Berehat sebentar dengan isu politik.


Assalamualaikum, salam Reformasi dan Salam 1Malaysia pada semua rakyat malaysia.. Berehat sebentar dengan isu politik.. Tadi aku baca Harian Metro, tergerak untuk aku post kat sini.. Cerita pasal orang hilang.. bukan apa, kot kot kawan2 seluruh malaysia dapat membantu keluarga mangsa..
KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.
Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.
Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.
Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.
Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.
Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.
Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.

sekian, terima kasih..

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.