KUALA LUMPUR [9 Mac] - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang doktor patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia menolak untuk melakukannya. Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 selama 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mendakwa dadanya telah diramas. Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh, Dr. Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian daripada Mohd. Saiful Bukhari. Selain Razuin, pihak pendakwaan turut mendengar keterangan daripada Ketua Rekod Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Ahmad Jumadi Awang dan Ketua Staf kepada Anwar, Ibrahim Yakob. Perbicaraan bersambung esok dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Supritendan Judy Pereira.
[Perkembangan terakhir yang berlaku sekarang ini menambahkan lagi kecelaruan kepada kes liwat II yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini. Semoga kes ini dapat ditangani secara dengan lebih berkesan lagi hendaknya. Rakyat sudah tidak sabar dan ternanti-nanti apakah kesudahannya kes yang cukup kontroversi ini. Semoga, segala keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah nanti dapat diterima oleh semua pihak hendaknya. Jalan kebenaran yang dicari nampaknya masih tidak ditemui. Apakah kita harus menunggu lagi untuk lihat lebih banyak lagi adengan yang cukup mengejutkan berlaku selepas ini hendaknya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan