"We are not going to talk about that..." he.he..he.. Lu Tolong Wah...Wah Tolong Lu maa...!!!

Posted by RAKYAT MARHAEN













Weh... senangnya jer dia jawab. "We are not going to talk about that..." Hello Mr Prime Minister, ini bukan soalan peribadi, okay? Ini soalan yang ada kaitan dengan negara.... keputusan yang dibuat oleh you, as a Prime Minister.





Jangan semudah itu mengetepikan soalan yang diajukan. Biasanya orang akan mengelak untuk berhadapan dengan soalan sedemikian kerana dia tahu apa yang dia buat itu salah tetapi oleh sebab ego yang tinggi.... tolak saja soalan ke tepi. Apa...takut ka??





ApabilaPAS kata Malaysia bukan negara Islam, you all kata, no. Beriya-iya, you all kata Malaysia ialah negara Islam. Yalah... agama rasminya Islam, PMnya Islam dan majoriti rakyatnya Islam... So, Malaysia ialah sebuah negara Islam.





Malangnya... Islam yang komer pilih adalah secara selective. Pilih... pilih... pakai. Kalau rasa ia merugikan you all.... tolak ketepi, persetankan!! Bukan ajaran Islam jer yang mereka selective tetapi macam-macam. Tangkapan selektif, pendakwaan selektif, hukuman selektif.... bantuan selektif.... and so on and so on ler.





Hukum hudud.... tak sesuai, so... tentang habis-habisan. Berceramah politik dalam masjid.... boleh menjejaskan sokongan kepada you all, so.... sekat, di'haram'kan berceramah politik dalam masjid!!





Sebaliknya.... arak, judi yang terang-terangan haram di sisi Islam, tetapi boleh memberikan keuntungan yang lumayan kepada you all.... komer halalkan melalui pemberian lesen. Malah... syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan pun, siap boleh melabur lagi dalam syarikat-syarikat judi dan arak.





Peliknya.... para ulama UMNO boleh diam membisu. Kelu lidah untuk bersuara kerana bak kata Ismail Kamus.... dalam mulut sudah ada gula-gula. Kalau buka mulut bertaburlah keluar semua gula-gula. Itulah standard ulamak UMNO..... ulamak 'gula-gula' semuanya. Para mufti pun, 5X2!!





Para Menteri Islam dalam kabinet dapur Najib, pun begitu juga. Takut nak bersuara... takut jawatan melayang. Sanggup bersubahat daripada hilang jawatan!! Ciitt... satu sen pun tarak guna la....





Raja-raja Melayu yang sepatutnya memelihara kesucian agama Islam, pun 2X5.... tak seorang pun yang kedengaran suara mereka. Sebabnya.... tak payah ceriter ler. Bila sebut arak dan judi..... tahu sama tahu sudah ler!





Rasanya, kerajaan UMNO/BN sekarang ni, sedang dilanda masalah kewangan yang serius, tetapi.... mereka control macho. Sebab tu.... selagi ada lubang atau cara yang boleh mendatangkan sumber kewangan, mereka.... tanpa berfikir panjang, terus grab peluang tersebut. Persetankan sensitiviti rakyat yang beragama Islam. Tolak ketepi rasa hormat kepada perlembagaan yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi.... yang syiuknya... bukan-Islam pun ada yang menentang pemberian lesen judi ni.





Najib sebenarnya sedar akan hakikat ini, tetapi... kerana terdesak, dia terpaksa lakukan, biar pun dia tahu dia pasti akan mendapat tentangan hebat. Sebab itu, dia avoid daripada menjawab sebarang soalan yang ada kaitan dengan isu yang sedang hangat di pasaran iaitu isu judi.





Kalau soalan macam tu pun, PM elak untuk jawab... lebih baik kasi sajalah jawatan tu pada orang lain yang ada guts.





Jadi... aku setuju sesangatlah dengan sesetengah saranan untuk menganugerahkan dia dengan satu gelaran yang rasanya memang cocok dengannya...





Kalau PM ke 2, digelar 'Bapa Pembangunan Negara' maka... PM ke 6, layak digelar 'Bapa Judi Negara'





Sekian.... assalamu'alaikum.





by A Mum Of Three Mohd



Read More

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.