Usul desak SPRM telus

SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) - Adun Meru, Dr Rani Osman akan membuat usul mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan secara lebih telus, berani dan cekap dalam sesi sidang DUN.

Beliau berkata, ini bersesuaian dengan keputusan kerajaan Pusat yang menjenamakan SPRM sebelum itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Biro Siasatan Negara (BSN).

Walaupun sudah ditukar namanya kata beliau rakyat masih menunggu keberkesanan institusi tersebut dan apa yang rakyat lihat SPRM hanya bertindak cekap, pantas dan telus jika laporan rasuah itu melibatkan pimpinan PAS, DAP dan KeADILan.

"Banyak kes yang akan saya dedahkan nanti tidak diambil tindakan seperti kes 18 profil tinggi sehingga sekarang tiada sebarang keputusan," katanya ketika ditemui di luar dewan.

Beliau menegaskan bahawa SPRM telah menjalankan satu dakwaan terpilih menyebabkan rakyat menjadi bosan.

Dalam pemilihan Umno, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tengku Ahmad Ritaudeen memaklumkan terdapat lebih 1000 kes politik wang yang telah diadukan bukan saja kepada Lembaga Disiplin Umno tetapi turut kepada SPRM.

"Saya percaya SPRM akan membuat tangkapan dan siasatan tetapi akhirnya semua yang terlibat itu akan dibebaskan walaupun mempunyai bukti yang banyak ," tegasnya. _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.