Jenayah Libatkan Golongan "Datuk" Berleluasa
Mungkin dek kerana kealpaan pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan perkara ini, maka jenayah yang melibatkan golongan itu berleluasa di negara kita. Terbaru, kita digemparkan dengan berita seorang Peguam bergelar "Datuk" yang terlibat dengan pembunuhan kejam jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini. Biarpun gelaran itu kemudian dipertikaikan kononnya "palsu", namun hakikatnya kita amat yakin yang gelaran itu memang "dibeli" sebenarnya. Ia dikatakan palsu, supaya pihak polis tidak menyiasat "broker" yang menguruskan urusan terbabit. Malah, ia juga bagi menjaga nama baik pihak "istana" yang menganugerahkan gelaran itu. Semua ini sudah boleh dibaca oleh rakyat yang bijaksana. Akhirnya perkara gelaran "Datuk" itu ditutup rapat-rapat. Kononnya peguam terbabit menggunakan gelaran palsu. Jika palsu kenapa dia berana menggunakan gelaran tersebut dalam majlis-majlis tertentu yang disertainya sebelum ini?. Makanya bukankah menjadi satu keganjilan apabila kes "Datuk" ini ditutup. Atau mungkin juga ada pihak istana yang tidak mahu ia dibongkarkan demi menjaga maruah dan nama baik istana. Jika ini berlaku pasti selepas ini ada yang akan lakukan lagi kerana mereka akan fikir kegiatan mereka itu selamat.[Terbaru, semalam satu lagi kes membabitkan "Datuk" dilaporkan. Ia berkaitan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta. Dalam kejadian itu polis dipercayai telah menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin Pahang pada 2 Mei 2009. Paling menggemparkan polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang berusia dalam 30an. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata kegiatan jenayah tersebut didalangi oleh golongan terbabit. Bukankah ini bukti jelas bahawa gelaran dan pingat itu telah dijadikan "lesen besar" untuk mereka bebas daripada undang-undang. Kejadian ini membuktikan kepada kita bahawa memang jenayah besar yang berlaku di negara kita ini didalangi oleh golongan "Datuk Palsu" terbabit. Berita selanjutnya klik sini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan