Saya begitu tertarik dengan DS Hishammudin dan PDRM yg mereka sudah pun mengenal pasti suspek yg terlibat dlm kejadian pengeboman dan pembakaran gereja.Malah wajah suspek pun sudah dikenali. Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan apa yg dinyatakan olih mereka yg sangat meragukan saya dgn penghujahan mudah, kalau dah kenal pasti apa yg susah sangat nak buat tangkapan.mereka membalasnya dgn menyatakan mereka perlu mendapat maklumat yg tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan.ini kata mereka untuk mengelak ada pehak yang mempersoalakan tindakkan penangkapan.
Tiba tiba hari ini 13 januari dilaporkan seorang telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam facebooknya melakukan pembakaran gereja.dia kemudiannya dibebaskan dgn jaminan polis selapas menyatakan dia saja buat pengakuan main2.macam mana pula polis bolih bertindak dan menangkap budak ini tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu,sedangkan suspek yang sudah dikenanl pasti polis belum ditangkap.mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis saya bakar.Tak masuk akal langsung.Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan kemahkamah pun tak ada yang mengaku.Tiba2 polis bolih menangkap sesaorang yg mengaku dalam facebook kata dia yg buat.kemudian polis bebas bila budak tersebut menyatakan dia saja main2.
Ini menunjukkan polis terlalu lemah bolih pula percaya buta bila budak ini buat pengakuan dia yang bakar.Kalau ikut alasan polis yang saya katakan diatas patutnya pi la jumpa budak tersebut dirumah dia tanya dulu baru buat keputusan nak tangkap atau tidak.Ini terus tangkap bawa kebalai polis.Ini yang orang ramai persoalkan kebijaksanaan polis kejap kena siasat dan teliti dulu,kejap terus tangkap.Yang jelas polis bolih dipermain dan di tipu olih sesaorang.kalau budak kolej swasta bolih menipu dan mempermainkan polis,sudah tentu umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik umno yg tersepit.jangan2 kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang. Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapt tangkap dan dakwa.Itu pun sarjan dgn prebet cabok saja. Yang atas terlepas,yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet.
Inilah nasib raayat malaysia bila keadilan ketenteraman dan keamanan diperdagangkan olih pedagang2 politik UMNO.nampaknya dah sampai giliran raayat pula untuk jual pedagang politik umno macam yang diajar olih seniman agong P.Ramle (Abd Wahub) yg jual bapak mertua dia sendiri sebelum dia dijual olik bapak mertuanya.kalau lambat bertindak raayat akan dijual dan akan ada orang yg dapat komsen 20 persen.
Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan