Barat bingung hadapi hizbut tahrir 1- MUSLIM MALAYSIA - INDONESIA UNITE STRUGGLE FOR KHILAFAH


Prince Al-Ayubbi Yahya January 13



Pada 22 Disember yang lalu, sebuah majalah Foreign Policy telah mengeluarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Christian Caryl yang membincangkan tentang Hizbut Tahrir serta kegagalan Barat dalam mengharamkannya, sedangkan dalam masalah ini Hizbut Tahrir merupakan ancaman yang nyata bagi mereka dan kepentingan mereka. Caryl memulakan artikelnya dengan pertanyaan, “Adakah parti Islam Hizbut Tahrir ini merupakan ancaman bagi masyarakat Barat?” dan dia menjawab: “Jawapannya adalah ya tetapi ini tidak bermakna Hizbut Tahrir perlu diharamkan.”



Beberapa minggu sebelumnya, Parti Buruh Britain dan parti pembangkang Konservatif telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam, dan lebih tepatnya adalah menentang gerakan Islam yang dikenali sebagai Hizbut Tahrir.



David Cameron, pemimpin Tory, iaitu gelaran yang diberi pada parti Konservatif di Britain telah menyerang pemerintahan Gordon Brown dengan mendakwa bahawa pemerintah telah mengeluarkan wang daripada kutipan cukai untuk sekolah yang dikelolakan oleh dua orang aktivis Hizbut Tahrir, di mana mereka mengajar para siswa tentang ideologi Islam. Dalam satu persoalan yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan, menteri tersebut telah menegaskan bahawa sekolah itu tidak ada hubungan dengan Hizbut Tahrir. Penulis artikel tersebut menggambarkan situasi ini seperti benang kusut kerana kebanyakan rakyat Britain, baik yang berada di dalam ataupun di luar kerajaan, menuntut perlunya untuk mengharamkan Hizbut Tahrir.



Kemudian penulis itu cuba untuk memberikan gambaran ringkas tentang Hizbut Tahrir dengan menyatakan, “Ada sesuatu yang ingin ditegaskan, bahawa kami telah mendengar banyak perkara tentang Hizbut Tahrir di tahun-tahun berikutnya, walaupun Hizbut Tahrir telah didirikan sekitar lima puluh tahun yang lalu di Al-Quds (Jerusalem) yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Jordan. Manakala jumlah ahli anggota Hizbut Tahrir di seluruh dunia adalah lebih kurang satu juta, di mana kebanyakan daripada mereka berada di penjara.



Hizbut Tahrir diharamkan di kebanyakan negara termasuk negara-negara totalitarian seperti Uzbekistan, Syria dan negara-negara lain seperti Pakistan, Jordan, Turki dan Bangladesh, termasuk juga negara-negara demokrasi Eropah Barat seperti Jerman dan Denmark. Namun, keputusan dan penilaian yang dibuat oleh negara-negara itu adalah berdasarkan banyaknya jumlah rujukan yang dikeluarkan secara langsung oleh Hizbut Tahrir melalui risalah-risalah, buku-buku, dan ribuan mengunjungi laman web yang dilihat lebih terkenal dan unggul. Kebelakangan ini, media-media Amerika sudah mula membahaskan nama Hizbut Tahrir apabila membicarakan tentang penglibatan Muslimah, kata Dalia Mogahed, iaitu penasihat keagamaan kepada Presiden Obama di dalam satu program siaran radio milik Hizbut Tahrir.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.