PKR: Jenapala cabar Saifuddin kemuka bukti jika beliau sudah dipecat


September 21, 2010
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jenapala Perumal Subaan hari ini mencabar Saifuddin Nasution Ismail untuk mengemukakan bukti berhubung isu pemecatan beliau awal tahun lalu.
“Bila saya cuba untuk dedahkan salah laku yang wujud dalam PKR, pemimpin parti jadi marah dan menentang saya.
“Bukan hanya mengatakan saya bukan ahli tapi pemimpin parti juga cuba untuk mencemarkan imej saya,” kata Jenapala dalam satu kenyataan hari ini.
“Justeru Jenapala mencabar Saifuddin, Setiuasaha Agung PKR, untuk buktikan bahawa beliau dipecat daripada parti.
“Saya beri tempoh 24 jam kepada beliau (Saifuddin) untk membuktikan bahawa saya dipecat pada Februari tahun lalu.
“Parti sepatutnya tahu sesiapa yang dipecat terlebih dahulu akan dibincangkan sebelum diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya.
Beliau berkata, Saifuddin perlu jelaskan kepada parti tentang masa mereka bermesyuarat bagi membincang isu pemecatan beliau.
“Saya juga mahu mengingatkan setiausaha agung bahawa saya mahu mempunyai pengaruh dalam parti dan ada antara mereka adalah ahli MPP.
“Jika Saifuddin tidak memberikan respon dalam tempoh yang ditetapkan saya akan laporkan perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
“Saya juga akan saman pemimpin parti yang terlibat,” katanya.
Sebelum ini, Saifuddin menegaskan Jenapala yang menawarkan dirinya untuk jawatan timbalan presiden, tidak layak mempersoalkan kepimpinan parti dan pemilihan kerana bukan lagi merupakan ahlinya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.