Ketua Pemuda PAS Tampin meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

"Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

"Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. - azm _

.O. PAS Sarawak mengucapkan Takziah kepada Keluarga Khairul Azhar Kamaruddin. Semoga Allah menempatkan beliau dengan golongan orang-orang yang saleh....Amin
Al-Fatihah...

Orang mabuk kuasa memang suka peristiharan?

" Berikut ialah antara komen dari Munawir-cahayamu dalam Tranungkite tentang tulisan saya Rupa-rupanya Tiada Pelajar Terbaik SPM 2008 – Tanda PPSMI Perlu dimansuhkan.

Re: Rupanya SPM 2008 Tiada Pelajar Terbaik Malaysia – Tanda PPSMI Perlu Dimansuhkan (Score: 1) by Munawir-cahayamu (munawir@me.com) on Monday, March 16 @ 15:37:57 MYT
Orang mabuk kuasa memang suka buat peristiharan!! Orang dah tahu pun nak buat peristiharan!!
Rupanya munawir ini tahu siapa pelajar terbaik SPM 2008 walaupun ia tidak disebut begitu atau tidak diistiharkan. UMNO sungguh bertuah kerana mempunyai penyokong seperti Munawir yang tahu kerana faham dari ayat-ayat yang diolah sebegitu rupa dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Harap-harap Munawir tahu bahawa anak Kelantan yang miskin yang belajar di sekolah agama di bawah kerajaan negeri Kelantan itulah pelajar terbaik SPM 2008, walaupun tidak diistiharkan.

Sebaliknya UMNO menjadi celaka kerana mempunyai ahli seperti munawir ini kerana kecerdikan cepat faham dan mudah tahu itu tidak boleh diguna pakai untuk mengetahui dan memahami siapakah yang suka dan minat kepada pengistiharan.

Pendokong UMNO jenis ini nampaknya lambat faham dan lambat mengenali pihak mana yang suka kepada istihar istihar ini.

Munawir kata orang mabuk kuasa memang suka buat peristiharan!!!!. Seolah-olah Munawir melawan tabiat UMNO dan menentang tabiatnya dan kesukaannya sendiri.

Dalam kes ini Munawir susah pulak nak faham dan lambat pula mengetahui bahawa UMNO lah yang suka sangat kepada peristiharan. UMNO itu sendiri hidup atas istihar sini istihar sana, resmi sini resmi sana, tanpa peristiharan dan perasmian, UMNO sudah lama mati.

Projek korek lubang najis UMNO letak projek kerajaan barisan nasional, projek tanah perkuburan UMNO istihar projek kerajaan barisan nasional, projek angkasa lepas tu pun kalau boleh nak diletak di baju angkasawan dan ditulis di badan kapal angkasa projek kerajaan barisan nasional. Tetapi oleh kerana ia milik Russia-Amerika maka UMNO tidak mampu hendak berbuat demikian.

Yang istihar dan tabal orang lain sebagai sultan Kelantan suatu waktu dulu di bawah pokok juga UMNO. Sedangkan Sultan Kelantan masih bertahta di Istana waktu itu.

Adakah ini semua yang dimaksudkan oleh Munawir-cahayamu sebagai orang mabuk kuasa memang suka peristiharan?


Muramatsu
United Kingdom
Pelajar PhD Fizik

Via RAW di MOSCOW RUSSIA
"

Perwakilan UMNO sendiri mengakui RAKYAT TAK PERCAYA pemimpin mereka!

" Dialog@1 program terbitan RTM semalam, 18 Mac 2009, menyiarkan satu soalan secara langsung daripada pemanggil, seorang Perwakilan UMNO Johor kepada Tetamu Khas 'Kontrak Sosial membina Negara Bangsa' - Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Luar merangkap Calon Naib Presiden UMNO...

Soalannya lebih kurang begini: "Saya sekarang ini adalah salah seorang Perwakilan UMNO Bahagian...Macamama nak buat Dato' Seri, sekarang ini apa saja yang pemimpin-pemimpin UMNO cakap, rakyat sudah tak percaya! Saya sendiri pun dah tak yakin dengan calon-calon kita yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilihan Agung UMNO akhir bulan ini..." lalu kedengaran tut, tut, tut... talian terputus atau diputuskan!

Gugup jugak Dato' Rais nak jawab soalan begitu! Dilihat dari bahasa badan beliau, ternyata beliau tak begitu selesa dengan soalan yang sangat berterus-terang dan membuka pekung di dada UMNO...

Sememangnya Dato' Rais merupakan seorang politikus yang cukup matang dan berpengalaman luas, namun kewibawaannya telah lama hilang bersama jambatan kayu yang telah dibakarnya 20 tahun yang lalu!!!

Menjawab soalan pemanggil tadi, Dato' Rais hanya membebel-bebel betapa orang melayu sudah tidak punya jati diri... blah! blah! blah!tanpa menjawab soalan dengan tepat walaupun pengacara mengajukan berkali-kali maksud sebenar soalan pemanggil tadi. Gayanya bagai mahu berkempen Naib Presiden UMNO semata-mata!!!

Berbalik kepada persoalan mengapa rakyat sudah tidak mempercayai pemimpin-pemimpin UMNO selaku Pemimpin mereka? Marilah sama-sama kita semak 'back ground' atau 'track record' calon-calon UMNO yang bakal menjadi Pemimpin Negara:

1. Najib Razak - Calon Presiden, bakal Calon PM ke-6?
2. Muhyiddin Yassin - Calon Timb. Presiden, calon TPM?
3. Mohamad Mat Taib - Calon Timb. Presiden, dilantik senator?
4. Hishamuddin Hussien - Calon Naib Presiden, pelapis PM?
5. Safie Afdal - Calon Naib Presiden, dikatakan pelapis TPM?
6. Khalid Nordin - Calon Naib Presiden, bakal Menteri kanan?
7. Mukhriz Mahathir - Calon Ketua Pemuda, ikut jejak Mahathir?
8. Khairy Jamaludin - Calon Ketua Pemuda, sah Rasuah Politik?
9. Khir Toyo - Calon Ketua Pemuda, didapati tidak bersalah?
10.Rafidah Aziz - Calon Ketua Wanita, semua orang dah tahu!!!

BAGAIMANA RAKYAT NAK PERCAYA KALAU MEREKA TAHU LATAR BELAKANG MEREKA YANG BAKAL MEMIMPIN NEGARA INI???

Sama-samalah kita KENALI PEMIMPIN KITA...

Pelopor ilmu atau pengikut ilmu


" Wahai para penyokong PPSMI jadilah berani sikit iaitu kita menjadi pelopor ilmu bukan pengikut ilmu. Bangsa yang mulia ialah bangsa yang diikut ilmunya bukan sekadar mengikut bontot orang lain untuk menguasai ilmu. Bahkan kita takkan dapat membawa wawasan kita pada dunia kalau kita hanya pengikut ilmu tapi kit adalah pelopor dunia barulah kita dihormati. Maka wacana yang paling berkesan bagi pelopor ilmu ialah melalui bahasa ibundanya. Tentulah ramai terpaksa belajar bahasa Melayu jika di dapati ilmu kita adalah sangat baik dan berfaedah untuk dunia.

Bukankah pengusaan ilmu akan lebih berkesan dengan bahasa ibunda tuan? Selagi kita menanggap bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu selagi itu kita bergantung dengan orang lain untuk mencari ilmu sedangkan kalau bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu kesan sampingannya ialah kita akan menjadi bangsa pelopor ilmu kan begitu sir.
Takkan nak jadi pengikut ilmu saja tanbahan pula ilmu yang di bawa oleh sarjana Eropah dah dibuang roh Islamnya. Takkan mereka menulis sesuatu ilmu rujukannya agama Islam tentu roh Islam telah di buang. Jikalau bahasa Melayu menjadi pelopor ilmu tentulah roh Islam boleh dimasukkan kedalam semua aspek ilmu dunia kan gitu sir.Di sini kita telah dapat berdakwah secara tidak lansung dengan dunia yang menjadi pengikut ilmu kita.

Masihkah ada rasa ketidakupayaan kita pada bahasa kita sendiri. Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu dulu di bawah kerajaan Melayu Melaka telah berkembang baik sebagai bahasa seantero maritim. Akan tetapi kerana kelemahan kerajaan Melayu masa itu yangmenghancurkan peluang pembangunan Bahasa Melayu sedunia. Jadi mahukah kita semua sejarah itu berulang bahkan sekali dengan Bangsa Melayu yang kehilangan jatidiri nya.
"

MCA: Kami membantah tindakan UMNO!

" MCA membuat kenyataan terbuka mengecam tindakan UMNO yang bermain isu perkauman dan berat sebelah apabila Karpal Singh didakwa dibawah hasutan kerana mempertikai kesahihan undang-undang berhubung tindakan Sultan Perak dalam isu di Perak. MCA mengecam keras pendakwaan berat sebelah ini kerana pemimpin UMNO yang memanggil kaum Cina sebagai kaum "PENUMPANG' dan 'PENDATANG SEMENTARA' tidak pula dikenakan tindakan mahkamah sebaliknya hanya dikenakan tindakan disiplin ringan oleh UMNO. Mungkinkah Pakatan patut tarik MCA dan MIC masuk?

"The Nut Graph
by Deborah Loh

PETALING JAYA, 18 March 2009: The MCA considers the sedition charge against Karpal Singh to be selective in nature and wants the Attorney-General to drop it.

The party’s political education bureau head, Gan Ping Sieu, said the MCA was of the view that Karpal’s difference of opinion with the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, did not amount to sedition.

..Gan cited the police reports lodged by MCA Penang against Bukit Bendera Umno chief Datuk Ahmad Ismail on his “pendatang” and “penumpang” remarks. Other than being suspended by his party, no other action has been taken...

As such, Gan said the charges against Karpal appeared to be selective and raised doubts about the impartiality of the Attorney-General’s Chambers."

Formula dalam isu politik Malaysia ni mudah saja.

Formula Pertama:
Formula pertama ini digunakan oleh UMNO. Formulanya ialah nak tarik PAS masuk BN, umpan sekejap, dan kemudian tendang keluar PAS dari BN apabila dah habis guna. Cubaan ini gagal apabila PAS meletakkan Islam sebagai syarat bekerjasama (termasuk hudud dan sebagainya) dan UMNO enggan.

Formula Kedua:
Formula lompat parti. Asalnya idea ini diwar-warkan oleh Anwar tetapi tidak pernah dilaksanakan oleh Pakatan. Berdasarkan kekecohan dan huru-hara berterusan di Perak akibat tindakan lompat parti yang ditaja oleh Najib, jelaslah bahawa Formula lompat parti tidak sesuai di Malaysia. Supaya adil, Pakatan asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen sekiranya memperolehi majoriti berdasarkan lompat parti agar pilihanraya dibuat dan mandat dari rakyat diperolehi secara sah. Inilah bezanya dengan UMNO yang takut pilihanraya di Perak.

Formula Ketiga:
Kerajaan perpaduan. Unity Goverment. Secara ringkasnya, dibawah Unity Government tiada pembangkang. Dua-dua, BN dan Pakatan mempunyai kuasa memerintah secara bersama dan terpaksa bekerjasama dalam banyak hal untuk menyelamatkan ekonomi negara. Syaratnya ialah Najib tidak boleh jadi PM. Formula ini juga dijangka gagal berikutan Pak Lah yang masih berteka-teki.

Formula Keempat:
Pakatan patut tarik MCA dan MIC. MCA dan MIC cukup terpinggir sejak kalah dalam pilihanraya dulu. MCA dan MIC pasti lebih terpinggir di masa depan kerana dilihat sebagai kuli UMNO selepas UMNO memainkan pelbagai isu perkauman. Pakatan patutnya mengajak MIC dan MCA masuk Pakatan secara serius. Tanpa sokongan MIC dan MCA, UMNO mustahil boleh bertahan dalam BN secara seorangan.

Formula ini juga dijangka gagal kerana kepimpinan MCA dan MIC dijangka boleh dibeli atau dibayar saja oleh kepimpinan UMNO yang kaya-raya. Masalahnya, bila UMNO tumbang kelak, MIC dan MCA mungkin dihadapkan ke mahkamah sekali. Justeru, eloklah kaji betul-betul..

Yang jelas, bukan Pakatan saja yang meluat dengan UMNO, member sekatil UMNO iaitu MCA pun meluat...

Confirm UMNO akan mati

" Ekoran daripada Jawtankuasa Disiplin UMNO menghalang Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 24-28 Mac nanti, jelas bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli UMNO. Imej ini tidak boleh diketepikan bila mana penyakit lain turut dihidapi UMNO seperti mana tindakan Parlimen menggantung ahli parlimen Puchong selama 12 bulan atas sebab membangkitkan (mengaitkan Najib) isu pembunuhan Altantuya dalam ucapannya di Parlimen tempoh hari. Maka Ali Rustam atau Najib kedua-duanya dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan UMNO dan melayakkan UMNO ditolak selama-lamanya oleh rakyat.

Sementelah pula, hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk UMNO menjadi peneraju kepimpinan negara.

Tercetus pula, kenyataan meragukan semua pihak apabila Zaid Ibrahim telah mencadangkan kepada Yang DIpertuan Agung agar tidak menerima Najib sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah Badawi berundur nanti. Ini semua akan menjelmakan pelbagai kerisauan rakyat, betapa UMNO di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat.

Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar darpadai sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!

Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin UMNO yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara. Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan dibaham api neraka jahanam!!

Ikhlas dari WaniBrah
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com

Hanya 4% Kuasai BI PPSMI : UMNO Tetap Bebal

" Sumber dari Malaysiakini :MalaysiaKini

Sedikit ringkasan dari artikel tersebut untuk UMNO bebal mudah faham;

1. Kajian oleh 53 Pakar Bahasa.
2. Dijalankan oleh 7 universiti awam antaranya; UPM, UITM, UPSI, USM
3. Kajian melibatkan 15089 orang
4. 56 buah sekolah
5. Kesimpulan hasil kajian : patut diberhentikan serta merta

Di bawah ini pula adalah jawapan yang bakal diberikan oleh pemimpin UMNO bebal:

1. Pihak yang menjalankan kajian adalah diragui.
2. Macamana bangsa kita nak maju.
3. Kajian hanyalah secara rambang dan tidak menggambarkan keseluruhannya.
4. Duit telah banyak dihabiskan takkan nak habis duit lagi.
5. Kajian mungkin didalangi pihak pembangkang.
6. Mungkin ada orang nak ambik kesempatan.

Cuba kita baca pulak hujah Mahathir untuk mempertahankan PPSMI. Mahathir kata banyak istilah sains adalah dalam bahasa Inggeris dan susah nak di fahami

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more

Cuba baca hujah Mahathir yang ke 13: Hampir kesemua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemahkan.
Mahathir guna alasan di atas untuk berhujah. Padahal bagi aku bukan hujah tetapi satu pernyataan yang memang mengakui dan menyokong perlunya dihapuskan PPSMI. Untuk menterjemahkan pun dah kena orang yang pakar kedua dua bahasa. apatah lagi kalau hendak mengajar terus kepada budak budak sekolah dalam bahasa inggeris. Apakah mahathir lebih menganggap pelajar sekolah merupakan pakar dalam kedua dua bahasa?
Inilah fikiran orang yang kononnya membela orang melayu dan ingin menaikkan bangsa melayu. Padahal di negeri negeri yang UMNO perintahlah melayu ketinggalan dan terpinggir. Cuba tengok di negeri munawir, wilayah pembangunan Iskandar , rasa bangga maju tetapi semuanya dimilki oleh Singapura dan syarikat Dubai. Munawir hanya mampu tersenyum sambil dihalau dari tanah sendiri"

PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

"Tanggal 17 Mac 2009 bertempat di Dewan Ar Radzi (Pejabat PAS Bhgn Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai, Johor adalah detik bersejarah bagi PKR, PAS dan DAP dimana terbentuknya organisasi bagi memantap dan mengeratkan lagi kerjasama dalam Pakatan Rakyat

Bermula dari cetusan idea Sdr. Nazri yang mahukan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Gelang Patah dipereratkan dan susulan pertemuan pada 06 Mac 2009 lalu, maka satu mesyuarat telah diadakan pada malam tersebut. PKR Bahagian Gelang Patah diwakili oleh En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian), Sdr. Mohd Nazri Ismail (Pen. Setiausaha), Sdr. Ramli b. Ahmad (Naib Ketua AMK), Sdri. Dewi (Wakil Wanita), Sdr. Zainalhelmi (Pengerusi Tetap AMK) dan beberapa pimpinan yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS Gelang Patah pula diwakili oleh Tn. Hj. Md Shah bin Lamat (Yang Dipertua), Tn. Hj. Dzulkifli Ahmad (Timbalan Yang Dipertua), Sdr. Musa bin Abdul Wahab (Setiausaha), Utz. Zaifiddin Isa (Ketua Pemuda), Pn. Sabariah bt Mohd Amin (Ketua Muslimat) dan Sdr. Ayob bin Embong (Ketua Penerangan) manakala DAP di wakili oleh Sdr. Low (Ketua Pemuda), Puan. Ng (Ketua Wanita) dan Pn. Tan (Ketua Penerangan). YB Dr. Boo (ADUN Skudai) tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut berikutan beliau dijemput sebagai Penceramah Jemputan di Kempas, Johor.
Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa 2 organisasi dibentuk iaitu :-

1. Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah
2. Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah

Pada mesyuarat tersebut, semua telah bersetuju untuk memperkemaskan dan menyelaraskan program/aktiviti serta gerak kerja bagi memperkukuhkan lagi semangat kerjasama. Keputusan pilihanraya umum ke-12 adalah sebagai rujukan untuk memperkuatkan dan memperkemas lagi gerak kerja. Memperbanyakan perjumpaan dengan masyarakat setempat dan beberapa program bersama telah juga telah diusulkan untuk diperbincangkan dengan lebih lanjut.

Harapan dengan terbentuknya Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah dan Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah agar jentera setiap parti bergabung bagi menumbangkan Umno/Bn di Gelang Patah serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai.


--
Posted By Suara AMK Gelang Patah to Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim"

Apakah Kerana Rakuskan Kuasa Najib Guna Ilmu Hitam?


Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:



* Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
* Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
* Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
* Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
* Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
* Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
* Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:

Baca seterusnya di KERAJAAN RAKYAT

"TV3 dan RTM" saluran untuk membodohkan rakyat


Saban hari dan saban ketika Penganalisis politik di Malaysia mengulas dengan panjang lebar betapa hari ini media arus perdana perlu berubah. Suara-suara dan saranan- saranan oleh ahli akademik juga kedengaran di sana-sini mengenai banyak isu. Malangnya, perubahan itu tidak disahut dengan bersungguh-sungguh oleh dua media arus perdana ini. Kenapa begitu agaknya?


Untuk menjawab persoalan itu, saya cuba membuat andaian berikut: Mereka (TV3 dan RTM) fikir bahawa populariti mereka masih tinggi berdasarkan rating yang diterima. Tahukah kita bahawa secara logik sudah tentu siaran2 mereka akan lebih popular sebabnya, mereka tiada pilihan saluran TV yang lain. Kecuali, bagi mereka yang melanggan ASTRO. Saya rasalah, kalaulah semua rumah kediaman memasang ASTRO, pastinya TV3 dan RTM ni duduk di bawah sekali.

Signifikannya di sini ialah semakin banyak maklumat diperolehi oleh rakyat, semakin bijak mereka membuat penilaian. Semakin sedikit maklumat yang diterima, semakin kurang bijak rakyat membuat penilaian. Maka, inilah agenda besar yang cuba dilakukan oleh mereka ni. Sebenarnya, tanggapan mereka sangat- sangat silap. Hari ni, rakyat tidak mudah diperkotak-katikkan. Rakyat sudah bijak membuat keputusan. Rakyat bukannya bodoh!

Walaupun masih ramai lagi yang belum memasang ASTRO, tetapi sudah ramai yang mempunyai internet! Maknanya, jika mereka ingin mendapatkan informasi terkini dan cepat, maka laman web dan blog politik menjadi pilihan mereka. Ada orang kata, ini lagi bahaya kepada kerajaan. Sebab maklumat yang dipaparkan belum tentu sahih. Sekali lagi, mereka fikir rakyat BODOH. Mereka silap!

Rakyat hari ini adalah rakyat yang berfikir. Rakyat yang bijaksana. Bukan mudah untuk digula-gulakan.Rakyat hari ini adalah generasi yang akan melakukan perubahan kepada lanskap politik tanahair sedikit masa lagi.Percayalah! seandainya momentum rakyat yang semakin celik maklumat dan berinformatif berterusan, kerajaan BN boleh bersedia untuk menjadi pembangkang pula suatu hari nanti.InsyaAllah.
"

Sama sendiri rasuah, dgn parti lain lebih lagi


Ali Rustam digantung dari bertanding Timbalan Presiden UMNO kerana rasuah politik. Khairy diberi amaran. Ramai lagi yang terlibat dengan rasuah politik sama ada bebas, terlepas atau ditutup mata dalam UMNO.

Rasuah politik dalam UMNO sempena Perhimpunan Agungnya mencapai tahap maksimum. Walaupun JK Lembaga Disiplin UMNO kelihatan telus mengatasi rasuah politik, tetapi hakikatnya gejala yang diwarisi dari perangai keji Yahudi ini berakar umbi dan membarah cukup dahsyat dalam parti nasionalis sekularis Melayu ini.


UMNO tidak ada tarbiah tentang pahala dosa, syurga neraka, halal haram. Justru, sesama sendiri dalam parti pun boleh dibeli dengan wang. Nilai pemimpin UMNO dan ahlinya tidak lebih dari harga seekor kambing atau lembu akikah.

Mereka yang melompat dari PR kepada BN sebelum inipun memang layak duduk dalam parti kambing lembu akikah ini kerana nilai kebendaan mereka memang serupa.

Kalau calon Timbalan Presiden boleh bergelumang dengan rasuah politik, apakah tidak mustahil calon Presidennya juga demikian. Najib mungkin tak perlu rasuahkan ahli UMNO kali ini kerana ia akan menang tanpa bertanding tetapi rasuah yang ditabur dalam PRU kecil atau besar cukup jelas.

Pemimpin Melayu UMNO tidak layak menerajui kepimpinan Melayu, Islam dan negara. Mereka yang terus menyokong dan mendokong UMNO sama ada buta hati, ada kepentingan diri, jahil murakkab. Kalau anda prihatin tentang Melayu, Islam dan umat, jom keluar UMNO

SPRM berfungsi atau tidak?

Ketika permilihan UMNO sedang rancak lobi-melobi dan sudah dijatuh hukum kepada ejen-ejen calon yang bertanding, rakyat Malaysia menunggu fungsi SPRM sebagai Surunjaya yang dikata telus menjalankan tugas tetapi di dalam hal pemilihan MT UMNO tiada apa-apa komen atau tindakan susulan dari SPRM dan kemana hilangnya Ahmad Said dalam permasalahan rasuah parti UMNO."

Nikahilah Janda Palestin, Hamas Tawar US3,000

" Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap orang yang mahu menikahi janda-janda yang ditinggal oleh suami mereka yang syahid akibat kempen militer negara Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh laman rasmi Hamas dan dikutip oleh laman Almokhtsar, Selasa (17/3).

Cuma bukan setiap lelaki boleh menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, syarat yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka mestilah mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin dinikahi, dia mesti berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat tinggal bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya sekiranya wanita janda itu telah memiliki anak.

Agresi militer yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak memakan korban. Sekurang-kurangnya 960 orang awam Palestin terkorban, 239 polis dan 235 mujahidin. Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-lanak dan 121 wanita.

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan jumlah yang cedera sebanyak 5.303, termasuk di dalamnya 1.606 kanak-kanak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/alislamu)

http://satuumat.blogspot.com

Bolehkah Tengku Razaleigh Dapatkan 35 Orang MP BN?

" Spekulasi bermain di minda rakyat apabila dicanangkan bahawa DS Najib kemungkinan gagal menjadi PM selepas 24 Mac ini. Tun Mahathir juga berandaian demikian. Pihak Pakatan Rakyat mencadangkan Pak Lah meneruskan tugasnya sebagai PM meskipun tidak lagi menjadi Presiden UMNO selepas tarikh tersebut. Kalaulah Negara ini boleh bercakap, agaknya Negara ini pun menyuarakan bantahan peralihan kuasa kepada manusia yang terpalit dengan pelbagai imej negatif mutakhir ini. Ada pula mencadangkan agar Najib membersihkan dahulu namanya sebelum bercita-cita untuk jadi PM. Beliau tidak boleh mendukung penafian lisan semata-mata sebagai modal mengabui mata rakyat.. Sepatutnya pihak mahkamahlah memberi peluang kepada Najib membela diri. Ini mahkamah tak panggil, tak kan DS Najib nak datang sendiri.

Imej kalau tidak dibersihkan akan kekal tercalar. Malanglah sesebuah Negara yang berpemimpinkan tokoh yang tercalar pada pandangan mata rakyat dan mata dunia. Justeru itu, apalah salahnya Tengku Razaleigh Hamzah menyelamatkan maruah bangsa dan Negara sekiranya Pak Lah tidak mampu lagi mengubah kata. Pakatan Rakyat sudah memiliki 80 ahli Parlimen yang sedia mengundi pemimpin yang lebih berintegriti. Tengku Razaleigh perlu usahakan 35 orang ahli Parlimen lagi dari kalangan BN untuk menjadikan jumlah majoriti mudah untuknya sebanyak 115. Biar lebih sedikit supaya tidak jadi seperti ‘lompatan Perak’.



Saat kian hampir. Kita tidak tahu sejauh mana Tengku Razaleigh mempunyai sokongan dalaman BN. Walaupun tiada pencalonan untuk beliau bagi kerusi Presiden UMNO kecuali dari bahagiannya, kita percaya akan ada sokongan senyap kepada beliau. Sokongan senyap itu tidak akan kekal senyap sekiranya beliau memberi jaminan dan mengesahkan bahawa sudah ada paling kurang 35 orang ahli Parlimen BN yang akan menyokongnya bersama-sama 80 orang MP Pakatan Rakyat. Persoalannya mampukah Tengu Razaleigh mendapatkan jumlah 35 MP BN itu? Beranikah MP BN mengutamakan maruah Negara dalam percaturan politik mereka?


Rakyat berharap agar ‘pemusnahan kuasa’ tidak berlaku selepas 24 Mac. Kita boleh berbeza pendapat dalam politik tetapi jangan sekali-kali gadaikan maruah sebuah Negara yang merdeka. Biarlah sesiapapun yang menjadi PM dari parti yang menang, asalkan tokoh itu nanti dihormati oleh rakyat dan masyarakat dunia kerana akhlak, integriti dan kredibilitinya.
"

Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3


" Takut nak main-main isu halal-haram ni. Saya pernah terdengar makan ulat buah tak haram. confused nih.

Dapat dari email

Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran

Ulat Mulong

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin

Wallahualam.

http://isuhangat.blogspot.com

Apa Bezanya Antara Mereka Berdua?

" Sebulan yang lalu saya telah ke pasaraya Angsana Johor Bahru untuk membeli cermin mata Isteri dan 2 buah buku untuk bacaan saya di rumah. Semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat saya terlihat satu situasi yang membuatkan saya terfikir pada waktu itu. Malah ia menjadi topik perbincangan saya dan isteri sehinggalah saya sampai di pintu masuk pasaraya tersebut, barulah kami bertukar ke topik perbincangan yang lain. Situasinya begini. semasa saya berhenti di persimpangan lampu isyarat, saya melihat seorang makcik dalam lingkungan 50-an sedang berhenti di tepi kereta saya. Dia menunggang motorsikal jenis skutter. Orangnya agak ranggi dengan pakaian yang agak ketat, tidak bertudung dan berseluar panjang.

Selang beberapa saat selepas itu, seorang lagi penunggang motosikal berhenti bersebelahan kereta saya. Dia juga menunggang skutter. Bezanya kali ini penunggangnya lelaki tua dan berkopiah tanpa topi keledar. Seingat saya tidak sampai seminit, si penunggang lelaki itu bergerak memecut motornya sebelum lampu isyarat bertukar hijau. Sementara si penunggang wanita sabar menunggu sehingga lampu isyarat benar-benar bertukar warnanya daripada merah ke hijau.

Walaupun peristiwa ini telah berlaku lebih kurang sebulan yang lalu, namun ia masih bermain-main diminda saya. Persoalannya ialah apa beza antara mereka berdua. Seorang tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi sabar. Sementara seorang lagi berpakaian menutup aurat dan berkopiah tetapi tidak sabar. Kedua-duanya berada di tempat yang sama, tetapi tindakannya berbeza. Jika anda berada di saat itu, apakah persepsi anda pada waktu itu? Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, maaf pada golongan yang membawa imej Islam ditengah-tengah masyarakat, ingat bahawa banyak mata sedang memandang kepada anda. Dua orang lelaki sedang merokok, seorang berseluar pendek dan seorang lagi berkopiah. Kedua-duanya Islam, tetapi persepsi terhadap mereka pasti berbeza. Agaknyalah, apa persepsi anda sekiranya anda melihat keadaan tersebut?

Dua orang wanita, seorang tidak bertudung dan seorang lagi bertudung dengan baik sedang ketawa dengan kuat di dalam sebuah restoran makanan segera sehingga mengejutkan orang-orang yang berada di sekelilingnya pada waktu itu.Saya ingin bertanya lagi, apa persepsi anda sekiranya anda turut berada di sana pada waktu itu?

Setiap orang itu akan dinilai dari sudut yang berbeza-beza. Seorang pelajar yang datang dari keluarga bermasalah akan dinilai dari persepsi yang berbeza oleh seorang guru berbanding pelajar yang datang daripada keluarga yang berada dan tidak bermasalah. Begitulah keadaanya apabila seseorang yang sedang membawa imej Islam dalam kehidupannya akan dinilai dengan persepsi yang berbeza berbanding mereka yang hidupnya tidak diurus berlandaskan Islam. Sudah tentu orang yang berimej Islam itu sentiasa dianggap akan membawa nilai-nilai yang baik dalam kehidupan sehariannya. Kesilapan yang kecil yang dilakukan olehnya dianggap besar oleh masyarakat. Malah kesilapan yang dilakukan oleh ahli keluarganya juga akan melibatkan seseorang yang membawa imej Islam itu sendiri. Misalnya seorang anak kepada Si Fulan yang rajin berjemaah di masjid telah dilihat sedang berjalan-jalan di pekan berhampiran tanpa menutup aurat dengan sempurna menyebabkan ayahnya yang dilihat alim itu mendapat nama. Bagaimana kiranya yang berjalan itu adalah anak kepada kaki judi misalnya. Adakah masyarakat akan menyibuk dan mengata si ayah dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Saya bukan ingin menyakiti hati sesiapa, bukan untuk mengutuk golongan yang membawa imej Islam ini. Apatah lagi berniat untuk memburuk-burukkan mereka. Niat saya satu sahaja, sekadar untuk memesan bukan sahaja buat mereka yang sedang membaca tulisan ini, malah yang lebih utama diri saya sendiri. Sebagai manusia sudah tentulah sifat semulajadinya pasti melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang maksum melainkan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang bebas dari sebarang dosa. maka, tidak salah kiranya saya menegur anda wahai pembawa imej Islam di mata masyarakat, apatah lagi anda bergelar ustaz atau ustazah kerana " title" yang sedang anda pikul itu teramatlah berat nilainya. oleh itu berhati-hatilah dalam tindakan anda, tutur kata anda dan sebagainya yang boleh merosakkan imej anda di mata masyarakat. ingat, rosaknya imej anda bermakna rosaklah imej Islam yang dipandang pada diri anda. Apabila rosak imej islam yang mereka pandang pada diri anda, sebenarnya mereka yang tidak bersalah, yang sentiasa istiqomah dalam menjaga imej Islam yang di bawanya juga turut dipandang rosak oleh mereka. Inilah harga yang begitu mahal yang terpaksa dibayar oleh anda sebenarnya. Kerana itulah saya menulis artikel ini. Maafkan saya.

Salam ukhwah

www.teratakmuslim.blogspot.com

UMNO = Rasuah

" Walaupun tidak ramai yang terbongkang akibat tindakan Lembaga Disiplin UMNO, rakyat semakin yakin parti itu dihantui pemimpin yang rasuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi wajib mengambil keputusan menyahkan UMNO dalam peta politik negara kita yang tercinta ini, tidak kira Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK). Berikanlah tanda noktah kepada UMNO berbuat onar kepada rakyat yang mempercayai mereka selama ini. Kita tidak mampu lagi berbuat silap. Setiap kesilapan kita akan dihukum oleh pemimpin UMNO yang tidak berhati perut.

Tembolok dan kocek mereka sentiasa penuh. Rakyat hina dina di desa dan pedalaman yang terlalu setia kepada UMNO tetap juga hidup dalam keperitan. Harga barang terus melambung. Harga komoditi pula terus menjunam. Sampai bila penghuni desa dan pedalaman yang tidak pernah mengecapi nikmat kemerdekaan mampu menahan derita tanpa pembelaan yang berkesan?

Tidak kira di mana anda berada, tolak UMNO/BN. Jangan diberi muka kepada petualang-petualang itu. Setelah diberi kesempatan selama lebih daripada 50 tahun, mereka hanya menjadi penghisap darah.

Dari lebih daripada 900 aduan, hanya dua raksasa yang masuk lubang dan tak sampai dua ratus kes yang dapat diselesaikan. Inilah sandiwara mereka. Tidak ada siapa yang siuman di Malaysia ini yang boleh menerima semua kes tertunggak itu palsu semata-mata. Hakikatnya, ahli-ahli mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan sendiri yang mengiyakan betapa busuk dan membusungnya rasuah dalam UMNO, bukan orang di luar UMNO.

Seorang calon Timbalan Presiden UMNO didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Anehnya, dia hanya tidak dibenarkan bertanding. Tidak digantung keahliannya dan tidak payah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Sebelum ini, Isa Samad terlepas jawatan menteri. Nampak sangat hukuman dalam UMNO tidak konsisten.

Seorang calon Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan boleh bertanding. Bagi UMNO, rasuah ada kasta. Orang kasta tinggi yang buat rasuah seperti menantu PM hukumannya ringan. Orang kasta rendah seperti pemimpin bahagian dan AJK hukumannya berat, sampai tiga tahun pun ada.

Apa-apa juga yang akan dikatakan oleh kedua-duanya tidak akan diterima oleh rakyat yang memberi amanah kepada mereka. Perasuah tetap bersalah. Jenayah ini perlu disiasat oleh SPRM. Rakyat ternanti-nanti tindakan yang akan diambil kepada pesalah yang telah dimuktamadkan itu.

Sukar bagi rakyat Malaysia mempercayai kata-kata yang terkeluar daripada mulut pemimpin-pemimpin ini. Hanya orang yang tidak mampu berfikir sahaja yang akan mempercayai mereka.

PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BATANG AI!

Masihkah anda hendak menyokong BN setelah tembelang parti terasnya, iaitu UMNO terbongkar?

JANGAN PERJUDIKAN NASIB ANDA!!!

UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!

KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!

Pemilihan UMNO: Konspirasi menjatuhkan kem Pak Lah?

" Setelah Calon MT, Datuk Mohd Norza Zakaria di dakwa di mahkamah minggu lepas, minggu ini giliran Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ali Rustam pula didapati BERSALAH MELAKUKAN RASUAH POLITIK!!!

Mungkin secara kebetulan, ataupun sengaja dilakukan secara terpilih, dalam sebegitu banyak KES RASUAH POLITIK (dikatakan hampir 1,000 kes) tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, hanya mereka bertiga sahaja calon popular atau Tokoh Pemimpin yang diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO atau SPRM...

Nampaknya UMNO bukan sahaja tidak demokratik dan tidak telus terhadap parti-parti lawan, tetapi juga sesama ahli parti mereka juga.

Apa tidaknya, ketiga-tiga mereka yang dinyatakan di atas (Datuk Norza, Khairy dan Datuk Ali) adalah terdiri daripada KEM PAK LAH yang bakal melepaskan jawatan PM tak berapa lama lagi. Sementara KEM NAJIB tiada seorangpun didapati bersalah??? Mustahil...

Semua orang tahu bahawa Datuk Mohd Norza adalah proksi Khairy Jamaluddin dalam perniagaan dan Datuk Mohd Ali Rustam pula adalah calon Timbalan Presiden pilihan Pak Lah setelah Muhyiddin Yasin begitu kuat mendesak PM berundur...Makanya tidak sukar untuk meletakkan mereka bertiga di atas satu rakit yang sama!

Dengan hukuman membatalkan pencalonan Datuk Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden, maka ia memberi laluan mudah kepada Muhyiddin untuk menewaskan Mat Tyson yang bergelumang dengan 1001 masalah semasa mentadbir Selangor sebelum ini. Kini imej beliau masih tercemar!!!

Begitu juga dengan Calon Ketua Pemuda, jelas sekali kemenangan akan berpihak kepada Mukhriz Mahathir memandangkan lawannya, Khir Toyo juga mempunyai 1001 masalah semasa menjadi MB Selangor sebelum ini, sama seperti Mat Tyson. Walaupun Khairy dibenarkan bertanding walaupun didapati bersalah, namun kesan keputusan Lembaga Disiplin sudah cukup menjejaskan sokongan perwakilan. Nasib Khairy mungkin sama dengan Khir! kalah teruk!!!

Bagi Datuk Norza Zakaria pula, prestasinya kini terus menjunam teruk walaupun SPRM hanya mendakwa beliau (belum didapati bersalah), tetapi ianya tetap menjejaskan prestasi dan reputasinya! Saingan beliau tentu gembira dengan pendakwaan beliau, namun yang lebih penting lagi ialah SIAPA DI BELAKANG NORZA? Itu yang lebih penting dan mahu dihukum sebenarnya...

Jelas kini, Datuk Mohd Ali, Khairy Jamaluddin dan Datuk Norza Zakaria hanyalah umpama beberapa ekor tupai yang telah ditembak dengan begitu tepat sekali oleh penembak tepat! Persoalannya, SIAPA PULA DI BELAKANG PENEMBAK itu???

Konspirasi untuk menjatuhkan kem lawan sudah menjadi darah daging dalam setiap kali pemilihan UMNO, dan kali ini ia semakin ketara dan agak terbuka; Ia seakan-akan seperti kes pembunuhan model Monggolia - Altantuya Shariibuuu - mangsa mati ditembak dan dibom, namun sukar untuk dikesan siapakah pembunuh sebenar atau mereka yang berada di sebalik tabir pembunuhannya!!! Lagi lah sukar untuk diketahui motif pembunuhannya...

Tetapi, TIADA KESALAHAN YANG MAMPU DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA, akhirnya kita pasti akan dapat mengetahuinya juga, cuma cepat atau lambat sahaja. Kita tunggu dan lihat...

Rasuah dan Ketua Menteri

" Pak Ali Rustam kantoi!!! kerana mengamalkan poliitik wang @ RASUAH ketika pemilihan UMNO. Keputusan ini juga diputuskan oleh Jawantankuasa Disiplin UMNO.Hukumanya ialah tidak boleh bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO nanti.

DS Najib bakal PM Malaysia pula komen, Pak Ali Rustam bisa terus jadi Ketua Menteri Melaka dan meminta perasuah ini terus kekal bersama UMNO dan menyumbang kepada perjuangan UMNO.

Alahai...Najib!, apa sudah jadi ni..apa nak jadi ni ?. Orang yang kamu and the gang sendiri buktikan melakukan rasuah disuruh pula kekal mentadbir negeri, malahan di suruh kekal dalam parti menyumbang kepada perjuangan UMNO. Ini sudah gila punya angkara, seolah olah rasuah itu tidak menjadi kesalahan lansung dan tidak merbahaya pada pandangan kamu. DS Najib!...kamu ini serious ke idak ni...?, kamu nak bersihkan negara dari rasuah atau melingkupkan negara dengan bantuan perasuah?. Jawap Pak JIB, jawap jangan tak jawap...

Kepada orang-orang kampung Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air dan seluruh Malaysia, bukalah mata, pasanglah telinga dan gunakan kepala otak yang tuhan anugerahkan menilai apa jenis pemimpin-pemimpin yang kamu pilih selama ini. Dengarlah apa yang bakal PM (incoming PM) kamu cakap, sensitiflah sikit...cuba faham spesis apa pemimpin UMNO yang kamu sokong membabi buta selama ini?.

Tolon...tolon...(tolong) bersihkanlah nama melayu, jangan sampai masyarakat dunia kata Melayu buta, melayu pekak, melayu tak reti bahasa, melayu bla...bla...hinggakan fakta yang jelas menghuraikan pemimpin jenis ini masih lagi disokong dan diberi undi.

Tak tahu lagi apa nak tulis...kau fikirlah sendiri orang melayu oi!!!!.

Paka (in russian) @ bye-bye

raw
Moscow, russia

Rakyat Melaka malu dengan Ali Rustam

Berita bahawa Ali Rustam didapati bersalah dalam kes politik wang bakal tersebar keseluruh pelosok Negeri Melaka bermula malam ini dan esok hari. Ali Rustam yang memang dah popular di Negeri Melaka yang kecil itu, akan bertambah popular dengan berita sensasi ini.

Rakyat Melaka sudah pasti tidak dapat membayangkan bagaimana mereka boleh dipimpin oleh pemimpin yang rasuah. Jika orang Melaka menganggap perkataan 'lahabau' itu biasa, apa pula gelaran yang sesuai untuk Ketua Menteri yang rasuah seperti ini?

Imej negeri Melaka sebagai negeri yang penuh bersejarah kini menambah koleksi sejarahnya, apabila dipimpin oleh Ali Rustam yang rasuah.

Rakyat Melaka semestinya sangat malu dengan apa yang dilakukan oleh Ali Rustam ini.

Oleh yang demikian, Ali Rustam mesti meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau menghormati rakyat Melaka. Jangan sampai rakyat Melaka sendiri yang memalukan beliau.
http://dppwp.wordpress.com
"

Tembelang UMNO semakin terserlah

" Semakin hari semakin terdedah keburukan UMNO. Bukannya dilakukan oleh PR tetapi oleh puak- puak mereka sendiri. Kata mereka, inilah ketelusan dan integriti. Tetapi, pandangan rakyat kepada UMNO semakin jelek dan memualkan dengan sikap pemimpin yang korup. Sebenarnya, amalan rasuah dan UMNO ibarat isi dengan kulit, terlalu akrab dan telah menjadi darah daging serta sukar untuk dipulihkan. Saya sebagai generasi muda sememangnya tidak dapat menerima pemimpin yang rasuah. Persoalannya, adakah pemimpin UMNO yang lain tu, terutamanya pimpinan atasan bebas daripada amalan syaitan tu?


Saya masih ingat ketika dibangku sekolah dulu, semasa ingin memohon bantuan pinjaman rakyat termiskin untuk menyambung pelajaran ke IPT. Saya dikehendaki mengisi borang khas dan perlu mendapat sokongan daripada wakil rakyat. Beliau bertanya, ayah awak orang UMNO ke PAS? Saya kata tak tahulah..Kemudian..Ayah saya masuk dan beritahu dia ahli UMNO tetapi tak bawa kad ahli..YB menyambung.."Ye ke awak ahli UMNO ni?". Selepas peristiwa tu..saya jadi terfikir. Kenapa nak tolong orang miskin..mesti jadi ahli UMNO?

Sekarang, saya semakin jelas dengan sikap pemimpin UMNO ni. Walaupun bukan semuanya begitu, tetapi itulah contoh yang saya dapat..natijahnya..saya jelek dengan UMNO.

kecuali...mereka semua berubah!

Unity Goverment bukan bermaksud Pas sertai BN, bukan untuk Melayu sahaja

"Begitu gelojoh pimpinan BN dan ramai pihak membuat ulasan terhadap buah pikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Unity Goverment (Kerajaan Perpaduan) sejak dua tiga hari ini. Jelas apa yang mereka fikirkan jauh menyimpang dari hasrat asal Presiden Pas.

Hasrat sebenar Presiden Pas
Idea ini bangkit setelah Presiden melihat politik negara yang kian kalut dan ekonomi negara kian serabut dibawah pentadbiran Kerajaan BN yang kini tidak mendapat sokongan 2/3 rakyat Malaysia.

Melihat kepada timbulnya pelbagai isu dan masalah lantaran ketamakkan sesetengah pihak untuk terus berkuasa dan sebahagian lagi berusaha menjadi Kerajaan dalam cara pemikiran mereka, akhirnya membawa timbul suatu keinginan di hati Presiden Pas untuk memberikan jalan tengah untuk rakyat mendapat khidmat yang terbaik.

Percaturan politik yang mengkucar kacirkan negara dikhuatiri meninggalkan kesan yang panjang terhadap struktur ekonomi dan sosial negara. Kerajaan BN yang memerintah juga dilihat bertindak berdasarkan keperluan mereka bukannya keperluan keseluruhan rakyat. Pembangkang pula seolah-olah dinafikan idea-idea mereka dan ini membuka ruang yang luas untuk percakaran hebat peringkat kepimpinan negara dan akar umbi keseluruhannya.

Atas prinsip menjaga kepentingan rakyat, Presiden Pas menawarkan idea Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang (Pembangkang tetap wujud tetapi sebagai kumpulan yang bekerja dalam membantu mencipta dasar yang lebih baik) dimana idea ini mengemukakan pandangan berat untuk difikirkan semua.

Ianya untuk kebaikkan seluruh rakyat dan negara, bukan untuk Melayu sahaja!

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi merumuskan pandangan Presiden Pas ini sebagai satu alternatif untuk mengabungkan kembali rakyat dibawah satu tadbir urus yang disiplinnya menumpukan kepada soal kebersamaan memperbaiki ekonomi negara dan mempertahankan semangat perpaduan seluruh rakyat.

Idea besar ini harus dilihat sebagai satu peluang 'gencatan senjata' yang mana tiada siapa yang harus dikorbankan melainkan kepentingan parti atau individu sahaja. Ia membawa semua pemimpin dan rakyat berfikir atas dasar unity bukannya individualistik.

Pas mahu Kerajaan Perpaduan ini menguruskan isu-isu dan kepentingan semua kaum dan tidak tertumpu pada kaum tertentu seperti Melayu sahaja. Pas melihat semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik berhak untuk menerima layanan yang adil (bukan ditafsir sebagai sama rata).

Kerajaan Perpaduan bukan bererti Pas sertai BN

Pas bukannya menawar diri untuk sertai BN atau bergabung dengan Umno untuk perkukuhkan Melayu. Pandangan itu jauh meleset dari apa yang dibawa oleh Presiden Pas.

Pemikiran Presiden Pas tetap bersama dengan apa yang diingini oleh Musyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu menolak gagasan Kerajaan Campuran yang berlandaskan sistem politik satu Parti yang bergabung dibawah BN sahaja.

Apa yang mahu diutarakan adalah kesatuan pentadbiran dibawah urustadbir pelbagai parti yang memerintah dimana kumpulan pembangkang diberikan ruang yang secukupnya untuk menyertai urustadbir negeri dan negara berdasarkan keperluan tertentu.

Ini bermakna, BN kekal dengan komponennya, Pakatan kekal dengan komponennya. Apa yang harus diperbaiki adalah senarai urustadbir Kerajaan dan juga struktur hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ianya Penyelesaian kepada masalah urustadbir negara

Hari ini kita melihat Kerajaan Persekutuan mempergunakan kuasa Persekutuan mereka untuk menafikan hak Kerajaan negeri memerintah dengan menyalurkan bantuan Persekutuan kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan disemua negeri yang di perintah Pakatan. Tindakan ini menyebabkan Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya.

Ini sekaligus meningkatkan perbelanjaan Kerajaan diperingkat negeri dan negara sekaligusnya menjadikan dana negara sebagai modal percaturan politik bukannya dana untuk membantu rakyat.

Selain itu dalam isu-isu melibatkan soal tanah, balak dan air juga sering wujud perbezaan tindakan lantaran pengaruh kepentingan ideologi politik. Kerajaan Pas di Kedah baru-baru ini mengancam menebang balak dikawasan hutan simpan tadahan air sebagai reaksi terdesak untuk mendapatkan dana menguruskan negeri setelah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Kedah menerima bantuan kewangan dan royalti.

Selangor pula berebut dengan Persekutuan dalam soal menguruskan air negeri. Manakala beberapa projek mega di Pulau Pinang menjadi bahan perdebatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Projek ECER di Kelantan juga menjadi persoalan di mana Kerajaan Negeri tidak dijemput secara serius untuk menyertainya.

Selain itu, salah urustadbir diperingkat Persekutuan dan negeri juga sukar dibendung hingga menyebabkan gejala rasuah berleluasa kerana tiadanya check & balance peringkat akar umbi pentadbiran. Isu-isu salahguna kuasa hanya dapat dibangkitkan diperingkat Parlimen dan ini mengambil masa yang panjang sedangan dana-dana negara setiap hari dirompak oleh mereka yang korup.

Oleh itu dengan penyertaan anggota Pakatan dalam organisasi atau urustadbir Kerajaan maka usaha check & balance itu boleh dilakukan diperingkat dasar tanpa perlu dibawa ke peringkat Parlimen.

Dalam erti kata lain anggota Pakatan diberikan ruang untuk membantu menyelesaikan masalah dari dalam pentadbiran bukannya menjadikan sebagai isu politik tanpa cadangan penyelesaian.

Disamping itu pakar-pakar dari pakatan juga boleh dijemput bagi menganggotai kumpulan pengurusan atau pakar yang lain bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu ekonomi dan masalah lain. Ini bermakna, mereka bukan sekadar dipanggil memberikan pandangan melalui forum atau diskusi, mereka boleh dipanggil untuk bermesyuarat dan membantu mencipta dasar.

Selalunya kita melihat budget dibentang berdasarkan idea pemimpin BN dan kemudiannya pemimpin pakatan keluarkan cadangan budget mereka sebagai alternatif.

Kedua-duanya mempuanyai idea, tapi idea Pakatan tidak digunakan kerana BN bertegas dengan idea budget mereka tanpa berunding secara ekonomik bersama pimpinan Pakatan. Ini sekaligus memperlihatkan bahawa adanya tanda keegoan dan pergeseran pandangan ekonomi atas kepentingan politik disitu.

Rakyat keseluruhannya mahu melihat idea positif Pakatan dan BN digabungkan dalam membentuk dasar-dasar dan budget negara.

Dimana kedudukan Pakatan, BN

Ramai yang salah faham dengan idea Unity Goverment atau Kerajaan perpaduan ini dimana mereka secara mudah melihat Pas akan masuk Umno atau Pakatan perlu bersatu dibawah BN.

Sekali lagi ditegaskan bahawa itu tidak akan terjadi kerana prinsip Kerajaan Campuran, Kerajaan Perpaduan dan pelbagai jenis Kerajaan Gabungan masih boleh dibentuk tanpa adanya pengabung parti atau kumpulan parti yang besar.

Matlamat yang diutarakan oleh Presiden Pas adalah menyatukan pentadbiran negara tanpa adanya prasangka dan tindas menindas, dimana Kerajaan Pakatan boleh tadbir negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan BN dengan aman dan sebaliknya Kerajaan Persekutuan boleh laksanakan dasar Persekutuan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pakatan.

Sekiranya ada masalah atau pandangan, ianya boleh disalurkan terus melalui agensi berkaitan di mana wakil-wakil Pakatan dan BN diberikan peluang untuk menyertai agensi Kerajaan sebagai kumpulan check & balance atau think tank.

Apa yang berlaku sekarang, anggota atau pemimpin Pakatan berada diluar pentadbiran Kerajaan dan cadangannya mereka hanya didengar di Parlimen. Oleh itu lebih baik mereka dipanggil sertai pentadbiran Kerajaan dan sama-sama turun tangan memberikan sumbangan terus untuk negara dan rakyat walaupun berbeza parti.

Kita melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebagai contoh dimana pemimpin Gerakan-BN diberikan ruang sertai Kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi dan melancarkan pengurusan negeri.

Di situ wujud kebersamaan hasrat walaupun mempunyai kepentingan politik yang berbeza.

Pakatan dan BN tetap berjalan dilandasan politik masing-masing tetapi menjadikan hasrat memberikan khidmat terbaik dan menjaga kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Dalam hal ini kedua-dua pihak dapat menyampaikan mesej mereka secara adil kepada rakyat sekaligus memberikan kebaikan pada semua tanpa menjadikan rakyat sebagai korban perang politik!

Presiden Pas punyai pandangan yang lebih besar

Apa yang saya tulis disini adalah pandangan serpihan yang kecil jika hendak dibandingkan dengan gagasan pemikiran Presiden. Dan saya yakin Presiden mahu melihat negara ini diurus dengan lebih adil dan harmoni, bukannya atas kepentingan politik sahaja.

Matlamat setiap ahli politik adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik pada rakyatnya bukan untuk mendapatkan khidmat terbaik untuk dirinya dari rakyatnya. Oleh itu disana ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Gagasan Presiden Pas ini wajar direnung dan dikembangkan serta tidak dikongkong dengan pandang sempit ke arah penyatuan BN dan Pakatan atau Pas dan umno sahaja!

Fikirlah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan diri dan nafsu politik sahaja. Politik yang didasari dengan iman akan menjadikan tuhan sebagai sembahan dan rakyat tempat untuk berkhidmat.

Gempar! Zaid Ibrahim merayu kepada Agong jangan lantik Najib


" Datuk Zaid Ibrahim membuat gempar dengan merayu kepada Agung agar jangan melantik Najib sebagai PM sebaliknya melantik individu lain dari UMNO agar UMNO tidak lumpuh dek perpecahan dan pergaduhan. Mengapa?

"Malaysian Insider, KUALA LUMPUR, March 18 - Datuk Zaid Ibrahim has made an impassioned plea to the King to not appoint Datuk Seri Najib Razak as prime minister, and instead appoint someone else from Umno "to bring us back from the brink."


The former de facto law minister urged the King to used his judgment to appoint as PM someone who is "beyond reproach in his dealings both official and private," in a scathing attack on his former Cabinet and party colleague.

"A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat…For this to be the case there cannot be anything in the mind of the greater public that, correctly or otherwise, associates him with matters of criminality, wrongful action, improper conduct or abuses of power," he said in a speech to the Rotary Club here today. "

Hujah Zaid Ibrahim bolehlah disimpulkan sebagai berikut:

1. Jangan lantik orang yang jelas kaitannya dengan pelbagai kes jenayah berat termasuk kes bunuh, skandal seks dan sebagainya.

2. PM perlulah dilantik dari individu yang mendapat kepercayaan masyarakat. Pak Lah sendiri sewaktu dilantik mempunyai imej "Mr.Nice Guy". Semua PM sebelum ini begitu. Hanya Najib yang mempunyai imej Mr.Altantuya merangkap Mr.C4.

Kritikan Zaid ini menyusuli kritikan keras Tun Mahathir ke atas Najib berikutan tindakan kejam Najib yang menyerang dan melumpuhkan Perak serta menggulingkan Menteri Besar Perak yang sah dengan cara keji. Bak kata Tun Mahathir, kita tak wajar guna monarki untuk menjatuhkan MB dengan cara yang tidak mengikut perlembagaan.

Populariti Najib yang serendah 41% menunjukkan bahawa majoriti (59%) rakyat Malaysia tidak yakin pada Najib. Pakatan Rakyat yang cukup meluat dengan BN pun sanggup bekerjasama dengan BN melalui kerajaan perpaduan dari membiarkan insan penuh ambisi ini dari menjadi PM Malaysia.

Justeru, Zaid merayu kepada Agung agar tidak melantik Najib agar UMNO boleh terus hidup.

Penulis menyedari bahawa dalam PAS, yang paling hampeh ialah pengikut bawahan seperti penulis dan yang paling kemas ialah pemimpin atasan PAS seperti Tok Guru. Dalam UMNO pulak, lagi atas jawatannya, lagi hampeh.. Yang bawahan pun perangai dah macam mun@wir, jadi bayangkan teruknya kepimpinan UMNO..

Dahsyat betul...

Nasihat Akademik Untuk Adik Madihah

"Madihah belum buat keputusan

KOTA BHARU 16 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal belum membuat sebarang keputusan untuk memilih tempat melanjutkan pelajaran.

Kepada Pengunjung TKO yang mengenali adik Madihah tolong sampaikan nasihat saya untuk di pertimbangkan oleh adik Madihah.

1. Saya mencadangkan supaya adik Madihah membuat program Matrikulasi di UIA ( Selama setahun ) dan membuat Bachelor's degree dalam bidang yang di minati.

2. Setelah selesai baru lah lanjutkan pelajaran di perinkat Master dan PhD di luar negeri.

3. Sekiranya beliau dapat biasiswa melanjutkan pelajaran dalam negara pun sudah di kira besar rahmat.

4. Adik Madihah tidak perlu tergesa-gesa melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

5. UIA adalah Universiti Antarabangsa dan salah sebuah universiti terbaik .

6. Belajar di luar negara pada usia muda banyak risikonya.

7. Tidak akan hilang kehebatan adik Madihah sekiranya memilih universiti tempatan. Yang penting ilmu yang di perolehi dan kejayaan yang di capai.

8. Adalah perlu adik Madihah bersaing di UIA terlebih dahulu sebelum bersaing di luar negara untuk memastikan adik Madihah mendapat asas yang kukuh sebelum ke luar negara.


Kepada Pengunjung TKO yang mengenali adik Madihah...tolong sampaikan pandangan saya ini untuk di pertimbangkan oleh adik Madihah

Yang Ikhlas

Haziman"

Mahathir Akan Jatuhkan Najib



" Tidak lama selepas PakLah ambil alih jawatan PM, Mahathir mula meluahkan kekesalan kerana memilih PakLah. Pengakuan Mahathir bahawa pada masa itu, Najib yang lebih dikehendaki ahli UMNO tetapi dia tetap memilih PakLah. Mungkin pada masa itu Mahathir melihat PakLah agak lembut dan senang mengikut telunjuk bila dia berada di belakang tabir. Mahathir meletak jawatan dengan terpaksa. Dia memang ingin kekal selamanya duduk atas singgahsana pemerintahan negara tetapi rakyat yang memaksa. Ahli UMNO juga memaksa. 'Serigala serigala lapar' UMNO yang siap menanti hendak membaham harta negara tidak sabar untuk melihat Mahathir turun dari takhta.

Mahathir tidak memilih Najib mungkin pada pandangan Mahathir Najib agak cerdik dan susah ikut telunjuk. Takut nanti 'lawan tauke'. Rupa rupanya PakLah pun sama. PakLah tidak mengambil masa yang lama untuk menghentikan projek projek Mahathir. Bila sahaja projek jambatan bengkok dihentikan maka bermulalah episod peperangan Mahathir Paklah hingga ke hari ini. Hari ini Mahathir menanti PakLah berhenti dan diganti oleh Najib. Tetapi persiapan kali ini agak berlainan. Mahathir sudah bagi amaran awal awal lagi akan menjatuhkan Najib dalam perjumpaan dengan MUBARAK baru baru ini.

Mahathir mungkin memberi alasan 'kalau', 'kalau' Najib pilih orang rasuah Mahathir akan jatuhkan, 'kalau' Najib lemah dia akan jatuhkan, 'kalau' Najib biarkan Rosmah masuk campur urusan negara dia akan jatuhkan dan seberapa banyak kalau. 'Kalau' ini cuma sekadar alasan yang akan dicari oleh Mahathir. Yang lebih utama bagi Mahathir adalah sesiapa sahaja yang tidak ikut telunjuknya akan dijatuhkan. Mahathir masih ingin menjadi orang yang utama mencorakkan negara. Dia hendak mengawal semuanya. Dia masih bermimpi bahawa dialah segala galanya bagi Malaysia. Jadi mimpinya ini hanya akan bertambah indah bila Mukhriz berada ditampuk utama negara. Jadi satu jalan ringkas perlu dicari supaya Mukhriz cepat berada di sana. Jadi tidak mustahil PM selepas ini hanya memerintah sepenggal atau mungkin tidak sampai setengah penggal.

Jadi jalan terbaik bagi puak puak Najib kenalah berjaga jaga dari awal. Pengaruh Mukhriz perlu dibenam sejak dari awal. Jangan biarkan Mukhriz jadi Ketua Pemuda.

Jika ahli UMNO puak Najib sudah nampak perkara ini, tidak mustahil Khir Toyo akan menang jawatan Ketua Pemuda.
Selamat bercakaran sesama sendiri diucapkan kepada UMNO. Negara memang lubuk harta bagi kamu dari dulu lagi. Tidak heranlah kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre merumuskan hanya 16% sahaja orang melayu yang masih mahu UMNO mentadbir negara. 84% sudah tidak percaya kepada UMNO lagi.
"

Ustaz Jais Anwar meninggal dunia di London

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Bekas Ketua Pemuda PAS tahun 1969 sehingga 1971, Ustaz Jais Anwar meninggal dunia jam di Hospital Universiti Euston, London 5.30 petang semalam.

Beliau juga merupakan tokoh kepimpinan PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan serta menantu kepada bekas Yang Dipertua PAS Dato' Asri Muda.

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika memberitahu Harakahdaily sebentar tadi turut merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga di atas kembalinya insan yang tersayang ke rahmatullah dan merupakan kehilangan amat besar kepada PAS.

"Sumbangan dan jasa bakti beliau kepada PAS tidak akan dilupakan oleh rakan-rakan. Kita mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

"PAS berharap agar kaum keluaraga Allahyarham bersabar dengan ujiuan getir ini dan tabah meneruskan kehidupan mendatang tanpa Allahyarham di sisi," katanya yang kini berada di Parlimen.

Sementara itu sahabat seperjuangan beliau iaitu bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri ketika dihubungi memberitahu bahawa Allahyarham merupakan aktivis dan pejuang parti sejak dari umur 15 tahun lagi dan sangat komited dengan gerak kerja memantapkan perjuangan PAS selama ini.

Katanya, beliau pernah memangku jawatan Ketua Pemuda PAS pada tahun 70 lantaran Allahyarham mahu melanjutkan pelajaran di London sungguhpun sebelum ini Jais merupakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar Mesir.

"Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan menjadi Ketua Pemuda PAS sehinggalah saya memangkunya pada tahun 1970 kerana alasan beliau untuk melanjutkan pelajaran.

"Dan sejak itu, beliau menetap di London sehingga hari ini dan saya kenal dia dan tahu perjuangan beliau bersama PAS sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau tidak berganjak dan terus bersama kita. Justeru saya begitu menghormati dan menghargai jasa beliau yang begitu mendalam terhadap PAS," kata bekas Senator itu. - azm _

.O. PAS Sarawak mengucapkan Takziah kepada keluarga Ustaz Jais Anwar..Al-Fatihah

Umno Paya Besar lubuk rasuah

KUANTAN 18 Mac (Hrkh) - PAS Kawasan Paya Besar menyifatkan tindakan Lembaga Displin Umno menggantung dan memberi amaran kepada empat pemimpin Umno Bahagian Paya Besar semalam membuktikan Umno Paya Besar adalah lubuk rasuah.

Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Yusuf Embong berkata, belum pernah berlaku di dalam sejarah Umno semua pemimpin utama bahagian disabitkan dengan amalan rasuah sebagaimana berlaku kepada kawasan ini.

"Ini menunjukkan kepimpinan Umno Paya Besar adalah lubuk rasuah tetapi kerana di dalam Umno politik wang (rasuah) bukan kesalahan jenayah maka tiada tindakan sivil dikenakan terhadap pemimpin terbabit," kata beliau.

Semalam, pengerusi Lembaga Displin Umno menjatuhkan hukuman terhadap 16 orang pemimpin Umno termasuk Naib Presidenya, Dato� Seri Mohd Ali Rustam kerana mengamalkan politik wang.

Turut dikenakan tindakan bersama Ali ialah Dato� Japlin Akim (Ketua Pemuda Umno Kota Belut,Sabah), Mohamab Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda Umno Maran, Pahang) Dato' Abdul Manan (Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Pahang), Saadun Basirun (Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil, Melaka), Dato' Mokhtar Samad (Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Selangor), Salmah Pin (Ketua Wanita Umno Bahagian Tun Razak, Selangor) Rosli Hasan (Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil), Mohd Zuki Mohd Zain (Gua Musang, Kelantan), Amran Mat (Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krai, Kelantan) dan Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri Bahagian Bukit Katil Melaka) digantung keahlian.

Mereka yang lagi diberi amaran ialah, Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda Umno), Md Sohaimi Mohd Shah (Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Pahang) Mohamad Zaili Besar (Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar, Pahang,) Mohd Sohaimi Jusoh (Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Pahang).

Tambah Yusuf, pemimpin Umno Paya Besar yang digantung dan diberi amaran itu adalah wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang diberi kepercayaan oleh pengundi dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.

"Kini sudah terbukti mereka adalah pengamal politik wang yang sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka perlu mengosongkan jawatan masing-masing untuk membersihkan kerusi mereka daripada terpalit dengan amalan rasuah," ujar beliau.

Yusuf mencabar Umno Pahang supaya memecat dan memaksa mereka melepaskan kerusi Adun dan Ahli Parlimen bagi menunjukkan betapa seriusnya Umno memerangi rasuah.

"Ini suatu ujian kepada Umno untuk melihat ketelusan dan keseriusan Umno memerangi gejala rasuah," tegas Yusuf.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, PAS negeri akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat ini berkaitan isu berkenaan.

Katanya PAS memandang serius isu berkenaan lebih-lebih lagi pembabitan kepimpin Umno yang berkuasa.

"Mana boleh perasuah/penyamun menjadi pemerintah, jika di dalam parti sendiri mereka mengamalkan rasuah apatah di tempat-tempat lain," sindir beliau.

Kata beliau, apa yang berlaku kepada Umno itu menunjukkan parti itu sudah tidak mempunyai kelayakan lagi untuk memerintah negara dan rakyat seharusnya menyedari dengan mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat. - mns_

Ulang tahun ke-52: Nizar diraikan di bawah 'pokok demokrasi'

IPOH, 18 Mac (Hrkh)- Semalam merupakan hari jadi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang ke 52, dan pada tarikh yang sama pada tahun lalu (17 Mac 2008) beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke 10 sekaligus menandakan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini setahun yang lalu.

Nizar telah diraikan secara mengejut oleh Adun Sitiawan yang juga Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming beserta beberapa adun lagi di bawah 'pokok demokrasi' iaitu di tempat berlangsungnya Sidang DUN yang mencipta sejarah baru-baru ini.

Meskipun hujan majlis ringkas tersebut disambut meriah yang turut dihadiri oleh ramai tetamu termasuk para wartawan.

Dalam majlis itu Nizar telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain di samping hadirin mengucapkan selamat kepada beliau.

Nizar yang cukup terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya, merasa amat berbesar hati dan mengucapkan berterima kasih kepada semua yang hadir.

Seluruh pimpinan Pakatan rakyat, penyokong penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat negeri ini mendoaklan agar beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan menegaklkan keadilan, sekaligus 'mentalkinkan' BN di bumi Perak Darul Ridzuan.- azm_

Kami Nak Najib, Natang!

" (Bulan Penuh 2012) -Parti pelampau perkauman Umno merencanakan peralihan kuasa antara Presiden dan Timbalan Presidennya hujung Mac ini. Rakyat Malaysia turut terkesan apabila perubahan tersebut juga akan merubah perjawatan 2 jawatan tertinggi di Kerajaan Pusat.

Seorang Perdana Menteri dan Presiden Parti pelampau perkauman Umno yang dinobatkan sebagai paling cikai dalam sejarah dirancang untuk digantikan dengan seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti pelampau perkauman Umno yang paling jahat dan penuh maksiat dalam sejarah.



Jika sekadar melibatkan urusan tukar pemimpin parti tong taik itu sahaja, pastinya rakyat tidak akan ribut bercerita.

Lantaklah siapa pun yang memimpin Parti pelampau perkauman Umno sama ada penyamun, perasuah, perompak, pembunuh, perasuah, penzina, kaki judi, kaki botol, pelanyak bini orang - semuanya layak jadi pemimpin Parti pelampau perkauman Umno, itu tidak rakyat pertikaikan.

Dengan 3 juta ahli, tong taik Umno itu bolehlah dikirakan sebagai golongan minoriti dalam negara ini dan tidak sepatutnya menyusahkan hidup orang lain.

Dan bersesuaian dengan kepekungan dasar dan perjuangannya, maka layaklah ia digembalakan oleh syaitan-syaitan berambut hitam.

Malangnya tradisi melantik Perdana Menteri dari kalangan pemuka tong taik tersebut akan memperbusukkan seluruh rakyat Malaysia yang tidak ada kena-mengena dengan golongan pelampau perkauman ini.

Kini kaedah yang terbukti mencelakakan negara ini mula dipersoalkan oleh seluruh lapisan rakyat.

Soalnya, wajarkah DYMM SPB YDP Agong melantik Najib Glokal sebagai PM mengganti Dollah Hadhari, atas alasan makhluk ini mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, sesuai sifatnya sebagai ketua parti tong taik itu?

Apakah asasnya untuk Najib Glokal membuktikan keupayaannya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan sedangkan ia tidak pernah diuji di dalam Dewan itu sendiri?

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah, ia terpulang kepada tafsiran masing-masing tetapi tafsiran undang-undang tidak semestinya begitu.

Dalam wawancara di Akhbar Siasah bil 0140, Ku Li menyatakan tafsiran undang-undang ialah majoriti ahli Dewan, bukannya satu-satu golongan atau satu-satu parti. Asalkan dapat sokongan majoriti ahli Dewan, maka orang itu layak dipertimbangkan (oleh Agong untuk dilantik sebagai PM).

Mengambilkira pandangan Ku Li, perlantikan Najib Glokal ke jawatan PM masih boleh dihentikan melalui kaedah pembuktian di dalam Dewan Rakyat bahawa makhluk ini ditolak oleh majoriti ahlinya.

Terdahulu, MP Shah Alam Tuan Haji Khalid Abdul Samad mengandaikan bahawa jika Ku Li berjaya menarik 50 MP BN dicampur dengan semua MP Pakatan Rakyat, maka ada cukup alasan untuk Agong menendang Najib Glokal.

Selain dari masalah kelembuan Speaker Dewan Rakyat yang bertabiat menolak semua usul yang menjejaskan perlembuannya kepada Parti pelampau perkauman Umno, apakah di sana ada harapan untuk Ku Li mengusahakan perubahan sikap dan pendirian sekurang-kurangnya 50 MP BN bagi mencapaikan harapan rakyat ini?

Seterusnya, mampukah Ku Li memecah kebuntuan dan halangan Parti pelampau perkauman Umno untuk membawa usul itu ke sidang Dewan, dibahas, diundi dan diluluskan?

Mungkinkah berlori-lori FRU akan dilonggokkan bagi menghalang sidang sedemikian dari diadakan?

Baru-baru ini seorang pengunjung Bulan Penuh 2012 menyatakan dalam emailnya bahawa beliau (minta identiti dirahsiakan) amat meluat dengan kedajalan Najib Glokal yang saling tak tumpah dengan perangai bapaknya dahulu.

Beliau menyarankan agar Ku Li yang berdarah raja dan ada akses mudah di Istana Negara bolehlah menjadi orang tengah bagi rakyat menyembahkan keresahan mereka kepada YDP Agong.

Sebagai seorang yang mahir dalam selok-belok istana, beliau yakin Ku Li pasti ada cara tersendiri untuk melepasi halangan-halangan pelobi-pelobi Umno yang bergayut-gayut dan merayap-rayap di Istana.

Justeru, Ku Li dirasakan ada pengaruh dan mampu menggunakan pengaruh itu untuk melembutkan hati YDP Agongn supaya menolak Najib Glokal yang dipandang rakyat sebagai terlalu kotor sehinggakan terpalit dan masih belum dibersihkan dari tuduhan membunuh.

Jika Ku Li berjaya dan Agong meludah muka Najib, ia akan mengulang sejarah kejatuhan yang dialami oleh seorang lagi kepala puak dalam Parti pelampau perkauman Umno, iaitu Idris Jusoh yang gagal mengembalikan keMenteriBesarannya selepas PRU 12 lalu akibat kepekungannya tidak mendapat tempat di hati Istana.

Perlu diingat Sultan Terengganu yang itu jugalah yang menjadi harapan rakyat jelata atas sifatnya sebagai YDP Agong ketika ini, untuk menghalang Najib Glokal dari memegang tampuk kuasa dalam keadaan tubuh dan jiwanya penuh noda.

Mac 2008 lalu, tindakan DYMM Sultan yang menolak Idris Jusoh diterima rakyat dengan penuh kesyukuran dan sehingga ke hari ini rakyat Terengganu masih memuji-muji kebijaksanaan Sultan mereka yang mana negeri itu terselamat dari angkara mungkar dan keji seorang kepala puak Parti pelampau perkauman Umno yang keji dan tamak.

Jika dibuat perbandingan, kadar kepekungan Idris Jusoh amatlah minima berbanding Najib Glokal. Dalam keadaan sedikit bau pekungnya tercium ke Istana, Idris Jusoh telah tertolak.

Maka apalah pula tidak munasabahnya untuk Tuanku Sultan menolak Najib Glokal yang jelas lebih kejam, keji, zalim, tamak dan hina, bahkan otak dan jasadnya sudah sebati dengan tahi?

Membalas email pengunjung tersebut, saya menyatakan tidak mustahil untuk Agong menolak Najib Glokal andainya datang petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t ke dalam hati baginda.

Pastinya dalam keadaan sedar dan di bawah naungan rahmat Allah s.w.t, baginda sudah tentunya barang terjangkau kita memikir, tidak akan sanggup untuk memandakan seorang pembunuh yang tidak diketahui taubatnya.

Bagaimanapun, saya amat meragui kemampuan Ku Li untuk menggerakkan 50 MP BN seterusnya menjayakan matlamat Pakatan Rakyat menghalang kemaraan Najib Glokal.

Saya pulangkan persoalan-persoalan ini kepada semua pembaca dan pengunjung Bulan Penuh 2012. Semua pandangan dan maklumbalas amat dihargai.

Melainkan seseorang itu bertuhankan Parti pelampau perkauman Umno atau mengimani Umno sebagai Pemberi Rezekinya, saya percaya majoriti senyap tidak meredhakan Najib Glokal menggalas amanah jawatan No. 1 negara.

Cuma ada sedikit bimbang di hati ini.

Jika Agong benar-benar menolak Najib Glokal (dan inilah yang kita hasratkan-insyaa Allah), saya bimbang penyokong-penyokongnya dari Terengganu akan berkampung di pagar Istana Negara, sambil melambung-lambungkan sepanduk berbunyi 'Kami Nak Najib - Natang!' - Anak Bulan."

Ali Rustam Bubar kerajaan BN Melaka?

" Isu yang hangat diperkatakan dalam lobi Parlimen Malaysia, bagaikan "bom jangka" meletup bila-bila waktu. Malah tak ubah cakap-cakap dikopitian rancak dibualkan dengan fakta dan khabar-khabar yang perlu penjelasan dan bukti.

Datuk Seri Muhd Ali Rustam menteri besar Melaka salah seorang calun untuk timbalan presiden umno dikatakan membuat ugutan sinis mahu bubarkan kerajaan barisan nasional Melaka dan menubuhkan kerajaan bebas. (sila layari blog the riding YB Haji Zulkifli Nordin).

Gara-gara Ali Rustam dikatakan akan dihadapkan kelembaga displin umno bersama dengan Khairi Jamalludin calun ketua pemuda umno, Datuk Seri Khir Toyo calun ketua pemuda umno, dan Datuk Seri Azalina M. Said.

Calun timbalan presiden umno TS Muhyidin Yassin berrentap dengan TS Muhd Taib. Jelas Muhyiddin Yassin menang mudah. Peluang Ali Rustam agak malap walaupun Ali Rustam bertanding.

Begitu juga calun pemuda Khairi Jamaluddin dan Khir Toyo bukan lawan Datuk Muhklis Mahathir. Ketua pemuda umno Mukhlis menang mudah walaupun ada bertandingan. Isu Muhklis jarang diperdengar dalam lobi , parlimen cukup baik dan agak bersih.

Walaupun nama Ali Rustam, Khairi Jamaludin, Khir Toyo dan Azalina menjadi topik panas dalam lobi parlimen kami angapa sebagai khabar angin Laut Selat Melaka atau hanya untuk sedap tatapan mulut semasa minum kopi dan teh.

Namun kadang kadang berita angin ada juga betul sebelum dinafikan atau sebagai satu ugutan sebelum pehak yang berkenaan mengambil tindakan. Kita tunggu dan lihat, umno dulu kini dan selamanya berjuang untuk perut dan rasuah

KJ perlu disiplinkan pemuda UMNO jika tidak mahu dimalukan


Umno khususnya dari sayap Pemudanya mulai merasa tekanan apabila kelihatan semakin jelas rakyat semakin menolak Umno terutamanya dari golongan muda. Jika dahulu, golongan muda yang menyokong pembangkang adalah kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar atau anak-anak muda di bandar, tetapi kini golongan muda di ceruk-ceruk kampong mulai mengenali parti yang bernama Umno itu. Bukti yang nyata adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh golongan muda di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu baru-baru ini. Terkini, di Perak di merata-rata tempat ceruk kampong, golongan muda telah bangkit dan mula belajar erti politik yang bersih dan mereka kini lebih ingin mengetahui erti politik di bawah Raja Berpelembagaan.

Krisis politik di Perak yang secara langsung telah melibatkan istana, menjadikan golongan ini semakin berpengetahuan tentang maksud kedaulatan rakyat dan mereka semakin arif tentang mainan politik kotor Umno. MB Perak, YAB Ir Nizar telah memainkan peranannya begitu baik sekali menjadikan beliau sebagai ikon politik di bumi Perak dewasa ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan di dalam ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR mempunyai tokoh reformasinya iaitu DS Anwar, DAP pula terdapatnya YAB Lim Guan Eng dan kini PAS mula menonjolkan YAB Ir Nizar sebagai tokoh ternama yang telah banyak melakukan Islah di Negeri Perak.

Pemuda Umno semakin gelabah, tambahan pula pimpinannya semakin gementar untuk menghadapi pemilihan pimpinan parti mereka tidak beberapa minggu lagi. Di antara ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, masing-masing ingin menjadi jaguh dan menunjukkan keberanian mereka. Khir Toyo lebih menonjol untuk menunjukkan `kejantanan'nya khususnya di Selangor, malangnya `ayam jantan' yang semakin lantang berkokok ini tidak menyedari ekornya dipenuhi tahi. Semakin nyaring lantangannya, semakin banyak tahi yang keluar dan melekat diekornya. Akhirnya, beliau bukan sahaja ditertawakan oleh rakyat di Selangor, bahkan turut ditertawakan oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Bagaimana pula dengan Mukhriz ? Saya begitu hairan mengapa Mukhriz begitu bersemangat untuk menjadi ketua di dalam Pemuda Umno, sedangkan beliau sendiri gagal untuk memujuk bapanya kembali kepada Umno. Tun Mahathir tidak berparti sekarang, dan mana mungkin Mukhriz berupaya mengajak rakyat khususnya golongan muda untuk bersama Umno dalam keadaan bapanya sendiri segan dan malu untuk bersama parti sekular tersebut. Kebanyakan kenyataan dan pendirian Mukhriz adalah dari sumber ilham bapanya. Bapanya adalah seorang pemimpin negara yang suatu ketika menyebabkan kuasa Raja-Raja terhakis, dan kini Mukhriz tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang berlaku di Perak. Mungkin beliau juga sangsi apakah tindakan YB Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak itu dibenarkan oleh undang-undang atau tidak, kerana YB Karpal telah mengambil kesematan di atas ruang yang dibuka oleh bapanya dahulu.

Tentang KJ pula, beliau mungkin boleh diterima kerana beliau dilihat semakin terbuka dengan pimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat. Bermula dari forum di Kelantan bersama YB Husam, dan kesediaan beliau untu berdebat dengan Ketua Pemuda PAS berkaitan isu pengajaran Methamatik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan kesediaan beliau untuk berbincang tentang Akta ISA menunjukkan KJ lebih ke depan dan berwawasan daripada calon-calon Ketua Pemuda Umno yang lain. Cuma, KJ perlu tentukan golongan samseng yang ada di antaranya anak kepada Guru Silat ternama itu di disiplinkan. Bukan jantan namanya jika Pemuda Umno ingin `berlengan' dengan insan OKU. Amat memalukan, dan KJ tidak mungkin merestui perkara yang memalukan ini.

Abu Lahab Lebih Baik Dari Kita?

" Kita kini berada dalam bulan Rabi'ul awal, dan pada hari ini marilah kita bersama-sama mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t. yang mempertemukan kita lagi dengan Rabi'ul awal ini, bulan yang menjadi kebiasaan dan amalan tradisi kepada kita, bilamana masuk sahaja bulan ini kita akan sambut peristiwa Maulidul Rasul s.a.w., satu peristiwa yang cukup besar yang telah mengubah sejarah kemanusiaan di dunia ini. Ketika mana dunia sedang resah gelisah dengan penyakit dan virus jahiliah, Allah s.w.t telah mentakdirkan untuk mengutuskan, kelahiran seorang anak yang menerajui dan telah merubah landscape sejarah hingga waktu ini.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang kita sambut saban tahun dan kita tidak pernah lupa dengan pelbagai acara serta sambutan. Seorang penyair arab telah menyebut "Telah dilahirkan seorang 'al-huda' yakni penunjuk jalan, maka seluruh alam bercahaya dengan kelahiran Muhammad s.a.w. dan setiap manusia yang hidup pada zaman itu dan zaman ini mengukirkan senyuman dan memuji terhadap kelahiran baginda Nabi Muhammada s.a.w." Maka pada hari ini tidak kiralah pada berapa haribulan pun, ada sebahagian riwayat yang kuat menyatakan 12 Rabi'ul awal Nabi lahir, ada juga riwayat yang menyatakan bukan tarikh 12 Rabi'ul awal tetapi tarikh yang lain, namun dalam bulan Rabi'ul awal seluruh umat Islam tidak kira rupa paras, warna kulit, pangkat dan bangsa keturunan, kita semua bersepakat meraikan peristiwa yang dinamakan Maulidul Rasul. Ada yang membuat dengan sambutan perarakan, ada yang menyambutnya dengan ceramah agama, berbagai-bagai acara dan berbagai-bagai peringkat.

Persoalannya yang ingin dilontarkan dalam tulisan yang pendek ini, bagaimanakah, apakah cukup dengan untuk kita menyatakan rasa cinta, rasa sayang kita kepada Baginda Nabi s.a.w. dengan sekadar menyambut peristiwa sahaja. Apakah cukup untuk kita hanya mengaku dengan menyatakan kita umat nabi yang menyayangi dan menyintai Nabi s.a.w. dengan hanya membuat acara-acara sambutan Maulidul Rasul semata.

Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan acara-acara sebegitu sahaja, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w.

Kalau kita juga sambut cuma dengan seronok dengan sambutan Maulidul Rasul setakat itu sahaja, maka Abu Lahab sebenarnya lebih baik dari kita kerana dia juga seronok malah menumbangkan 100 ekor unta (100 ekor unta!!!, kalau kita 100 ekor ayam pun belum tentu). Abu Lahab dengan 100 ekor unta, tetapi orang yang samalah, Muhammad yang ia seronok ketika dilahirkan itulah setelah dilantik Allah s.w.t. menjadi Nabi dan menyeru kepada Islam maka Abu Lahablah orang pertama yang menolak kenabian serta ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, ia merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.

Jadi, apabila kita menyebut sambutan Maulidul Rasul, maka di situ mesti ada pengisian, pengisiannya adalah dengan mencari kesempatan yang diberi Allah s.w.t. untuk mengenang, mencari siapakah sebenarnya Nabi s.a.w., siapakan Nabi yang kita ikut. Apakah kita sekadar mengenali beliau benama Muhammad bin Abdullah? tetapi tidak tahu sejarah hidup serta perjalanan sirah Baginda s.a.w. Ambillah kesempatan disamping ceramah-ceramah, program-program, aturcara-aturcara yang kita buat disamping itu kita kembali menghayati, mengingati, kehidupan Nabi s.a.w. daripada mula Nabi s.a.w. dilahirkan hingga wafat kembali ke rahmatullah kerana Nabi s.a.w. adalah "Huswatun Hasanah" yakni "Contoh Tauladan Terbaik" kepada umat manusia.

Bilamana kita manusia mengetahui peribadi Nabi s.a.w., bagaimanakah kehidupan Nabi s.a.w., maka ketika itulah akan timbul rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan melaksanakan segala titah suruhan, yang diperintah Nabi s.a.w. dan sedaya-upaya meninggalkan segala ancaman-ancaman, tegahan-tegahan yang telah disebut Nabi s.a.w. lebih seribu empat ratus tahun dahulu.

Allah s.w.t. menyatakan sekiranya kamu cinta kepada Allah, sekiranya kamu cinta kepada Nabi maka ikutlah arahan Allah, ikut arahan Rasul "Wa'ati'ullah waatiurasul wa'ulil aamri minkum" kata Allah hendaklah kamu mentaati Allah dan hendaklah kamu mentaati Rasul dan juga pemimpin-pemimpin kamu. Ulama menafsirkan bahawa ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Allah, Allah menyebut "A'ti'u", ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Rasul, Allah menyebut "A'ti'u rasul", dan ketika mana Allah menyebut taat kepada pemimpin Allah cuma menyambung "wa'ulil aamri minkum" tanpa menyebut "A'ti'u". Maka di sana ulama membuat kesimpulan taat pada Allah, taat pada Rasul adalah mutlaq tanpa soal. Apabila Allah Ta'ala kata halal maka halallah, bilamana Nabi kata wajib maka wajiblah, apabila Nabi kata perkara ini tak boleh buat maka tak boleh buat kerana patuh kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlaq, tunduk dan patuh. Adapun taat kepada "ulil aamri" kepimpinan maka di sana ada kaitan yakni pemimpin yang taat kepada Allah dan taat kepada Rasul yaitu berdasarkan kebenaran.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama bertekat dan menanam azam untuk kembali mengenal Nabi s.a.w. dengan sirah, kita ajar anak-anak kita, generasi kita untuk faham siapakah Nabi kita. Dengan menanamkan kefahaman kepada generasi ini daripada kecil, InsyaAllah generasi mendatang akan menjadi generasi yang lebih berpedoman dan beridolakan Rasulullah s.a.w., oleh kerana generasi dan umat yang ada pada waktu ini sudah hilang idolanya, mentornya, ikutannya, maka marilah bersama-sama kita kembali menjadikan Nabi s.a.w. sebagai ikutan dalam kehidupan, kita tanamkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w. dengan mengikut segala sunah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. samada perintah arahan ataupun tegahan yang diwarisi dalam hadis-hadis yang banyak disebut serta ditinggalkan Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, marilah kita kembali menghayati segala sunah Rasulullah s.a.w. dan kehidupan beragama kerana pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud "Orang Islam, bilamana ia meninggalkan agama, bilamana ia meninggalkan contoh tauladan kehidupan berpandukan kepada Nabi s.a.w., umat Islam pada ketika itu akan jadi mundur, terkebelakang walaupun manusia menyatakan semakin maju, tetapi yang meninggalkan agama sebenarnya akan menjadi mundur. Adapun orang yang bukan Islam, bilamana mereka meninggalkan ajaran agama mereka, mereka akan menjadi maju dan kehadapan"

Marilah kita kembali menghayati serta menjalankan tugas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan moga-moga dengan kita menghidupkan sunah dan mengamalkannya serta memperbanyakkan selawat keatas baginda, apalah kiranya Nabi s.a.w. sudi memberikan kita Syaffa'atnya semasa kita di Yaumil Masyar yang kita cukup yakini kehadirannya di akhirat nanti, InsyaAllah.

credits: utz. m.rodhi ab/m.al-ittihadiah
petikan: http://pandangbelakang.blogspot.com/

KONSPIRASI UMNO : Ibarat kutu boleh diselisik .

Kemelut politik negeri perak masih belum reda.Tuduh menuduh , saman menyaman menjadi tugasan rasmi ketika ini. Konflik ini tidak sepatutnya berlaku jika Umno gelojoh dan kemaruk kuasa .

Setelah puas Istana dijadikan perisai menyembunyikan kejahatan mereka PR pula diserang bertubi - tubi .Umno sedar bahawa parti mereka sedang mereput.Sokongan bukan melayu yang begitu merosot kepada BN membuatkan bertindak membabi buta.

Usaha terakhir mereka adalah dengan mengheret pihak istana kononnya tanda taat setia kepada Paduka Sultan .Sebenarnya helah ini adalah muslihat kotor mereka.Segala kesalahan mereka mahu dibebankan kepada Pakatan Rakyat.

Umno yang sudah berusia 63 tahun itu memang licik bermain politik jijik asalkan matlamat tercapai . Kes di Perak adalah jelas ianya adalah konspirasi tertinggi yang dirancang secara halus dan tersusun.

UMNO sengaja mahu melakukan rampasan kuasa kononnya PR sudah hilang majoriti.Dan secara terburu - buru mereka " memaksa " sultan mengiktiraf rejim haram Perak .

Jika difikir secara lojik kenapa tidak mereka menggunakan undi tidak percaya terhadap Ir Nizar pada bulan April nanti . ( jika sudah ada pelompat ?) bukankah itu lebih praktikal ?


Sebenarnya UMNO memang mahukan keadaan huru hara ini supaya mudah mereka memanipulasi berita .


Tapi sayang seribu kali sayang , lain dirancang lain yang menjadi .Harapan UMNO mahu menjadi jaguh membela daulat akhirnya memakan diri. Sebaliknya mereka yang mengelupur mencari jalan mahu menyelesaikan masalah yang dicipta.

Lebih lucu barisan peguam kerajaan haram BN pergi ke London mendapatkan nasihat " nenek" QC ( Queens council ) .Memang sesuai sangatlah UMNO parti sekular pergi mencari ' akar ' mereka .

Kalau tidak berjaya juga nanti bolehlah bertemu Presiden Israel Simon Peres mudah - mudahan dapat petunjuk .

Terkini tentang perbicaraan Nizar vs Zambry kelihatan semakin kusut .

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Nampak drama 'tempoyak' semakin mendebarkan. Lambat laun pasti tipu muslihat ini akan terbongkar juga .Kebenaran pasti datang kebatilan pasti hilang .


Bak kata peribahasa melayu ' ibarat kutu boleh diselisik ' .

( tipu muslihat atau keburukan walaupun disembunyikan akhirnya akan diketahui orang juga .

**kamus besar bahasa melayu U P & D m/s 648.

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://kamarulbiz.blogspot.com