Bantah PPSMI Sekali Lagi Dibuang Ke Longkang

" Apalah malangnya kita menjadi rakyat Malaysia sekarang ini, bilamana pemimpin tidak cakna dan prihatin dengan rakyat. Apa mereka ingat bahasa dan rakyat ini barang dagangan boleh dijual dan dilelong sesuka hati.

Dimana jati diri bangsa, apabila bahasa ibunda sendiri sudah tidak menjadi pilihan utama rakyat dalam mengembangkan ilmu. Apa mereka ingat dengan berbahasa inggeris rakyat boleh hidup senang. Contohnya sangat banyak antaranya lihatlah Singapura bilamana rakyat disuruh berbahasa inggeris rakyatnya sudah hilang identiti dan tidak keterlaluan moral mereka yang tidak mampu digambarkan.

Lagu kebangsaan Singapura bertajuk Majulah Singapura dinyayikan dalam bahasa melayu tetapi malangnya orang-orang melayu di Singapura terutamanya generasi 35 tahun kebawah sudah tidak mampu berbahasa melayu dengan fasih. Apabila mereka kononnya bijak berbahasa inggeris dimana mereka sekarang? tidakkah mereka duduk di flat-flat HDB. Siapa yang memiliki kekayaan mutlak disana sekarang? Orang melayu hanya tinggal nama di Kg Gelam dan muzium Singapura.


Kita tinggalkan Singapura biarpun kita mengeluh panjang dengan nasib saudara dan sahabat handai kita disana. Di Malaysia 30 tahun yang lalu kerajaan telahpun mewajibkan tulisan rumi dalam urusan rasmi kerajaan dan pendidikan. Hasilnya sekarang rakyat cukup ramai merangkak mengeja rumi, tulisan habis keparit, bila baca Quran habis bersepah. Terima Kasih Umno.


Enam tahun yang lalu satu generasi lagi sekarang ini sedang dikorbankan untuk satu projek 'penghapusan etnik' bahasa melayu secara perlahan. Pengajaran bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik adalah satu lagi projek mega Umno Barisan Nasional. Siapa yang ajar Umno kalau bukan warisan doktrin penjajah yang mereka warisi.


Sabtu 07 Mac yang lalu satu lagi sejarah telah dicipta bilamana 120 ribu rakyat berhimpun ke istana negara untuk unjuk rasa aman tidak berpuas hati dengan situasi yang melanda sekarang.


Sangat malang himpunan rakyat ini disambut 'mesra' oleh pasukan polis yang merampas banner, memukul para demonstran dan kemuncaknya pancutan air dan gas pemedih mata.


'Alhamdulillah' ramai yang kena! kira-kiranya ini menjadi bukti kita kepada Allah kita orang yang berjuang. Beritahu saya siapa yang hadir tidak merasa gas dan pancutan air?


Sekarang kerajaan berbelah bahagi, walaupun Menteri Pendidikan masih menipu dan mendakwa Pakatan Rakyat adalah dalang himpunan ini.

Tidakkah mereka mengambil kira pelbagai kaum dan idealogi berhimpun dengan bermacam-macam latar belakang dari kanak-kanak, pelajar, siswa, penjawat awam dan swasta termasuklah pimpinan sasterawan negara dan profesor bangun untuk menyatakan kebenaran.


Walaupun memorandum berjaya sampai keistana negara, rakyat sebenarnya masih tidak puas hati dengan respon kerajaan dan sekarang ini sudah kedengaran rakyat hendakkan satu lagi himpunan serupa menandakan semangat juang rakyat semakin semarak.


Kali ini bukan PPSMI sahaja akan dikuburkan, UmnoBN sendiri akan dibuang di Sungai Segget.

Layari : http://pasjohorbahru.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.