09/03/2011 6:33pm
KUALA LUMPUR - Mayat seorang lagi lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, yang dilaporkan hilang bersama-sama dua lelaki lain selepas dihanyutkan air deras ketika melakukan kerja pembersihan di longkang besar berhampiran Kondo Tiara, Segambut petang Isnin lepas, ditemui hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Norizan Abu Bakar berkata, mayat lelaki berpakaian lengkap itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi ini di sungai berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.
"Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap di celah-celah batu di dalam sungai itu dan anggota fizikalnya masih baik... kini hanya menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan lelaki berkenaan adalah salah seorang rakyat Indonesia yang dilaporkan hilang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Norizan berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan