KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal drama bersiri Opah, Abu Bakar Kassim tersenyum lega selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan rasuah bagi kerja membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM26,756.60.
Selain berterima kasih kepada peguam V. Rajadevan yang mewakilinya, Abu Bakar, 62, turut mengangkat tangan kepada media tanda gembira dengan pembebasan tersebut.
"Saya sangat lega... setelah enam tahun kes ini berjalan saya bersyukur dengan keputusan ini."
Terdahulu, Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Mengikut pertuduhan, Abu Bakar selaku bekas Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka didakwa telah memilih syarikat Tangkas Timur Sdn. Bhd. untuk menjalankan kerja membaiki part trolley olahraga di Stadium Nasional yang bernilai RM11,130.60.
Tertuduh didakwa mengetahui abang iparnya, Abu Hasan Lakim merupakan pemegang saham dalam syarikat tersebut.
Pelakon terkenal era 1980-an itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Januari 1999 di Pejabat Perbadanan Stadium Merdeka, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan