Kerusi majoriti Bumiputera kunci utama BN: Masing(yakin benar bn sarawak nie!)


KUCHING: Kerusi majoriti Bumiputera akan menjadi kunci utama untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya di Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr James Masing.
Menurutnya daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), 59 adalah (kerusi) majoriti Bumiputera dengan bakinya didiami majoriti pengundi Cina.
“Saya sangat optimistik, BN akan dapat mempertahankan kemenangan majoriti dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya kepada akhbar kumpulan The Borneo Post di kediamannya semalam.
Beliau berkata pembangkang tidak dapat merampas kerusi majoriti Bumiputera jika semua keempat-empat parti komponen BN negeri terus kekal bersatu.
“Selain itu, jika  BN berjuang sebagai satu pasukan dan tidak menikam satu sama lain dari belakang, pasti tiada masalah besar untuk mengekalkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya sambil menambah kesilapan pada pilihan raya negeri lalu seharusnya tidak berulang kerana ia boleh menjadi bencana besar kepada BN.
Beliau menambah, ia merupakan perkara yang masuk akal jika kerajaan membelanjakan jumlah wang yang sama untuk pembangunan di kawasan-kawasan majoriti Bumiputera.
“Kita masih memerlukan banyak wang untuk kemudahan asas seperti, jalan raya, bekalan elektrik, air, sekolah dan klinik untuk Bumiputera kerana kumpulan ini masih jauh ketinggalan,” katanya.
Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah menegaskan lebih banyak pembanguan perlu dilaksanakan di kawasan-kawasan luar bandar kerana ia merupakan kubu kuat BN di negeri ini.
“Sudah tiba masanya penyokong BN menerima ganjaran sewajarnya bagi sokongan mereka yang berterusan kepada kerajaan BN. Pada masa sama dana kerajaan seharusnya distruktur semula dengan betul sebagai membalas sokongan pengundi,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata pengundi di bandar tidak berterima kasih meskipun BN telah membelanjakan berbilion ringgit untuk pembangunan.
“Namun isu-isu sekarang ialah bagaimana menjadikan BN relevan kepada pengundi di bandar. Inilah cabaran utama kita dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.
Mengenai sembilan kerusi PRS, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan lagi terutamanya Pelagus meskipun pilihan raya negeri semakin hampir.
Pada pilihan raya negeri lalu, (Mei 2006) PRS bertanding di sembilan kerusi tetapi tewas di Ngemah kepada calon Bebas, Gabriel Adit, yang kini merupakan peneraju Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Sarawak.
Bagaimanapun, kali ini Masing tetap optimis parti itu mampu merampas kembali Ngemah di samping mengekalkan kelapan-lapan kerusi yang dimenanginya sebelum ini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.