Selepas Budget Pendidikan Di Potong Kini Budget Hospital Pulak Jadik Mangsa...

Pemotongan Bajet Hospital-Hospital
Salam...
Setelah kita dikejutkan oleh tindakan kerajaan menaikkan harga gula, akan menyusul pulak beberapa lagi kenaikan & pemotongan yang akan dilakukan oleh kerajaan seperti minyak, tol & tarif letrik. Kerajaan juga sedang berkira-kira untuk memotong elaun kakitangan awam. Semua ini di lakukan atas alasan sebagai langkah berjimat-cermat.



Namun, umum tidak mengetahui, kerajaan secara senyap-senyap telah pun bertindak mengambil hak rakyat. Yang saya maksudkan adalah peruntukan kewangan kepada hospital-hospital kerajaan. Pada tahun ini, di fahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.



Apakah implikasi pengurangan bajet ini? Terlalu banyak untuk disebut. Seperti yang mana kita sedia maklum, hospital-hospital kerajaan menjadi tempat rakyat-rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan. Dengan kos yang minima, rakyat boleh menikmati rawatan yang sewajarnya. Namun, oleh kerana pengurangan bajet ini, pihak hospital terpaksa mengambil langkah-langkah yang drastik supaya bajet yang sedikit ini dapat menampung perbelanjaan pengurusan.



Sebagai contohnya, pihak hospital sekarang tidak lagi dapat menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan. Malah, ini telah menyukarkan para doktor untuk merawat pesakit kerana tiadanya bekalan ubat yang sepatutnya. Ada pesakit yang marah kepada doktor bila tidak mendapat ubat yang biasa mereka dapat. Dipihak doktor, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana bekalan yang tiada ini amat menyusahkan kami..



Selain daripada itu, terdapat hospital juga telah pun menghadkan ujian-ujian yang boleh di lakukan oleh doktor demi untuk menjaga bajet yang sedikit ini. Ini menyukarkan lagi pihak doktor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Jika semuanya di hadkan, siapakah yang akan menanggung derita ini jika bukan RAKYAT??? Pemimpin-pemimpin besar tidak merasai kesusahan rakyat, ini kerana mereka mempunyai kemampuan mendapatkan rawatan daripada hospital swasta yang terbaik.



Malah ada sesetangah hospital terpaksa melakukan tindakan yang tidak masuk akal seperti tindakan cuba mengurangkan bil-bil utiliti dengan menghadkan pengunaan letrik & air. Yang saya dengar, ada hospital terpaksa menghadkan pengunaan lif. Mengarut bukan?



Di kesempatan ini, saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin PR supaya dapat perjuangkan soal bajet kesihatan ini. Saya tak yakin yang pemimpin UMNO dapat membantu kerana BOS mereka sendiri yang buat dasar ini. Jangan biarkan rakyat menanggung derita hanya kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber ekonomi yang lain.



Yang saya nampak sekarang, kerajaan cuba mensasarkan rakyat sebagai punca pendapatan baru. Kepada pemimpin-pemimpin PR, inilah masanya anda perjuangkn nasib rakyat. Berhentilah sejenak daripada bermain politik murahan. Terlalu banyak kerosakan yang telah di lakukan oleh kerajaan. Di harap anda dapat melakukan perubahan..



Sekian



Sihat Sepanjang Hayat



Sumber - Doktor Rakyat

Nie Apahal Plak Dengan YB Zul dengan YB Gobala nie...

Sedikit Kisah YB Zulkip**** & YB Sekufunya
Oleh Mi Itik - Kulim

Rasa serba salah juga kita bila menyentuh bab YB yang seorang ni. Bukan apa, ia ibarat membuka pekung di dada. Sekali pandang macam kerugian menimpa kita, namun bila difikir-fikir lebih baik membuka pekung dari esok jatuh terlopong!



Pertamanya, saya ingin menegaskan betapa apa yang ditulis ini adalah fakta semata-mata. Ia bukannya kelentong atau lebong. Bahkan ia adalah kesinambungan kisah lalu. Memahaminya berarti anda akan lebih kenal tentang susuk tubuh dan dalaman seorang yang sesetengah pengkagumnya memanggil beliau sebagai ustaz atau zuhud.



Keduanya, kita mahu hikayat Zulkifli ini menjadi pengajaran dan panduan kepada mana-mana individu serta polan yang mahu aktif politik, mestilah bersih dari berkelakuan yang tidak senonoh ini. Dan lagi, kita mahu pemimpin atas menapis dengan baik pemimpin yang mahu dihantar sebagai calon. Itu sahaja.



Seperti yang pernah diberitahu dahulu, Zul bermasalah dari mula sebagai calon dengan sikap kedekut, kaki pau orang sekeliling serta bodoh sombong. Setelah menang mangkuk ini meneruskan tradisi kelas felarq apatah lagi selepas petisyen SPR ditarik balik. Zul tiada pilihan dan ia perlu akur dan patuh kepada perjanjian syaitan yang dibuatnya dengan Najib. Tidak turun ke padang serta membuat kenyataan sensasi dalam sesuatu isu adalah tugas wajibnya untuk merosakkan imej Pakatan Rakyat. (tentunya dengan imej zuhud dan jiwa Melayu!)



Ekoran sikapnya yang haprak itu, aktivis bawahan serta pemimpin pertengahan menjadi nanar kerana Wakil Rakyat mereka seolah-olah pemimpin politik Umno! Permohonan bantuan kewangan yang ringan serta lawatan ke kawasan parlimen seolah-olah satu rasuah. Zul akan segera menjauhi dirinya. Jangan tidak, dia akan menghantar sms yang ‘zuhud’ sebagai pengganti diri serta jawapan kepada permintaan orang. Memang Zul amat kedekut. Yang seronoknya, hak orang lain dia kebas!



Bayangkan kunci rumah orang yang biarkan dia guna sepanjang tempoh kempen telah dibuat pendua tanpa keizinan tuan rumah! Dah la tu, pengotor pula seolah-olah ada pecacai yang akan membersihkannya untuk YB yang dihormati.



Keburukan perangai serta sikap Zul memang menggoncang riak yang kuat di bawah permukaan arus politik setempat. Dari aktivis PAS, PKR sehinggalah kepada pengundi biasa. YB ini dilihat sebagai barua kepada rejim Najib atau kerajaan Kelambu. jelas dia menuruti sahaja skrip yang ditulis Najib sebagai balasan kepada petisyen SPR yang ditarik balik tempohari.



Bagi mengatasi masalah perangai buruknya yang enggan turun ke padang selain memberi ceramah atau khutbah, pengurusan Negeri serta keputusan kolektif telah dibuat dengan mengarahkan Ahli Majlis Bandar Baru supaya turun padang mengambil peranan pengganti YB. Maka berkejaran lah Mamat ni sehingga disalahanggap sebagai cuba menonjolkan diri. Beliau bersilih ganti dengan Aziz Sheikh Fadzir meladeni masalah penduduk serta pengundi di situ.



Ini tentu sahaja mendatangkan masalah kepada perjanjian syaitan yang dibuat dengan pemuka Gerombolan. Lantaran itu Zulkipeliarq telah cuba mengganggu perlantikan semula saudara Ismail sebagai Ahli Majlis MDB..... Jahat kan? Alasan bantahan yang diberikannya memang menarik. Tetapi ianya siut sahaja. Yang penting ialah matlamat untuk memberi laluan kerja lapangan kepada Penyelia Parlimen si mulut celupar perkauman. Itu sahaja.



Teruk nya Zul ini sehinggakan pemimpin setempat malas dan muak melihatkan kehadirannya tatkala acara parti dilangsungkan sehinggakan mereka enggan bersalam dengannya. Zul akan celapak datang jika untuk kepentingan peribadi contohnya jika DS Anwar Ibrahim hadhir majlis yang tak memerlukan sumbangan walau satu sen pun darinya. Satu ketika dahulu, semasa ceramah diadakan di Kampong Baru Bagan Samak, dia juga kalut untuk berceramah tetapi telah ditahan Dato Seri. Ada seorang dua aktivis parti yang telah menempelak Zul, tetapi si siut ni memang jenis kulit b*b*. Dia buat dek muka toya macam Muhammad Ali sahaja. Quack..quack..



Bebaru ini saya dengar khabar terjadi satu peristiwa yang melucukan setelah habis ceramah perdana yang dibuat di Stadium Mini Keladi Kulim. Sebaik habis jamuan makan, ada orang (rasanya Zulkipeliarq) bertanya DS, “Dato Seri kemana selepas ini?” sambil berseloroh Anwar menjawab, “kemana lagi? Aku kan Ahli Parlimen Permatang Pauh.... melawat kawasan la.....!!!” begitu sekali sindiran tajam yang dibuat oleh Ketua Umum terhadap manusia mangkuk seperti Zul......



Bab kedekut, memang dia nombor wahid. Apa salahnya dari elaun belasan ribu RM, sebahagian kecilnya diberi untuk kegunaan jentera bawah. Sudah la pejabat ditutup, setiap kali memohon sumbangan dari jentera (bukan selalu pun), dia akan menjawab sms bertaraf wali-wali yang makanannya hanya bertih jagung. Sentiasa minta ahli bawah berkorban jiwa raga yang diiringi dengan doa yang tentunya percuma sahaja. Seolah-olahnya dia sendiri bekerja tanpa elaun dengan mengharap redha Allah semata-mata. Bayangkan hati perut manusia sebegini yang dibantu orang kiri dan kanan (termasuk aku juga) semasa pilihanraya. Bawa mai kepala botak berketayap semata-mata dengan telor dua biji, ingatkan zuhud rupanya kedekut! Begitulah jati dirinya di Kulim. Apa salahnya kita berkorban balik sedikit membalas jasa orang bawah yang berhabisan semasa pilihanraya dulu ketika sudah berjawatan dan berelaun sakan?



Mungkin ada juga beberapa kerat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang kedekut lagi bakhil macam Zul. Namun kita ada beberapa orang yang baik seperti YB Manickavasagam, Tse Zim dan YB Kuala Ketil.



Saya ada terdengar, sumber-sumber dari Padang Serai yang bercerita tentang kedekutnya YB Gobalakrishnan serta sikapnya yang sering mengena para aktivis parti dari sudut kewangan. Ada yang terkena sehingga RM10 ribu, ada yang beribu-ribu dan yang beratus-ratus ringgit. Kita mulanya tak percaya, tetapi selepas risikan yang dibuat rupa-rupanya ia satu yang benar-benar berlaku. Semua kerja haprak itu digunakan untuk menjungkit namanya sebagai unggulan dengan impaian menjadi Ketua Cabang. Antaranya ialah projek membina sebuah rumah orang susah. Dia senang menggilap nama, tetapi aktivis yang membantunya menjadi susah merana.



Salah seorang aktivis namanya, Johary Teh terkena RM10 ribu kerana membekalkan perabut rumah kepada pembantu pejabat YB Gobala untuk majlis kahwin atas arahannya. Setelah dua kali Johari bertanya tentang bayarannya YB Gobala asyik mengelak mengatakan tidak ada wang (tetapi mampu membeli rumah RM300 ribu dan berkereta Mercedes!!) sehingga sahabat ini terpaksa menutup bisnes perabutnya. Beberapa aktivis lain dari kaum Tionghua dan India turut terkena. Dahsyatnya YB Gobala dalam bab kedekut ini boleh dilihat dari contoh berikutnya.



Menurut pembawa cerita, YB Gobala telah buat-buat tak tahu mengelak semasa petugas pilihanraya dalam PRK Permatang Pauh meminta beliau belanja makan beberapa batang aiskrim. Sedangkan beliau mempamirkan sikap lagak hebat kembang dada semasa turun dari kereta Mercedes Mata Belalang KCL 1111, tetapi berlagak macam lelaki sengket tahi hidung masin seluar bertampung apabila mengelak dari belanja beberapa puluh RM. Adoiih!



Lebih dahsyat lagi dalam satu kejadian apabila YB Gobala yang tidak mahu membayar harga makanan pemimpin tertinggi setempat parti kawan atas urusan dia sendiri dengan memberi alasan terlupa membawa dompet duit! Sedangkan orang pergi memotong getah pun bawa beg duit!! Kemuncaknya ialah apabila YB Gobal meminta sahabat tersebut membayar tiket parking keretanya yang bernilai RM1!!!!! Aparaaaaa........................................ QUACK!!



Anda juga mungkin mempunyai cerita serupa, tetapi masih cuba menutup dan melindungi. Bagi saya ia satu kerja bodoh dan sia-sia. Masih ingat pepatah kaum Kikuyu yang saya tulis dahulu? Orang yang selalu mencuci bontot kaldai satu hari pasti akan kena tendangannya. Walau apa pun kita tak kira jawatan, sila perhatikan senario yang sebegini. Kita mesti mempunyai deria rasa dan sensitiviti yang tinggi dan ampuh. Jika tidak, kesannya amat buruk bukan setakat mereka yang menjadi mangsa malahan juga kepada arus politik era baru yang cuba kita gapai. Inilah contoh pemimpin lahabau!



Saya rasa cukup setakat ini dahulu, nanti kita akan berkongsi lebih banyak cerita tentang keikhlasan, konsep Pakatan Rakyat, perpaduan serta halatuju yang kita mahu untuk Malaysia Baru.



InshaAllah.



Quaacckkkk………



MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Cadangan Gila Dari MIC...

Cadangan membawa padah

PEMUDA MIC mencadangkan supaya kerajaan memberikan pengampunan kepada lebih 30,000 warganegara India yang telah 'hilang' dan bekerja secara haram di negara ini.



Menurut kata Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, kerajaan hendaklah menghalalkan kehadiran mereka dan membenarkan mereka diambil bekerja oleh syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan mereka.



Ini adalah suatu jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah, tetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Ia akan menggalakkan lebih ramai orang India dan juga mereka dari negara lain datang ke negara ini untuk bekerja secara haram kerana berpeluang menjadi halal kemudiannya.



Adakah ini pemikiran seorang anak Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan Malaysia atau didorong oleh perasaan sentimen perkauman?



Masalah kita di Malaysia ialah setiap kaum melihatnya dari sudut kepentingan kaum, bukan dari segi kepentingan negara pada keseluruhannya.



Mohan tidak memikirkan bahawa lebih 30,000 orang yang dihalalkan nanti ini akan menyebarkan berita ini kepada saudara-mara mereka di India untuk datang ke Malaysia dan bekerja secara haram terlebih dahulu. Masalah lain akan dapat diatasi kemudian.



Malah jika pandai berlakon boleh mendakwa surat beranak atau kad pengenalan hilang dan boleh jadi warganegara Malaysia. Yang berhijrah ke Singapura ialah orang kaya India tetapi orang-orang miskin dari India datang mencari makan di sini. Sebabnya kita 'longgar' dan 'rasuah'.



Inilah yang telah berlaku kepada kerajaan British apabila Presiden Uganda, Aidi Amin, menghalau orang orang India dari negaranya dalam tahun 70-an.



Semakin ramai yang mengambil kesempatan daripada sikap lembut dan kemanusiaan kerajaan British untuk membawa masuk keluarga mereka ke Britain yang akhirnya melahirkan beberapa little India di Britain, termasuklah di bandar-bandar kecil di negara itu.



Kerajaan boleh memberi pengampunan kepada orang India yang hilang itu supaya mereka menyerah diri, bukan untuk mendapat permit kerja kerana ramai anak India yang menganggur dan ada yang terlibat dengan perbuatan jenayah.



Inilah yang harus diutamakan oleh Mohan sebagai Ketua Pemuda MIC, bukan bersifat 'kuman di seberang nampak tetapi gajah di depan mata tidak dihiraukan' semata mata kerana sentimen perkauman.



TAN MALAKA



Putrajaya

Pengaruh nafsu, syahwat.......

Ingatan bagi pelupa: Pengaruh nafsu, syahwat bezakan manusia dengan haiwan



FAHAMAN yang berbahaya jika menular di kalangan suatu bangsa, alamat budi pekerti dan kesopanan bangsa itu akan rosak binasa, akalnya ditumbuhi kejahatan, hati tiap-tiap orang akan penuh dengan tipu daya, sehingga melemahkan pergantungan umat itu dalam kehidupan.



Syahwat dan nafsu angkara murka itulah kelak yang akan menjadi pedoman kehidupan mereka.



Di antara satu dengan lain hilang rasa amanat, percaya mempercayai, akhirnya hilanglah nama umat atau bangsa itu, jatuh kepada melarat dan perhambaan.



Ada golongan yang mengaku pintar, mengatakan bahawa dengan mengingkari Tuhan dia menjadi orang merdeka dan menghidupkan budi pekerti mulia, menegakkan kesopanan serta mengangkat kedudukan suatu bangsa.



Disebabkan kepercayaan salah itu banyak tersiar, berlaku kerosakan kepada negeri dan bangsa, rakyat serta pemerintah sama-sama kehilangan pegangan.



Manusia tersesat berasa tidak cukup dan lengkap hidupnya sebelum tercapai segala kehendak syahwatnya.



Apabila kepercayaan kepada Allah sudah hilang, syahwat yang memerintah. Untuk mencapai kehendak syahwat, ada jalan lurus dan ada yang bengkok, ada baik dan ada mendatangkan malu, ada dikerjakan dengan terus terang.



Jika masyarakat hendak diatur, keamanan dan keharmonian terus dijaga, manusia tidak disamakan hidupnya dengan binatang perlu ada empat rukun untuk dijaga iaitu mempertahankan diri, menjaga kehormatan, mengikut peraturan serta mengakui kekuasaan ghaib melindungi alam dan memberi ganjaran baik buruk di hari kemudian.



(Sumber: Tasauf Moden oleh Prof Dr Hamka)

Beras murah habis

ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.




Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.



"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.



Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi.

Pertikai Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkenaan Hebah Aduan Rasuah Kena Penjara

Oleh mohd Ezli Mashut





Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan kenyataan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Abu Kassim Mohammad yang mendakwa tindakan mengikut Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009 akan diambil mulai sekarang terhadap pihak yang menghebahkan aduan rasuah yang dibuat kepada SPRM dikenakan tindakan sehingga boleh dipenjara. Peringatan ini diberi kepada pihak pengadu,media dan ahli-ahli politik.



Tindakan SPRM sedemikian mengikut pengamatan AMK Selangor tidak banyak membantu dalam usaha memerangi rasuah di negara ini malahan akan lebih banyak mengundang pelbagai spekulasi negatif kepada SPRM. Berkemungkinan tindakan tersebut bakal menyebabkan lebih banyak para pengadu takut untuk untuk membuat laporan kes rasuah kerana mungkin ada pihak yang mendedahkan aduan tersebut kepada umum yang menyebabkan para pengadu teraniaya.

AMK Selangor juga menggesa agar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ini membawa satu imej yang lebih professional,dinamik dan bebas untuk membawa SPRM menjadi institusi negara yang memerangi rasuah disegani sehingga peringkat antarabangsa. AMK Selangor tidak mahu melihat ada pihak yang akan menerima akibat dipenjara jika membuat hebahan kerana yang perlu diberi keutamaan ialah siasatan aduan kes rasuah yang dikemukakan.



Adalah perlu juga bagi memastikan pihak saksi tampil membantu siasatan. Perlindungan kepada saksi diberi keutamaan khususnya untuk tampil memberi keterangan di mahkamah tanpa sebarang ugutan dan tekanan daripada mana-mana pihak. Bagi memastikan perlindungan saksi ini diberi perhatian serius maka sewajarnya sistem perlindungan saksi seperti negara-negara yang sudah melaksanakan dikaji dan diterapkan di negara ini.



Sehubungan dengan itu, AMK Selangor memohon penjelasan lengkap dan menyeluruh kepada pihak umum berkenaan Sekyen 29(4) Akta SPRM 2009 . Ini kerana ramai masih keliru dan tidak sedar akan perkara ini serta untuk memastikan tiada mana-mana pihak seperti pengadu, pihak media dan mana-mana pihak teraniaya akibat tidak memahami dengan jelas peruntukan tersebut. AMK Selangor tidak melihat peruntukan Sekyen 29 (4) Akta SPRM 2009 ini satu keperluan mendesak untuk dilaksanakan kerana banyak lagi usaha untuk memerangi rasuah di negara ini perlu dilaksanakan.



AMK Selangor melihat keadilan yang perlu dilaksanakan dalam konteks yang lebih meluas. Amat jelas dalam peruntukan undang-undang bahawa seseorang itu tidak lagi disabitkan bersalah sehinggalah benar-benar terbukti bersalah atau ‘One is innocent until proven guilty’. Konsep ini sudah menjelaskan segala-galanya bahawa jika hebahan berkenaan aduan rasuah dibuat ianya tidak akan mempengaruhi perjalanan kes tersebut kerana kes akan akan dibicarakan. Malahan pendedahan kepada umum hanya menjurus kepada maklumat-maklumat asas yang mana tidak akan menjejaskan keseluruhan perjalanan kes tersebut.



Justeru, AMK Selangor berharap pihak SPRM mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkenaan perkara ini. AMK Selangor berkeyakinan SPRM mampu menjadi institusi yang hebat dan dipandang tinggi jika menampilkan imej baru yang berani, bebas, professional dan berintegriti tinggi. Persepsi rakyat dan antarabangsa terhadap SPRM masih ditahap yang jatuh merudum akibat kegagalannya melaksanakan siasatan yang telus dan bebas khususnya kes yang berprofil tinggi yang pada persepsi rakyat seolah ada tangan-tangan ghaib yang mempengaruhinya.



AKhirnya, AMK Selangor berharap kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ini mampu memperbaiki kedudukan indeks rasuah negara yang semakin jatuh merudum sejak akhir-akhir ini. AMK Selangor bertekad akan terus memerangi rasuah kerana ia adalah ‘kanser pemusnah senyap’ dalam sistem negara yang mampu menghancurkan dan membinasakan negara dan tamadun.



Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

Malaysian Maverick: Ada Plot Memalukan Mahathir, Menghina Orang Melayu Dan Negara

Oleh Abdul Aziz Ismail@IZMAS





SEORANG kawan wartawan dari seberang tambak yang rajin mengikuti perkembangan politik di negara ini menghantar email kepada penulis – setelah membaca buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times - berpendapat wujud unsur-unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia.



Dan yang lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.



Barry Wain kelihatan tidak suka Mahathir dan ketara mendedahkan cerita memburuk-burukkan bekas perdana menteri yang banyak berjasa kepada negara dan disegani diperingkat antarabangsa. Barry cuba menutup kemasyhuran nama dan sumbangan Mahathir sebagai pemimpin Islam yang masih dihormati dan lantang bersuara menentang agenda barat/ zionis yang menindas umat Islam serata dunia terutama di Palestin.



Sahabat yang sudah meneliti kandungan buku itu berkata, ini mungkin agenda asing dari barat atau sekutunya di rantau sebelah sini yang cuba menidakkan jasa Mahathir kepada kemajuan dan pembangunan negara ini yang sudah dikagumi dunia dengan idea serta dan ilham beliau yang diakui kebanyakan negara membangun dan Islam.



Menurut beliau , buku itu ditulis sedemikian rupa dengan motif negatif untuk menguji tahap kesabaran dan kebijaksanaan orang Melayu serta kebijaksanaan pemimpin negara di bawah Datuk Seri Najib untuk menangani kandungan buku tersebut yang jelas sengaja menafikan sumbangan besar Mahathir.



Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat. Mahathir didakwa cuba membuat kelainan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan mega yang menguntungkan diri dan menjulang namanya (maverick) tetapi membawa kesan sedikit kepada kebaikan negara.



Mahathir dituduh membelanjakan banyak duit kerajaan sesuka hati dalam projewk besar yang dikatakan berubsur agenda peribadi dan sesetengahnya membazir duit rakyat. Soalnya, benarkah semua tuduihan itu? Apakah benar sebesar itu jumlah pembaziran yang dilakukan Mahathir (RM 100 billion) - yang boleh menyebabkan negara jadi muflis sekarang ini jika dakwaan itu benar?



Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia? Apakah projek PLUS, KLIA, MSC, Menara Berkembar Petronas, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas, pembangunan Putrajaya dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara?



Apakah Barry - dikatakan salah seorang pakar pemikir (think-tank) bagi pemerintah Singapura - buta mata dan sejarah tentang semua kejayaan yang sudah dibina diktator Mahathir dan dinikmati rakyat selama 22 tahun pemerintahannya?



Banyak negara dan pemimpin negara dunia ketiga dan Islam seluruh dunia mengakui dan memuji kebolehan Mahathir sebagai pemimpin negara membangun yang berjaya kecuali penulis upahan seperti Barry yang sebenarnya menafikan sejarah pembangunan Malaysia yang dicipta di zaman Mahathir?



Kenapa sekarang apa yang disebut Barry sebagai kelemahan dan kediktatoran Mahathir diungkit dan dibangkit secara berlebihan setelah beliau lama bersara? Kenapa tidak buku itu ditulis di zaman Mahathur masih menjadi perdana menteri supaya beliau dan kerajaan dapat menjawab? Sebenarnya siapa dalang di belakang Barry yang telah mengokestrakan penulisan buku tersebut?



Apakah motif sebenar bekas editor Asian Street Journal itu memilih Malaysia dan Mahathir menjadi bahan kritikannya dan tidak pemimpin dan negara Asia lain yang lebih bermasalah dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Mengapa Barry menulis buku itu mengenai Malaysia dan pemimpinnya sedangkan jika beliau berani mengkritik pemimpin Asia lain seperti di Singapura, beliau bakal menerima nasib yang amat malang - dikenakan saman berjuta-juta dollar?



Sahabat saya itu berpendapat buku itu seharusnya tidak dibenarkan beredar di negara ini kerana ia menggambarkan imej buruk negara dan boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mencintai negara ini kerana argumen yang dibentangkan berlandaskan fakta samar, diceduk di sana sini dan tidak tepat serta ditulis mengikut sentimen pengarang yang ketara bencikan Mahathir - atas sebab-sebab agenda peribadi yang tidak diketahui.



Barry juga cuba mahu mengelirukan rakyat kebanyakan tentang fakta sejarah dan tahap kemajuan yang sudah tercipta dan terbina lama dalam pemerintahan Dr Mahathir dengan membangkitkan isu-isu kelemahan-kelemahan lama yang sudah ketinggalan zaman dan tidak sepatutnya diungkit, tidak relevan dan jauh lebih kecil dibandingkan sumbangan besar Mahathir kepada kepesatan kemajuan dan pembangunan negara yang sudah diciptnya.



Barry menuduh Mahathir sebagai pemimpin diktator dari Asia yang amat berkuasa dan mementingkan agenda diri padahal beliau lupa ada pemimpin Asia lain lebih kejam - yang diketahui lebih zalim dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Pemerintahan siapa lebih toleran dan bertolakansur jika dibandingkan bekas pemimpin Asia lain yang pernah menjadi diktator dan lama memerintah dibandingkan dengan Mahathir?

Siapa lebih bertimbangrasa dan menghormati suara rakyat di mata pemimpin- pemimpin parti pembangkang di bandingkan dengan bekas perdana menteri Singapura yang ketara lebih kejam dan zalim dari Mahathir? Semua orang tahu berapa banyak pemimpin pembangkang yang jatuh muflis di negara jiran itu akibat tindakan mahkamah yang sengaja dikenakan dan diatur ke atas mereka kerana kritikan yang tidak seberapa terhadap dasar pemerintah Singapura?



Barry sepatutnya mencungkil dan mendedah kisah sebenar kediktatoran dan kekejaman dasar pemimpin Singapura yang lebih ketara kejam dari Mahathir - jauh lebih toleran dan beradab? Barry ketara menulis buku itu dengan mesej memburuk-burukkan pemimpin dan negara Malaysia dengan dakwaan yang sengaja dicungkil untuk tatapan rakyat bukan Melayu supaya membenci Mahathir.



Jelas tulisan Barry sudah menjadi kecaman kebanyakan rakyat Malyisa yang celik sejarah dan cintakan negara ini kecuali segelintir mereka yang berfikiran seperti Barry yang sengaja memperkecil kebolehan pemimpin-pemimpin Melayu.



Jika Barry menulis buku yang sama menghentam semua bekas perdana menteri Singapura - termasuk yang sekarang - beliau boleh digelar penulis jantan yang hebat, tapi beranikah beliau berbuat demikian? Beliau tidak akan berani kerana sedar, takut dan mungkin sudah faham kekejaman pemimpin negara jiran itu yang bersedia membawa siapa saja - termasuk Barry - ke mahkamah dengan saman jutaan ringgit atas dakwaan membawa fitnah dan mengkritik dasar pemerintah yang kononnya tidak benar.



Beliau berani menghentam pemimpin Malaysia kerana undang-undang negara ini agak fleksibel tidak seperti di Singapura. Kerajaan menganggap apa saja kritikan adalah biasa - boleh diterima dan dibenarkan dalam batas kebebasan yang dibenarkan. Namun tulisan Barry agak keterlaluan dan bermotif tidak baik. Sepatutnya beliau boleh didakwa di mahkamah atas dakwaan yang keterlaluan jika Mahathir berhasrat berbuat demikian.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak perlu kerana sebuah buku yang dianggap remeh, tidak relevan dan menyebabkan nama beliau disanjung dalam isu terpencil yang menguntungkan dirinya tetapi tidak membawa faedah kepada negara. Barangkali Barry lebih suka bukunya dilarang beredar di negara ini supaya namanya boleh dijulang.



Namun beliau lupa perkara sebaliknya boleh berlaku. Beliau juga boleh menjadi sasaran kritikan dan ancaman kepada rakyat yang setia di negara ini yang mungkin boleh bertindak di luar jangkaan dan luarbiasa terhadap diri beliau dan juga penerbit buku tersebut - berpengakalan di Singapura - jika buku itu dibenarkan beredar di negara ini dan mendapat liputan luas.

Adakah ini motif sebenar Barry dan orang-orang yang berselindung di belakangnya? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini?



Isu pengunaaan nama Allah sudah menjadi pengajaran terbaik kepada rakyat semua kaum di negara ini bahawa isu yang sensitif dan separuh tidak benar, tidak boleh dipermain dan dipandang rengan. Mungkin pengharaman buku karangan Barry Wain itu adalah jalan terbaik untuk menimbus isu dan memadam niat jahat penulis upahan seperti beliau yang cuba mensabotaj pemimpin dan negara ini.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.