Selepas Budget Pendidikan Di Potong Kini Budget Hospital Pulak Jadik Mangsa...

Pemotongan Bajet Hospital-Hospital
Salam...
Setelah kita dikejutkan oleh tindakan kerajaan menaikkan harga gula, akan menyusul pulak beberapa lagi kenaikan & pemotongan yang akan dilakukan oleh kerajaan seperti minyak, tol & tarif letrik. Kerajaan juga sedang berkira-kira untuk memotong elaun kakitangan awam. Semua ini di lakukan atas alasan sebagai langkah berjimat-cermat.



Namun, umum tidak mengetahui, kerajaan secara senyap-senyap telah pun bertindak mengambil hak rakyat. Yang saya maksudkan adalah peruntukan kewangan kepada hospital-hospital kerajaan. Pada tahun ini, di fahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.



Apakah implikasi pengurangan bajet ini? Terlalu banyak untuk disebut. Seperti yang mana kita sedia maklum, hospital-hospital kerajaan menjadi tempat rakyat-rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan. Dengan kos yang minima, rakyat boleh menikmati rawatan yang sewajarnya. Namun, oleh kerana pengurangan bajet ini, pihak hospital terpaksa mengambil langkah-langkah yang drastik supaya bajet yang sedikit ini dapat menampung perbelanjaan pengurusan.



Sebagai contohnya, pihak hospital sekarang tidak lagi dapat menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan. Malah, ini telah menyukarkan para doktor untuk merawat pesakit kerana tiadanya bekalan ubat yang sepatutnya. Ada pesakit yang marah kepada doktor bila tidak mendapat ubat yang biasa mereka dapat. Dipihak doktor, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana bekalan yang tiada ini amat menyusahkan kami..



Selain daripada itu, terdapat hospital juga telah pun menghadkan ujian-ujian yang boleh di lakukan oleh doktor demi untuk menjaga bajet yang sedikit ini. Ini menyukarkan lagi pihak doktor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Jika semuanya di hadkan, siapakah yang akan menanggung derita ini jika bukan RAKYAT??? Pemimpin-pemimpin besar tidak merasai kesusahan rakyat, ini kerana mereka mempunyai kemampuan mendapatkan rawatan daripada hospital swasta yang terbaik.



Malah ada sesetangah hospital terpaksa melakukan tindakan yang tidak masuk akal seperti tindakan cuba mengurangkan bil-bil utiliti dengan menghadkan pengunaan letrik & air. Yang saya dengar, ada hospital terpaksa menghadkan pengunaan lif. Mengarut bukan?



Di kesempatan ini, saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin PR supaya dapat perjuangkan soal bajet kesihatan ini. Saya tak yakin yang pemimpin UMNO dapat membantu kerana BOS mereka sendiri yang buat dasar ini. Jangan biarkan rakyat menanggung derita hanya kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber ekonomi yang lain.



Yang saya nampak sekarang, kerajaan cuba mensasarkan rakyat sebagai punca pendapatan baru. Kepada pemimpin-pemimpin PR, inilah masanya anda perjuangkn nasib rakyat. Berhentilah sejenak daripada bermain politik murahan. Terlalu banyak kerosakan yang telah di lakukan oleh kerajaan. Di harap anda dapat melakukan perubahan..



Sekian



Sihat Sepanjang Hayat



Sumber - Doktor Rakyat

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.