Sabtu, 28 Mac 2009

Bersama Gempur Umno/Bn

Assalamualaikum, Kepada semua pejuang rakyat tak kira ler dari pihak mana asalkan berjuang bersama untuk 'menkafankan dan mentalkinkan' umno/bn,marilah bersama ke PRK yang bakal diadakan pada 7/4/09 nanti.

Bersama kita berjuang menelanjangkan keburukan dan kehipokritkan umno/bn demi agama,bangsa dan negara.Mereka kata mereka pembela Raja-Raja Melayu....mendaulatkan bahasa melayu....mendaulatkan agama Allah SEDANGKAN semua itu hanyalah kepura-puraan semata.

Mereka ingat rakyat sekarang boleh digula-gulakan dengan dendangan pelbagai pembangunan dsbnya....siapa kata rakyat dah lupa betapa BIADAP dan DERHAKANYA umno pada Raja-Raja Melayu....siapa yang menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputra di Kelantan... bukankah UMNO!....siapa yang berarak dijalanan(bagai beruk-beruk-pinjam kata-kata ketua pemuda umno yang baru menang-KJ) dalam memprotes keputusan Al-sultan Trengganu yang tak mahu Idris sebagai MB hinggakan sampai hati membawa kain rentang yang tertulis "Kami nak Idris,Natang"...apa ni?....BIADAP SUNGGUH!.....kalau nak imbas kembali penderhakaan umno terhadap kebawah duli..memang banyak..ini sekadar sekelumit contoh...

Bahasa Melayu?.....ya tok setuju jika rakyat malaysia khususnya anak-anak melayu agar boleh membaca..menulis malah fasih dalam bahasa inggeris TAPI KENAPA KORBANKAN BAHASA IBUNDA...tak ke tu tidak mengambarkan ingin mendaulatkan bahasa ibunda.Kenapa harus di mestikan pembelanjaran matematik dan sains dalam bahasa asing bukankah baik jika nakkan sangat anak bangsa pandai bahasa tersebut BERILAH MASA SECUKUPNYA DALAM SESI BAHASA INGGERIS...itukan lebih bijak namanya.....

Agama?....alahai bab ini tok rasa semua tahu siapa yang lebih kehadapan dalam memperjuangkan agama.....nak harapkan umno..bagi tok...LINGKUP.....bukan apa bila ada yang nak melaksanakan hukum hudud....mereka BANTAH dengan berbagai alasan....kata-kata mufti mereka buat pekak aja tapi bila ada keuntungan buat mereka maka di bela lah mufti...BETAPA MUNAFIKNYA MEREKA!

MAKA SEDAR DAN INSAFLAH WAHAI SEKELIAN YANG MEMBACA ARTIKEL INI..JANGAN JADI MELAYU MUDAH LUPA....BIARKAN LAH MEREKA DAN PUAK-PUAK MEREKA AJA MENJADI MELAYU MUDAH LUPA.

JUSTERU ITU WAHAI PEJUANG-PEJUANG TULIN MARI LAH BERSAMA KITA KALAHKAN UMNO/BN...BERSAMA MENDAULATKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

TAKBIIIIIIRRRRRRRRRR ! 3x

Sekian.

Rakyat Perlu Menolak UMNO/BN

Hakikatnya, tiada negara yang terselamat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa ini. Satu lagi hakikat ialah kedegilan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN menerimanya sejak awal lagi. Yang sering dicanangkan ialah asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu menyerap krisis itu. Di tengah-tengah kedegilan itu, rangsangan sebanyak RM 7 bilion dihamburkan.

Penjelasan tentang ke mana wang itu pergi dan kesannya kepada ekonomi negara tidak pernah diberikan secara terperinci dan meyakinkan. Kini, tiada pihak yang menaruh harapan besar terhadap rangsangan kedua sebanyak RM 60 bilion. Sehubungan itu, hakikat ketiga yang perlu diterima ialah kerajaan terlalu lambat bertindak; baru sekarang hendak menerima kenyataan; dan tidak mungkin mendapat sokongan padu semua pihak terhadapnya.

Tanpa sokongan padu semua pihak, tiada suatu pun projek yang akan berjaya. Punca kepada ketiadaan sokongan itu ialah sikap berat sebelah kerajaan UMNO/BN terhadap beberapa isu tempatan dan nasional. Pembangkang diseru bekerjasama menjayakan program penting itu. Seruan tersebut menyerlahkan ketidakikhlasan kerajaan apabila dirujuk kepada situasi yang sedang berlangsung di Perak.

Bagi pembangkang, Najib perlu menyelesaikan isu Perak terlebih dahulu sebelum memohon kerjasama mereka. Sehingga kini, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing itu. Ketergantungan itu akan hanya merugikan rakyat dalam suasana kegawatan ekonomi pada masa ini. Di sinilah rakyat dapat membaca sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN. Mereka melebihkan rampas kuasa daripada membela rakyat.

Namun demikian, rakyat yang bijak menilai tidak akan menjerumuskan diri mereka dalam perangkap UMNO/BN. Mereka tahu kerajaan hanya pandai beretorik. Kerajaan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerajaan tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri. Hala tuju kerajaan, terutamanya BN telah terpesong.

Kesemua yang disebutkan itu bukan fitnah. Kesemuanya dikutip daripada perkataan yang keluar dari mulut Mukhriz, Khir Toyo, Khairy, Nazri Aziz, Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib dan general-general UMNO yang lain apabila ditemubual wartawan. Salahkah rakyat (majoritinya golongan muda) yang diajar menguasai kemahiran berfikir di sekolah menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dalam kehidupan bernegara?

Mereka melihat pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah berhenti bergaduh. Presiden MCA tidak sehaluan dengan Timbalan Presidennya. Perselisihan itu berkembang menjadi pembentukan kem yang melemahkan kekuatan MCA. Bolehkah MCA yang lemah berbakti kepada orang Cina? Bolehkah GERAKAN yang lembek seperti harimau kertas memacu orang Cina ke puncak jaya? Orang Cina yang bijak berpolitik tahu bahawa banyak buruk daripada baik jika bernaung di bawah ketiak MCA atau GERAKAN.

Mereka melihat MIC mengabaikan tanggungjawab terhadap orang India. Kedaifan kaum yang tidak dibela itu mewujudkan masyarakat India yang miskin dan melarat serta tidak tentu haluan. Ramai belia India yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Ini bukan fitnah. Menteri dari keturunan India sendiri yang mengatakannya melalui pelbagai media. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, mahukah lagi orang India di Malaysia menyokong MIC?

Orang Cina dan India tidak perlu membodohkan diri berbuat demikian. Mereka akan menolak UMNO/BN. Mereka tidak akan mengundi calon BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka akan memilih PAS dan PKR.

BERSAMBUNG!!! "

Pelik Tapi Benar Edisi Perhimpunan UMNO

ASSALAMUALAIKUM..

Walaupun pada tahun ini kita tidak lagi dapat melihat secara langsung persidangan berebut jawatan PAU, namun kita masih berpeluang untuk mendapatkan maklumat dari apa yang mereka sendiri sampaikan.. diulangi.. orang UMNO yang sampaikan.. jadi kalau nak saman samanlah mereka.. bukan penulis.. hehe

1. Jika dikumpulkan 100 orang murid darjah 4 yang dipilih berdasarkan kecepatan mengira, tidak mustahil tak sampai 2 jam, kita dah tahu siapa pemenang dan siapa yang kalah. Tapi kerana mungkin ada "AGENDA" masa diambil terlalu lama sedangkan bilangannya tidak sampaipun seribu..

2. Seorang bekas ketua Pemuda, begitu berapi-rapi sambil kejab-kejab cium keris mahu mempertahankan MELAYU, tetapi rupanya beliaulah yang merosakkan bahasa Melayu.

3. Beretujukah anda jika UMNO kita jadikan contoh, bahawa bangsa melayulah yang sebenarnya merosakkan melayu.. tak percaya ??.. Siapakah yang pilih KJ (isu rasuah ) dan Hisamponden (isu bahasa) !!!! bukan MCA dan MIC ma !!!

4. Walaupun lembaga disiplin telah menjatuhkan hukuman, tapi tetap tidak ada siasatan oleh badan-badan lain, malah lebih pelik lagi tidak pula malu untuk terus pegang jawatan.. Ali anak kepada Rustam!! Elizabeth Wong pun tau malu ma....

5. INi satu-satunya perkara yang tidak pelik, walaupun tajuknya pelik.. TIDAK ADA SEORANGPUN YANG BERCAKAP TENTANG MASALAH RAKYAT, MASALAH EKONOMI, PERANCANGAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT .. Apa yang diperjuangkanpun penulis tak tahu !!!

6. Untuk pemilihan 3 tahun lagi, itupun kalau tidak ditunda sesuka hati, mana-mana pemimpin yang berhasrat untuk berebut jawatan, persiapkan diri anda dengan teknik dan tektik memberi RASUAH, Insya- Allah, anda pasti menang..

7. Jika dilihat dari pandangan ramai pemerhati, orang Najib hampir 90% menang..tapi percayakah beliau dengan Timbalannya itu..alah.. dia ni lah yang suruh Pak Lah letak jawatan sedangkan kesalahan Pak lah tidak lah sampai MENGEBOM ORANG..hehehehe..

8. Walaupun pemimpinnya telah berubah, tetapi isinya masih tidak berubah setiap kali PAU, ucapan-ucapan sama seperti tahun sebelumnya, penulis pun tengah cari dan kaji apa yang mahu mereka ubah...

9. Siapa tidak rasa pelik, jika Khir Toyo tergamak salahkan pembangkang atas kekalahannya..isk..isk..pembangkang mana boleh mengundi dia bang.. kalau boleh mengundi lainlah..

10. Cari punya cari jumpa jugak penulis benda pelik dalam PAU kali ni.. Tahun ni mereka ada cerita pada derhaka pada sultan walaupun mereka sendiri yang pinda undeng-ondeng dedulu.

11. Oleh kerana takut teramat sangat, Ketua pemuda umeno Langkawi terus jadi pelik mengatakan Pakatan Rakyat pertubuhan haram.. kengkawan dalam TKO tolonglah terangkan skit kat dia ni..malas nak lawan..tak padan sebab depan nama dia Nor ..hehehehe

12. Penulis lagi pelik kenapa tetiba bekalan letrik terputus masa time pengiraan dijalankan..kebetulan atau.. dan kenapa tidak dicamtukan kepala Mukriz dan Amid Albar untuk melakukan cas-cas sinaran cahaya..

Wassalam.. Jumpa lagi"

Akhbar Peranchis: Kenapa Altantuya di bunuh

Oleh kerana tidak berapa lama lagi Najib Tun Razak akan menjadi Perdana Menteri eloklah kita ingatkan rakyat mengenai tuduhan penglibatan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Berikut adalah terjemahan artikel "The Altantuya Shaaribuu's Case: How and why she was killed" oleh Arnaud Dubus yang disiarkan baru-baru ini dalam Liberation French Newspaper pada 5 Mac 2009 (versi asal dalam bahasa Inggeris dalam kurungan dan font italics).


Bacalah kerana tuduhan penglibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya ini amat penting sekali bagi negara kita. Kalau benar Najib dan Rosmah terlibat maka ianya bermakna Perdana Menteri Malaysia yang baru dan isterinya bersubahat dalam PEMBUNUHAN.

"Kes Altantuya Shaaribu: Bagaimana dan kenapa beliau dibunuh?"
The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?

By Arnaud Dubus (in Kuala Lumpur, Ulaan Baataar and Paris),
Liberation French Newspaper, 5 Mar 2009

Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan. Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu. (Shaaribuu Setev is a bitter and disappointed man. Yet behind the saddened face of this Mongolian lies a fierce determination. Seated in a sofa in the lobby of an Ulaan Baataar hotel rattled by gushes of a freezing wind, this sixty years old man is ready to fight. His face features, hardened by the suffering and the stern climate, and his intense gaze tell all. “My daughter has been murdered by Malaysians on Malaysian territory. And they did not have even offer a word of apology,” states this professor of psychology at the National University of Mongolia).

Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006. Ini sesuatunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisehan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang. Segalanya sekitar kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Peranchis, Armaris, menjual tiga (3) kapal selam kepada kerajaan Malaysia atas harga satu billion Euro, adalah luar dari yang biasa. (The assassination of his daughter, Altantuya Shaaribuu, took place in October 2006. This was a murder unlike others in a region where business conflicts or petty politics are often settled with a gun. Everything in this case, which started in 2002 when the French Spanish company Armaris concluded the sale of three submarines to the Malaysian government for the amount of one billion Euros, is out of the ordinary.)

Impak “Kes Altantuya” di Peranchis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya. Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisi atau “commission” sebanyak Euro 114 juta - lebih kurang RM 570 juta – yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu Malaysia. Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan berbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut. (The impact of the “Altantuya case” in France, Malaysia and Mongolia has yet to reach its climax. The murder of the 28 year old Mongolian was the result of a “commission” at the price of 114 million Euros by Armaris to its Malaysian counterpart. This “commission,” which was acknowledged by the Malaysian government in front of the Parliament in Kuala Lumpur, has triggered a chain of events that has led to the assassination of Altantuya and the disappearance of several key witnesses in the case.)

Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga sekarang ini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda –Altantuya – dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh. Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang diberi kepada seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian. “Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar beliau jangan dibunuh sebab beliau mengandung. Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi. Saya terus menembak sebelah kiri mukanya. Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastic hitam. Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan.” Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya. “Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu”. (A report from the Malaysian police, written on 19th November 2006 and which has been kept secret until now, reveals dry and precise descriptions as to how this young woman, a member of Asian high society, has been killed. In this document, one of the killers, a policeman of the Malaysian Special Branch named Sirul Omar, replied to the questions of an officer at a police station close to the murder scene. “When the Chinese woman saw that I was taking a gun, she begged me to spare her, saying she was pregnant. Azilah (the commanding officer of Sirul) grabbed her and [threw] her on the ground. I immediately shot the left side of her face. Then Azilah took off her clothes and put them in a black plastic bag. Azilah noticed that her hand was still moving. He ordered me to shoot again, which I did”, said Sirul. This is the first confirmation of Altantuya’s assassins’ identity. “Then we carried her body into the woods. Azilah wrapped the explosives around her legs, her abdomen and her head, and we exploded her.”)

Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan bab terkini dalam drama yang sungguh menarik ini yang melibatkan penjual senjata Peranchis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia. Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (yang dijadualkan akan menjadi Perdana Menteri akhir bulan March ini) disyakki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Peranchis yang membina kapal-kapal tentera. Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimilikki oleh DCNS pada tahun 2007. (The revelation of this report in the French newspaper Liberation is the latest chapter in this colorful and dramatic saga featuring French weapon sellers, Mongolian Shaman, and Malaysian politicians. This case is explosive not only for the Malaysian government, since the Deputy Prime Minister Najib Razak (who is scheduled to become Prime Minister at the end of March) is suspected of having links to the case, but also because it could embarrass the DCNS, this French company specialising in military shipbuilding. The French Spanish company Armaris, which sold two Scorpène and one Agosta submarines to Malaysia in June 2002, was bought by DCNS in 2007.)

Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua). Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia), dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Selain dari Bahasa Inggeris,beliau fasih dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004. Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia. Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya. Altantu yang dipanggil 'Tuya' oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Baginda menterjemahkan bahasa Russia kepada Inggeris. (With her magnetic beauty and sophistication, Altantuya is reminiscent of the troubling image of a Far East Mata Hari. She grew up in Saint Petersburg (Russia), then studied at the Institute of Economic Management in Beijing. Besides speaking English, she is fluent in Russian, Chinese and Korean. The fateful cycle for Altantuya came into gear when she met Abdul Razak Baginda in Hong Kong in 2004. Baginda is a security expert and the director of the Malaysian Strategic Research Centre, a pro-government think tank. The two quickly became romantically involved. Altantuya, nicknamed Tuya by her friends, proved to be a useful assistant, helping Baginda translate from Russian to English.)

Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kacak, kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Najib Razak (Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan). Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur dengan kadangkalanya didampingi oleh isterinya yang sah. (Whereas Altantuya is young and beautiful, the rich and alluring Baginda is a well known figure of the Kuala Lumpur’s elite, notably because of his proximity to the Malaysian Deputy Prime minister and minister of Defense Najib Razak (he is also his security affairs adviser). Baginda parades in the most exclusive circles of Kuala Lumpur, sometimes accompanied by his legitimate wife.)

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancung ke Peranchis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Baginda; menginap di hotel-hotel termahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka. Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancungan; kontrek pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan. “Kami tahu bahawa Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk merundingkan perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau. (In March 2005, Altantuya and Baginda departed for Europe, touring France, Germany, Italy and Portugal in the red Ferrari of Baginda, staying in posh hotels and dining in the finest restaurants of the old Continent. This trip, however, was not only for tourism: the contract for the sale of the submarines had been signed in 2002, but important details had yet to be settled. “We knew that Baginda was used by Deputy Prime minister Najib Razak as an intermediary for weapons systems deals, especially the high level ones,” says a regional security affairs expert.)

Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak. Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris. “Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut. Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda, dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak. Saya tanakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan, dan Najib adalah ‘perdana menteri’, kata Amy , sahabat baik Altantuya. Menurut seorang detektif peribadi, yang sekarang bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah dikenalkan kepada Najib oleh Baginda pada hujung 2004. (At the end of March 2005 the couple was in Paris, where they met with Najib Razak. A picture shows the threesome in a Parisian private club. “Tuya showed me the pix. She said that one of the men was her boyfriend, Abdul Razak Baginda, and the other the ‘big boss’, Najib Razak. I asked her if they were brothers because of the names, but she said no, and that Najib Razak was the ‘prime minister’”, said Amy, Altantuya’s best friend (Najib Razak has sworn on the Koran that he has never met Altantuya). According to a private detective, now in hiding in India, the beautiful Tuya was also the occasional mistress of the deputy Prime minister, who was introduced to her by Baginda at the end of 2004.)

Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapatahu bayaran wang komisi (commission) oleh syarikat Peranchis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur. Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Baginda. Altantuya bergesa ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Baginda; beliau mendakwa beliau berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang commission tersebut. Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih. Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diirringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk pukau Baginda jika Baginda enggan membayar. Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya. (The story became dramatic when, in October 2006, Altantuya was informed that the commission paid by the French-Spanish company Armaris had arrived on a Kuala Lumpur bank account. It had been paid to Perimekar, a company owned by Baginda. Altantuya rushed to Kuala Lumpur, in order to claim her share of the commission from Baginda ; she said she was entitled to 500,000 dollars. Baginda and Altantuya broke up prior to this. A jealous Rosmah Mansor, the feared businesswoman and wife of Najib Razak, objected any payment to Altantuya. Altantuya arrived in Kuala Lumpur with two other Mongolian women, one of them was a Shaman responsible for putting a spell on Baginda if he refused to pay. For several days, Altantuya harassed her ex-lover.)

Pada 18 Oktober, Baginda sudah tidak tahan lagi dengan telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya. Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai aide de camp Najib Razak. Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit. Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’. Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali. Seterusnya mereka memusnahkan jenazah Altantuya dengan bahan letupan C 4, jenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan. Kemasukkan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod immigeresen. Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tingga mengenainya. (On the 18th of October, Baginda could no longer tolerate the daily scenes made by Altantuya in front of his house. He contacted Musa Safrie, who happened to also be Najib Razak’s aide de camp. On October 19th, 2006, a little before 9 pm, two police officers of the Special Branch, Azilah Hadridan and Sirul Omar, were sent in front of Baginda’s house where Altantuya was gesticulating and shouting. They had the order of “neutralizing the Chinese woman.” They kidnapped her, and drove her ten kilometers away and shot her several times. Then, they destroyed her body with C 4 explosives, a type which can only be obtained from within the Defense Ministry. Her entry into Malaysia was erased from the immigration records. It would appear that Altantuya had never come to Malaysia, because there is no trace left of her.)

Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah. Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak menagmbil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi secara seharian itu diculik di depan matanya. Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat. Beberapa hari kemudiannya, polis mengenalpasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan. (There is no perfect crime. The taxi driver hired by Altantuya for the day did not appreciate that his passenger was kidnapped under his eyes without payment for the fare. He took note of the registration plate of the kidnapper’s car and filed a complaint at the local police station. In a few days, the police identified the car and realized that it was a government vehicle.)

Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri pun tidak berdaya hendak menyekatnya. Najib cuba menutup kes tersebut. Beberapa jam sebelum Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada Baginda: “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini..masalah akan selesai. Buat bertenang”. Beberapa jam kemudiannya, Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul. (Events unfolded that even the Deputy Prime Minister Najib Razak could not impede. He tried to cover the case. A few hours before the arrest of Baginda, he sent him a SMS : “I will see the Inspector General of Police at 11 am today… The problem will be solved. Be cool”. A few hours after, Baginda was arrested as well as the two police officers of the Special Branch, Azilah and Sirul.)

Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Baginda telah dibebaskan dari tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang kini dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah. Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hokum mati. Keputusan mahkamah ditetpakan pada 9 April 2009. (After a trial considered dubious by many observers, Baginda was acquitted with the accusation of having ordered the murder and released in November 2008. Accused of having perpetrated the murder, Azilah and Sirul appeared in front of the Court last month. If convicted, their sentence is death. The verdict is scheduled for the 9th of April.)

Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau. Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Baginda merupakan simbol ketidak-adilan proses kehakiman Malaysia. “Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,”kata beliau. (Thousands of miles from there, in the Mongolian capital city Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, Altantuya’s father, is trying to control his anger. To him and his family, the acquittal and release of Baginda is symbolic of the unfairness of the Malaysian judicial process: “The Malaysian government is not even answering to the letters from the Mongolian Foreign Affairs Ministry,” he says.)

Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang. Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percatuan politik Malaysia antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan UMNO pada bulan Mac ini) dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Setakat ini, Najib Berjaya menepis, tetapi pembunhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dileher Najib. (When Shaaribuu came to the Malaysian parliament to meet Najib Razak, the Deputy Prime Minister had to escape through a back door in order to avoid an embarrassing encounter. The Altantuya case has become a key element of the Malaysian political game between Najib Razak (who is expected to become Prime Minister after the United Malay Nation Organisation (UMNO) Congress in March) and the opposition leader Anwar Ibrahim. So far, Najib Razak has navigated around the obstacles, but the murder of the young Mongolian remains a sword suspended over his head.)

Suatu aspek yang masih amat tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar. Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”. (One of the most obscure aspects of the Altantuya case is the role of the Armaris company. In October 2007, the Malaysian Deputy Defense minister, Zainal Abdidin Zin, acknowledged in front of the Parliament that Armaris had effectively paid 114 million Euros in commission to Perimekar. He maintained that it was not a bribe, but a payment for “support and coordination services.”)

Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Peranchis DCNS? DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual. “Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris. Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Peranchis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasukki zon Schengen (dalam mana Peranchis adalah negara ahli). Kedutaan Peranchis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur. Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat. Agensi-agensi perisekan menadapati latarbelakang Altantuya menakjubkan, dan FSB Russia (dulunya KGB) sedang mengikuti kes Altantuya dengan rapi. (Was there corruption as in the case of the Taiwanese frigates in which the French DCNS was also implicated ? DCNS, a private company with public financing, has declined our request for a meeting. “Nobody can comment on this case,” was the sober reply of the DCNS Press relations officer in Paris. A document, which could establish a link between Altantuya and the French company is the guarantee letter written by Abdul Razak Baginda so that his mistress could obtain a visa to enter the Schengen zone (of whom France is a member country). The French embassy could not refuse this service to a man decorated with the Legion d’Honneur. But the role of Altantuya in the submarines negotiations is still not clear. Intelligence agencies find her background intriguing and the Russian FSB (ex-KGB) is following closely the case.)

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulong Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya. Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya. “Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari. Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahunya emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut. Berhubung dengan Baginda pula, beliau kini tinggal senang lenang di United Kingdom bersama keluarga beliau. Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu. (In Ulaan Baataar, Mungunshagai, the eldest son of Altantuya, who is 12 years old, is traumatized by the death of his mother. Altanshagai, the youngest, who is five years old and mentally handicapped, has not understood that he will never see again his mother. “He is asking for her all the time and is staying the whole day prostrated on his chair. Every evening, I bring him sweets and I tell him that his mother gave it to me for him”, says Shaaribuu Setev, the grandfather of the two boys. As for Baginda, he settled down in the United Kingdom with his family. He never uttered a word of regret on the deadly fate of the one who shared his life for two years.) "

************

Diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Tarabulsi

(Artikel asal dalam Bahasa Inggeris oleh Arnaud Dubus menyusuli setiap perenggan dalam kurungan berfont italics)

27 Mac 2009.

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P 059 Bukit Gantang


"Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 2009

1. Pendahuluan

1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak.

1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

2. Kenapa PAS wajar menang majoriti besar

2.1 Akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak secara kesuluruhannya. Jika PAS memenangi pilihanraya kecil ini akan memberi kesan negatif kepada bakal PM dan jentera UMNO dan BN seterusnya. Ini bermakna para pengundi tidak mudah ditipu. Kemenangan PAS akan mendorong dan meningkat moral sokongan rakyat di semua lapisan peringkat dan negeri-negeri lain kerana rakyat boleh berubah haluan menyokong parti lawan.

2.2 Untuk memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti adalah suatu ‘indication’ bahawa rakyat menolak pemainan “politik pintu belakang” yang diamalkan oleh BN. Rakyat Perak perlu menebus kembali maruah dan harga diri mereka. Kerajaan yang naik secara permainan politik kotor secara merampas kuasa dan seterusnya mentadbir negeri secara tidak demokratik sewajarnya dihukum oleh pengundi yang bermaruah. Ini adalah merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi, wajar dipulihkan.

2.3 Sejarah kemenangan BN sehinggalah pada 8 Mac, 2008 dianggap “a strong UMNO seat”, namun dapat dirampas oleh PR, maka pilihanraya kecil ini akan membuktikan rakyat tetap menolak UMNO/BN selama-lamanya.

2.4 Pertembungan dan Pertempuran di Bukit Gantang nanti bukannya suatu yang mudah, setelah BN kecundang di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, maka berbekalkan kepada momentum terkini, dipercayai rakyat tidak akan tunduk dengan ugutan dan rasuah politik. Peluang ini merupakan kemenangan berterusan dan tentunya akan mencipta sejarah tersendiri.

2.5 Membuktikan tohmahan Nizar kononnya menjadi tunggangan dan boneka DAP dan tidak mendapat restu kaum Melayu sewaktu menetapkan polisi dan tindakan yang dilakukan semasa mentadbir negeri selama 11 bulan adalah dakwaan palsu dan tuduhan tidak bertanggungjawab. Pengundi Melayu merupakan 63.28% akan tetap menyokong seorang calon yang mempunyai integriti dan akauntabiliti.

2.6 Sokongan pengundi muda dan demografi pemilih yang terdiri daripada orang Melayu mestilah dilakukan secara strategik bagi memastikan sokongan kepada PAS tidak berbelah bahagi. Mereka adalah penyumbang besar mengekalkan identiti pemuafakatan politik yang bistari.

2.7 Sokongan pengundi kaum bukan Melayu adalah lambang perpaduan baru dalam politik yang merentasi ras, etnik, kaum, budaya dan agama. PR adalah satu barisan alternatif baru yang merubah ‘dimension and landscape of Malaysian politics’. Dengan keutuhan solidariti dan muafakatan di dalam PR serta komitmen para pemimpin tertinggi lambang keyakinan untuk menangani dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat. PR is hoping to improve aspects of our current system or to ensure that they can address specific aspects of political reform.

2.8 Barisan pembangkang berusaha gigih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memberi sumbangan besar di dalam proses pembangunan negara jika diberi peluang. Ramai tokoh yang berkaliber dan berpotensi mampu diketengahkan.

3. Kesimpulan

3.1 Seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong PAS wajib memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan dan mengekalkan kemenangan parlimen Bukit Gantang ini. Rakyat Perak wajar menghantar isyarat yang jelas kepada BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” adalah tidak bermoral. Suara rakyat yang menginginkan pembubaran DUN Perak tidak diendahkan, wajar diterjemahkan di peti undi dengan memangkah PAS. UMNO adalah parti yang sentiasa tak lekang dan penuh dengan tipudaya dan onah. Rakyat mesti merenung adat warisan kita, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru” bermaksud, sesuatu kejahatan yang besar tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Keadaan orang Melayu dan rakyat ketika ini terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan, bagai melukut di tepi gantang. Di mana dan dengan siapa rakyat hendak berlindung, ibarat kata, bagai anak ayam kehilangan ibu. Rakyat kini berada di dalam kesusahan, seolah-olah sudah kehilangan tempat bergantung. UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

3.2 Justru itu, UMNO mesti ditumbangkan, supaya mereka sedar peri pentingnya menunaikan tanggungjawab sebenar memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Saya menjangkakan undi majoriti melebihi 5,000 adalah tepat pada masanya. Khusus kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang, terimalah tawaran daripada PAS dan PR dengan hati yang terbuka dan rela. Percayalah bahawa UMNO bukan tawaran yang terbaik masa kini kerana jika terus menyokong UMNO, rezeki secupak takkan jadi segantang.

Razali
Admin : Penulis adalah Pengarah MTD Jeram.

http://jeramkini.blogspot.com

Bukit Selambau dibanjiri polis, pengundi cuba ditakuti

Tidak mustahil ribuan anggota polis dikerah ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau melebihi apa yang dihantar ke Parlimen Kuala Terengganu semata-mata berhadapan dengan pilihan raya kecil pada 7 April nanti.

Model operandi ketika bertembung dengan pembangkang penghujung tahun lalu akan digunapakai walaupun dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tinjauan Harakah dua hari sebelum hari penamaan calon pada 29 Mac nanti mendapati kawasan lapang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kini dipenuhi khemah putih yang tertera kain rentang 'Martek PDRM IPD Kuala Muda N25 Bukit Selambau' mengadap ke jalan utama Alor Setar ke Butterworth.

Kebanjiran pasukan polis pelbagai pangkat dan unit jelas untuk menakutkan seakan-akan bila Pakatan Rakyat menang sesuatu peristiwa hitam akan tercetus sekaligus menjadikan negara Malaysia kacau bilau yang akhirnya boleh merosakan nama dan emej Malaysia di mata dunia.

Bukan itu sahaja, kediaman wartawan Harakah Kedah turut diintip seolah beliau di antara pengganas yang turut berkompromi dengan penjenayah besar yang dikehendaki polis selama ini.

Sepanjang saya, rakan saya Saad Abdullah, Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Kedah, Kapten Zamri dan wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim berbincang bagaimana strategi pemberitaan yang akan dilaporkan sepanjang pilihan raya kecil itu nanti di tingkat atas Markas Besar PAS di Lagenda Height rata-rata kelihatan kelibat Special Branch (SB) sekitar kedai minuman di ruang bawah bangunan tiga tingkat itu.

Fenomena itu memang biasa dilihat disetiap kali pilihan raya kecil tetapi kali ini nampak gayanya lebih serius kononya untuk menjagai keamanan agar perjalanan pilihanraya kecil itu nanti berjalan dengan aman dan tenteram.

Mesti ayat-ayat itu akan terpancul keluar daripada Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hasan bila soalan diacukan wartawan kelak.

Kini, semua rakyat tahu pasukan polis bukan lagi menjagai keamanan bahkan bekerja untuk Umno dan BN yang jelas mereka sering dilihat melancarkan provokasi bila adanya perhimpunan aman atau ceramah perdana melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya bila permit ditarik di saat-saat akhir.

Pasukan yang menjadi kuda tunggangan Umno dan BN akan bertindak kasar bila keadaan menjadi kelam kabut menangkap, mengheret mangsa, mengari tangan sesiapa yang dilabel kehadapan menaikan semangat di kalangan orang ramai dan sebagainya.

Peristiwa terbaru berlaku di ceramah perdana melibatkan dua tokoh Pakatan Rakyat iaitu Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul di Taman Ria Jaya.

Walhal kelulusan permit memang ada tetapi ianya dibatal sekitar jam 5.00 petang di hari yang sama maka pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk mendengar amanat kepimpinan Pakatan Rakyat.

Anehnya, Umno dan BN yang masih mempunyai saki baki kuasa terus mempergunakan pasukan keselamatan dengan alasan jika diberikan peluang pimpinan Pakatan Rakyat memperjelaskan isu yang timbul pastinya sokongan yang cuba ditingkatkan oleh jentera Umno dan BN akan luntur tambahan lagi bila bakal Perdana Menteri ke enam, Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih kuasa pemerintahan serta selepas semangat ahli Umno di 'pam' semasa Perhimpunan Agung parti itu selesai sehari sebelum penamaan calon.

Apa yang penting... 'kerjasama' sepertimana yang dilaungkan oleh siri kartun kesukaan kanak- kanak 'Wonderpet' di TV. Mereka akan turun sepasukan membantu rakan yang ditimpa musibah dengan mencari berbagai formula terbaik demi sikap setiakawan yang tinggi.

Jadi, sebagai parti gabungan di bawah Pakatan Rakyat, PAS, KeADILan dan DAP mesti berpaut tangan antara satu sama lain bukan lagi mencari helah hasil tangan hitam yang senantiasa mahu melihat Pakatan Rakyat hancur berkecai menjadi debu.

Bila tiadanya lagi pakatan untuk menghancurkan Umno dan BN maka senanglah BN berdiri semula menyatukan tenaga dengan parti gabungan mereka berhadapan dengan serpihan Pakatan Rakyat yang hampir tengelam.

Akhirnya, siapa yang menang dan terus menang.... BN juga, manakala Pakatan Rakyat yang dulunya terkenal dengan Barisan Alternatif (BA) dan sebelumnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) akan hilang ditelan zaman.

Justeru itu, jangan ada perpecahan hasil perbalahan kecil terutamanya KeADILan yang khabarnya membuka dua pejabat berasingan di Bukit Selambau.

Sikap sedemikian sekurang- kurangnya merosakan semangat pendokong PAS yang sentiasa berganding bahu untuk menghancurkan Umno dan BN yang semakin pecah kapalnya.

Walaupun Bukit Selambau akan dibantu oleh jentera daripada dua negeri utara lain seperti Perlis dan Pulau Pinang ekoran pertembungan pilhan raya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai di Sarawak namun percayalah dengan janji Allah SWT bahawa ia tetap membantu sekiranya usaha perperatkan sesama Pakatan Rakyat diutuhkan. - mks. _

politik wang = rasuah!

"
politik wang ialah RASUAH

Apa lagi x faham ?

politik wang dalam parti dan rasuah benda dua kali lima..

ertinya pergi dakwa dan tangkap dan jatuhkan hukuman...



kenapa nampak biasa saja..?

gerak cepatkan sikit geraknya..

sprm tolong tambah RPM nya..

g dakwa dan tangkap!

http://prostrategik.blogspot.com/

Didakwa salah guna kuasa,SPRM digesa siasat Osman Jailu

IPOH,28 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang didakwa melakukan dua kesalahan semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dahulu.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam satu laporan kepada SPRM di sini semalam telah melapor salah guna kuasa oleh Mohd Osman Mohd Jailu jam 3.00 petang semalam.

"Hari ini saya melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak, pertama kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd sedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.

"Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama,"jelasnya.

Sehubungan dengan dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman itu, beliau meminta SPRM menyiasat dengan segera.

"Dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman Jailu melibatkan salahguna kuasa beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak, pihak SPRM wajar menyiasat seberapa segera kerana ianya merupakan satu kesalahan yang serius dilakukan oleh 'Adun lompat' itu,"katanya. - mks._

PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk

Bila sahaja puak ini bersidang, aku nak tengok tv pun malas, bukan apa semua media arus perdana sibuk memasyurkan persidangan ini. Seolah-olah hebat sangat puak ini. Nak buat macam mana semua dikontrol oleh puak ini. Kalau orang lain nak buat, puak ini tidak akan bagi. Confirm! Bagi aku puak ni tak lebih dari lanun yang sibuk melanun harta rakyat.

Yang kecoh sangat persidangan kali ini sebab semua ahli puak ini nak tukar pemimpin baru. Itu kata puak ini, tapi pada hakikatnya yang bertukar rupa sahaja, perangai dan kelakuan tak pernah berubah. Kalau berubah pun malah menjadi lebih teruk dari dahulu, kini dan selamanya.

Khabarnya yang bahagian sayap puak ini semua sudah bertukar, dari beruk lidah kontot yang suka cium keris kepada beruk kena belacan, Mama pegang AP dah tukar kepada Mama yang kalah pilihanraya. Yang bahagian mat rempit dengan minah rempit khabarnya pun sudah bertukar bos juga.

Yang paling ditunggu oleh puak ini bertukarnya pemimpin nombor wahid mereka, daripada yang suka lentok kepada yang suka rasuah dan gila betina. Dengar cerita bakal ketua puak ini, kalau pasal betina bukan habis madu sepah dibuang, habis madu terus bom dengan C4. Kalau pasal rasuah pulak habis semua ada komisyen dari kapal selam sampai jet pejuang. Tak tahulah betul atau tidak.

Bila pemimpin nombor wahid mereka bertukar, dijangka teraju pemerintahan negara pun ikut bertukar. Tetapi belum lagi pegang terju utama negara dia sudah mula tunjuk kuku dia. Kuku ini bukan sebarang kuku, tetapi kuku besi. Habis wadah perjuangan rakyat telah digantung Harakan dan Suara Keadilan. Selepas ini aku tak tahulah apa lagi dia ini nak buat, mungkin nak tutup semua blog.

Khabarnya masa dia kecil-kecil dahulu atuk dia pernah tanya pasal cita-cita beliau. Beginilah lebih kurang dialognya. Betul atau tidak jangan percaya dulu.

Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu: Nak jadi mangkuk.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi mangkuk, jangan engkau jadi mangkuk hayun. Jadilah mangkuk purba, walaupun dah retak sejuta ianya tetap berseni dan akan terus jadi buruan para arkeologi.
Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu:Nak jadi kayu.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi kayu, jangan engkau jadi kayu tunggul. Bila engkau tersepak akan akan menyusahkan orang ramai. Jadilah kayu golf, walaupun besi tetap dipanggil kayu.
Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu: Nak jadi spender.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi spender, jangan engkau jadi spender model playboy. Walaupun ditatap ramai, ianya hina disisi manusia. Jadilah spender superman, walaupun pakai diluar nampak gentleman.

Malangnya dia tak pernah dengar nasihat atuknya. Lalu bila besar dia jadi mangkuk hayun, kayu tunggul dan spender playboy. Tetapi puak ini bukan peduli kalau pemimpin meraka sebegini rupa, yang penting boleh melanun hak rakyat dan tembolok sendiri boleh diisi. Jadi kita hendaklah berjaga-jaga dengan pemimpin puak ini.

Aku pun dah malas nak mengarut lebih lagi. Jadi selamat bersidang, selamat mendapat mangkuk hayun, selamat mendapat kayu tunggul dan selamat mendapat spender playboy. PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk.

sila layari:http://berita-tipu.blogspot.com/"

PAS Pulau Pinang berkampung di Bukit Selambau

BUKIT SELAMBAU, 28 Mac (Hrkh) - Semua jentera PAS dari Pulau Pinang diarah berkampung di lima Unit Peti Undi (UPU) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau bagi membantu jentera pilihan raya PAS Kedah mulai hari penamaan calon Ahad ini kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Fadzil Kemi.

Menurutnya, kelima-lima UPU tersebut ialah Taman Ria Jaya, Tasek Apong, Kampung Pokok Machang, Taman Peruda dan Taman Desa Aman.

"Semua jentera PAS Pulau Pinang diarah ke Bukit Selambau mulai hari penamaan calon pada 29 Mac ini untuk membantu jentera PAS Kedah bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat Saudara Manikumar yang mewakili Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), " ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegas beliau lagi, PAS Tasek Gelugor dan Permatang Pauh ditugaskan menjagai UPU Taman Ria Jaya, Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Glugor ke UPU Tasek Apong, Balik Pulau, Tanjung, Bukit Bendera dan Bagan bertugas di UPU Kampung Pokok Machang, UPU Taman Peruda dikawal oleh PAS Batu Kawan bersama Bukit Mertajam manakala UPU Taman Desa Aman diamanahkan kepada PAS Kepala Batas dan Nibung Tebal.

Jelas Fadzil lagi, semua petugas boleh bergilir-gilir bertugas atau berulang alik bersama pasukan yang diatur oleh PAS Kawasan masing-masing Kepada mereka yang berkerja disiang hari di Pulau Pinang mereka boleh melapurkan diri bertugas di waktu malam di setiap UPU kerana aktiviti dijangka beroperasi di waktu malam termasuk melekat poster, merancang program kemasyarakatan, kempen, berceramah atau sebagainya.

"Sekarang bukan masanya mundar mandir ziarah ke sana ke mari tanpa tugasan sebaliknya tumpukan perhatian pada apa yang diarahkan, barulah kerja pilihanraya boleh dicapai, " katanya.

Bukan itu sahaja, PAS Pulau Pinang juga menetapkan beberapa petugas sepenuh masa di lokasi berkenaan bagi merancang program bersama dengan jentera PAS Kedah untuk mengelak pertindihan dan menyelaraskan aktiviti agar tidak bertembung.

Jenteru itu, untuk memudahkan operasi semua petugas diminta menghubungi Setiausaha PAS Kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini atau lapor diri untuk menjalankan tugas di sana nanti.

Dun Bukit Selambau mempunyai 22 UPU dan dibahagikan kepada dua jentera parti iaitu PAS dan KeADILan. Kawasan melayu diserahkan kepada PAS manakala majoriti orang bukan Islam diamanahkan kepada KeADILan berikutan parti itu ada kelebihan menarik golongan bukan Islam mendekati Pakatan Rakyat. - mks. _

Jumaat, 27 Mac 2009

Perhimpunan Agung Perasuah 2009

Perhimpunan tersebut akan berlangsung sehingga 28 Mac 2009. Rakyat telah disogokkan dengan retorik berbau perkauman sempit, yakni survival UMNO. Harus diingat bahawa UMNO adalah sebuah parti perkauman yang tegar di Malaysia. Anehnya, hal itu diselindungkan dengan ungkapan "survival Melayu". Sangat banyak persoalan yang timbul daripada pernyataan-pernyataan yang telah disebutkan itu.


Benarkah UMNO memperjuangkan survival Melayu?

Dalam keadaan yang serba tenat sekarang ini, UMNO tidak mungkin dapat memenuhi kemahuan palsu itu. Mereka tidak mampu menyelesaikan kesemua 900 kes rasuah politik yang dilaporkan kepada Lembaga Disiplin UMNO. Situasi ini menjelaskan bahawa UMNO tidak serius membasmi rasuah politik.

Najib menyeru perwakilan supaya tidak memilih perasuah menjadi pemimpin. Pemuda UMNO memilih Khairy yang telah diisytiharkan bersalah mengamalkan rasuah politik sebagai ketua. Ini menun jukkan bahawa amaran Najib dipersetankan oleh majoriti Pemuda UMNO. Sekali gus rakyat memahami mesej tentang ketidaktelusan UMNO memerangi rasuah sama ada di dalam atau di luar parti. Sikap ini amat berbahaya kerana Pemuda UMNO dianggotai oleh golongan muda.

Dengan berketuakan Khairy, pemuda-pemuda yang dipimpin akan cenderung meniru cara beliau merasuah yang dianggap boleh selamat. Situasi sebegini akan mendorong pemuda yang bangsat, tidak bermoral, dan mengkesampingkan dosa pahala memasuki UMNO. Kita tunggu sahajalah UMNO lingkup tidak lama lagi.

Orang Melayu yang majoritinya masih miskin tidak akan dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO yang lebih mementingkan diri sendiri sungguhpun berbuih-buih mulut perwakilan wanita menyeranah perbuatan terkutuk itu.

Tanah Simpanan Melayu pada asalnya ada 3 juta hektar. Pada tahun 1997 tinggal 1.7 hektar. Menjelang tahun 2020 dijangka tinggal 30% sahaja. Siapa petualang yang melakukannya kalau tidak UMNO. Mengapa UMNO tidak menggantikan tanah yang sudah diambil itu dengan tanah lain supaya keluasannya kekal? Itukah yang ditakrif sebagai mempertahankan survival Melayu? Usahlah bersandiwara.

Rakyat sudah pun diberikan fakta tentang kegagalan DEB disebabkan pelbagai kerja kotor UMNO yang diberitahu oleh pemimpin mereka sendiri. Dalam keadaan itu pun UMNO masih tidak rasa malu untuk bercakap tentang ketuanan Melayu yang sama sekali tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia dan mempertahankan survival Melayu.

Sudah sahlah UMNO semakin hilang arah dan meracau. Hentikanlah sandiwara ini. UMNO akan dipinggirkan oleh orang Melayu. Percayalah, mereka sudah muak dengan dendangan ini. Lagu berbiasa ini hanya enak di telinga ahli-ahli UMNO yang tidak pun mengetahui tujuan menyertai parti itu, kata Khir Toyo.

Benarkah Najib mendapat team yang hebat?

Warisan Mahathir telah tersingkir. Penyokong Pak Lah masih berkeliaran dalam pucuk pimpinan UMNO yang akan diterajuinya. Kini ada Shahrizat dan Khairy. Mungkin seorang lagi pewaris Mahathir akan kecundang dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Perasuah bukanlah orang yang hebat. Mereka ialah sokong yang membawa rebah. Tidak sukar untuk meramalkan kematian UMNO tidak lama lagi.

Kewujudan penyokong Pak Lah dalam kepimpinan akan menjadi duri dalam daging pentadbiran Najib. Najib tidak akan aman di sepanjang pemerintahannya. Perpecahan yang berlaku tidak syak lagi akan menambah penderitaan UMNO sebagai teras BN.

Pengundi-pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai !!!

Masihkah anda percaya jika Ali Rustam dan Khairy berkempen di tempat anda? Adakah anda anggap barisan kepimpinan yang menerajui UMNO nanti tidak terlibat dengan rasuah kerana tiada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO atau SPRM?

Biarkanlah Perhimpunan Agung Perasuah berjalan lancar sehingga 28 Mac 2009 nanti. Anda tidak perlu membuang masa mengikutinya dengan serius.

UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!!

Umno belum Berubah?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesan yang menimpa Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu akibat kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

Dalam pilihanraya umum tersebut, media alternatif di internet menjadi sumber utama rujukan rakyat untuk mengetahui perkembangan politik semasa, terutama mengenai aktiviti pembangkang.

"Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh," tegasnya.

Sebaliknya, tegas Najib, generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena ini.
Menurut beliau lagi, generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber.

"Generasi muda kepimpinan Umno juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik.

"Barulah kita, boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutamanya di kalangan generasi muda.

"Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik," tegasnya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Umno mengharamkan media baru daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno sebagai satu strategi yang salah.

"Kita sepatutnya mengalu-alukan media baru. Ini adalah trend masa depan.

"Kita perlu buka pintu kita, jika tidak (kita) akan dibanjiri khabar angin dan surat layang.

Emm !!! lihatlah pandangan orang kuat UMNO, satu President Baru yang kedua bakal Ketua Umno jika menang la.Mereka sependapat bahawa media baru alam ciber ,internet memainkan peranan penting pada masa kini, untuk mendapat maklumat terus dan cepat.Maka pihak pembangkan menggunakan sepenuhnya media baru ini.

Tapi parti kesayangan Melayu ini masih tidak berubah,masih meminggirkan media baru,malah media baru menghalang daripada membuat liputan persidangan Umno kali ini.Apakah tindakan ini selari dengan perubahan yang di laung-laungkan oleh Bakal President Umno itu sendiri.Berubahlah sebelum Rebah.

Nampaknya ahli-ahli Umno masih juga tak sedar dan tidur di perhimpunan kali ini.Kenapa Media Baru di halang ,di jadikan musuh sepatutnya di jadikan kawan dan di belanja minum pada persidangan ini.Orang berbudi kita berbahasa,orang ingin berkawan kita sambut dengan sopan,Tapi Ingatlah Umno Musuh jangan Di cari.

Fikirkanlah ahli-ahli umno berubah sebelum rebah.Anda ada masa 3 hari seblum berakhirnya Perhimpunan Agung Umno kali ini untuk berubah.Sedar dan Berubahlah."

UMNO takkan berubah, orang baru sistem lama

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging dan 'wirid' harian. Malah ianya sudah berakar umbi.

Apatah lagi sistem, perlembagaan, undang-undang serta peraturan malah amalan dalam sesuah organisasi tersebut sudah berakar umbi sejak sekian lama.

Lebih malang lagi Islam yang sepatutnya menjadi asas dan matlamat perjuangan diletakkan setaraf dengan biro pertanian dan sebagainya. Maka sudah pasti sebarang cakap dan tutur kata untuk membaiki sesebuah parti hanya tinggal retorik dan angan-angan kosong.

Itulah yang bakal terjadi kepada Umno. Walaupun sebahagian besar pimpinan Umno iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketiga-tiga Ketua sayap Umno adalah orang baru namun saya yakin Umno tidak akan berubah dari stail dan perangai lama. Ini kerana sistem, undang-undang dan peraturan dalam Umno masih sama cuma orang yang bertukar.

Rasuah, fitnah-memfitnah, penyalahguna kuasa, zalim, tohmah, caci-mencai, 'cah keting' dan sebagainya sudah tentu sukar untuk dikikis dari Umno kerana hanya iman dan Islam yang dapat mengawal dan membasmi semua perkara jijik itu. Selagi Islam dikesampingkan (seperti yang Umno amalkan) maka selagi itulah segala sifat mazmumah itu akan terus bergentayangan dan menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno.

Lihat sahaja bagaiman hebat dan yakinnya Pak Lah bahawa beliau akan dapat membenteras rasuah dalam negara dan dalam Umno tetapi semua itu hanya retorik bahkan rasuah lebih membarah dalam Umno ketika beliau menjadi Presiden. Bayangkan kira-kira 1,000 aduan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin suatu rekod yang tidak masuk akal. Bahkan ini menunjukkan seolah-olah Umno sudah menjadikan rasuah sebagai program parti.

Dari pemimpin atasan sehinggalah kepada AJK Cawangan semuanya dikatakan terlibat dengan rasuah. Dari sekecil-kecil amaun duit dan habuan sehinggalah sebesar-besar angka dan jumlah duit dan habuan semuanya menjadi gula-gula terbaik untuk calon-calon menang bertanding jawatan dalam Umno.

Maka saya yakin Umno tidak akan berubah selagi Islam tidak diangkat menjadi perlembagaan dan amalan dalam Umno. Pemimpin dan ahli akan terus memberi dan menerima rasuah dalam apa bentuk sekalipun selagi mereka tidak kembali kepada Islam dan tidak takut kepada Allah.

Sama juga halnya selagi rakyat dan pemimpin negara terus memandang Islam dengan sebelah mata maka selagi itulah seribu satu masalah dalam negara tidak akan selesai.

Islam bagi Umno dan BN hanyalah untuk solat, doa, nikah kahwin, zakat dan haji. Umno masih ber'aqidah' bahawa Ekonomi pemerintahan, muamalat dan lain-lain seolah-olah tiada dalam Islam.

Artikel dan analisis lain layari http://mutaligat.blogspot.com

Mesej tak sampai kepada Pemuda?

Mesej atau pesanan yang disampaikan oleh bakal Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak kepada ahli-ahli parti itu berkaitan amalan rasuah politik atau 'politik wang' nampaknya masih kabur jika keputusan pemilihan ketua Pemuda UMNO di ambil kira.

Kemenangan Khairy Jamaluddin, yang didapati bersalah berkaitan amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO, memberi gambaran bahawa sebahagian besar perwakilan Pemuda UMNO tidak peka dengan gejala itu.

Mungkin hukuman "beri amaran" yang dikenakan ke atas Khairy dilihat sebagai "lampu hijau" oleh 304 orang perwakilan Pemuda UMNO yang mengundinya. Jika benar, maka ia menyedihkan.

Ahli Parlimen dari Johor, Razali Ibrahim mendapat 417 undi untuk dipilih sebagai naib ketua Pemuda UMNO menewaskan Reezal Merican Naina Merican dari Bahagian Kepala Batas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad (Pak Lah) yang merupakan "running mate" Khairy.

Bukan saya atau orang ramai yang mengaitkan Khairy Jamaluddin dengan politik wang atau rasuah politik tetapi hakikatnya dia didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin yang ditubuhkan oleh UMNO itu sendiri. Yang jelas daripada keputusan Lembaga Disiplin adalah dia terlibat dalam rasuah politik. Nokhtah!

Jika diperingkat Pemuda UMNO sudah didapati bersalah, bagaimana pula pada masa muka?

Dalam pada itu, kita ucapkan tahniah kepada Wanita UMNO yang memperlihatkan kematangan dan keberanian menyambut seruan bakal presiden UMNO. Kemenangan besar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke atas mantan ketua wanita Tan Sri Rafidah Aziz cukup besar ertinya.

Shahrizat memperolehi sokongan 64 peratus daripada perwakilan Wanita UMNO apabila mendapat 507 undi berbanding dengan Rafidah yang hanya mampu memperolehi 280 undi atau 36 peratus.

Keputusan bagi pergerakan Putri UMNO seperti yang dijangkakan iaitu memihak kepada Ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin manakala naib ketua disandang oleh Shahanim Yusof.

Sebab Khairy Menang

Khairy menang 304 undi berbanding anak Mahathir 232 sahaja. Sangatlah memalukan bagi Mahathir Khir toyo mendapat undi lebih banyak dari anaknya. Padahal di muka tv sehari dua sebelum pemilihan seolah olah Mahathir PM malaysia sekarang. Asyik muka dia je yang keluar kat tv. Jadi dapatlah dirumuskan beberapa perkara dari peristiwa peristiwa tersebut.


1. Dikalangan orang benci Paklah atau benci Mahathir, Mahathir lebih memenangi 'dibenci' oleh perwakilan. Dah 25 tahun dia kontrol negara bebbbb.

2. Rasuah Khairy bukannya apa sangat berbanding dengan semua rasuah rasuah orang yang bertanding. "Semua rasuahhhhhhh, napa aku je yang kena,kaupun buat" Masing masing sudah tau sama tau sudah menjadi adat bagi UMNO rasuah makan minum, melancong dan sebagainya

3. Najib hanya akan jadi PM boneka. Tingkat 4 mungkin masih mencaturkan politik negara.

4. Tidak mustahil Ahmad Said SPRM tengah berpeluh sakit sembelit sekarang kerana ketakutan pengaruh Khairy.

5. Orang Ali Rustam akan sokong Mat taib. Muhyidin mungkin tersungkur.

6. UMNO akan lebih terbuka selepas ini sebagaimana Khairy yang sanggup hadir dalam forum anjuran pembangkang.

7. Akhbar alternatif akan dibenarkan lebih bebas.

8. PM malaysia sebelum 40 mungkin jadi kenyataan.

9. Akan lebih ramai lagi orang orang Ezam masuk UMNO. Kerana bosnya kata rasuah dah ok.

10. UMNO mungkin akan kembali kuat dengan pemimpin macam Khairy. Lebih terbuka, agresif dan advance.

Apa apapun kita tunggu selepas ini.

Pandangan awal keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia

Analisis ini saya akan buat seringkas mungkin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah diistiharkan pemenang jawatan Ketua Pemuda Umno setelah mendapat undi sebanyak 304 berbanding Dato Seri khir Toyo yang merai undi sebanyak 252 undi.

Datuk Mukhriz Mahathir mendapat undi tercorot iaitu sebanyak 232.


Minggu lalu, Lembaga Disiplin Umno telah bersidang di atas beberapa tuduhan jenayah rasuah yang berlaku untuk menghadapi Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Antara yang dituduh ialah Khairy jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo.

Khairy telah didapati bersalah melakukan jenayah rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno tetapi cuma diberi amaran sahaja, manakala Datuk Seri Khir Toyo telah bebas dari tuduhan yang sama.


Jadi, jikalau di bandingkan diantara ketiga-tiga calon yang merebut jawatan Ketua Pemuda Umno itu, maka Datuk Mukhriz Mahathir lah yang dilihat paling bersih.

Setelah pengiraan undi [beberapa kali] telah dibuat, keputusan secara jelas menunjukkan, calon yang kelihatan paling bersih mendapat undi yang paling sedikit dan yang telah didapati bersalah, mendapat undi terbanyak.

Jadi, hal ini telah berlaku dan tidak hairanlah ada dikalangan bukan penyokong Khairy menjerit mengutuknya sebagai rasuah sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan. Tindakan ini menyebabkan pihak polis terpaksa masuk ke dalam dewan untuk campur tangan.

Didalam ucapan semasa meraikan kemenangannya, Khairy secara tersirat mengakui "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah lebih baik berbanding dengan "Ketuanan Melayu".

Bagaimana pun, saya menyerahkan kepada pembaca sekelian untuk menilai sendiri perkara ini dan soalan saya berdasarkan keputusan ini, adakah Umno akan bebas dari jenayah rasuah?

Di copy & paste dari :
http://lordazaab.wordpress.com/2009/03/26/analisis-ringkas-pemilihan-ketua-pemuda-umno-malaysia/

Perasuah dapat jadi Ketua Pemuda UMNO

Pengumuman Perhimpunan Agung UMNO malam tadi mengakhiri teka teki,siapa yang layak menjadi Ketua dan Wanita UMNO utk kali ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinobatkan sebagai ketua Wanita Umno dengan kemenangan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Sementara calon yang popular dengan pelbagai masalah khususnya rasuah,si Khairy Jamaluddin, akhirnya menang juga dengan majoriti 50 undi berbanding Khir Toyo walaupun ada persaingan sengit tiga penjuru, Khairy,Khir Toyo dan Mukhriz. Aduh, sungguh mendukacitakan.

Saya menjangkakan populariti Khairy merudum dan tidak terpilih setelah dinobatkan perasuah muda UMNO namun sebaliknya. Sungguh memalukan. Perwakilan UMNO secara terang menjadi pengkhianat agama,bangsa dan negara. "Mengapa perwakilan UMNO tetap memilih si Khairy perasuah ini? Sedarkan anda bahawa ini adalah satu kesilapan yang besar?" Walaupun si Khairy jamaluddin telah disabitkan secara terang dengan kesalahan rasuah, ternyata mereka tetap mahukan si perasuah ini menjadi ketua mereka.

Kesalahan memilih calon yang kotor tidak sahaja menyebabkan anda (perwakilan) dimurkai Allah, malahan lebih malang lagi dengan kesilapan ini akan membiarkan parti berada dalam keadaan songsang. Parti yang songsang akan membawa kehancuran kepada negara. Anda sendiri akan disumpah oleh anak cucu sebagai orang yang tidak bertanggungjawab kerana telah memilih calon yang korup.
Sewajarnya UMNO dikendali dan diterajui oleh para pemimpin yang bersih,berwibawa. Tidak kira apa jawatan yang dipegang dari yang tertinggi hinggalah yang terendah. Semuanya hendaklah bebas daripada sebarang kemungkaran dan najis rasuah.Tetapi apa yang diharapkan daripada sebuah parti yang besar sekiranya para pemimpin mereka terdiri daripada mereka yang kotor lagi menjijikkan?Bolehkah pemimpin kaki rasuah,kaki songlap,kaki putar alam,kaki seleweng,kaki maksiat diharapkan untuk membela rakyat?? Absolutely NO ..~!

Oleh JilFityan

Http://jilfityan.blogspot.com

KJ - Kemenangan yang bakal membawa kekalahan

Semalam, diumunkan, ketua pemuda umno yang baru menggantikan hisyamudin adalah menantu kepada bakal bekas perdana menteri malaysia, khairy jamaludin. khairy yang mempunyai rekod politik wang @ rasuah telah dipilih oleh perwakilan pemuda untuk menerajui pemuda umno..




Dalam persaingan sengit tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda Umno dimenangi Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

penyokong mukriz yang tidak puas hati dengan kemenangan KJ mula naik bangang,mereka menuduh KJ membeli undi.sesetengah penyokong kj dan mm bertengkar dan dileraikan polis...

PADAM MUKA KHIR TOYO KALAH...HARAP JANGAN GANGGU LAGI SELANGOR,UMNO PUN TOLAK KO
"

269 Calon bertanding: 900 Aduan Rasuah

Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO menyarankan agar Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO dibubarkan demikian juga Putera dan Puteri UMNO demi menyelamatkan UMNO justeru rasuah yang terlalu parah .

Awalnya saya melihat saranan ini agak lucu biarpun saya memang yakin UMNO yang tidak pernah menilai dosa pahala dalam orientasi pentadbiran dan organisasinya itu boleh saja terjebak dalam kancah rasuah yang parah ini .

Namun sebelum ini saya tidak menemui angka yang benar - benar menunjuk tanda aras betapa parahnya rasuah dalaman UMNO yang telah saya sifatkan sebagai penyakit diabetes tahap kronik kini dihidapi oleh UMNO .

269 Calon bertanding : 900 Aduan Rasuah

24 - 28 Mac kelak bakal berlangsung Pemilihan di pelbagai peringkat jawatan dalam parti UMNO . Sehingga November tahun lepas sahaja , Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 900 aduan rasuah menjelang pemilihan kepimpinan partinya . Wallahualam , berapa pula kes rasuah yang belum atau tidak diadukan ke Lembaga tersebut .

Lebih memeranjatkan bagaimana laporan yang menyebut salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO berdepan dengan 400 aduan rasuah ke atasnya .

Sungguh mereka belum disabitkan bersalah , tetapi jika sampai 400 aduan rasuah atas seorang individu pula dibuat oleh ahli parti sendiri tentu sahaja mencemarkan integriti atau kredebiliti pemimpin yang dicalonkan juga parti UMNO turut dipalit najis .

Kalau aduan itu datang dari pembangkang , katalah itu memang kerja pembangkang mencari kelemahan UMNO . Tetapi jika aduan datang dari ahli sendiri dalam jumlah sebanyak itu , apalagi alasan untuk menyembunyikan kesan luka kudis yang sedang membarah lagi membusuk .

Rasionallah saranan Tengku Ahmad Rithauddeen agar kesemua sayap UMNO itu dibubar [ baca dipotong ] segera demi menyelamatkan UMNO kerana kudis rasuah yang sedang bernanah itu pasti sahaja akan merebak dan memamah hati jantung UMNO seterusnya membunuh UMNO dalam masa yang singkat .

Lebih malang , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara di Parlimen semalam berkata , Lembaga Disiplin UMNO tidak akan membuka semula kes - kes rasuah melibatkan pemimpin parti yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [ SPRM ] . Alasannya SPRM telah siasat dan tiada bukti atas pertuduhan lalu kes ditutup oleh SPRM .

Tidak hairanlah pada 30 Januari lalu , ahli - ahli UMNO sendiri mengadakan demontrasi di perkarangan Menara Dato' Onn ketika Majlis Tertinggi UMNO sedang bermesyuarat bagi membantah Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM . Mereka turut membawa sepanduk yang bernada sinis dan mengutuk SPRM .

"Kami Menolak SPRM , Boleh Belah !" ........ " jangan ambil hak ahli UMNO " ................ " Lembaga Disiplin Sudah Nyanyuk " .... antara sepanduk yang dinaikkan .

UMNO Patut Pecat Tengku Rithauddeen

Jika UMNO telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin mereka sendiri malah Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen ini sebagai orang tua UMNO telah dianggap nyanyuk , UMNO perlu memecat Tengku Rithauddeen dan menggantikannya dengan orang lain. Bukan sahaja saranan Tengku Riyhauddeen ditempelak kini beliau dianggap nyanyuk .

Lantaran itu , untuk apa lagi UMNO berdolak dalih melainkan segera memecat Tengku Rithauddeen yang banyak menimbulkan keresahan kepada UMNO dan saya mencabar UMNO agar memecatnya demi membuktikan UMNO benar tidak bersalah sebaliknya Tengku Rithauddeen yang mengada - ngadakan cerita serta membesar - besarkan berita .

Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz ketika saya menemui beliau di pejabatnya baru - baru ini bahawa UMNO akan musnah dalam tempoh tidak lama memandangkan seriusnya rasuah yang menjalar dan menular dalam segala urat saraf UMNO hari ini .

Lantas pesan Tok Guru : Persiapkan PAS terutama Pemudanya agar bersedia menjadi parti alternatif untuk memimpin ummah setelah keruntuhan UMNO dan BN kelak .

-----
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Gantung permit akhbar pembangkang, NGO Jangan lebih sudu dari kuah

KUALA LUMPUR 24 Mac - Tindakan membatalkan terus permit ke atas akhbar Harakah dan Suara Keadilan dilihat lebih tepat berbanding digantung selama tiga bulan.

Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, tindakan tegas itu mampu memberi kesan mendalam terhadap penerbitan kedua-dua akhbar tersebut setimpal dengan 'jenayah' yang dilakukan.

Sanggahan 1 < Memang memalukan apabila seorang yang bergelar graduan bercakap seperti seorang yang lulus Sijil Rendah Pelajaran -SRP (zaman aku dulu). Patut lah ramai graduan melayu terus layu dan tidak berdaya saing. Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dimasa akan datang jangan lah pilih pengerusi yang bercakap tapi tidak menampak kan tahap intelek yang sepatut nya.

Apa kah satu 'jenayah' apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh menteri dan ahli ahli politik dari parti pemerintah. Kebanyakan pendedahan pula diikuti dengan lapuran Polis. Habis nak suruh buat apa?. Nampak dan tahu 'mereka' membalun harta negara, maka kita mesti diam dan bersikap seperti lembu kenyang?. Itu kah sikap warganegara yang UMNO/BN/pemerintah mahu kan?. >

''Umum sudah mengetahui kedua-dua akhbar tersebut cenderung untuk menulis sesuatu isu yang menyentuh sensitiviti rakyat.

''Meskipun digantung selama tiga bulan, kami percaya perkara yang sama akan terus berulang, patut batalkan sahaja permit mereka,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan dua akhbar tersebut berkuatkuasa semalam.

Sanggahan 2< Bagus lah kalau tulisan kedua-dua akhbar tersebut menyentuh sensitiviti rakyat, sebab banyak perkara yang didedahkan memang banyak yang berkaitan dengan rakyat. Bukan macam UMNO/BN/Pemerintah. Jawapan standard macam 'tape recorder' dan jawapan serta tindakan semua nya menguntung kan Kaum Kapitalis dan kroni. Ayat biasa yang selalu aku dan rakyat teramai dengar ' tidak membeban kan' apabila ada kenaikan harga. Begitu juga jika isu TOL. Apa yang diberi tahu ialah 'Kita sebagai kerajaan tak boleh buat apa-apa sebab sudah termaktub dalam perjanjian konsesi ' dan jika isu-isu sebegini dipertikai kan dan didedah dalam akhbar pembangkang, maka dicap lah pembangkang ini menghasut dan lain-lain.>

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Sanggahan 3 < Datuk Seri....walau pun aku tak belajar tinggi mana, jangan lah anggap aku dan ramai lagi rakyat Malaysia yang tak berpelajaran ini terlalu lah bodoh sangat. Kalau betul Harakah dan Suara Keadilan menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, saman saja lah, biar kedua-dua akhbar pembangkang itu muflis @ bangkrup. Kan dah jadi serampang dua mata. Pertama, dapat hapuskan terus akhbar pembangkang dan kedua pula, apabila asyik kena saman dan kalah, sudah tentu kredibiliti PAS & KEADILAN sebagai tuan punya akbar tersebut akan tercalar teruk dan akan di cap sebagai pemfitnah,pembohong,penipu dan macam-macam. Bila dah begitu mesti rakyat tak sokong PAS & KEADILAN dan mereka berbondong bondong akan masuk UMNO dan parti komponen BN yang lain. 'Amy Search' pun apabila ada orang fitnah beliau, lalu beliau menyaman pihak berkaitan. Beliau menang dan dapat RM 1 juta lagi (kalau tak silap). Tak pasal-pasal Amy jadi jutawan >

Sanggahan 4


Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad pula berpendapat, semua penerbitan akhbar terutama akhbar politik yang mendapat permit di bawah KDN seharusnya bertanggungjawab dan positif dalam mendidik masyarakat.

Beliau berkata, akhbar politik sewajarnya berperanan sebagai akhbar yang mampu memberikan pendidikan politik yang sihat dan bukannya merosakkan pembangunan bangsa dan negara dengan ideologi tertentu.

''Kita tidak mahu pembangunan dan kesejahteraan negara yang selama ini dijaga tergugat gara-gara ideologi songsang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu meracuni fikiran rakyat.

''MBM menyokong KDN, malah tindakan itu turut wajar dikenakan ke atas mana-mana media sama ada elektronik mahupun cetak yang didapati melaporkan berita bersifat propaganda," katanya.

Sanggahan 5 < Encik Sobri Ahmad, tolong jangan bercakap ikut sedap mulut tanpa fakta. Kamu kata ideologi songsang yang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu meracuni fikiran rakyat. Kamu tahu ke tidak makna songsang?. Pergerakan politik yang kamu tuduh itu adalah parti politik yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Bila berdaftar, makna nya ia parti politik yang sah. Kalau ideologi sesebuah parti@pertubuhan tidak betul,songsang atau apa saja yang menyalahi peraturan, maka pendaftar pertubuhan sudah tentu tidak meluluskan parti@pertubuhan tersebut. Contoh parti@pertubuhan tidak berdaftar iah HINDRAF.

Kalau kamu kata mereka meracuni fikiran rakyat, aku juga boleh kata bahawa pendapat kamu pun cuba meracuni fikiran rakyat supaya menyokong tindakan KDN itu sebagai betul, walau pun mungkin salah dan kamu punya pendapat ini bukan bersifat propaganda jugak ke? >

Sumber: www.utusan.com.my/utusan/info.asp

http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2009

Kenyataan Balas AIC, Menjawab pertuduhan Hishamuddin

Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari ini Hishamuddin Tun Hussien disamping menjulang keris, melalak lagi.

Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.

Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.

Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media,kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.

Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata.

Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?

Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?

Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?

Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?

Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang?

Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak. Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!


HIDAYAT SAIFUDDIN

Timbalan Presiden

KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)

http://www.anwaribrahimclub.com/

Jangan Harap UMNO Menongkat Langit

Apabila ada cadangan menubuhkan kerajaan campuran, bersuaralah tokoh-tokoh UMNO bahawa pembangkang mempunyai muslihat tertentu. Dan berkatalah Ketua UMNO Bahagian Cheras, jika PM terpedaya dengan muslihat Anwar, akibatnya UMNO akan lenyap dan kepentingan Melayu akan tergadai.

Politik tanah air mutakhir ini memperlihatkan bagaimana kedudukan UMNO yang dianggap parti yang unggul akan lenyap. Bagi sebuah parti politik secular, tidak adakah muslihat yang dilakukan oleh UMNO? Begitu juga dengan UMNO sebagai makhluk yang bersifat baharu tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Orang Melayu yang beragama Islam belum tentu selamat jika bergantung kepada UMNO, kerana UMNO ibarat pohon yang rending nampak subur tetapi reput di dalam. Itulah UMNO yang sudah sampai saat kehancuran. Dan benarkah jika UMNO lenyap, kepentingan Melayu tergadai?



Selama UMNO/BN memerintah, apa yang tidak tergadai? Yang terbesar tergadai ialah aqidah. Perkara-perkara lain yang merupakan hak orang Melayu sepatutnya dipelihara oleh UMNO juga turut tergadai. Tanah air orang Melayu, agama orang Melayu dan yang terakhir usaha UMNO ialah menggadai Bahasa Melayu melalui PPSMI. Apa lagi yang kita nak harapkan kepada UMNO?



Oleh kerana itu ada ura-ura mencadangkan penubuhan kerajaan campuran kerana memandangkan UMNO sudah tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu dalam keadaan orang Melayu pula tidak bersatu. Orang Melayu telah berpecah kepada tiga golongan/puak iaitu penyokong UMNO, penyokong KeAdilan dan penyokong PAS. Maka cadangan itu tidak lain melainkan untuk menyatukan orang Melayu bagi kelangsungan survival umat Melayu.



Apapun hujah kita dalam memperkatakan perpecahan atau penyatuan umat Melayu ianya tidak akan keluar dari apa yang telah dijelaskan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Dari sudut perpecahan Rasulullah menegaskan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 puak, hanya satu yang selamat, iaitu mereka yang berpegang kepada Quran dan sunnahnya.



Dari sudut penyatuan, agak sukar sekiranya orang Melayu tidak memiliki wahdatul fikr. Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, tema yang digunakan juga meminjam perkataan “wahdah” iaitu Wahdah Pemangkin Khaira Ummah. Temanya memang menarik. Apa yang sukar direalisasikan ialah khaira ummah, iaitu umat yang baik atau berkebajikan. Khaira ummah seperti yang dijelaskan dalam Quran ialah mereka yang melaksanakan tugas amar makruf, nahi mungkar.



Kesatuan umat mana-mana bangsa tidak tercapai jika tidak kembali kepada Quran dan Sunnah Rasullah SAW. Setiap orang yang mengaku beriman tidak boleh menolak hakikat bahawa Islam sahajalah yang dapat menyatukan ummah secara hakiki. Idea dan teori-teori ciptaan manusia dalam masalah perpaduan dan penyatuan tidak bertahan lama. Asas penyatuan yang unggul ialah keimanan. Ini telah dibuktikan oleh Rasulullah dalam peristiwa hijrah di mana baginda berjaya menyatukan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar berasaskan keimanan.



Kita harap pimpinan dalam PR boleh mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam Negara selama UMNO/BN berkuasa. Jangan bersifat seperti kata pepatah kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Jangan hanya melihat kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi tidak menyedari kelemahan kita sendiri. Pertingkatkan usaha kita demi mencapai matlamat parti-parti dalam PR iaitu untuk keadilan rakyat menentang rasuah dan salah guna kuasa. Biarpun dasar masing-masing parti berbeza, namun matlamatnya tetap sama.



Bani Hasyim

Padang Midin, Terengganu.


Note : Artikel ini telah pun dihantar ke ruangan Surat Pembaca akhbar Harakah. Namun, tiada harapan untuk keluar setelah penerbitannya digantung 3 bulan. Moga-moga ada hikmahnya. Ameen...

DiSebalik Perhimpunan Agung, UMNO Akan Terus Malap


Hulu Terengganu - PAS menyifatkan ‘kecelaruan’ yang berlaku dalam UMNO hari ini, Perhimpunan Agung parti itu bukanlah ke arah pemulihan tetapi menuju ‘kemalapan’.(Gambar - Ustaz Harun menerima cenderamata selepas merasmikan Seminar Pendidikan baru-baru ini)


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tuan Guru Dato’ Harun Taib berkata rakyat boleh menilai bagaimana pendedahan terhadap calon-calon yang bakal bertanding dalam perhimpunan tersebut tidak mempunyai integriti.

“Rakyat melihat, macam mana UMNO hendak berubah sebab sebelum pertandingan pun kita (rakyat) sudah dengar macam-macam perkara yang kurang menyenangkan mengenai calon yang layak bertanding.

“Saya rasa bukan berubah tetapi UMNO akan terus malap selepas ini,” ujarnya ketika pihak media, baru-baru ini.

Katanya, kecelaruan yang berlaku dalam UMNO itu membawa impak kepada perubahan yang dirancang oleh pimpinan parti tersebut.

Menurutnya, perubahan tersebut tidak akan berlaku selagi sifat-sifat negatif yang ditunjukkan oleh pimpinan mereka (UMNO) tidak berubah.

Justeru itu, katanya pemimpin Umno diingatkan agar mengutamakan kepentingan rakyat dalam melaksanakan amanat yang diberikan sebaik sahaja selesai perhimpunan parti itu.

Menurutnya, pelbagai isu penyelewengan serta tindakan membabitkan politik wang di kalangan pemimpin UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.

http://buletinonline.net/

Ucapan Najib yang gementar, hambar dan dipandang sepi

Dewan Merdeka di PWTC telah bergema dengan ucapan oleh Bakal Presiden Umno dan bakal PM yang `kontroversi' dan paling glamour ketika ini, Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan 3 sayap Umno yang suatu ketika pernah disyorkan untuk di`patah'kan. Apa yang boleh dilihat secara jelas ketika ucapan Najib sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno itu adalah riak muka yang kurang keyakinan, penuh kegusaran, ketakutan dan dengan suara yang cuba bersemangat tetapi `gementar'.

Pelik dan menghairankan, perwakilan dan pemerhati di dewan tersebut seolah-olah merasakan juga apa yang saya perkatakan kerana sepanjang ucapan melebihi satu jam itu kurangnya tepukan atau sorakan semangat dari perwakilan seperti kebiasaannya. Mungkin, mereka semua keliru atau sedang memikirkan benar atau tepatkah pilihan Umno untuk menabalkan Najib sebagai Presiden Umno atau PM.

Imej Najib sebenarnya bukan sahaja rosak di mata rakyat di negara ini bahkan semakin banyak negara luar mula memperkatakan tentang bakal PM kita ini. Dunia luar tidak memperkatakan tentang wawasan atau hala tuju yang akan dibawa oleh Najib, tetapi kebanyakannya lebih memperkatakan tentang isu moral beliau. Malangnya kita, belum pun beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, awal-awal lagi nama beliau dipandang serong oleh dunia luar. Bagaimana mungkin satu hari nanti jika beliau menjadi PM, beliau ingin dipilih sebagai Presiden OIC iaitu gabungan bagi negara-negara Islam ini? Alangkah malunya kita sebagai rakyat Malaysia jika benar berlaku apa yang digambarkan ini.

Saya menjangkakan Najib sewaktu memberi ucapan di Dewan Merdeka tersebut sudah pasti akan menjawab segala isu dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya termasuk di dalam isu Altantuya, rampasan kuasa di Perak dan `penculikan' Adun-Adun di Perak. Malangnya, Najib tiada kekuatan dan hujah untuk berbuat demikian. Sejak awal lagi Najib telah mempamerkan sikap penakut beliau sebelum belau ditabalkan oleh Umno sebagai Presiden dan bakal PM. Apa yang berlaku, Najib penuh retorik menyampaikan ucapan dan menyeru agar Umno dan kerajaan mesti telus, adil dan penyayang. Kata-kata beliau itu dipandang sinis oleh perwakilan dan pemerhati kerana tidak sampai 24 jam sebelum ucapan tersebut, rakyat di Bukit Selambau yang hadir dalam ceramah DS Anwar telah dianiayai dengan gas pemedih mata dan `water canon'. Begitu jua yang terjadi sewaktu ceramah PAS di Bukit Gantang ketika Presiden PAS mengumumkan nama calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini di mana program itu terganggu dengan tindakan pihak keselamatan. Di dalam masa yang sama, sejajar dengan kehendak `ketelusan dan perubahan serta Islah' yang ingin dibawa oleh Najib, permit akhbar Suara KeAdilan dan Harakah pula digantung 3 bulan menjelang tiga pilihanraya kecil nanti.

Siapa yang mula memperkenalkan `Reform dan Islah' itu dalam politik di negara ini ? Kalimah `Reformasi' atau Islah amat popular di era reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar ketika berhadapan dengan kuasa diktator Tun Mahathir. Kalimah keramat itu terus didendangkan oleh pembangkang dan ianya benar-benar menjadi suntikan kepada rakyat untuk bangun dari lena di dalam kelambu Umno dan BN. Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008, menyaksikan suntikan itu benar-benar berkesan di mana Umno/BN kehilangan hampir separuh dari negeri-negeri di Semenanjung dan hilang kuasa 2/3 majoriti di Parlimen. Belajar dari ini semua, maka Najib mengguna pakai perkataan Reform dan Islah tersebut kononnya untuk menyuntik kembali semangat ahli-ahli Umno atau orang-orang Melayu yang semakin `Me-layu' itu.

Ucapan penuh gementar dan seperti dalam ketakutan, Najib cuba berlagak seolah-olah beliau telah pun secara rasminya menjadi Presiden Umno atau PM. Berbagai-bagai kehendak beliau diperkatakan, dan tanpa bertangguh-tangguh lagi Najib mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Lah atas khidmat baktinya sebagai PM. Apakah ketika itu Pak Lah telah menyerahkan jawatan PM kepadanya? Begitulah rakusnya Najib sehinggakan mendatangkan perasaan kecil hati dan tersinggung di kalangan penyokong-penyokong Pak Lah. Mangsa pertama Najib di dalam ucapan beliau semalam, sudah tentunya ialah calon Ketua Pemuda Umno iaitu Khairy menantu Pak Lah. Najib dengan lantang meminta Umno menolak pemimpin yang rasuah. Melucukan, mungkin beliau lupa Ali Rustam masih lagi menjadi Ketua Menteri Melaka kini. Perwakilan yang hadir tahu siapakah di antara ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno itu yang telah disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno sebagai bersalah di dalam rasuah politik wang tetapi diberi peluang untuk bertanding. Tidakkah Khairy terasa apakah ucapan Najib itu sebagai `hadiah' bermakna buat beliau ? Apakan daya, kuasa atau `power' Khairy kini sudah lemah. Beliau kini menjadi sasaran sehinggakan terpaksa membuat laporan Polis ke atas penerbitan sebuah buku oleh seorang `pelacur upahan' yang terkenal itu. Soalnya apakah ada tindakan selepas itu ? Adakah masih ada yang bersimpati dengan menantu Pak Lah ini disaat beliau kehilangan `power' sebegini? Tetapi, tidak mustahil Khairy mungkin dipilih oleh perwakilan Pemuda Umno bagi menggambarkan betapa pengaruh Pak Lah masih ada di dalam Umno.

Apa yang telah terjadi di dalam Umno sekarang benar-benar menjadi bukti betapa doa dari kita sebagai pejuang-pejuang Islam dan keadilan termakbul. Umno kini semakin parah dan pecah belah yang berlaku sesama mereka adalah sebahagian dari doa-doa kita. Percayalah, selepas perhimpunan Umno ini nanti, perpecahan di antara mereka akan bertambah parah kerana sudah pasti di dalam `peperangan' sesama mereka itu akan mengorbankan banyak jiwa. Pakatan Rakyat sudah semestinya bersiap sedia merawat mereka yang terluka ini untuk dibersih dan disucikan agar kembali menjadi pejuang rakyat yang tulen. PR perlu buktikan di dalam tiga Pilihanraya Kecil ini nanti bahawa PR bersedia untuk menjadi pengganti kepada Umno memimpin negara ini. Kemenangan `hatrick' perlu dicapai bagi menutup mulut Najib dan Hishamuddin yang sering merepek ketika ini.

Panglima Bukit Gantang Membawa Rakyat Perak Keluar UMNO Beramai-ramai

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/bukitgantang.jpgKuala Terengganu - Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menurut sejarah yang tercatat pernah membawa rakyat Perak keluar UMNO beramai-ramai dan menyokong parti lain.


Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957, dlahirkan pada 1905 di Perak.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudia dibiayai bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple .

Antara rakan-rakan sepengajian beliau adalah bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Raja Muda Raja Haji Bot dari Selangor, Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Abdul Hamid Mustafa dan Syed Syeikh Barakbah dari Kedah.

Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Haji Abdul Wahab ternyata cerdas kerana sentiasa lulus dalam peperiksaan undang-undang.

Sebagai ganjaran, Haji Abdul Wahab diberi beberapa pas (kebenaran) untuk membawa beberapa rakan pelajar ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan penuh di mahkamah England.

Ketika Sultan Ibrahim dari Johor melawat pelajar-pelajar Melayu di England, Haji Abdul Wahab gagal memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

Tindakan beliau berucap dalam bahasa Inggeris dikatakan tidak disenangi oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 1928 Haji Abdul Wahab telah menjadi Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain.

Kemudian, setelah pulang ke tanahair, Haji Abd Wahab telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak.

Pada ketika itu, parti-parti politik ditubuhkan kebanyakkannya bercorak kenegerian dan seseorang individu tidak dihadkan untuk menyertai mana-mana parti atau kadang-kadang menjadi ahli kepada dua parti.

Haji Abdul Wahab adalah pengasas kepada Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menyertai UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi UMNO Perak.

Walaupun beliau masih Pengerusi UMNO, beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO.

Apabila terdapat krisis politik antara Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO, Haji Abdul Wahab menyokong Parti Kemerdekaan (Indepndence of Malaya Party/ IMP).



Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.

Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak.

Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya - Wikipedia