Dalam sibuk-sibuk media arus perdana menjaja tentang masalah yang berlaku dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini, rupa-rupanya ia tidak langsung mempengaruhi minda rakyat itu sendiri. Malah, ramai yang melihat bahawa perbalahan dan pergaduhan yang berlaku sepanjang pemilihan cabang-cabang parti baru-baru ini, menggambarkan amalan demokrasi terus subur sebenarnya. Malah, ramai pemimpin mahu ke tampil untuk mendepani agenda perubahan itu sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan disesetengah cabang pertandingan merebut jawatan utama dalam parti melibatkan pertembungan tiga dan empat penjuru. Bukankah ini maknanya, PKR tidak langsung menyekat kebebasan semua ahli untuk bertanding asalkan mereka ada sokongan daripada akar umbi. Memang benar, ada sesetengah cabang berlaku kekecohan dan perbalahan, namun sedarkan kita bahawa itu adalah fenomena biasa yang kita lihat selama ini dalam UMNO dan komponen BN itu sendiri. Makanya, apa yang dihairankan sangat dengan masalah tersebut. Media arus perdana cuba menggambarkan bahawa itulah sifat sebenarnya pemimpin PKR. Walhal daripada lebih 200 cabang yang menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), tidak sampai pun 10% kejadian seperti itu dilaporkan. Mungkin segelintir pemimpin yang terlalu taksub untuk menang dan bercita-cita untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, maka mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat itu tercapai.Tempoh Perlu Di Ambil Sebelum Layak Jadi Calon
Kemasukan Ahli Baru Dari BN Perlulah Di Pantau
Lantaran itulah senario ini memeranjatkan ramai pemimpin PKR itu sendiri. Akhirnya mereka kalah kepada calon yang tidak popular. Kononnya pemimpin terabit ditolak rakyat dan sudah tidak diterima lagi dalam parti. Walhal, pemimpin baru yang "belum habis edah" dan "cop jari belum kering" itu menggunakan kekuatannya untuk membuat perubahan pucuk pimpinan parti di cabang-cabang terbabit. Akhirnya calon popular begitu mudah ditewaskan oleh calon yang langsung tidak ada nama atau dikenali oleh ahli PKR itu sendiri. Perkara ini harus dibendung jika mahu parti terus relevan pada masa akan datang. Jika tidak, permainan politik seperti ini akan menghancurkan PKR sendiri. Bayangkan jika UMNO BN menghantar ahlinya dengan "berlakon keluar parti" kemudian sertai PKR. Membawa beribu-ribu penyokong, bertanding dan menang. Apa akan jadi kepada PKR. Akhirnya belum sampai beberapa tahun menang, sudah pasti pemimpin terbabit akan berpatah balik selepas mendapat tawaran lumayan daripada pemimpin UMNO BN. Mereka kemudian umumkan konon hilang kepercayaan kepada pucuk pimpina parti dan menjadi "wakil rakyat bebas". Ini semua adalah satu pengkhianatan yang sukar untuk diterima oleh rakyat sebenarnya. Oleh itu, kawalan dan saringan yang rapi perlulah diadakan bagi menjaga keutuhan parti itu sendiri. Jangan biarkan parti begitu mudah untuk menerima sesiapa sahaja tanpa usul periksa. Kita tidak mahu PKR menjadi sebuah parti yang boleh dijual beli dan akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat itu sendiri.Calon Popular Tertewas Kerana Kealpaan Sendiri
Pemimpin Tidak Turun Padang Juga Jadi Punca
[Banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh pucuk pimpinan parti. Dana amat diperlukan untuk menggerakkkan kembali parti agar lebih aktif dan berfungsi. Kita tidak mahu masih ada cabang-cabang yang ahlinya sekadar cukup makan biarpun parlimen itu dimenangi oleh PKR dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Bayangkan, kehadiran Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) mereka tidak sampai pun 200 ahli. Apa yang berlaku sebenarnya?. Tiada langsung gerak kerja untuk membuat perubahan termasuk menambah ahli di cabang masing-masing?. Apakah layaknya seorang yang bergelar Ahli Parlimen hanya mendapat undi sekitar 100 hingga 150 sahaja?. Jika inilah keadaannya, bagaimana kalau ada pemimpin parti UMNO BN yang keluar dan sertai PKR. Mereka membawa 1000 penyokong untuk menjadi ahli. Dijaga segala kebajikan dan sebagainya. Kemudian dibawa ke mesyuarat agung tahunan pada masa akan datang. Bukankah dengan mudah Ahli Parlimen terbabit boleh tewas. Adakah parti menyedari semua ini? Atau melihat ianya satu perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan?. Akhirnya parti akan tergadai begitu sahaja tanpa ada lagi sokongan rakyat. Mereka yang dipilih menjadi pemimpin pula akhirnya bertindak sertai semua UMNO BN selepas mendapat tawarwan lumayan andainya mereka terpilih sebagai calon dan menang dalam setiap kali pilihanraya itu sendiri. Apakah senario ini wajar dibiarkan begitu sahaja?].
Tindakan ADUN Malim Nawar Menyertai BN Bakal Mempercepatkan Lagi Karier Politiknya Mereput !!
Seperti yang dijangka, akhirnya wakil rakyat "pengkhianat" ADUN Malim Nawar Perak, Si Keshvinder Singh (foto) akhirnya mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam. Keputusan yang dibuat oleh bekas ADUN DAP itu dibuat kononnya selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada di Ipoh. Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu. "Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya. Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, awal tahun lalu, juga mengambil tindakan yang sama sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.[Keputusan Keshvinder itu memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, umum mengetahui beliau berbuat demikian selepas mendapat "habuan lumayan" daripada pihak-pihak tertentu sebenarnya. Biar pun dinafikan oleh beliau, namun rakyat lebih mengetahui apa yang tesirat. Mana mungkin seorang pejuang rakyat kembali ke lembah kehinaan. Apapun, rakyat tidak perlu gusar melihat apa yang berlaku ini. Kemenangan beliau dalam pilihanraya umum yang lalu bukanlah penanda aras kononnya beliau seorang pemimpin yang hebat. Undi yang diterimanya itu adalah undi rakyat kepada parti dan bukannya kepada individu. Makanya, keputusan yang diambil itu bakal menyebabkan dirinya lebih hina dan politiknya hancur selepas ini. Mana mungkin beliau akan diterima semua untuk bertanding selepas ini, kerana BN pasti punyai ramai lagi calon-calon yang lebih berwibawa daripada pengkhianat itu sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan