KUCHING, 10 April - Tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak kini masuk hari yang keempat. Bahang kian terasa dan gelombang kebangkitan rakyat ke arah perubahan kini semakin tiba. Ternyata rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi dijadikan "talian hayat BN" buat selama-lamanya. Mereka sudah mencongak harapan baru untuk kehidupan yang lebih aman, selesa, adil dan berkebajikan. Semua itu mungkin tidak akan diperolehi selagi Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Tambah parah lagi, bila Ketua Menteri "Taib Mahmud" yang susah sewajarnya mengundur diri itu tiba-tiba masih lagi mahu meneruskan cengkaman kuasanya. Senario ini amat dibenci oleh rakyat sekarang, ditambah pula dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud yang sudah melebihi 30 tahun itu. Satu tempoh yang tidak sewajarnya dipertahankan lagi oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku di Mesir, Yaman, Libya dan yang lainnya haruslah dijadikan tauladan. Soalnya, kenapa Taib Mahmud masih berselera untuk berkuasa, sedangkan sudah ratusann juta hasil mahsul rakyat dimonopoli oleh beliau dan anggota keluarganya. Dalam masa yang sama rakyat terus dibelenggu dengan masalah kehidupan yang semakin menghimpit dikala Taib sibuk mengumpul harta. Inilah yang dibenci oleh rakyat sebenarnya. Maka itulah, mereka akan melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri kali ini. Inilah juga yang menakutkan pemimpin UMNO BN. Sokongan rakyat rerhadap ceramah-ceramah pembangkang terus mendapat sambutan. Terbaru ceramah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Kota Sentosa dekat sini semalam telah dihadiri oleh lebih 5,000 rakyat.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan