PAS Selangor Terhutang Budi Dengan Almarhum Hassan Shukri

GOMBAK, 17 Jun - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali mewakili Badan Perhubungan, seluruh ahli jawatankuasa dan ahli-ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Hassan Shukri. Beliau berharap agar isteri dan anak-anak almarhum dapat menerimanya dengan penuh kesabaran kerana ia merupakan satu ketentuan ilahi.




Sementara itu, Hasan Ali melahirkan rasa terhutang budi kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri diatas jasa-jasa yang telah ditumpahkan kepada perjuangan Islam bersama PAS Selangor. Beliau menyifatkan almarhum yang berumur 70 tahun itu merupakan seorang tokoh dakwah yang tiada tolok bandingannya dalam sejarah perjuangan PAS.



Mengulas lanjut, Hasan Ali berharap agar seluruh ahli dan pimpinan parti khususnya di Selangor dapat mengambil iktibar dan contoh teladan yang telah ditunjukkan daripada personaliti almarhum. Hassan Shukri pernah menjawat hampir setiap jawatan dalam organisasi PAS kecuali jawatan Presiden. Dalam penglibatannya itu, beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang skandal dan ia dianggap sebagai satu model kepimpinan terbaik yang pernah dilahirkan oleh parti Islam itu.



Hasan Ali juga kagum dengan kesungguhan almarhum yang sentiasa positif dan komited untuk memenangkan perjuangan Islam di Malaysia. "Sepanjang pertemuan saya dengan almarhum sejak daripada 20 tahun lalu hingga sekarang, almarhum selalu bertanyakan mengenai tahap dan darjah usaha kita untuk memenangkan Islam". Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir untuk menyembahyangkan jenazah.



Beribu-ribu orang hadir menziarahi keluarga almarhum dan menyembahyangkan jenazah beliau yang diimamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Turut kelihatan Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Jamil Khir. -ANN

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.