Saifuddin Abdullah Terus Di Serang Oleh Blogger Pembela Negara Hanya Kerana Hadir Dalam Satu Forum Wacana Politik Dengan Nurul Izzah Di UM

Nampaknya "Team Blogger Pembela Negara" kini semakin terdesak sebenarnya. Selepas menggasakkan dan menggesa supaya Unit Media Baru UMNO dibubarkan, kini sasaran utama mereka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Berbagai tuduhan terus dilemparkan kepada Ahli Parlimen Temerloh itu, termasuk mengatakan Saifuddin pro-mahasiswa. Ini berikutan tindakan beliau membela kumpulan terbabit termasuk insiden di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tahun lalu. Dalan kes itu beritakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara Paling panas apabila blog Panglima Perang Siber mendedahkan gambar menteri berkenaan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Padahal gambar Saifuddin itu diambil ketika beliau hadir ke "Persidangan Kebangsaan Demokrasi dan Pilihan Raya" yang diadakan pada 8 Mac 2011 lalu di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Forum yang bertajuk "Demokrasi Dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13". Selain Nurul Izzah dan Saifuddin, turut terlibat ialah Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap.


Apa yang kontroversi sangat pada kehadiran Saifuddin dalam forum ini
Lainlah kalau dia dan Nurul Izzah dilihat berdua di lokasi yang berbeza
Maka, apa yang perlu digembar-gemburkan sangat oleh Panglima Perang Siber hingga mahukan supaya Saifuddin meletakkan jawatannya atau dipecat. Malah lebih hebat lagi blogger terbabit memberi amaran kepada Ahli Parlimen Temerloh itu agar mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan mereka Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri. Tugas blogger kononnya untuk pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas PM akan lebih mudah dengan adanya pasukan bloggers seperti mereka.

[Punyalah hebat team "Blogger Pembela Negara", seolah-olah merasakan apa yang didedahkan itu berpaksikan kepada kebenaran belaka. Sedangkan, mereka hanya membakar kelambu sendiri sebenarnya. Matlamat dan hala tuju mereka kini sudah pincang apabila menyerang sesama sendiri. Bagi kami, tiada salahnya menteri terbabit hadir dalam satu forum walau pun melibatkan pemimpin pembangkang. Inilah demokrasi namanya. Bukan bermakna, bermusuh di landasan politik tetapi tidak boleh berbincang secara ilmiah terhadap beberapa isu yang membabitkan mahasiswa. Pemikiran jumud team "Blogger Pembela Negara" membuktikan betapa ceteknya mentaliti dan fikiran mereka sebenarnya. Patutlah, mereka menyerang Unit Media UMNO gara-gara tidak dilayan dengan baik ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. Khabarnya mereka kecewa kebajikan ahli tidak dijaga, malah tidak mendapat imbuhan sepatutnya. Sedangkan semua itu dinikmati oleh team UBN yang kerjanya tidak sehebat kerja mereka. Inilah akibatnya bila perjuangan tidak berpaksikan kebenaran. Akhirnya mereka berbalah sesama sendiri untuk mencari kepastian. Klik di sini Saifuddin Sudah Jadi Barua Anwar Ibrahim].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.