya terima tepat jam 3.49 ptg tadi. Jika benarlah ini berlaku, dimanakah keluhuran undang-undang dan perlembagaan di negara kita. Mereka ini sanggup melanggar undang-undang yang mereka cipta sendiri dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga cuba untuk menakutkan rakyat dengan pelbagai cara asalkan mereka tetap berkuasa selamanya. Inilah hukum rimba yang diciptakan oleh puak-puak yang di gelar UMNO.

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.