Samun klinik: Seorang ditahan
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN, MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan ATIKAH MD. DALI
berita@kosmo.com.my
SEORANG lelaki (dua dari kanan) yang diiringi tiga anggota polis dibawa ke Balai Polis Daerah Ampang semalam selepas direman bagi membantu siasatan kes samun sebuah klinik di pinggir ibu negara pada awal Disember lalu.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Selepas sebulan sebuah klinik di pinggir ibu negara disamun oleh empat samseng Melayu bersenjatakan parang dan kapak, polis malam kelmarin menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian jenayah itu.
KERATAN Kosmo! 2 Januari 2010.
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam ketika dia sedang minum dan berbual dengan tiga rakannya di sebuah restoran di Taman Desa di Jalan Klang Lama dekat sini.
Dia yang berbadan gempal dan bekerja di sebuah syarikat pembekal pekerja asing ditahan oleh sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Selangor dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
Semalam lelaki itu direman selama seminggu.
Bagaimanapun, tiga rakan kepada lelaki itu dibebaskan selepas mendapati mereka tiada kaitan dengan kes samun di klinik itu.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan