Jangan anaktirikan S’wak(Dah lama merdeka masih tagih simpati lagi dengan ker umno bn mana pegi kekuatan bn sarawak!)


Rakyat negeri ini ramai yang layak menjawat jawatan tinggi, kata Wan Junaidi
TERIMALAH: Adib (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Abang Salfian (kanan) sambil disaksikan Wan Junaidi (dua kiri). Turut kelihatan Kas (dua kanan).
TERIMALAH: Adib (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Abang Salfian (kanan) sambil disaksikan Wan Junaidi (dua kiri). Turut kelihatan Kas (dua kanan).
KUCHING: Sarawak sepatutnya tidak ‘dianaktirikan’ oleh kerajaan pusat dalam pembahagian jawatan penting termasuk jawatan menteri di dalam kementerian persekutuan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sementara Sabah kelihatan lantang melaungkan hak mereka sebagai sebuah wilayah dalam penubuhan Malaysia, Sarawak sepatutnya tidak disisihkan walaupun kelihatan berdiam diri.
“Sekarang Sabah sudah diberi hak kesamarataan di mana ramai rakyatnya dilantik jawatan yang penting di Semenanjung Malaysia.., tetapi tidak untuk Sarawak.
“Saya berharap Sarawak tidak disisihkan walaupun kita berdiam diri,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru Samariang semalam.
Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita mengenai 20 perjanjian Sabah dan 18 untuk Sarawak yang hangat dibincangkan sekarang.
Wan Junaidi turut menambah, walaupun beliau berterima kasih dengan pihak persekutuan dalam menyediakan peruntukkan berbilion ringgit untuk negeri ini, namun beliau tidak berpuas kerana tidak ramai yang mewakil negeri ini dalam kementerian kerajaan pusat.
“Jangan hanya memandang Sabah (dari aspek kesamarataan)… kita juga mempunyai 30 (kerusi Parlimen) di Sarawak,” katanya sambil menambah ramai rakyat di negeri ini layak untuk menjawat jawatan tinggi di peringkat kementerian persekutuan. Wan Junaidi turut menegaskan agar kerajaan pusat menyediakan kuota untuk pembahagian jawatan penting untuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan pengagihan jawatan yang adil.
“Kita mempunyai ramai rakyat Sarawak yang cerdik.., bahkan dari segi bertutur dalam bahasa Inggeris, kita adalah lebih baik. Jadi mengapa tidak memilih orang Sarawak untuk perkhidmatan luar negeri,” katanya.
Terdahulu Wan Junaidi memberi sumbangan kepada mangsamangsa kebakaran di Samariang Baru baru-baru ini di mana salah sebuah rumah dimiliki oleh seorang wartawan tempatan, Abang Salfian Nawawi.
Pada masa yang sama, Wan Junaidi turut menyaksikan penyerahan sedikit sumbangan wang tunai daripada Utusan Borneo (UB) dan akhbar berbahasa Inggerisnya, The Borneo Post (BP) yang diwakili oleh wartawan Kas Alwi Sepawi dan Adib Othman.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.