Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan

March 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mac – DAP akan memfailkan usul tergempar minggu depan bagi meminta Parlimen membincangkan isu kontroversial novel Interlok sambila menggesa agar kerajaan menarik balik teks itu daripada digunakan sebagai sukatan di sekolah.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu partinya juga berhasrat untuk bertemu dengan Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut.
“Kami mahu merayu kepada beliau sekali lagi agar menarik balik novel itu daripada sistem sekolah,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
“Buku ini diperkenalkan untuk mewujudkan harmoni dan perpaduan nasional, tetapi sekarang ia pasti akan menyebabkan perpecahan di kalangan pelajar dan guru, dan juga akan mewujudkan persekitaran permusuhan antara guru-guru Melayu dan pelajar India,” katanya lagi.
Kata beliau, pemimpin-pemimpin DAP telah mengadakan satu pertemuan semalam dan bersetuju untuk mengemukakan usul tergempar di Parlimen Isnin ini bagi menggesa kerajaan agar menarik balik novel Interlok.
“Kami mahu isu ini dibincang dan dibahaskan di kalangan ahli Parlimen,” katanya lagi.
Charles juga berkata DAP akan mengadakan program jelajah negara, yang akan dimulakan di Sungai Petani, dalam dua minggu ini untuk menjelaskan sebab novel itu akan menjadi penghalang kepada usaha menyemai perpaduan negara.
Akhir Januari lalu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Katanya, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.
Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.
Panel bebas mengkaji pindaan novel, Interlok, menjangkakan untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan mengenai bentuk pindaan terhadap novel itu dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Pada sidang media hari ini, Charles juga membangkitkan insiden di Kuala Kubu Baru di mana seorang didakwa menghina tujuh pelajar apabila mereka mahu memulangkan novel tersebut.
Guru berkenaan didakwa berkata “Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi.”
“Ini bukan kali pertama insiden macam ini berlaku. Insiden-insiden seperti ini juga terjadi tahun ini, di Taman Tasik Ampang, apabila pengetua wanita menggunakan perkataan ‘pariah’ ketika perhimpunan pagi,” katanya.
Kata beliau, apabila ditanya dari mana beliau mendapat perkataan itu, pengetua itu mengatakan bahawa dari novel itu.
“Proses pembelajaran kini menjadi lebih bersifat memecahbelahkan, bukannya menyatupadukan,” kata beliau lagi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau terkejut apabila mengetuai pelajar-pelajar terbabit dibawa ke balai polis tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
“Mengapa sekolah membawa pelajar ke balai polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka? Ini untuk menyemai budaya takut,” katanya.

Hubungan PAS-DAP: Umno umpama ‘paku dulang paku serpih’, kata Pemuda

March 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Dewan Pemuda PAS menyifatkan Umno bertindak “macam paku dulang paku serpih” kerana terus mempersoalkan hubungan parti Islam itu dan DAP sedangkan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan (gambar) berkata, dalam mempertikaikan hubungan dan kerjasama kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, Umno juga bertindak sebagai “paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.”
PAS dengan kerjasama DAP dan PKR menjalin kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-12 sebelum membentuk ikatan bersama Pakatan Rakyat.
Kerjasama itu membawa kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, yang dipimpin PAS sejak 1990.
“Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Sehubungan itu soal beliau, siapa yang sebenarnya menjadi alat dan boneka dalam kerjasama seumpama itu.
“Bukankah Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasional?” katanya dengan merujuk kepada beberapa perkembangan sejauh mana Umno bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu khususnya Cina.
Katanya, sekian lama Umno bertanding di kerusi Parlimen Raub, Pahang akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya Umno terpaksa gadaikannya kepada MCA.
Selain itu kata beliau, Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti itu.
“Lebih tiga penggal pilihan raya, Umno yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya menambah kerusi di negeri-negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?” katanya.
Nasrudin berkata kelihatan Umno dan BN ‘all out’ menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
“Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan ‘sepanduk’ mereka bahawa  ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.
“Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini,” katanya.
Kata Nasrudin, beliau tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini.
Namun katanya, ia bukanlah faktor besar dan sebenar, justeru unjuran undi sokong yang diperoleh oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam, sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.
Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, Nasrudin berkata,  beliau mahub seluruh rakyat khasnya umat Islam mengkaji kebijakan Nabi Muhammad s.a.w bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliah.
“Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India?
Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu.”

Sebutan tuntutan fasakh RM400 juta menantu Taib Mahmud 24 Mac

March 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir di No. 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di sini, pada 28 Februari lalu.
Bagaimanapun, defendan yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini.
“Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya.
“Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah,” kata Rafie.
Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu.
“Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan,” kata hakim itu.
Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itu dalam masa terdekat.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rafie memberitahu, Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.
Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.
Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.
Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.
Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit.
Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18. — Bernama

Satu lagi mayat ditemui

09/03/2011 6:33pm

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lagi lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, yang dilaporkan hilang bersama-sama dua lelaki lain selepas dihanyutkan air deras ketika melakukan kerja pembersihan di longkang besar berhampiran Kondo Tiara, Segambut petang Isnin lepas, ditemui hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Norizan Abu Bakar berkata, mayat lelaki berpakaian lengkap itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi ini di sungai berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.
"Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap di celah-celah batu di dalam sungai itu dan anggota fizikalnya masih baik... kini hanya menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan lelaki berkenaan adalah salah seorang rakyat Indonesia yang dilaporkan hilang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Norizan berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama

Saman ekor bawa motor tak pakai tali pinggang, BANGANG

Oleh: amkns

"Ini memang bangang dan bodoh namanya. Ada ke orang kita di Sabah ni kena saman ekor sebab bawa motosikal tidak pakai tali pinggang keledar? Bukankah ini menunjukkan sistem Saman Ekor ni hari demi hari menunjukkan KEBODOHAN, KEBANGANGAN dan KEDEGILAN pihak polis termasuk MENTERI dan PERDANA MENTERInya sekali? Cukuplah, hentikanlah mengugut rakyat suruh bayar saman ekor. Lebih banyak kes bodoh begini akan keluar dalam akhbar.

Sebelum ni atok umur 85 tahun di saman ekor bawa motosikal kuasa besar 500cc, kisahnya di amkns.blogspot.com



POLIS PERLU PASTIKAN DATA SAMAN EKOR TEPAT ELAK KEKELIRUAN
BERITA HARIAN 9 Mac 2011

HAMPIR semua rakyat mempunyai saman yang perlu dijelaskan menyokong perlanjutan tempoh pembayaran saman. Bukan kerana tidak mahu membayar, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan harian dan tidak menyedari mereka mempunyai ‘saman ekor'.

Saman bermaksud mengenakan hukuman atau denda kepada pesalah trafik dengan harapan pesalah tidak mengulangi kesalahan terbabit. Masalahnya, apakah matlamat saman dikeluarkan terutama ‘saman ekor'? Apakah saman itu dikeluarkan dengan betul kepada pesalah trafik? Apakah nombor pendaftaran kenderaan juga betul?

Apa yang dikesali, apabila saya membuat pemeriksaan saman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, didapati sebuah kenderaan didaftar atas nama saya disaman pada 2005 oleh PDRM daerah Tawau.

Tetapi, kenderaan itu digunakan di Kota Kinabalu sejak 2000 hingga 2008.
Pada 2008 barulah kenderaan itu dihantar ke Tawau untuk kegunaan anak saya. Lebih mengejutkan, apabila diperiksa kesalahan itu, kenderaan saya adalah motosikal, tetapi disaman atas kesalahan ‘tidak memakai tali pinggang keledar'.

Apabila saya menjelaskan perkara itu kepada pegawai terbabit, saya dinasihatkan merujuk kepada IPD pengeluar saman di Tawau. Saya yakin bukan hanya saya seorang menghadapi keadaan sebegitu berhubung ‘saman ekor' di negara ini bahkan ramai lagi tetapi tidak ingin membesar-besarkannya.

Sepatutnya, sebelumnya pihak polis mengeluarkan saman, terutamanya ‘saman ekor', pastikan dulu data kenderaan adalah betul. Jangan hanya mengutamakan kuantiti tetapi kualiti diabaikan.

EMJAY'S@Mojasa06,

Bundusan, Penampang.

Sumber: Berita Harian "

BUKTI: Mahathir Penjilat Lendir dan Agen Zionist Di Malaysia

Oleh: setisab

"Anwar ditangkap, didera dan dikhianati olih Mahathir serta jerangkong aparat kepimpinan Umno harami sekitar 1998. Pada 1999, seorang India yang menyamar Melayu yang dulunya mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu kemudiannya diusung dan dijunjung oleh Melayu Umno menjadi Perdana Menteri telah meminta bantu Israel / Yahudi / Zionist laknatullah untuk menekan dan mengkhianati agama Islam di negara kita, Malaysia... !!

Persekongkolan Mahathir, Umno dan Zionist ini adalah konspirasi pengkhianatan yang teramat bahaya terhadap bukan sahaja negara dan bangsa tetapi lebih utama adalah terhadap Agama Islam. Setiap tindakan yang menjurus kepada menyokong Mahathir dan parti dokongannya, UMNO jelas membawa maksud Pengkhianatan terhadap Agama, Bangsa dan Negara... !!!

Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir"

YB Chan Ming Kai: Buku Jingga adalah bukti Pakatan Rakyat sudah bersedia...

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.