Oleh Abdul Aziz Ismail@IZMAS
SEORANG kawan wartawan dari seberang tambak yang rajin mengikuti perkembangan politik di negara ini menghantar email kepada penulis – setelah membaca buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times - berpendapat wujud unsur-unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia.
Dan yang lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.
Barry Wain kelihatan tidak suka Mahathir dan ketara mendedahkan cerita memburuk-burukkan bekas perdana menteri yang banyak berjasa kepada negara dan disegani diperingkat antarabangsa. Barry cuba menutup kemasyhuran nama dan sumbangan Mahathir sebagai pemimpin Islam yang masih dihormati dan lantang bersuara menentang agenda barat/ zionis yang menindas umat Islam serata dunia terutama di Palestin.
Sahabat yang sudah meneliti kandungan buku itu berkata, ini mungkin agenda asing dari barat atau sekutunya di rantau sebelah sini yang cuba menidakkan jasa Mahathir kepada kemajuan dan pembangunan negara ini yang sudah dikagumi dunia dengan idea serta dan ilham beliau yang diakui kebanyakan negara membangun dan Islam.
Menurut beliau , buku itu ditulis sedemikian rupa dengan motif negatif untuk menguji tahap kesabaran dan kebijaksanaan orang Melayu serta kebijaksanaan pemimpin negara di bawah Datuk Seri Najib untuk menangani kandungan buku tersebut yang jelas sengaja menafikan sumbangan besar Mahathir.
Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat. Mahathir didakwa cuba membuat kelainan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan mega yang menguntungkan diri dan menjulang namanya (maverick) tetapi membawa kesan sedikit kepada kebaikan negara.
Mahathir dituduh membelanjakan banyak duit kerajaan sesuka hati dalam projewk besar yang dikatakan berubsur agenda peribadi dan sesetengahnya membazir duit rakyat. Soalnya, benarkah semua tuduihan itu? Apakah benar sebesar itu jumlah pembaziran yang dilakukan Mahathir (RM 100 billion) - yang boleh menyebabkan negara jadi muflis sekarang ini jika dakwaan itu benar?
Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia? Apakah projek PLUS, KLIA, MSC, Menara Berkembar Petronas, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas, pembangunan Putrajaya dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara?
Apakah Barry - dikatakan salah seorang pakar pemikir (think-tank) bagi pemerintah Singapura - buta mata dan sejarah tentang semua kejayaan yang sudah dibina diktator Mahathir dan dinikmati rakyat selama 22 tahun pemerintahannya?
Banyak negara dan pemimpin negara dunia ketiga dan Islam seluruh dunia mengakui dan memuji kebolehan Mahathir sebagai pemimpin negara membangun yang berjaya kecuali penulis upahan seperti Barry yang sebenarnya menafikan sejarah pembangunan Malaysia yang dicipta di zaman Mahathir?
Kenapa sekarang apa yang disebut Barry sebagai kelemahan dan kediktatoran Mahathir diungkit dan dibangkit secara berlebihan setelah beliau lama bersara? Kenapa tidak buku itu ditulis di zaman Mahathur masih menjadi perdana menteri supaya beliau dan kerajaan dapat menjawab? Sebenarnya siapa dalang di belakang Barry yang telah mengokestrakan penulisan buku tersebut?
Apakah motif sebenar bekas editor Asian Street Journal itu memilih Malaysia dan Mahathir menjadi bahan kritikannya dan tidak pemimpin dan negara Asia lain yang lebih bermasalah dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Mengapa Barry menulis buku itu mengenai Malaysia dan pemimpinnya sedangkan jika beliau berani mengkritik pemimpin Asia lain seperti di Singapura, beliau bakal menerima nasib yang amat malang - dikenakan saman berjuta-juta dollar?
Sahabat saya itu berpendapat buku itu seharusnya tidak dibenarkan beredar di negara ini kerana ia menggambarkan imej buruk negara dan boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mencintai negara ini kerana argumen yang dibentangkan berlandaskan fakta samar, diceduk di sana sini dan tidak tepat serta ditulis mengikut sentimen pengarang yang ketara bencikan Mahathir - atas sebab-sebab agenda peribadi yang tidak diketahui.
Barry juga cuba mahu mengelirukan rakyat kebanyakan tentang fakta sejarah dan tahap kemajuan yang sudah tercipta dan terbina lama dalam pemerintahan Dr Mahathir dengan membangkitkan isu-isu kelemahan-kelemahan lama yang sudah ketinggalan zaman dan tidak sepatutnya diungkit, tidak relevan dan jauh lebih kecil dibandingkan sumbangan besar Mahathir kepada kepesatan kemajuan dan pembangunan negara yang sudah diciptnya.
Barry menuduh Mahathir sebagai pemimpin diktator dari Asia yang amat berkuasa dan mementingkan agenda diri padahal beliau lupa ada pemimpin Asia lain lebih kejam - yang diketahui lebih zalim dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Pemerintahan siapa lebih toleran dan bertolakansur jika dibandingkan bekas pemimpin Asia lain yang pernah menjadi diktator dan lama memerintah dibandingkan dengan Mahathir?
Siapa lebih bertimbangrasa dan menghormati suara rakyat di mata pemimpin- pemimpin parti pembangkang di bandingkan dengan bekas perdana menteri Singapura yang ketara lebih kejam dan zalim dari Mahathir? Semua orang tahu berapa banyak pemimpin pembangkang yang jatuh muflis di negara jiran itu akibat tindakan mahkamah yang sengaja dikenakan dan diatur ke atas mereka kerana kritikan yang tidak seberapa terhadap dasar pemerintah Singapura?
Barry sepatutnya mencungkil dan mendedah kisah sebenar kediktatoran dan kekejaman dasar pemimpin Singapura yang lebih ketara kejam dari Mahathir - jauh lebih toleran dan beradab? Barry ketara menulis buku itu dengan mesej memburuk-burukkan pemimpin dan negara Malaysia dengan dakwaan yang sengaja dicungkil untuk tatapan rakyat bukan Melayu supaya membenci Mahathir.
Jelas tulisan Barry sudah menjadi kecaman kebanyakan rakyat Malyisa yang celik sejarah dan cintakan negara ini kecuali segelintir mereka yang berfikiran seperti Barry yang sengaja memperkecil kebolehan pemimpin-pemimpin Melayu.
Jika Barry menulis buku yang sama menghentam semua bekas perdana menteri Singapura - termasuk yang sekarang - beliau boleh digelar penulis jantan yang hebat, tapi beranikah beliau berbuat demikian? Beliau tidak akan berani kerana sedar, takut dan mungkin sudah faham kekejaman pemimpin negara jiran itu yang bersedia membawa siapa saja - termasuk Barry - ke mahkamah dengan saman jutaan ringgit atas dakwaan membawa fitnah dan mengkritik dasar pemerintah yang kononnya tidak benar.
Beliau berani menghentam pemimpin Malaysia kerana undang-undang negara ini agak fleksibel tidak seperti di Singapura. Kerajaan menganggap apa saja kritikan adalah biasa - boleh diterima dan dibenarkan dalam batas kebebasan yang dibenarkan. Namun tulisan Barry agak keterlaluan dan bermotif tidak baik. Sepatutnya beliau boleh didakwa di mahkamah atas dakwaan yang keterlaluan jika Mahathir berhasrat berbuat demikian.
Penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak perlu kerana sebuah buku yang dianggap remeh, tidak relevan dan menyebabkan nama beliau disanjung dalam isu terpencil yang menguntungkan dirinya tetapi tidak membawa faedah kepada negara. Barangkali Barry lebih suka bukunya dilarang beredar di negara ini supaya namanya boleh dijulang.
Namun beliau lupa perkara sebaliknya boleh berlaku. Beliau juga boleh menjadi sasaran kritikan dan ancaman kepada rakyat yang setia di negara ini yang mungkin boleh bertindak di luar jangkaan dan luarbiasa terhadap diri beliau dan juga penerbit buku tersebut - berpengakalan di Singapura - jika buku itu dibenarkan beredar di negara ini dan mendapat liputan luas.
Adakah ini motif sebenar Barry dan orang-orang yang berselindung di belakangnya? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini?
Isu pengunaaan nama Allah sudah menjadi pengajaran terbaik kepada rakyat semua kaum di negara ini bahawa isu yang sensitif dan separuh tidak benar, tidak boleh dipermain dan dipandang rengan. Mungkin pengharaman buku karangan Barry Wain itu adalah jalan terbaik untuk menimbus isu dan memadam niat jahat penulis upahan seperti beliau yang cuba mensabotaj pemimpin dan negara ini.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan