Dua beradik dan bapa saudara mereka adalah antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.
Semua suspek berumur antara 21 hingga 26 tahun. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.
"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan jam 3.30 petang, ketika menerima awatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Bakri berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan.
"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, anakala lima lagi adalah kawan mereka.
"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di esa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.
Mohd Bakri berkata adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di bahagian tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian berkenaan.
"Semua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, menghantar surat dan kerja pejabat.
"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara," katanya.
Beliau juga berkata sejak kes pertama kebakaran gereja di Desa Melawati dan eberapa kawasan lain, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu.
Bagi kes gereja Metro Tabernacle Ag, katanya, polis Bukit Aman bekerjasama dengan polis Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan.
Seta
kat ini, katanya polis tidak menemui kaitan kumpulan berkenaan dengan pembakaran gereja lain yang berlaku di Lembah Klang.
"Kita minta orang ramai bersabar dan memberi peluang pada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan kita menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain," katanya.
Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama. - Malaysiakini
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan