Hosni Mubarak pengsan dan trauma selepas kebangkitan "Kuasa Rakyat"

Oleh Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   

Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter.

Menurut berita-berita dari on-line di Eropah dan di Asia Barat sendiri bahawa Hosni Mubarak kini masih di Sham el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah, Semenanjung Sinai. Keadaan kesihatannya sangat merosot dan kini dijaga rapi oleh para doktornya dengan kawalan ketat oleh tentera elite di kediamannya itu.



Diberitakan bahawa beliau masih trauma dengan peristiwa kejatuhannya di mana berjuta-juta orang berdemonstrasi di pelbagai tempat di Mesir. Dikatakan dalam keadaan sekarang bila-bila masa saja beliau boleh diterbangkan keluar negeri sama ada ke Israel, negara Arab atau ke Eropah untuk rawatan.
Tetapi nampaknya bukan ke Amerika kerana Amerika dikatakan 'tidak mengalu-ngalukannya'. Namun, khabarnya, Mubarak mahu mati di tanah airnya sendiri.
Mubarak diterbangkan ke bandar peranginan itu bersama keluarganya setelah menyampaikan ucapan terakhirnya, di mana ia menyerahkan
kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman dan kini kuasa itu diambil alih oleh Majlis Tentera.

Belum pasti sama ada beliau akan menjalani rawatan di rumah sakit atau hanya dirawat di rumahnya di Sharm al-Sheikh itu.
Sumber menyatakan bahwa Mubarak telah pengsan dua kali sebelum merakamkan ucapan terakhirnya, yang disiarkan di seluruh negara.
Diberitakan, telah terjadi ketegangan di Istana Presiden sebelum Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya. Menurut sumber on-line lagi, sepatutnya Mubarak berundur beberapa hari sebelum itu. Tetapi baru kemudian dia meletakkan jawatan.
Orang yang paling bertanggungjawab terhadap penangguhan beberapa hari Mubarak dari berhenti itu ialah Gamal Mubarak, anak kedua Mubarak.
Tentera sebenarnya sudah menyiapkan ucapan perletakan jawatan Mubarak dan beliau tinggal membacakannya. Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman itu disiarkan di TV pukul 11 malam Jumaat waktu Mesir, Gamal mengubah isi ucapan ayahandanya beberapa kali.
Di istana itu selain Mubarak dan Gamal, ada pula Omar Suleiman, Menteri Penerangan, Anas al-Fiqqi, beberapa pegawai tinggi dan Alaa Mubarak, abang Gamal.
Di Mesir Al Akhbar melaporkan, sebelum 'mengubah' isi ucapan ayahnya, Gamal terlebih dulu bertengkar dengan Alaa Mubarak. Pertengkaran keduanya begitu keras sehingga hampir setiap orang di dalam istana mendengarnya. Beberapa pegawai tinggi bahkan ikut campur menenangkan keduanya.
Dalam bertengkaran itu, Alaa menyalahkan Gamal yang katanya telah mendorong negara ke dalam kancah rasuah dengan membantu rakan- rakan terdekatnya masuk ke pusaran kekuasaan.
"Kamu bukan membantu ayah supaya tetap dihormati hingga akhir hidupnya, tetapi kamu memusnahkannya," kata Alla. Bagaimanapun akhirnya Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya.
Campur tangan Gamal di saat-saat terakhir itu tidak diketahui oleh Rumah Putih, Amerika yang beberapa jam sebelumnya sangat yakin Mubarak akan meletakkan jawatan malam itu.
Pengarah CIA, Leon Panetta bahkan memastikan Mubarak akan berhenti segera. Presiden Barack Obama memberitahu mahasiswa di Michigan bahwa "kita akan menyaksikan sejarah baru di Mesir hari ini."
Tapi beberapa jam setelah itu Obama mendengar pernyataan yang simpang siur dari Kaherah.
Langkah Mubarak untuk meletakkan jawatan malam Jumaat itu telah menyebabkan Hussein Badrawi, Setiausaha Agung Partai Demokratik Nasional, partai yang memerintah, memutuskan berhenti segera.
Dialah orang pertama yang membocorkan berita Mubarak akan berhenti malam itu. Badrawi hairan kerana ia hanya tahu beberapa jam sebelum Mubarak telah memenuhi desakan tentera agar meletakkan jabatan. Menteri Penerangan juga turut berhenti.
Sementara itu, setelah beberapa waktu lalu Ikhwan Mesir menyatakan bahwa mereka tidak akan mendirikan atau menjadi partai politik, namun berita terbaru tidak begitu jadinya.
Ikhwanul Muslimin menyatakan pada hari Isnin lalu bahawa mereka akan membentuk kelompoknya sebagai partai politik setelah perlembagaan Mesir dipinda yang membolehkannya menjadi parti politik dan bertanding.
Dalam sebuah kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyatakan keyakinannya bahwa Dewan Tertinggi Angkatan Tentera Mesir akan menghormati semua janji-janjinya yang dinyatakan dalam lima pernyataannya minggu lalu.
Ikhwan meminta pihak tentera mengumumkan jadual untuk meminda perlembagaan dan mengadakan pilihan raya umum baru yang bebas, disusul oleh pemilihan presiden baru. Ikhwan juga menuntut supaya dibebaskan semua tahanan politik.
Ikhwanul Muslimin, diharamkan sejak tahun 1954 hingga zaman Hosni Mubarak. Ketika demonstrasi besar-besaran di Mesir baru-baru ini Ikhwan mengambil bahagian penting dan orang-orangnya menyediakan para doktor dan makanan serta pakaian untuk para penunjuk perasaan - HarakahDaily
Sharpshooter - Ini sebenarnya wajib menjadi iktibar buat semua pemimpin termasuk pembangkang lebih-lebih lagi buat mereka yang terlalu lama ditampuk kuasa hingga menindas rakyat.
Pemimpin yang adil wajib dikekalkan tetapi pemimpin yang rakus, rasuah serta menindas rakyat wajib dijatuhkan.
Semoga angin perubahan akan merebak hingga ke Malaysia..InsyaAllah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.