Polis Siasat 2 Kafe Siber Isu Fitnah Saiful

Polis sedang menyiasat sebuah kafe siber yang digunakan oleh pengendali blog Pahang Daily Online yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin.

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa mengalami masalah kesihatan itu akibat termakan sumpah laknatnya berhubung dakwaan diliwat mantan timbalan perdana menteri itu tahun lalu.

Sekumpulan lapan anggota polis berpakaian biasa dalam dua kereta kini berada di terminal bas Kuantan sejak jam 11.15 pagi bagi menyiasat editor blog itu yang ingin dikenali Cucu Mat Kilau.


Sewaktu dihubungi Malaysiakini, kafe siber yang sering dikunjungi oleh pengendali blog itu belum dibuka dan mereka akan menunggu sehingga ia beroperasi sebelum melawat ke sebuah lagi kafe siber dekat pusat membeli-belah Kuantan Parade.

Semalam, Cucu Mat Kilau disiasat selama lima jam oleh sepasukan pegawai polis termasuk dari Bukit Aman di ibu pejabat polis Kuantan sehingga pukul 11 malam.

Mohd Saiful membuat aduan polis terhadap blog itu minggu lepas.

Sumber : Malaysiakini


http://addin77.blogspot.com/
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.